11.7.10

Plot Drama Paling Keji

Boleh tak aku nak bersembunyi di sebalik semak dunia untuk seketika waktu? Tutup mulut dengan gam yang paling kuat? Sebab aku rimas dengan plot yang penuh pura-pura sebegini. Semalam aku lihat mereka datang kepadaku dengan cerita yang penuh busuk dan keji. Hari ini aku lihat mereka pergi kepadanya dengan pelukan dan puji.

Apakah beza hipokrit dengan menjaga hati?

Semua ini benar-benar menyentuh hati. Plot drama paling keji. Aku sepatutnya sedar. Aku sepatutnya tidak keluar dari daerah sendiri - dan bermigrasi lalu menjadi sebahagian dari watak antagonis itu.

Tinggalkan aku sendiri, selamanya, walau ianya kekadang menyakitkan. Aku tidak pernah minta untuk dihiburkan. Aku tidak sudi pun.

Haih.