20.7.10

Fikir Panjang

Aku baru sahaja habis dari menghadiri majlis ilmu di mana di situ, rohani aku diisi kenyang dengan serba sedikit pengalaman orang yang dipercayai telah berjaya menongkah alam pekerjaan mereka sehingga bersara. - dan nasik lemak ayam goreng percuma.

Kebetulan, akhir-akhir ini hati aku memang kuat ingin menyambung semula pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab semenjak aku disini, aku sudah semakin sedar bahawa akademik adalah salah satu elemen penting untuk aku menjadi manusia yang MUNGKIN akan berjaya satu hari nanti. Aku manusia AVERAGE. Melainkan aku ada kebolehan khas seperti mengapungkan diri atau membunuh dengan kuasa psikik atau kuasa tangan tembus cermin macam watak-watak dalam cerita Heroes misalnya lah kan.

Mungkin aku boleh menggilap sinar di agensi swasta semula. Mungkin lah. Aku rasa aku tak mungkin akan berpatah arang ke syarikat swasta lagi. Semangat aku semasa zaman bujang aku dah semakin pudar mungkin. Ha'ah, aku dah tak kuat nak tahan maki atau pulang ke rumah jam 11-12 malam setiap hari. Aku tak cakap yang di syarikat sekarang ni adalah platform untuk perempuan yand dah berkahwin macam aku untuk bersenang lenang. Tak pun. Di sini pun ada tekanan yang tersendiri.

Tapi aku dah ada anak dan suami. Banyak benda aku nak fikir lagi selain dari menangis di dalam jamban kerana bos reject artwork aku dengan maki makian yang tidak ada kena mengena.

Aku dah cakap aku kan family-guy-punya-jenis.

Aku plan nak sambung belajar sampai aku layak jadi pensyarah. Tapi baru tadi tokoh berjaya di syarikat aku cakap bahawa dia berhenti jadi pensyarah sebab dia tak tahan menghadap perangai student yang 'cantik-cantik' belaka. Sampai aku rasa mungkin kalau aku jadi pensyarah, aku mesti akan jadi pensyarah yang di benci oleh sesetengah pelajar. (kawan-kawan terdekat aku mungkin tau kenapa)

Dan akan end-up dengan kekecewaan sebab hari-hari kereta aku dicalarkan pelajar setiap hari.

Aku dah puas fikir panjang sebenarnya. Tapi aku tak dapat jawapan lagi.

Sama ada aku nak sambung belajar dan stay di syarikat ini dan pulun sampai satu hari nanti aku jadi manusia selesa.

Sambung belajar dalam bidang yang sama supaya, ya, jadilah pensyarah, Noe.

Sambung belajar dalam bidang yang lain supaya aku tak bosan dengan benda yang sama sampai tua.

Tak payah sambung belajar. Mula perniagaan baru dari rumah.

Haih.

Betul cakap Encik Masut Martu. Kadang-kadang dalam hidup ni kita akan jumpa satu peringkat di mana kita sedar yang hidup kita ni tidak ada makna dan kita stuck, tidak tahu nak buat apa-apa.


30 comments :

wheowheo said...

aku juga ada masalah yang sama. tahun lepas, aku ada cita-cita baru, aku nak jadi cikgu, cikgu seni. jadi, aku terus isi borang dan sambung belajar. Alhamdulillah, sekarang sudah sem 4. lagi berapa sem ah.... mungkin 3 atau 4 lepas tu grad dan berjaya dan lepas itu melangkah dengan tenang untuk jadi cikgu seni (seperti yg diimpikan pd tahun lepas). tahun depan, aku nak kahwin. belajar belum habis lagi. terpaksa pulak spend setahun kat UPSI dan... skg aku tengah fikir. nak jadi cikgu ke, nak terus jadi pereka di syarikat swasta ni. ofkos lepas kawen aku nak anak kan.

I am Nortrom said...

Saya setuju.

Walaupun saya dah tetapkan misi saya untuk 5 tahun akan datang, jika semua misi2 tercapai, makanya apa langkah yang perlu saya buat semula?

Kosong.

Jimi & Dia said...

goodluck sekiranya kamu sambung study.

aku pun ingat nak sambung ambil master tapi tolak campur darab bahagi. aku rasa malas sangat-sangat.

mungkin aku rasa otak aku dah tepu kot.

Anoneemus™ said...

Noe, saya sedang stuck juga. Saya doakan kita sama2 akan tenang dan jumpa jawapannya tak lama lagi.

Noe tulis lah buku. Noe pandai menulis.

Lina Rahim said...

mungkin saya da sampai tahap yang rasa hidup ini takde makna, rasa stuck. itu lah yang saya rasa sekarang. bila fikir2 balik, apa yang saya buat ni hanya untuk tuntutan material je, sekarang saya panggil ia tuntutan merapu.

Rasa hidup ini penat dengan tuntutan merapu tu lah. Dari kecil penat belajar, PMR cemerlang masuk SBP, SPM cemerlang masuk U, U dalam negara je.penat lagi di kampus, ambil double degree, kemudian kerja gaji tak seberapa kemudian sambung master sambil kerja, jodoh pun sampai kawin, ikut laki kerja jauh, saya kena brenti kerja. dan sekarang orang sekeliling menuntut saya untuk beranak, habiskan master, dan kerja untuk dapatkan duit (bagi imbuhan pd mak bapak sebenarnya), dan jadi perfect wife yang pandai masak segala nika juadah.

Penat!

Ainee Cumi said...

Ainee pun kosong, tak tau apa nak buat dalam life..Banyak sangat minatnya. Padahal umur baru 21tahun. Haa macam mana agaknya kalau umur aini ni makin meningkat? Mesti lagi kosong..semua benda nak buat, semua benda nak amik, end up apa pun tak jadi..Haishh!

Kena banyar merangka lagi ni..

Dairy Liyana said...

(",) Jgn pk negetif, nk jd pensyarah ok jek..asalkan ade semangat nk study.

K.I.T.A said...

Deq noe,kite pun dah stuck jgk.
Blank dalam kepala otak nie nak jadi pe besok,lusa,tulat,minggu depan,bulan depan,tahun depan,10 tahun lagi.

kita cuma harap tuhan sentiasa membantu untuk mudahkan hidup kita sampai kita meninggal.

Raina said...

aku tengah buat master ni, baru 1st sem..buat pjj dengan OUM tapi dengan anak buas di rumah, susah maw concentrate..tiap2 hari tido pukul 2pg..

sebelum decide nak sambung, aku rasa macam boleh je tapi letih wey, jujur..

sampai laki aku kata

pilih kerja or study

so aku pilih study pasai aku boleh duk rumah jaga anak.

jadi 3-3 sekali aku tak mampu..

walaupun hati meronta nak kerja

makan dalam beb!

Syafinaz Ali said...

Dalam hidup ini kita sentiasa berhadapan dgn kos lepas dimana kita terpaksa mengorbankan yang satu ini untuk mendapatkan yang satu itu walhal kedua2nya amatlah penting untuk kita.

Saya juga seorang pelajar sepenuh masa,seorang isteri dan seorang ibu.Letih setiap hari tak usah nak cerita.Ulang alik dr rumah ke kampus lebih kurang 45 minit sehala.Krn kesiankan anak yg masih menyusu usahakan jg kelas separuh hari namun terpaksa terima ilmu dr jam 8 pg sampai 12 tgh non stop sbb nak avoid kelas petang.Dpt dua hari dan krn tangguh pengajian disebabkan bersalin terpaksa lg amik subjek lebih dr org lain.Sem 1 mengandung,time final sarat bawa perut namun saya reda kalau sudah ini jalannya.

Kalau noe merasakan dgn further study hingga peringkat tertinggi adalah suatu yg noe inginkan dlm hidup,just go for it.Nasib setiap org tdk sama.Kalau en.lecturer td berhenti krn tdk tahan dgn student,just fikir bkn semua lect menghadapi situasi yg sama.Kalo dia begitu tdk semestinya noe pun akan begitu : )Hanya anda yg tahu apa yg anda inginkan dlm hidup.

Si Sweet Sour said...

salam noe.

husband aku memang bersungguh2 suruh aku sambung belajar. aku plak pk anak kecik lg.

tp bila tgk mereka yang pangkat besor2 ni syok jer dapt gaji besor n dpt elaun keraian, aku pn mcm rasa teruja nak sambung belajar.

ko bygkan gred 44 elaun keraian rm400, gred 48 elaun keraian rm550, gred 52 elaun keraian rm600, gred 54 elaun keraian rm800.. cuba ko simpan jer elaun keraian tu. dalam masa setahun, ko dah mampu nak bayar keter cash jer..


haihhh..

KayNisa said...

dulu aku sambung master sebab ikut kawan, masuk sem 2 aku sedar, aku sambung master sebab aku kalau boleh nak balik kerja dekat2 mak ayah aku. aku nak berbakti kat mak ayah aku. dorg tinggal berdua je kat rumah, dulu adik aku ada. leh gak dia tolong tengok, sori, terluah perasaan lak kt sini. semoga noe jumpa apa yg noe cari, fikir yg terbaik utk diri, sabrina, keluarga, agama, bangsa , negara. insyaAllah.

Jannah said...

N41.

Naik tangga gaji.

You can do it babe!

UPM ada good PJJ courses rasanya.

Syarikat you takde sponsor sambung belajar? Selagi ada peluang kat situ, gunakan sepenuhnya!

koci said...

hait!
having the spirit to further your study is good enough already.
sebab saya yg tengah buat degree ni, tak sabar2 nak abes blaja dan nak kerja. tak terfikir lagi nak sambung master ke ape. harap2 in future dapatlah semangat tu.

pasal nak jadi lecturer plak, kalau minat then it will be fine no matter what the obstacles are. pada saya, kalau kita suka buat something yang kita tengah buat tu, kita tak akan kesah sgt susah ke, payah ke. sebab itu yang kita mahu, dan itu yang kita pilih.

semoga dapat buat decision yg terbaik. mintak petunjuk dr Dia ok huhu..
all d best!

tiada nama said...

bagi aku:

kalau niat sambung belajar utk tambah ilmu, sangat baik kptsn itu. & kalau nasib baik, ble dpt jwtn tinggi lg dr skg

kalau niat sambung belajar kerana mengisi masa lapang, mungkin akan terbeban.

mcmana pon, ko boleh try smbg bljr noe. aku sedar, kita di sektor ini,pangkat itu hanya di bezakan dengan kelulusan seseorang. ilmu yg diowg pelajari sblm nih? bg aku 20% shj.

ciketon fazya said...

niat Lillahita'ala

baik dapat pahala..

meor-name-depan-ku said...

Gua teringat scene filem 'Do Re Mi'..

Ibrahim din memegang watak mi, ingin mencari kerja dan terbace iklan di sebuah banglo orang kaye.


"Tahan maki,...ooo takpe-tape, ini aku ade". jawabnye.

haniazrina83 said...

aku tgk artwork ko lawa je.
pesal la boss ko nak reject2?
sobar je la
aku tgk kat astro, budak2 art ni akan g jejalan g cari inspirasi baru.
dan improvekan skill diorang.
ko takde rasa macam tu ke?


if ko nak jadik pensyarah utk stability hidup, aku rasa jgn la.
kalo ko rasa nak mencurah ilmu dan mantapkan student2 malaysia ni, itu aku rasa, ko patut jadi pensyarah.

aku pun rasa nak jadik surirumah sambil jual barang kat internet.
tapi takut risikonya.
huhuhu..

anyway, gud luck!!!!

hentakbelipat said...

bende2 gini yang buat lif suck kan..haha yet interesting..ape salah tuka alam jadi lect...budak2 yang perangai cantik tu bgntung pada mana uni yg diajar kot..rata2 ok je aku tk

eRaY said...

noe, aku pun pernah rase cenggini gak
kejap2 aku rase nk smbg master
kejap2 aku nk business kedai makan
n kejap2 aku nk business online

tp dlm mase yg same aku mintak Allah tunjukkan jalan yg terbaek tuk aku

so alhamdulillah aku dh mule meniage online

jadi aku rase pun pun akan jumpe jawapan kepada kekusutan ko tuh :D

Scott Republic said...

Keje ngan gov memang membuatkan kita rasa dengan sambung blaja ( read : ada kelulusan tinggi) kita rasa leh rilek sket....baik dari fulus and keje....aku pun tengah down giler ni....stuck tatau ke mana.....sambung blaja or mengharapkan ihsan orang....motivasi aku ialah cuba cari income lain yang leh aku kuar dari situasi kurang sihat ni...bukan dari sumber MLM ye...

aren said...

macam2 dugaan kalau dah kawen pastu pulak sambung belajar.aku dah tgk dgn mata kepala aku sendiri orang yang dah kawen lepas tu smbong blajar n last2 kawen dgn rakan sekuliah.bini nya diceraikn..kesian. yg pasal pensyarah pulak dah bnyk aku jumpa pensyarah kahwin dgn student diorg..

Sloeko loe said...

tumpang baca di sini. =)

thyYunx said...

tapi an..kte hidup di dunia perlu mncari ilmu sehinggalah ajal kte sdah sampai..
mmg xmudah hadapi semua yang berlaku lam hidup..tetapi itulah dnamakan ujian Allah..
mnuntut ilmu itu fardhu khifayah..dapatkan pahala senang je..ttpi mngape prlu sshkn dri..renung2kan:)

Ladynoe™ said...

the YUNX

aku faham. Memang hidup kena cari ilmu. Tapi skop ilmu dalam konsep keagamaan tu luas.

Cari ilmu dan cari kualifikasi adalah dua perkara berbeza.

PelangiCinta SufiyaMedina said...
This comment has been removed by the author.
The Stakes said...

bagusnya pendapat pembaca2 di atas, dpt ambik pengajaran.
sy tgh smbng master part time sambil keja, ya alhamdulillah dh sem 4. mmg ada niat nk smbg master tp xtau rezeki cepat sgt. keja 3 bln, company offer sponsor smbg study.

iktibar utk dikongsi bersama:
-dreams make things reality dear. rezeki tu akn dtg tepat pada masanya walaupun kita rasa cam xsedia.
-nk buat ape2, at least mulakan selangkah. x pn sejengkal pn xpe. cth, klu nk jd pensyarah mulakan dgn ajar anak2, bdk2 skolah.klu nk jd bisneswoman, mulakn dgn niaga kain kt opis ke.sbg cth je la..
kalau ada impian nk smbg study, usha2 la dulu courses, ipt dan yurannye dll. ni akan buatkan kta mcm dh sejengkal melangkah.well, at least melangkah ok! :)

good luck dear :)

NURUL said...

aku pun sedang berfikir2 nak continue master tp terfikir2 lagi dah ada suami dan anak yg perlu diuruskan jd boleh ke aku study nanti. otak pun lama dah tak terima ilmu. tp hati kuat mahukan idea continue study nie.

si buta warna said...

perasaan "direject" tanpa alasan munasabah dan kata-kata sinis tu amat memualkan !!!

pelangindah said...

Zmn skang,byk org dh ada master...tp apa niat?
-Klu krn ilmu-kamu akn b'jaya..bkn b'jaya krn dpt perform bagus dlm pekse/tesis/projek...tp berjaya bahagikn masa...klu dulu,thp ilmu seseorg yg bezakn org tu dpt ijazh/tidak...tp skang,rata2 yg smbg master,mesti dh kawen,ada ank, or surirmh yg wat separuh masa...kene igt,ble bkrj smbl bljr,sgt2 la tensen...suami,anak,tesis/projek...lainla klu MINAT ILMU...mnt akn atasi segala2nya...klu setakat nk naikn gaji @ nk bngga dgn org sekeliling @ nk tmbh nilai diri...mgkn smpi master shj...PHD,dh xwat...biasanya mcm tula...kwn2 sy,smbg sb nk naikkn nilai diri supaya dpndg tnggi olh msyrkt/saham naik...tp,klu kita minat ilmu,kita dpt atasi semua cabaran..ada sorang kwn,dia ada ank 12 org,msh kecil2,tp suami isteri BERJAYA hbskn master..bt mster smbl krj sepenuh masa...
Klu rsa sb nk income,gaji lect xbyk pon bbndg beban yg kene gls...kita sndiri tau mcmanan sbuknya lect kita..klu utk naikkn income,byk cara ln yg lbh sng n murah..berniaga..ambk kursus wat kek/jht baju kt mana klj...n jual kek tu,mcm kwn sy.Beli oven bsr(pembntu mkmal)n jual kt kwn2 ofis.