7.6.10

Kisah perjalanan penyusuan Sabrina setakat ini.

NOTIS : Untuk Bacaan Ibu dan Bakal Ibu atau mungkin bapa dan bakal bapa pun boleh lah. Kalau boleh sediakan kopi dan biskut sebelum baca nukilan kali ini. Panjang, OK.

Sorry kawan, aku lambat sikit nak cerita pasal perjalan breastfeed Sabrina. Sebelum ni ada jugak bertanya-tanya di formspring, di twitter, di facebook. Tapi cerita tentang breastfeed ni macam panjang lebar yang memerlukan aku ingat balik pengalaman detik awal aku buat keputusan nak breastfeed Sabrina - iaitu sebelum dia lahir lagi.

Sebenarnya aku tak tahu juga macam mana nak mula. Jadi aku randomkan aja lah. Yang mana aku ingat, aku tulis.

OK mula-mula aku buat keputusan nak susukan Sabrina ialah bila aku teruja dengan kawan aku yang sama-sama bekerja di Advertising Agency dulu pun gigih susukan anak dia. Kalau setakat kerja dengan firma macam aku ni, mungkin aku boleh tolak tarik lagi lah kan. Aku bukan nak cakap tempat bekerja aku sekarang ni tak sibuk, tapi aku pernah bekerja di agensi yang sama dengan kawan aku tu. Aku tahu betapa hectic-nya suasana kerja di sana. Bos yang bengis. Dan aku yang memang takutkan bos tu pun kan. I dont even have any twitter or facebook account whene i was there, yaw. Masa aku mengandung, aku dah bekerja di firma di mana bos nya aku rasa baik juga lah. Tidak segarang bos lama aku. Dan kurang lah kejadian di mana lagi 10 minit client nak datang, bos baru brief suruh buat satu ad.

Jadi di situ lah aku tanam minat nak breastfeed. Aku kaji serba sedikit tentang kebaikan susu ibu ni. Aku relate kan dengan sejarah kesihatan aku - yep antibodi aku lemah gila. Aku senang berjangkit, aku sakit lambat baik. Dan macam-macam lagi lah. Tapi aku tak pasti lah kalau tahap antibodi dan kesihatan aku ni ada betul betul ada kena mengena dengan sejarah penyusuan aku kan.

Jadi aku pun beli la Medela Harmony manual breast pump seperti yang dicadangkan. Kadang-kadang aku rajin juga baca susuibu.com. Tapi aku lebih suka bertanya dari membaca sebenarnya. Sebab web susuibu.com tu pun bagi aku layout dia macam pening sikit aku nak baca. So kalau betul betul nak tahu sangat aku akan baca lah. Selebihnya aku tanya kawan aku tu kan.

Aku beli Medela Harmony tu, kalau tak silap aku masa aku mengandung 8 bulan kot. Macam tu la. Aku beli kat blog jugak. Kat kedai RM239. Kat blog tu RM189 kot camtu. Aku tak ingat dah.
----------------------------------------------------------------------------

Masa berlalu...

Sampai lah saat aku melahirkan Sabrina. Hari pertama Sabrina lahir, aku dah kena susukan dia. Alhamdulillah kat Hospital Selayang memang sokong sepenuhnya penyusuan ibu ni kan. Selepas je lahir Sabrina dah macam anak burung ternganga-nganga nak makan. Memang dasar kuat makan macam mak dia jugak lah agaknya.

Nurse di Hospital Selayang jugak lah yang ajar aku macam mana nak pangku anak untuk disusukan. Dua hari aku duduk dalam wad, aku susukan dia sepanjang malam. Mula-mula aku tak tahu sebabnya kenapa Sabrina asyik nak menyusu je kan. Susu aku ade ke tak ni? Then nurse cakap, susukan sahaja. Susu bukan terus ada sebaik sahaja melahirkan. Memang makan masa. Hisapan mulut bayi adalah ransangan utama.

OH begitu.

Sampai di rumah untuk menjalankan pantang, Sabrina pun tetap begitu. Asyik nak bergayut. DAN, untuk pengetahuan bakal ibu, proses nak membuka saluran susu adalah proses yang MENYAKITKAN. Pedih ya amat. Setiap kali Sabrina nak menyusu, aku akan ketakutan.

UPDATE: Sampai satu masa tu aku picit, keluar darah! (kat sebelah kanan) Masa tu aku dah cemas jugak. Tapi Fandi baca susuibu.com dan dari situ, dia dapat tahu bahawa, bukan tetek kita yang keluar darah tu, ianya hanya darah pada permukaan puting sebab saluran susu nak membuka bagi aliran susukan. Ubatnya, ialah ambil sikit air susu kita, dan sapukan ke puting yang luka. Biarkan seketika. Picit balik. Tengok ada darah ke tak. Kalau ada ulang lagi sapuan susu tu. Sampai sembuh. Memang pedih. Aku tak tau nak cakap macam mana pedih dia.

Aku rasa semasa mula-mula nak susukan Sabrina ialah saat di mana mulut aku banyak sebut kalimah suci Allah. Memang perit gila!

Oleh kerana Sabrina asyik nak menyonyot saja, aku terfikir lagi. Aku ni ada susu ke takde? Cukup ke tak cukup. Belum 30 minit tidur, dah bangun nak susu lagi. Mak aku, akak aku, abang aku even mak mertua aku pun semua cakap yang SUSU AKU TAK BANYAK. SILA PERGI BELI SUSU TIN.

Tapi aku taknak. Aku betul betul nak realisasikan impian aku ni. Fandi, adalah manusia yang paling kuat menyokong aku. Aku beli nursing cream. Nurse cakap ubat puting perit ialah air susu itu sendiri. Boleh la jugak tahan.

Hari ke-10 nurse datang rumah timbang Sabrina dari 3.8kg, turun ke 3.5kg. Aku panic ok. Aku rasa, "SAH LAH AKU TAK BANYAK SUSU," - tapi nurse selamatkan semangat aku. Dia cakap memang normal sangat kalau lepas 10 hari, bayi akan turun berat 0.1 - 0.5kg. Sebab dia mengecut kan. Nurse cakap, "Jangan putus asa. Susukan lagi. Kalau dia nak, bagi je. Masa pantang ialah masa yang terbaik untuk awak dengan anak awak. Bukan untuk diri sendiri semata-mata,"

Minggu berganti minggu, keperitan yang dirasakan pun dah tak ada. Aku susukan Sabrina macam biasa. Dan berat dia semakin naik dengan jayanya.

Aku mula buat stock selepas genap sebulan berpantang. Aku kumpul untuk bekalan kecemasan semasa aku dah mula start kerja kan. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba kampung aku blackout. Blackout bukan satu kampung, tapi kat lot-lot rumah aku je. Masa blackout tu aku ada urusan di pajabat (masa tu dah hari ke 40 aku berpantang). Selepas sahaja mak aku call untuk beritahu aku yang kampung aku blackout, aku risau bukan kepalang. Nasib baik lot-lot side rumah abang aku tak blackout. Jadi anak saudara aku pindah semua susu-susu frozen tu ke peti ais di rumah abang aku lah.

Ada lah dalam 9 bungkus setiap satu ada 3oz berjaya dipindahkan kononnya.

Sekali, nak dijadikan cerita, apa lah nasib aku dapat anak saudara baik, rajin tapi penakut. Oleh kerana rumah mak bapak diorang tu jarang berpenghuni, diorang pun jadi takut nak masuk rumah sendiri. Diorang boleh masukkan stok susu aku tu dalam fridge tapi terus lari mencicit sampai tutup pintu fridge pun tak rapat.

kiwak.

Lepas bekalan eletrik disambungkan, aku tidak lah terfikir nak ambil balik susu-susu tu semua sebab aku percaya semuanya selamat kan. Sekali seminggu lepas tu, aku nak balik ke Kuala Lumpur balik, ingat nak ambil lah susu-susu tu semua. Apakan daya, marah pun tak guna, semua susu aku jadi cair dengan pintu peti ais luas ternganga. Susu beku, yang sudah cair, memang dah tak boleh dibekukan balik. Nak-nak, pintu peti ais, dah seminggu terbuka.

Haih.

Tinggal lah 10 bungkus je stok susu aku yang masih selamat.

haih..kejadian..kejadian.
----------------------------------------------------------------------------

Bulan berganti bulan, penyusuan Sabrina masih aku teruskan.

Aku beli Spectra 3 selepas aku rasa manual pumping ni lembab. Untuk ibu bekerja, aku rasa aku perlukan eletric double pumping. Cepat sikit. OK cepat banyak sebenarnya. Dulu, kalau kat pejabat, aku akan dapat sehari dalam 16oz lah paling banyak. Which is 4oz sebotol.

Kadang-kadang dapat 140z.

Kadang-kadang dapat 12oz.

Sampai aku risau, Sabrina baru 3 bulan. Cukup ke susu aku ni kalau dia dah meningkat 5-6 bulan? Bila aku kena attend kursus, susu tak cukup, mak mertua aku akan guna susu beku tu. Kalau balik lambat pun, susu beku terpaksa digunakan.

Sampai saat susu beku aku habis. Kadang-kadang aku rasa susu aku semakin berkurang. Tapi ibu-ibu lain semuanya tak lekang memberi sokongan. Ada yang siap pos ubat tambah susu percuma untuk aku. Terharu OK. Aku beli macam-macam supplement untuk tambah susu. Aku beli spirulina. Aku beli alfalfa. Aku beli Shaklee Energizing Soya Protein. Aku beli longan kering. Aku beli macam-macam lah. Aku taknak putus asa. Aku nak Sabrina dapat penyusuan ibu secara eksklusif jugak.

aku siap tampal kat dinding kubikel opis ni ha. Terima kasih kak Rohana.


Aku bekerja dalam even management pun, aku still curik masa pergi perah susu. Orang nak cakap apa, cakap lah. Aku dah pernah kena cebik, kena gelak, kena bagi muka masam dalam pada aku berusaha nak susukan Sabrina secara eksklusif ni.

----------------------------------------------------------------------------

Tapi, sebagai orang yang bercita-cita tinggi sangat macam aku ni, 20 April 2010 ialah hari yang menyedihkan. Aku kursus dari 19 April - 20 April. So semasa kursus, aku pam dapat 2 botol je. Aku ni memang tak boleh nak pam kat rumah. Memang TAKKAN KELUAR. Mungkin kat rumah Sabrina dah lenjan kan. So memang lah tak menghasilkan apa-apa kalau aku pam kat rumah.

Jadi, 20 April yang lepas Sabrina terpaksa di suapkan dengan susu formula jugak. 4 bulan je Sabrina dapat eksklusif. Start dari hari tu, memang kalau tak cukup, susu formula lah jawabnya.

Yes, Sabrina still minum susu badan. Tapi tak secara eksklusif.

Bila aku berada dalam situasi terpaksa bagi Sabrina susu formula tu, aku sedih sangat OK. Rasa macam gagal. Tapi ya, Fandi tetap menjadi manusia yang paling gagah untuk comfort kan aku. Bukan aku tak pernah berusaha. Aku rasa dah beratus-ratus kot duit aku habis dok beli suplement semua. Apa aku tak pernah makan? Semua dah. Tapi susu aku takat tu jugak. Tak banyak. Tak kurang. Cukup cukup sampai Sabrina 4 bulan je. Dia dah minum 5-6 botol pada waktu siang. Sedangkan aku hanya boleh provide 4 botol je sehari di pejabat.

Aku bagi susu formula bukan aku tak sayangkan Sabrina. Betapa aku faham perasaan kamu yang dah berusaha banyak untuk susukan anak, tapi tak berjaya. So untuk kamu kata yang orang bagi susu formula ni tak sayangkan anak or bla..bla..bla..adalah judgementasi yang sangat kejam untuk seorang ibu.

Macam aku cakap dalam nukilan sebelum ni, tak salah kalau kamu tak susukan anak sendiri. Memang tidak ada salah sedikit pun. Tapi satu je, TOLONG, jangan perlekeh usaha orang yang nak menyusu-badan-kan anak dia. Dan yang menyusu badankan anak, TOLONG, jangan pelekeh orang yang bagi anak dia susu formula.

Breastfeeding bukan usaha yang mudah. Benda baik, mana ada mudah.

Kalau aku nak realisasikan jugak breastfeed secara eksklusif, aku kena berhenti kerja, jadi surirumahtangga - di mana agak mustahil untuk aku lakukan. Nak beli baju anak, kena guna duit. Bukan guna susu. Yes. Aku mesti bekerja.

Berbalik pada hal Sabrina, anak aku bukan jenis memilih dalam bab nak mengisi perut. Susu badan ke susu formula ke semua dia telan. Sekarang, kat rumah mak mertua aku, dah standby satu tin kecik susu dutch lady Frisco.

Kadang-kadang aku selalu fikir yang kalau kejadian pintu peti ais tak ditutup tu tak berlaku, mesti Sabrina dapat susu badan eksklusif sampai sekarang. Tapi hidup ni kalau asyik BERKALAU, syurga pun boleh jadi depan mata.

And yes, aku still harap dapat susukan Sabrina, selagi susu dikandung badan. Walau tak eksklusif dah.

Jadi...kepada bakal-bakal ibu yang merancang nak susukan anak sendiri, aku kat sini sentiasa sokong kamu semua! Jangan cepat mengalah, usaha dan akhirnya berserah sahaja. Rezeki anak, Allah tentunkan.

Jadi...ini lah. Kisah perjalanan penyusuan Sabrina setakat ini.

Jadi..

Jadi..ok saja gurau.

Haha.

p/s: eh. habis baca? Hebat.


47 comments :

tembun said...

hehe entry yg sgt baik sekali.aku rasa kau sungguh gigih dan cekal.
aku punya kes ttg susu ibu.di aman kakak aku marah aku dan melenting bila aku cam ckp la susu formula ni kurangkan.
tapi aku wat tunggul jek.
haihh alangkah untungnya Sabrina dpt mak cam kau.
Semoga Sabrina sehat dan kental tubuh badannya.
Susu ibu sgt baik ok!
pape pun info ni akan aku simpan as guidline bial nanti aku pun nak jd ibu.
:)

eiyra'z said...

Noe,ko bertuah sgt dpt susukan Sabrina debab sampai 4bulan..tapi aku even seminggu pun xdpt..aku ms tu zero knowledge bout BF ni..aku igt senang je tapi aku gagal..susu aku byk..sgt bayk..tapi niple aku tenggelam..anak aku mengamuk setiap kali aku suakan tetek kat dia..dia xdpt isap..mcm2 aku buat tp gagal..smpi aku terpaksa operate utk buang susu beku kat tetek kanan aku..aku sedih sgt n aku sgt jeleskan org yg dpt BF anak sendiri.anak aku dpt sakit n kena tahan kat wad seminggu..last2 aku terpaksa amik pil stop susu..aku nekad 2nd baby nnti aku nk jd mcm ko..

abah dan mak haqq said...

takpelah kalau sabrina berselang susu formula dan susu ibu..
janji noe dah buat yang terbaik dan memang takat itu..
kid sangat sokong ibu yang BF tapi memang takda rezeki haqq cuma BF selama sebulan..

dan memang betul kata noe..
janganlah memperlekehkan orang yang tak BF kan anak..
sebab kid dah lalui semua ni..
sedih gila bila org judge kita macam tu..

anyway kid harap noe teruskan usaha memBF kan sabrina ya.. :)

Ladynoe™ said...

eiyra= kalau puting tenggelam ni, nanti, cuba kau beli alat untuk tarik puting. ada jual aku pernah nampak. bagus betul susu banyak. Kadang-kadang aku rasa nak beli je susu dari orang yang stok beratus ratus tu.

KID = tu la kan. Masing-masing saling pelekeh. Kalau dengar kawan nak breastfeed, sepatutnya galakkan. Kalau kawan tak breastfeed, jangan pelekeh. Masing-masing sayangkan anak.

kan?

eiyra'z said...

noe..tq noe..kalau Sabrina dah campur susu xper la..as long as dia tetap dpt susu dari ko..

azaz said...

pn. noe
tak usah la risau kalau tak dapat bf secara eklusif. asalkan pn. noe dapat bf pada malamnya, (tu dah kira alhamdulillah syukur sangat). saya pun bf kan anak saya belah malam sahaja dan weekend sahaja.

hmmm anak dara saya tu lebih suka melekap (berbf) dgn saya sepanjang malam smpi kan sakit pinggang mengereng sepanjang malam. tapi takpelah ini kira ibadat juga.

sabar ye segala yang berlaku tu anggap la dugaan dan yang penting niat pn.noe nak bf kan anak tu ihklas dan insyaallah selagi allah izinkan pn.noe bf selagi itulah susu tu ada

NURUL said...

aku lepas lunch terus baca entri ko ni even pjg lebar aku tetap abiskan membaca sebab kalu ko nak tahu aku sampai skrg terkilan tak dpt susukan raina secara eksklusif.
tp seperti kata ibu aku tak pe kita dah berusaha apa kan daya. asalkan anak kita merasa susu kita jugak kan.

yusyanti said...

salam....nice entri....
sy pun hanya berjaya eklusif bf bih kurang sebulan saja.
kurang2 noe sampai 4 bulan.
Takpe kita belajar dari pengalaman.
InsyaALLAH ada rezeki baby akan datang.
marilah kite mencuba lagi...huhuh

Zety Zin said...

anak pertama saya hanya dapat bf tak sampai sebulan. itupun top up dengan FM.

anak kedua, saya tekad nak bf. dapatla dia merasa sampai setahun lebih.

sedih? memang sedih sebab tak dapat nak bf dia sampai genap 2 tahun. but at least, kita dah cuba yang terbaik.

biarlah mulut orang nak cakap apa pun. diorang tak paham situasi kita. tak berada dalam situasi kita.

peace :)

koshary said...

aku baru start blaja pasal lactation sem lepas, time blaja aku ingt bnde ni mudah jek.

baru ku sedar..
ni rasa terharu dekat mak aku ni.

plus, bagus kak noe! ibu2 mcm akak n semua2 ni lah harapan untuk membentuk modal insan yg berjaya!

Aziziorama said...

Noe, I dulu menyusu dengan mymum till almost 3 years since I lahir.

I tak membesar dengan susu lembu.

And I'm really proud of it, to tell the among the childhood memories greatest moment in mylife is I menyusu badan Ibu I selama hampir 3 tahun.

Bayangkan Noe, Sabrina mesti bangga nak beritahu moment ibu dan anak pada kawan2 dia.

Dan I rasa instinct ibu I sangat kuat, sehingga dia selalu mengetahui apa yang I tak pernah katakan. Itu I rasa macam nak menangis bila fikirkan. Hebatnya kuasa Allah berikan hikmat dan nikmat macam tu antara ibu dan anak.

Kuat Noe. If I nak kahwin nanti, I memang prefer BF dari susu lembu. I nak nikmat bonding antara anak2 tu lagi kuat.

Insyallah Noe. Terus bagi susukan Sabrina =)

Ladynoe™ said...

aziziorama = *terharu*

susudalambotol said...

apa-apa pun, aku respect kesungguhan kau. 4 bulan tu dah cukup banyak dah. dari aku? tak sampai habis pantang dah kering. cuba gak makan lobak putih, tapi hampa. adakah susu juga bergantung pada size breast?

paham-paham jelah.

afid said...

hai noe,
samala kes saya. niat di hati memang nak full bf. tapi tak dapat. mula2 memang sedih gilak. baca kat blog org pasal susu ibu dah termeleleh air mata.


Bersalin baby prem. Usaha jugak pam..seminggu mengepam baru kuar susu sampai bengkak2 jari. Masa kat wad sebulan lebih tu memang bagi EBM je..tapi bila dah balik rumah kene berulang pegi hospital selang sehari, jadual pam semua lari. Masa tu baby tak pandai hisap tek lagi. Umur dia 3 bulan baru pandai isap. so secara tak langsung susu makin kurang.

Jumpa doc makan pil hormon n makan mcm2 suppliment sudahnya pam dapat 20ml je..sampai melecet2. sudahnya pasrah jugak bagi formula. mula2 memang tak boleh terima kenyataan. so saya tahu rasanya mcm mana bila kita dah set kat otak nak bagi BF tapi terpaksa jugak bagi FM. huhu

Kadang2 saya pon berkalau2 jugak..kalaulah aku tak kene ulang alik hospital selang sehari, mesti susu ada banyak n boleh pam..mesti susu tak terencat.

marina anakcikbob said...

ladynoe:
petua org2 tua plak suh banyakkan makan sayuran putih.
sup lobak putih.
tp spupu2 aku de gak yg sayo kubis,tauge.
tp aku xtau keberkesanan nye..

then aku de terbaca kat mingguan wanita (tah brp tahun yg lepas).
petuanya: beli kobes yg hijau tu.
biasa putih tp die ada yg ijau.
xpasti lak namanye ape.
rasanye kobis cina.
then buang kelopak yg pertama. (sebab takut de racun serangga).
so amek la kelopak yg ke-2/ke-3 tp jgn smp kelopak yg putih.
amek kelopak tu,then tekap kat payudara.
buat 2-3 kali seminggu..

♥ LeeN ♥ said...

salam :)

aritu leen pun ada tulis pasal ni.. sbb byk sangat org perlekehkan org yg bg susu formula kat anak. leen masa anak pertama dulu mmg campur. utk kes noe, walaupun campur, takpe. teruskannnnn je. leen dulu dapat sampai 8 bulan walopon campur. at least dia dapat kebaikan susu badan lagi. ada orang sampai 2 tahun.. campur juga. takde makna bila campur susu badan akan kurang or hilang. its the determination. selebihnya kita serah pada Allah...

in case noe sudi nak baca entry leen aritu, here:
http://blog.linsharliana.com/?p=794

H A N S said...

noe!! tahniah sbb brusaha kuat nk susukan sabrina secara ekslusif, sy sokong! eh, byk psamaan noe ngn akak org. akak org pun biler time nk susukan anak dia, muker bkerut2, skit..ksian..then berat baby trun lpas dilahirkan pun samer ngn anak akak org, tp akan naik balik x lamer lpas tu..skang smpi baju pun dh x muat :P anyway, smoga sabrina sntiasa mdpt pnyusuan ekslusif!

Laalaa said...

tahniahlah, dapat susukan baby sampai 4 bulan. Memang susah family nak sokong.

Allamduillah, anak saya lahir prem. Menyusu badan sepenuhnya 3 bulan dan sampai dah umur 4 tahun, masih susu badan. Susah betul nak berhentikan.

nuraarin-life said...

jangan cakap banyak..

Saya salute Noe!!!!

fynn jamal said...

tak tau kenapa, lepas baca entri ni, asik belek ehem2 sendiri. macam takjub sangat. mana la nak kluo susu ni. mcm plug tersumbat je.

seronoknye korg~
^_^"

minatgiler said...

tahniah dengan semangat yg kuat tu.. aku pon sama.. berazam dapat bf selama mungkin.. skarang baru cecah 4 bulan..

ada masa terasa macam lagi banyak aku mengular pegi pam susu dari buat keja.. nasib baik bos ok..

bila baca cerita org yg ada stok beratus-ratus tu kadang down sikit..

noe makan shaklee tu tak membantu jugak ek? baru je cuba ni..

Ainn said...

salam kak,tahniah sbb usaha bf sabrina :)

akak da cuba makan sup lobak putih( kalau dkt rumah saya panggil lobak putih masak air je)hehe.tryla insyaallah susu banyak :)

Huda Luna said...

yes habes baca!

seronok sabrina yg ada mak yg berdedikasi nk breastfeed anak dia =)

xkawen lg so xleh nk komen pjg
huhu sbb xtau ape sbnr nye yg blaku

Ladynoe™ said...

dah puas dah. kobis, halba, lobak segala. semua sama je.

aishah_conteng_je said...

tahniah kak,
memang bukan senang kan. tapi saya takde pengalaman sendiri. umi dengan kakak saya je saya tengok. kakak saya dapat baby baru bila anak 1st belum umur dua tahun. sekarang dua2 menyusu badan. alhamdulillah masih banyak susu.

ni blog dia.
http://whatalovelymama.blogspot.com/

husnazainal said...

congrats noe ngan usaha gigih ko...
insyaallah aku pon akan berusaha BF bile ade baby nanti..tak sabar.

♥naematulsaadahismail♥ said...

keep on bf noe.jangan putus asa ;)
tak sabarnya nak ada anak

aZeeMaH said...

tahniah noe!

setidak-tidaknyer noe usaha utk BF Sabrina kan.

Klu noe berhajat utk re-laktasi...boleh hubungi this person...

Puan Suraya
Certified Lactation Counselor
+6(012)-5880515
YM! diyaluna

Kasut Tumit Tinggi said...

thanks noe. entry ko ni mmg sgt berguna utk aku wlpn aku br je pregnant 3 bln lbh. kalau boleh aku mmg nk bg bf baby selagi mampu. sebab aku tgk, kakak² aku yg 3 org tu mmg ibu² yg gigih menyusukan baby mcm ko wlpn diorg bekeje. so aku sangat² berharap dpt susukan anak aku secara eksklusif nanti. :)

Sayf and Emelda's Mumsy said...

awwww...noe!!awak masih simpan note saye tu???well, same-same. saye tolong pun sebab kagum dengan semangat noe.

Noe jgn la sedih sbb dpt bf up to 4months je sebab ade ibu yang nak sangat menyusukan baby, tapi sehari pun tak lepas sebab takde susu.

And just to share with you, i'm still bf my son yang nak masuk setahun 11hb ni at night. die memang automatic xnak formula bile malam menjelma.

Our feeling while breastfeeding the baby is indescribable kan??rase besttttt..sangat!setuju tak??? ;)))

yaya+frdz+auf said...

congrats....sememangnya nk BF ni memang perlukan sokongan...lagi2 from hubby...kadang org tak faham apa tu sokongan dari hubby... cth: kite balik2 keje je terus terkam anak kasik susu..so maybe lambat masak atau kemas ke hape... suami kena la understanding... bila baca kat susuibu kan....gile byk org sgt tabah susukan anak sepenuhnya..and saya kagum dgn noe & kawan noe tu sebab kerja sebagai GD mmg gile bz nk pam pon curik masa. sebab saya sama kes. curik2 pam dalam server room. semuanya demi anak.... anyway tahniah noe... kita sama2 teruskan BF selagi susu dikandung tetek. haha.

p/s: bukan senang kan nak bukak brestaurant 24hours cam mamak! haha.

My Ilham My Inspirations said...

bagusnya..untung Sabrina dpt mak mcm u. I sedih sgt sbb x dpt nak bg susu lama to my baby. tp lepas baca blog u, I akan terus berusaha to breastfeed my baby ( kalau ada rezki utk anak ke-2 nantila..Insyaallah) :P
p/s: benda baik, mmg byk cabaran kan? cuba kalau benda buruk ?hmmm..

genkimomma said...

Hai Noe,

Well done, u've done a great job, dear! Tak salah pun campur dengan FM. You dah usaha sehabis baik untuk Sabrina, bukan sengaja-ngaja mengalah tanpa berjuang.

I will always remember you, sebab the 1st time u approached me tue, I was in KK, without my lappy. So, mmg gigih sgt lah balas your email & sms via hp. I even put your nice sms as a testimoni in my blog. So, tumpang sedih baca your story nie, but I know, deep down you're wayyyyy sedih about this situation.

Anyway, cheer up, sis! Just keep on breastfeeding your pecious, yeah! Sabrina pasti proud of you! ;)

- Arnie

lina said...

hi ladynoe, posting yg menarik skali.so saye copy n bg kat kwn2 sy yg kebanyakannye tgh menyusukan baby..tgh tgu kelahiran baby..supaye dorng sume betambah seronok nak susukan baby nanti.
yg sy menyirap arini salah sorng kwn sy cube nak bg kwn2 ofis dia yg same2 sdg susukan baby mcm dia.nak bukak minda ibu2 yg sdg berusaha keras nak bg susu kpd anak2 mereka(maksud dia perah susu kat opis time keje)sbb kt opis dia byk makcik2 suke tarik muke bile ade sape2 g perah susu time keje...dia kene cerca pulak..trus half dr makcik2 yg ade kt opis dia..sound dia n penulis posting ni skali..wtf..makcik2 tu leh ckp "org takde mase nak bace mende panjang2 mcmni.tukang fwrd n tukang tulis mmg pemalas.mcm takde keje kt opis" apesalll lah nak emo sgt! kalau xnak bace delete buang..bukannye org suh print n file..secare indirectnye sy pon bengang skali sbb sy yg bg posting menarik awak ni pd kwn sy.

tq
-lina

Ladynoe™ said...

hahahah cakap kat macik tu, aku free, aku menulis. Bukan duk melepak makan goreng pisang.

marina anakcikbob said...

jmp blog ni http://tsunamie146.blogspot.com/

akak maslina ni da breastfeed kan anak die da 8 bulan, 6 minggu & 6 ari..cuba la risik2 apa petua di pakai..

cLoud9 said...

ladynoe.my sis dlu pon memula mmg xde susu.kat spital cni mmg sokong BF, so susu formula mmg xle bawak masuk. tp akak sy xde susu lgsg. anak nk makn pe?masa tu dia kasi makan air zamzam (naseb baek ada).he

then pastu dia try mcm2 tp xkua jugak susu. pastu org tua2 kata kena mngurut. ada caranya. samada ngurut dgn tukang urut atau husband yg urut. huhu

luckily, mmg banyak giler kua siap meleleh2, melimpah ruah. baby pon tdo kekenyangan.bby boy sejam or 2jam skali dia bangun mintak susu. tp kalau baby girl org kata x minum banyak.

tryla. jgn bergantung sgt dgn ubat. kesian baby too many dos, kimia2 zaman skarang takut memberi kesan. anggapan sy je la.

laila said...

yea, habis baca!
walaupun belum kawen
huhu
mcm tu rupanya ek
susah gak
ingatkan mmg banyak je
:)

FrH said...

breastfeeding journey kau ni mcm aku la. cuma aku xde la kisah klakar yg boleh dikenang part susu dlm esbok tp lupe nak tutup ni. aku fully bf sampai 3 bulan, pastu dah start campur fm, sehari skali (kadang2 jek) masa 4 bulan. pastu susu dah makin kurang. semangat bf still ada lg, sampai skrg (lg 2 minggu anak aku sethn). skang ni aku cuma boleh supply 6-8oz jek sehari.

yg penting, semangat tu sentiasa kekal & keep in ur mind menyusu sehingga titisan terakhir.

good luck.

blog kau best gile. aku link ok :)

Bunga Rampai said...

Noe, tak sure sama ada perlukan professional advice atau tak nak guna pil ni - Domperidone. Request kat pharmacist. Dulu lactation consultant saya prescribed untuk stok susu sebelum naik kerja: 3pills x 3 times. Satu strip ada 10 pills. Boleh ambil 2 pills x 4x. Dalam sehari dua, dapatlah effect yang memberangsangkan. Don't worry, tak sampai ke baby, kalau sampai pon very2 minor, in insignificant quantity (setahu saya lah). This is the fastest way untuk increase milk production. Saya pon tengah berusaha keras nak BF sampai anak 2 tahun, tapi sekarang baru 10 bulan, sometimes bila malas tu datang, ngeee rasa lamanya lagi nak ke 24 bulan tu. Tapi bila susu kurang, baru menggelupur nak pam ikut masa :).
All the best Noe!

headbart said...

Aku sangat kagum dengan kegigihan ko untuk EBF anak ko. Tahniah.

Sejak Day 1, anak aku dah di beri formula oleh kerana di lahirkan 28 minggu.

Aku setuju bahagian mana ko kata jagan terlalu judgmental pada org yg tak EBF anak dia. Pada aku, even ada mak yang tak BF langsung anak dia pun bukan bererti dia tak sayang anak dia. Mesti ada sebab.

Sunnah kata penyusuan lengkap untuk anak adalah selama dua tahun. Tapi sunnah tak pernah kata kita tak boleh beri anak-anak minum susu atau makan benda selain susu ibu.

Walaupun ko tak EBF, antibodi ko tetap mengalir dalam anak ko. Takde isu EBF atau campur susu. Dan antibodi itu penting untuk anak itu sebelum dia mencapai umur dua tahun.

Kuat atau tidak kuat anak itu, kadang-kala bukan bergantung pada selama mana dia dapat khasiat dari susu ibu nya. Anak aku sentiasa dapat susu aku, tapi tetap senang jatuh sakit. Salah seorang adik aku diberhentikan penyusuan ibu aku sebelum berumur dua bulan, dan dialah bayi paling sihat antara kami berlima. Dan dia jugalah yang paling manja antara kami berlima.

Apapun, semua terpulang pada didikan.

Jangan risau Noe, InshaAllah berkat kesabaran mendidik, ko tetap akan jadi ibu unggul.

lacidem said...

tq kak..on the article yg sgt memberi semangat pd saya..

actually, my baby dah 5bulan..and im regret sbb tak dapat ebf die..kisah yg panjang disebalik kes ini..isha masuk icu 14hari, and disebabkan tu i xdpt meet the demand to feed her up to 9-mls 4hourly since day 10 kot..before tu i kuatkabn hati pam, tapi lepastu dah tak dapat meet demand coz kate dr.blanc isha kene minum sekian2 mls untuk meet fluid demand..sad sad..bile isha balik dr ward day 16 die x suke my breast coz myb flow x selaju feeding dr bottles..i try juga up til 3months half die dah tanak langsung my breast and taking me as snacking only..i mcm tak abis2 salahkan diri..bile baca pulak org salahkan kite x breastfeed anak n mcm2 lagi..kadang2 rase nak je turn back time, try susukan balik and pakse jugak kalau blh..tapi ape nak buat

i refer pd mom, die pon very supportive and said that kalau susu dah kering xpela, setakat itu sahaja rezeki anak kite, kite cube lagi lain kali..ringkas tapi penuh makna..rezeki itu milik Allah..yer kita perlu berusaha tapi rezeki terpulang pada Dia,so kate2 ni je so far yg buat i best la skit kan..

n betul la susu ibu itu tiada tandingannya dr segi khasiatnya and mcm2 lagi..tapi x bermakna kalau anak kita diberi fm thats the end of everything, perjalanan masih jauh, didiklah dia sebaik mungkin..
just dr pemerhatian i pada diri i sendiri, i was told by mom yg i ebf up to 2years old,(tau pon bile sedih sgt fail to do so to isha), tapi i rase i takdela pandai sgt pon, membaca start umur 2tahun, up to darjah 6 stil dapat no corot dlm kelas, selalu sakit dada and batuk sepanjang tahun kot!!..and yg membuatkan i berjaya jd DR i rase sbb bonding/didikan perhatian dr ibu and abah mase i dah besar.so boleh diconclusikan : kalau minum susu ibu pon tak semestinya sihat tak sakit2 and pandai...semua bergantung pada didikan kita pada anak..cume bab keewangan tu mmg tak blh komen..

panjang da i merepek ape2 hal pon stop feeling guilty and keep trying in the future..all the best
salam

BaBYfarhanShOp said...

noe.... tahniah walaupun terpaksa gunakan susu formula... bagi sy anda telah berjaya menyusukan sabrina...

perjalanan bf sy sgt menyedihkan... farhan lahir hanya seberat 2.12kg.. dn ditemptkan dlm nicu selalu 5 hr.. tp hr kedua sy dpt bersama ngan dia.. sy cuba bgi farhan bf tp malang yer dia langsung x nk... dia mengamuk menangis sampai merah padam.. sian tgk dia.. sy tetap mahu bgi dia susu ibu..

masih lagi dihosp. yg x boleh terima bila doc x kasi sy ngan baby keluar just coz baby x nk menyusu.. sy menangis semahu yer.. masa tu sgt tertekan.. tp apakan daya.. dlm diam2 sya pam susu n masuk dlm botol bgi dia minum.. terpaksa sbb nipple sy besar n mulut baby kecik dia x pandai nk hisap... sy hanya berjaya menyusukan dia dgn bantuan botol selama 2 bln shj. skrg farhan sudah pun 8bln.. bila melihat kesungguhan sy dgn persediaan yg sy lakukan sebelum melahirkan farhan airmata tetap mengalir.. sedih melihat brg2 yg sudah di beli tidak digunakan... tp apa2 pun pengalaman yg sya dpt mengajar sya erti tabah...

blogger senyap said...

hai dear,
sedang blogwalking di blog kamu & terjumpa entry peberet saya.

alhamdullilah saye dpt BF baby saye sehingga 8months & teros campur with FM sebab i'm pregnent.nanges dah sebab susu kurang & takde stok.

dari pembacaan tulisan yang panjang lebar ini,awak dah setat bg susu ibu pada sabrina sebanyak 4oz selepas abes pantang adalah salah.perot baby kecik & kite perlu kecikkan jumlah susu die which is stat dgn 2oz.pemberian susu ibu tak sama dgn FM yang perlu tambah OZ ikot umur.susu ibu ikot permintaan.

buleh tambah ilmu lagi.selamat mentry jika ade baby baru.

Reen said...

ble aku bce entry neh, rse mcm kesal sgt x dpt bf anak aku lme2.. da mcm2 mnde aku mkn sume x jln.. ble tgk anak mcm x ckup susu aku tpkse ksik fm gk.. tp kdang2 pkse gk dia mnum susu bdn.. xkot kputusan susu & bngkak susu..

Zara said...

salam perkenalan. love to read yr blog especially on breasfeeding. my son aged 8-year-old skrg ni. Alhamdulillah, saya dapat menyusukan my son secara ekslusif selama setahun wpun saya bekerja..dengan pelbagai alternatif dilakukan eg simpan stok susu dalam fridge sejak dari dalam pantang agar bila naik kerja stok susu ada. Ternyata, anak saya kurang dapat sakit. Pokok pangkalnya kita, hati kita sekuat mana untuk terus menyusukan our baby. teruskan your effort k!

NuRuL wHaTeVeR said...

"Macam aku cakap dalam nukilan sebelum ni, tak salah kalau kamu tak susukan anak sendiri. Memang tidak ada salah sedikit pun. Tapi satu je, TOLONG, jangan perlekeh usaha orang yang nak menyusu-badan-kan anak dia. Dan yang menyusu badankan anak, TOLONG, jangan pelekeh orang yang bagi anak dia susu formula."

sgt suka ayat awk ni.. thanks dear..
sy pn sgt rindu bf.. kdg2 org kondem kita tak berusaha sehabis mgkin.. mgkin mereka mampu.. bkn kita saja taknak.. tp ada alasan tertentu nya.. :)