9.7.10

Keregangan Yang Dibenarkan

Abang Rashid bukan kawan sepejabat aku. Tapi pejabat dia dekat benar dengan pejabat aku. Kami tidaklah rapat. Berbual pun kalau ada jamuan potluck yang di adakan dalam 3 bulan sekali.

Kali terkahir aku berbual dengan dia bila dia datang ke pejabat aku untuk tumpang fotostat. Sabrina pun dalam perut lagi. Masa tu dia cerita yang dia sedang menjaga seorang isteri yang sedang dalam proses penyembuhan barah payu dara. Dan seorang anak lelaki yang berumur 4 tahun lebih.

Kelmarin kebetulan, selepas waktu pejabat, aku merayap ke seksyen dia. Masa tu dia sedang berbual-bual dengan kawan pejabat aku yang lain. Berbual tentang nak kahwin. Aku tak tahu apa-apa, jadi aku senyap kan sahaja.

Tapi aku nak tahu jugak. Aku nak tahu jugak. Jadi aku bertanya;

"Abang Rashid nak kahwin lagi satu ke?"

"Eh, Noe tak tau ke?"

"Ha sebab ni la tanya ni,"

"Abang Rashid dah bercerai lah. Now dah ada marka baru. Nak menikah la ni."

Jadi aku pun pelik. Selalunya bila isteri sakit, lelaki tinggalkan. Ini, dah survived, bercerai pulak? Aku tanya abang Rashid lagi. Siapa mintak cerai? Apa punca? Siapa salah?

Abang Rashid kata;

Dua dua salah. Penceraian melibatkan suami isteri mana-mana pun, salah mesti dua-dua. Tidak ada seorang sahaja yang salah. Dia mungkin ada affair dengan lelaki lain. Balik kerja lewat-lewat malam. Pagi pagi buta bertalifon dengan lelaki lain. Sampai satu masa kemana pun abang pergi, dia taknak ikut. Tak boleh tengok muka abang. Tak boleh dengar suara abang. Tak boleh blah dengan sentuhan abang.

...And..your fault is...?

Abang membenarkan keregangan itu berlaku sejak dari mula. Abang tidur berdengkur dan abang suruh dia tidur luar bilik. Abang tak cari solution pun untuk keselesaan dia. Abang tak pernah ajak dia berbual mesra. Even berbincang tentang masalah yang kecil atau besar. Setahun dua abang buat macam tu mungkin boleh survive. Tapi kalau dah 5 tahun, ,tak semua perempuan boleh terima. Mungkin abang terlalu sibuk dengan dunia abang, sampai terlupa yang abang ada dunia dengan dia. Abang selalu masak untuk dia sampai dia tak pernah ambil kisah nak masak. Abang ambil ringan soal nafkah.

Aku termenung sekejap.

Termenung lagi.

Kadang kadang, mendengar masalah ni lebih mengajar daripada mendengar cerita yang plotnya tidak ada kesukaran lansung.

Kan?




37 comments :

susudalambotol said...

Bab memasak tu aku terasa.

hudadida said...

betul2..ape2 pun mesti ade salah here and there dari dua2 jugak..
lagipun mane ade org perfect kan..

tapi tak ramai yang bole mengaku macam abg kt atas tuh..=]

ejaMaria said...

bagus nye abang tu... mengaku dia sendiri salah... tersentuh la...

aNnAsUe'G said...

kagum dgn abg tu tp die dah lmbt, cinta die dah pegi.

oh, 1st time here. selalu dok baca senyap2 je. :)

mak batin said...

menginsafkan.

Mr. Daydreamer said...

aku amik untuk jadikan iktibar nih untuk masa depan

MyRule said...

Sgt membuka mata..:)

Anna Molly Dean said...

satu pengalaman yang perlu diambil perhatian sebagai pengajaran.

Mommy Delta said...
This comment has been removed by the author.
Scott Republic said...

At least dia ngaku dia pun bersalah...tak macam kebanyakkan orang tak cuba nak mencari khilaf sendiri tapi sebaliknya menunding jari.....

Legasi Piston Pecah said...

memang tak pernah terfikir pon kan..pasti ada silap pada kedua-dua pasangan...bukan salah seorang saja.

Mommy Delta said...

It takes two to tango. Serajin, sehebat dan sekaya mana pun suami di dapur, pasti inginkan masakan air tangan isteri.

Sebab tu ada pesanan orang tua, kalau nak ikat suami kena ikat perutnya dulu :)

chihorence said...

camne rumit/payah/sedih/susah/senang..sume tu dah ditulis dalam 'buku' masing2..huhu

ciketon fazya said...

kalau time berkasih berdua2an, dah putus kasih salah kan sorang je?

saya terajar selepas membacanya..

khemy said...

*sigh
Macam-macam.

mohd fauzan said...

slm
abg rashid mmg kewl
bjak mganalisa msalah
n insyaAllah kwen lg 1 ni bhgia
aamiiin
utk noe jugak =)

psstt - tp cm xbpe kewl drectly state nme 'abg rashid'
o 2 da mmg bkn nme sbnr
maaf, sy mha jhil =(

Ladynoe™ said...

MOHD FAUZAN

Rashid bukan nama sebenar pun.

Ashypink said...

emm tersentuh dgn pengakuan abg rashid..mungkin boley diselamatkan kalau realize awal2...

satu lg ayat yg buat aku tersentap - Selalunya bila isteri sakit, lelaki tinggalkan. Selalu tu tak pasti sbb aku pon xde contoh yg terdekat. Tp contoh sebaliknya paling dekat ialah my dad..my mom died of cancer and he's beside her until her last breath and sampai skang pon my mom still with him...coz my dad tak kahwin sampai skang - dah 17 years..

kami x penah tanya napa xnk kahwin lg..but my dad selalu kata..susah nak cari org sama macam mak kamu T_T..umo aku 27tahun..aku pon x sempat nak kenal mak aku..so pada org2 kat luar sana..hargailah hus/wife or ibu/bapa kamu sementara dia masih ada..

makcikrehan said...

nebes ni...nebes gilak. 1st time tau nk komen sini... selalu aku skodeng dari jauh jer.

haku cam terpana tau baca cita bang rashid ni. eh, noe.. aku nk kopi pes email bagi laki aku lah!

saja bagi dia tafakur sikit lepas solat jumaat.

eh, aku kopi pes nanti nih, ko jgn saman aku plak tau! nanti aku pesan kat laki aku, ko jgn nk powad2 kat kwn opis ko bang. matik aku kena saman.

p/s : aku selalu tau mkn kat kedai makan MDHS kat simpang kg rasa tambahan :)

.Anna. said...

sangat tersentuh. ;)

Ladynoe™ said...

makcikrehan = copy paste je lah. kalau untuk kebaikan tak salah forward.

:)

takkan lah saya nak saman pula.

akugunakanta said...

'membenarkan keregangan itu berlaku sejak dari mula'; perempuan tu mencari penyelesaian sendiri di luar tanpa sedar dan penyelesaiannya 'keluar'.

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

terharu dan mula terfikir sejenak..tak ramai orang nk mengaku lesalahan sendiri macam tu.terutamanya bab kahwin-kahwin ni..respek same abg rashid..

thankz kak noe share this story..leh bt pengajaran ni =)

YatieJay said...

Ada orang buat blog...menambahkan dosa. Ada org dapat pahala. Contohnya kalau posting kita membuatkan org dapat pengajaran dari cerita-cerita yg dipaparkan.

; )

Raina Affan said...

abang rashid telah memasak untuk bekas bini dia?? (guna 'telah' pasal past tense)

bagusnya abang rashid itu.. ada no. tepon beliaw? teruja neh!

bab tido berdengkur tak mengapa, pasal aku pun berdengkur jua..hahaha!

ninaneno said...

jarang ada yang nak mengaku kesalahan sendiri kalo terjadi perkara yang tak diingini macam bercerai ni, kan?

btw, buat pengajaran nih. jangan abaikan satu sama lain. kan?

aYuJeLiTa said...

noe, kem slm kt abg rashid tu yerw... tsentuh ngn ayat jujur dier.... insof!!

AzharAzman said...

hmmm.betul jgk la kata abg rashid tu.sapa tahan kalau isteri die buat macam tu.respek sangat kat abg rashid tu sbb mengaku die pun buat salah jgk.

meor-name-depan-ku said...

potluck tu ape?

HAFEEZA said...

keregangan? atau kerenggangan?

sory..xmksudkn ape2 pn..

sedikit confuse..

Ladynoe™ said...

Hafiza, Abang Rashid cakap REGANG.

Dan aku rasa tak ada masalah kot?

suhaisweet said...

Dropping here..Very nice friend..My special for u.. Check it Out!

BeauBargain said...

least that we can do..jgn biarkan rasa cinta itu pergi..

Myra said...

dia sgt sensible

Myra said...

LadyNoe,

(sbb the next post tak boleh nak komen, i komen kt sini)

I think menjaga hati in this context means you disagree with the person tp masih respect pilihan orang tu. so kalau disagree pun, doesn't mean perlu become disrespectful.

Hypocrisy is when you say one thing and do the exact opposite. Like saying I suka u, tapi blakang ckp I benci gila dia. Automatic disrexpect to the other party.

I tak tahu content situasi u camana but I hope u can still think it takes all kinds to make the world. Have faith :)

Aku A-Z-Z-U said...

bagus betul cerita yg noe nak ketengahkan ni. true, cerai bukan salah sebelah pihak sahaja. dlm relationship ni, apa2 pun kita kena sentiasa ingat pada satu perkara iaitu: "don't take everything for granted". kerana dalam perkahwinan, tidak layak bagi isteri maupun suami dilayan seperti sehelai floor mat.

bila kaki disapu pd floor mat, kita tak perasan smpi floor mat naik hitam. tp kalau one day floor mat tak ada di tempat biasanya, kita baru nak bising2.

subjek said...

Ladynoe,
Saya bagi komen ni first time.Bole tak saya nak share dgn org di blog atau fb?

Thx