5.7.10

Asal usul nama S A B R I N A

Kalau ada antara kamu yang mengikut Formspring aku sebelum ni, mungkin kamu akan jumpa soalan;

"Siapa bagi nama Sabrina?"

"Sabrina tu namanya siapa punya idea?"

"Kenapa bagi nama Sabrina? Macam tak sesuai dengan orangnya,"

Sejak aku pun memang tak pernah cerita banyak sebelum aku mengandung tentang nama anak ni kan. Walaupun aku terkecil hati, aku maafkan juga lah.

Sebenarnya dalam pemilihan nama anak ni, aku tak berapa suka nak modern sangat. Aku lebih akan memilih nama-nama yang boleh diguna pakai dari zaman ke zaman. Nama yang anak aku tak berapa nak malu kalau nak sebut nama dia bila dia dah tua nanti.

Aku, dah memang nature aku, aku memang suka simple. Aku suka sederhana. Kalau fabrik, aku lebih suka polos dari berbunga-bunga aloha.



Semasa awal aku mengandung, aku nak nama anak aku Sarimah. Ramai juga yang mencebik bila dengar nama anak aku macam nama 'orang lama' sangat kan. Tapi nak buat macam mana kan, aku tak berapa nak minat nama anak aku moden-moden sangat.

Sebab aku memang dari dulu minat dengan Sarimah (pelakon zaman P.Ramlee) dan semestinya Sarimah Ibrahim. Sebab bagi aku mereka ada perwatakkan tersendiri, dan ya, cantik menawan semua orang pun tahu. Tapi puas aku cari maksud Sarimah. Tak jumpa jumpa. Aku tanya kawan aku yang memang mengajar bahasa arab pun tak dapat jugak.

Sampai lah pada suatu hari Fandi bagi cadangan nama Sabrina. Sabrina maksudnya yang sabar.

Sabrina kedengaran simple but nice. Dan bila suami aku cakap dia dapat idea dari filem P. Ramlee 3 Abdul yang part dalam kedai tu;

"Sabrina kekasih lama..saya ada lagu baru untuk awak!,"

So aku pun macam suka la. Sebab aku memang minat P. Ramlee no matter what you'll say lah.

Selepas aku standby dengan nama Sabrina, ada juga aku terfikir nak letak nama pangkal seperti;

Dian Sabrina - sebab konon-konon macam Dian P. Ramlee. Tapi, Dian, nama ex abang aku pulak. Sensetif.

Lily Sabrina - sebab aku memang suka nama lily. Kedengaran sangat comel. Tapi, Lily, nama ex abang aku yang lagi sorang pulak. Sensetif lagi.

Hani Sabrina - Sebab masa aku mengandung aku panggil dia Honey dari luar perut kan. Tapi, Hani nama kakak ipar aku pulak kan. Dekat sangat la pulak.

Timbang, tolak, tambah, bahagi, darab, maka aku decide, SABRINA sahajalah dah cukup. Lagi satu, kalau nak pilih nama aku akan gabungkan dengan nama Fandi untuk aku pastikan bunyi nya sedap. Macam Sabrina Affandi misalnya.

Nanti kalau ada anak baru, nama anak-anak aku dan Fandi still akan di ambil dari zaman-zaman P. Ramlee jugak. Lateefah Affandi. Nasir Affandi. Yussof Affandi.

Tapi bukan Albab atau Wahub Affandi lah.




37 comments :

neyra shazeyra said...

ayah saya nama sabri, mmg penyabar

ninaneno said...

kalau satu hari nanti anak kamu jadik pengetua skolah atau somebody yang hebat-hebat lah... mesti tak kekok nak buat tag nama atas meja dia atau depan pintu.

serius saya rasa agak-sakit-hati bila nak kena berurusan dengan orang yang nama dia panjang gila2 dan tersangat moden. belum lagi campur dia punya pangkat segala...

nak taip nama saja pun amik masa setengah minit. how???

ejaMaria said...

ok dah tu nama nye... biar la ape org nak kata... janji makna elok kite pun suke

akugunakanta said...

tapi aku pernah cadangkan
zabrina = ko kate macam zebra
sabreena = supaya ejaan mcm name aku..
hehehe...hahaha memori aku kuat kan...?

cujen said...

best pe nama sabrina. simple. ni nama panjang2 sampai susah nak sebut.

kita pun suka nama2 yang klasik..mcm ratna, chempaka..

dah boring ngan nama qistina, qasrina..

tapi, lain org lain seleranya kan.

Ladynoe™ said...

terpulang kat masing masing kot..

Huda Ramlee said...

senang nama simple ni..mana-mana boleh guna.kat umah guna tu, kat sekolah pun guna nama tu.

p/s: pernah dgr ada orang cakap,nama panjang2 kang takut tak terbawak dek tuan badan.lebih kurang macam tu la bunyi.

misz beauty said...

banyak betol ex abg sis eh.. kelakor jerk bile bace... ekekekek... but seriously sabrina tu sangat sedap didengar dan disebut... =)

Lili Sakina said...

huhu nice je...saya pun suka nama Lily tu...Sabrina Affandi not bad lah...

F A R Y N said...

kalau nama anak terlalu moden dan panjang pun,berbelit lidah nak sebut..biar pendek,simple dan ada maksud yg baik itu sudah cukup :)

Nadya said...

ya ampun noe. kaki anak kau ketak². gerammmmmmnyeeee.

nama anak org skang ni byk sgt yg moden. bila tanya maksud semua tak tau. ape pn, sabrina si comel buah hati pengarang jantung mak dan abah, auntie nak pesan ni.. dah besar jd anak yg solehah ye. amin

Lil^GriZzLe said...

dalam 3 Abdul tu, "Sabarina, kekasih lama." bukan Sabrina.

kalo tak silap lah.

tapi Sabrina lebih moden dan cute.

MeL MikaiL said...

oh cmtu kisahnya hehe, comel nama sabrina tu..me too suka cerita2 p.ramlee, xbosan ditgk ulang2 bape kali pun ;)

Raina Affan said...

gambar sabrina tuh! tunjuk lidah tuh!!!

ok aa nama Sabrina..yang aku best pasal nama laki mu Affandi - separuh mcm nama anak aku..huhu..

booking Sabrina wat menantu, bleh? tp hantaran jgn ler type harga hilang akal lak! aku bukan orang kaya..

cik fiza said...

Simple adalah cantik dan indah.,.. rasanya nama sabrina sgt comel.. famous lagi nama tu :)

rosesrosz said...

entry yg kiut!

ape2 pon cite2 p.ramlee memang terbaik.

SABRINA- comel mcm mama de.

nurayunni said...

xpe name tue bez jgk dan de mksud yg elok...

Kelon Eric Bana said...

selamat masa nak daftar tak jadi SABRINA SAJALAH...heheheh

Shuhada Shah said...

Haha, aku yang tanya siapa yang letak nama Sabrina.
Aku juga setuju letak nama anak yang senang dipanggil dari berjela-jela panjang.Takde la tergeliat lidah nak panggil. Janji ada maksud yang baik. Haih entri kau selalu buat aku rasa nak kahwin!

Byzura Razali said...

hi noe,

sapelah bg soalan no.3 tu? mcm mane dia tau sesuai ke idak...
Nama SABRINA tu sweetlah :)

Byzura Razali said...
This comment has been removed by the author.
kassim said...

Kenapa bagi nama Sabrina? Macam tak sesuai dengan orangnya

Huda Luna said...

bagi huda nama sabrina sgt sesuai ngn dia
nmpk comel
=)

hajaribrohim said...

haha! ingat! dulu2 masa kita ym, aku pun kata mesti nama anak ko SARIMAH! ko pun kata YA! hehe, xtau lak sarimah tu xde maksud :D

aku setuju ngan ko. aku pun suka 1 nama dan ada maksud yg baik. tapi ramai mak bapak moden sekarang ni suka letak nama anak dia panjang2. tapi lepas tu panggilnya BABY atau ADIK jugak. kesian budak tu nanti nak tulis nama kat ketas peksa xcukup muka surat :p

atulhani said...

nama simple sebenarnya lebih baik. yang penting maknanya. macam anak2 kakak saya: adam, alesha, anas.. senang.. cuba bayangkan kalau panjang-panjang sampai 4 nama.. nanti anak tu nak tulis masa kat sekolah pun susah. Apatah lagi nama tu tak muat nak tulis dalam kertas periksa..

H A N S said...

kalau ader HANI depan SABRINA tu, mesti mak sabrina akn slalu ingt kwn dia ni..hehehe :P sabrina ni mmg pandai posing, suker jelir2 lidah yer :P

KayNisa said...

ok what nama Sabrina, boleh panggil Rin, Rina, Ina, Na. Sab pun boleh.. tapi panggil nama penuh lagi bagus. sebab nama penuh yang membawa maksud yang sebenar. Smoga Sabrina membesar menjadi anak yang solehah.

♥ baiti ♥ said...

kak! so sweet!
sabrina sweet ape~
watpe nak persoalkan ape yg dipilih oleh mak ayah~

"Kenapa bagi nama Sabrina? Macam tak sesuai dengan orangnya,"

sgt kurang ajar soalan tuh!

mcm sy~ slalu sgt kena~

"nape name ko baiti??"
"maksud nama ko rumah kan"
"ntah pape la mak ko bg nama"

sy just jwb,
"name penuh aku nurbaiti~
mksd die 'the light of my house'~
bg mak bapak aku~ kelahiran aku membawa chaya dlm 'rumahtangga' diorg~
KAU ADA?"

=) peace for sabrina~ =)

isabelle said...

nisfu affandi?hehehe. x sesuweiii...
normadiah affandi?
er...
dah la.aku ni bagi cdgn mengarut2 je

H.A.N.A said...

kawan aku pernah cakap, nama ibarat rezki dan seelok eloknya bg nama pendek dan bermakna. alhamdullilah sabrina nama anakmu. mudah-mudahan dilimpahkan rezki olehNYA. amin.

pssstt..masa akak bg tau nama sabrina tu, skrip P.Ramlee tu la yg terpancul kapla otak sy!

Eudora said...

Hi Noe! Actually Sabrina is a nice name. Sesuai sgt with your little girl. Sabrina look so cute with her chubby cheek...geram mcm nak peluk! ;)

crayon said...

LINK <--- anak aku.. namanya lily.. mula-mula ingat nak letak lily sabrina.. :) ahehehe

nurul nadia said...

huhu..entry ni mcm pjg plak sampai kena bancuh air milo dudk depan pc..huhu.best2 nama sabrina..tunggu adek sabrina plak kluar nnt..letak nama ape..he2..

oni said...

like this!

phia said...

nama anak aku nanti, aku buh 1 atau 2 perkataan je. takde la panjang nama anak aku dalam name tag kat sekolah nanti :D

abah dan mak haqq said...

lebih kurang la ngan aku noe..
anak lelaki ni memang aku nak bubuh muhammad dulu..
muhammad haqq bin asrin macam kelakar pulak..
so bubuh la muhammad nurhaqq bin asrin..

walau apapun setiap ibu bapa memang nak bubuh nama anak dengan maksud yang baik... :)

Scott Republic said...

Sabrina is a nice name what...tringat Sabrina the teenage whitch...suka sangat ngan citer komedi tu...nama pendek la senang nak ingat dari nama panjang2 pastu panggil along/angah/gegel...ect...duh wat rugi je....