1.7.10

Kalau aku pakai purdah


Semalam, macam biasa, dekat kawasan rumah aku ada pasar malam. Dan macam biasa jugak lah aku dan Fandi akan menyinggah sekejap untuk membeli juadah makan malam. Dalam perjalanan balik, kami ternampak satu kumpulan perempuan yang bertudung labuh dan berpurdah.

Tak semena-mena hal bertudung labuh dan berpurdah menjadi topik perbualan aku dan Fandi.

Aku, terfikir, apa lah agaknya kelebihan hukum wanita yang bertudung labuh menutup paras dada, warna tidak menonjol, berbaju longgar seperti yang Tuhan aku garis kan tu?

Lalu aku kaitkan dengan diri aku yang lansung tak sama macam perempuan-perempuan tadi;

  1. Aku takkan membazir duit beli alat solek yang banyak atau kalau tak banyak pun, still..yeah, duit. Kalau make up pun untuk suami je. Eyeliner, bedak, gincu, sekali beli tahan 3-4 bulan kot.
  2. Aku takkan penat nak fikir pasal nak blow dan set rambut setiap pagi sebelum pergi kerja.
  3. Aku tak payah nak fikir tentang nak jaga penampilan depan orang ramai sebab, yes, aku berbungkus. So orang takkan mengorat.
  4. Aku takkan senang rasa segan-segan atau malu-malu bila nak bercakap dengan orang yang kau tak kenal sebab muka aku bertutup. SO orang tak nampak reaksi
  5. Aku takkan pening pasal fesyen
  6. Maruah Aku lebih terjaga. So orang tak boleh ulas tentang apa-apa perubaan saiz dan bentuk benda-benda yang ada pada tubuh aku.
  7. Aku save duit banyak.

Ini aku cakap tentang perempuan bertudung labuh, warna pakaian tidak terang, longgar dan berpurdah sahaja tau. Yang lain-lain tu aku tak reti nak sentuh.

Dalam formspring sebelum ni, ada jugak pernah bertanya;

"Bila kau nak bertudung? Jangan jadi macam si polan pulak dah pakai lepas tu bukak bla bla bla..bla bla.."

Soalan tu pun aku tak jawab sebab...aku harap kalau kamu concern sangat dengan isu 'bila penulis Perempuan Jomblo nak bertudung', aku mintak kamu doa-doakan lah yang terbaik.

(since aku tengok macam ramai sangat yang tanya bila aku nak bertudung kan. Tak tau la kalau yang bertanya di formspring tu adalah orang yang sama sebab depress kerana aku tak jawab soalan tu kan. Hoho.)




29 comments :

Aini Amir said...

lg 1-xmembazir nak beli mask kalau ada virus.pastu kalau ada masalah mulut berbau pun xkisah sgt

Sarah Abd Rahim said...

You've got a point. Or a few points for that matter. I gotta agree with you on this one.

MIMIE said...

1. tu aku setuju..jimat bab make up
2. walaupun ko xyah blow, stil kene spend time gosok tudung n pin-pin sume..so, agak sama je
3. setuju kat sini juge
4. setuju 50/50...sbb reaksi pun agak penting bila komunikasi
5. Kalau fashion concern, orang ber purdah pun akan berfashion juge, benda yang dibeli saje lain...
6. Ini sangat setuju
7. Save duit cam lebih kurang je.tudung sekarang 1=rm50, pin tudung pun yg ok cam 1=rm40...

tp secara pro n cons, pro lagi banyak...terutamanya akan di redhai...

kalau dah tiba masanya, tiba lah masanya...

jawapan n komen ditujukan kepada diri sendiri juge

suke topik ni, buat saye berfikir di petang2 hari

Ladynoe™ said...

MIMIE = tak pikir pasal nak gosok tudung kot, sebab satu tudung hitam tu aku akan gosok sekali then pakai berulang kali. balik rumah sembur febreeze je kalau bau kepam peluh.

wkakakak.

tu kalau aku lah.

a.j. said...

=)tiap2 pagi lepas pakai tudung, jangan tinggalkan taqwa atas katil =)

amin. saya doakan untuk wak ladynoe kawan Z

nurul nadia said...

noe, haku pon same...huhu..

yui92 said...

memang obvious perintah Allah untuk menutup aurat tu....kenapa nak fikir2? mana ada pros n cons dalam hal menutup aurat...tutuplah aurat kerana allah dan allah pasti akan sayang anda lebih lagi...




sekadar opinion....
word verification anda: dymysan

H A N S said...

sentiasa doakan =) amin~~

syafiqahjasmin said...

kak noe, syafiqah doakan. Syafiqah tahu susah mulanya. syafiqah pernah ada di tempat noe. Duduk dalam kalangan perempuan kaki party, kaki laki. Mana nya nak pakai tudung?

Alhamdulillah dah dekat setahun lebih syafiqah pakai tudung.

Step by step. mula2 nampak leher lah, baju ketat la. tapi lama-lama. Alhamdulillah ,cuma belum sampai ke tahap purdah lagi

Banyak cabaran,itu yang pasti. tapi satu je. Kalau dah bertudung, harap-harap jangan dibuka lagi. Insya Allah.

bab komunikasi, sebenarnya syafiqah lagi rasa dihormati.lagi senang berkomunikasi. Kalau dibanding kan dulu, rasa rendaah sgt. Bila dah bertudung, orang dengar juga apa yang syafiqah nak sampaikan (mungkin ni syafiqah je lalui,MUNGKIN)

ALL THE BEST PENULIS PEREMPUAN JOMBLO! (:

cik bubu said...

erkk..pin tudung tak mahal pon.takdelah sampai 1=rm40.paling cikai pon 7biji dapat rm10.nak besa2 cantek2 1=rm4 pon bole dapat.


ehhh cite pasal pin tudung plak.
pepehal pon saye doakan yg terbaik tok ladynoe okeh!=)

mcjust.lol said...

turut doakan utk ladynoe.
untuk aku sendiri jgk ni. bila agaknya nak pakai tudung labuh. iskk.

.mek.mizah. said...

hidayah ALLAH tu bukan hanya perlu ditunggu bila DIA nak kasi, tapi berdoala selalu sambil mencari..

gud luck :)

Nor Azikin said...

Salam.
Bukankah bertudung itu wajib dan kita sebagai hamba tidak berhak mengambil hanya apa yang kita suka (tanak pakai tudung) dan menolak apa yang kita tak suka (kena pakai tudung)
Islam itu syumul. Menyeluruh. Bukannya ambil apa yang rasa best dan tinggalkan apa yang kita rasa menyiksakan padahal itulah yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat , insyaAllah.
Alhamdulillah akhirnya kesedaran untuk bertudung timbul, harapnya dapatlah melihat penulis menutup aurat ye nanti :)
Sekadar menasihati sesama saudara Islam. Maaf jika terkasar bahasa :)

nasylo said...

Tuhan suruh kita minta segalanya dari dia...kemudian bertakwa dan bertawakal...
Aku singgah sini kerana tersebutlah kisah di halaman hari ini yang serba baru dan canggih...lagi terdapat insan cerdik pandai yang tak terkata...

Lina Rahim said...

tudung labuh bukan point utk kita tampil selekeh. Saya tak la membenci orang yang pakai tudung labuh berpurdah ni, tapi kadang2 segelintir mereka membawa mesej "Islam pengotor" sebab bila saya approach mereka, berbau.Mcam2 bau ada, bau muntah anak, bau tempe/belacan,etc. Yelah, warna hitam, mana nampak kotor.
Itu belum keronyok2&kedut2 tak bergosok, tak ketinggalan pakai pun kat bahagian jambul tak tegang.

Tapi saya ada juga jumpa ibu2 yang jaga penampilan walaupun bertudung labuh hitam walaupun banyak anak. Tudung bersih, berbau wangi, licin digososok, pakai pun kemas je, siap pin lagi.Ada juga yang letak brooch sebagai hiasan, bersih, etc. Yang golongan ini memang saya kagum lah.

ali makaveli said...

pkai laa tudg ladynoe...plisss. nnt tuhan suka, and nabi pun suka. berhasil lah islam yg nabi bawa bila umat buat apa yg nabi bawa. kesian kt nabi kita yg bwk islam sampai kena terajang dek kaum baginda, tp umat kini seng2 jer xmo ikot :( pakai yer, dan suh follower2 awak ikut jgk nnt. ciao! salam.peace.

susudalambotol said...

kena betul-betul kuat iman pakai tudung nih. bila aku dah pakai tudung haritu, tiap kali aku keluar aku akan nampak semua baju-baju idaman aku.

sabar aje lah jawabnya.

ejaMaria said...

semoga berjaya...
islam suke pada yg indah, cantik dan bersih... pakai tudung pun biarlah indah - bukan utk menunjuk-nunjuk... tp peribadi itu penting!
mcm yg Noe nampak dipasar malam - tak berkenan kan?
ade 'icon' bertudung tapi 'cantik' yg bole Noe jadikan contoh kan? - tengok la diorg - cantik, bijak dan berjaya...

Ladynoe™ said...

EJA MARIA

eh aku ada cakap aku tak berkenan ka?

Aku rasa macam teringin nak merasa lagi ada lah.

zan said...

Wa suka lu punya hajat nak bertudung & jawapan lu pun tak tipikal macam pompuan2 (artis terutamanya) yang berhajat nak pakai tudung.."nak pakai tudung kena benar2 ikhlas.."

Walhal suruhan tuhan lu dan tuhan wa yang lain2 cam sembahyang, zakat, puasa tak pulak dorang sentuh bab ikhlas or tak kan? Dorang kena buat jugak kan? So kalau tak ikhlas boleh ke kita tak puasa sebagai contoh?

Wa betting lu pakai tudung sebelum hujung tahun ni..amacam? hahaha

*Your silent reader

akugunakanta said...
This comment has been removed by the author.
KayNisa said...

kalau ada makanan bertutup dengan makanan yang terdedah kat kedai tu, mesti ambil yang bertutup walaupun dua2 nya sama...

saya doakan, nak mulakan memang sukar. tapi bila dah mula InsyaAllah DIA akan bantu..

Shiela said...

Alhamdulillah deknoe,
Itu pun dh dikira bagus sbb dh ada cita2 utk bertudung. Cuma utk berbuat sesuatu kebaikan itu lebih afdhal jika ianya tidak dilengahkan tambahan lagi bertudung itu wajib bg kita wanita Islam. Apatah lagi deknoe sudah bersuami skrg ini, semua dosa kita di atas bahu suami. Kesian dia..

Sekali deknoe bertudung nanti, bertudunglah secara yg bersyariat.. menutupi dada, baju tidak singkat/jarang/ketat dan tidak juga bersanggul tinggi spt trend skrg ini.. namun kita masih tetap boleh berfesyen.

Mudah2an ALlah permudahkan segala urusan deknoe...ameen.

mohd faris bin mohd aladin said...

just nak berkongsi,harap x terasa dan simpan dlm hati..penah dgr citer dlm hadis tp x sure,isteri yg x bertudung adlh tanggunjawab suami utk menasihatkannya.so syg2 kan suami buatlah terbaik utknya agar x menambah dosanya.n pnah terbace di akhirat nanti perempuan yg x bertudung akan menarik rmbut mereka sambil menghempaskannya di batu. just nak berkongsi.kita da besa insyaallah bole memikirkan yg terbaik demi keluarga yg bahagia .
minta maaf

Kenshin said...

cerita pasal purdah ni aku teringat satu siri 'late show with david letterman'. cerita dah lama masa perang taliban Afghan ngan U.S. satu wartawan perempuan Amerika ni ikut sekumpulan perempuan Taliban yang berpurdah jilbab habis.

Bila dia bercerita kat david letterman tentang betapa ortodoks-nya kaum perempuan Taliban ni, maka David letterman pun dengan nada sinis dan kelakar mengejek dan menimbulkan kelucuan para penonton.

the best part came, bila wartawan ni ikut perempuan2 taliban tadi balik ke khemah, mereka tidak lagi berpurdah. boleh dilihat lengan,kaki dan rambut mereka yang terdedah. "Oh my god, there are more beautiful than miss world" kata wartawan tadi dan seluruh audiens terdiam termasuk david letterman terkulat-kulat mukanya.

teringat juga Aishah dalam 'ayat-ayat cinta'.

nyummyme said...

ladynoe, menutup aurat itu kan wajib..saya sendiri cetek ilmu agama..saya pakai kadang2 tak ikut hukum..tp suami selalu tegur kalau2 saya pakai ketat sikit ke, nampak dada ke, tudung jarang ke..mula2 macam marah la sbb kena tegur..tp sbb pikir2 saya ni asik langgar hukum Allah, tp Allah still lagi bg saya peluang idup???saya rase diri ni teruk sangat..saya doakan bnyk2 semua dapat berubah sebelum terlambat..tak perlu difikirkan lagi pro atau cons..hidup kite hanya sekali..semua di tangan Allah, kan?? lagi pun semua yg kita ada skrg hanya pinjaman dari Allah kan??Saya akan sokong ladynoe pakai tudung!!! :)

muslimahiam said...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

penulis semoga impian anda akan tercapai... hidayah tu Allah x kan bagi senang2.. perlu ada usaha dan doa... bayangkan kalau seseorang ni mati sebeblum ni dia cakap yang dia akan bertaubat sekian sekian... then 2 jam lepas tu dia meninggal.. nauzubillah.. cuma bayangkan??? apa yang kita tunggu lagi.. sesungguhnya Islam itu syumul... jangan melihat UMAT ISLAM.. namun lihatlah AJARAN ISLAM... even agama kristian pun menggalakkan menutup kepala.. nengok lah gereja2.. sister diorang pakai tutup aurat.. apa yg awak fikir sekarang???

fikir-fikir dan selamat beramal.. (^_^)

staja9 said...

hmmm... sori ekkk...nak komen..
*******
Aku, terfikir, apa lah agaknya kelebihan hukum wanita yang bertudung labuh menutup paras dada, warna tidak menonjol, berbaju longgar seperti yang Tuhan aku garis kan tu?
CUBALAH DALAMI AJARAN ISLAM SEDALAM2NYA...CINTAILAH ISLAM..NESCAYA KAU AKAN RASA SANGATTTTT TENTERAMMM N BERUNTUNG LAHIR SEBGI UMAT ISLAM...
PSTT; JAGA KATA2..SBB KATA2 YG DILUAHKAN MENGGAMBARKAN KECETEKKAN KITA...

******
"Bila kau nak bertudung? Jangan jadi macam si polan pulak dah pakai lepas tu bukak bla bla bla..bla bla.."
JAGA SOLAT...ITU JWPN NYA...BUKAN SETAKAT LAHIRIAH JER SOLAT...
HATI KENA TURUT SOLAT DAN IKHLAS MENCINTAI'NYA'. CINTAILAH ISLAM DIK....NESCAYA KAMU TAKKAN RASA ISLAM ITU MENYUSAHKAN....
AHAMDULILLAH SYUKUR KITA HIDUP SBG ORG ISLAM....

good_tricks said...

bnyak lagi benefit memakai tudung :)
yg paling utama : ia salah 1 hukum Allah. jadi, i
insyaALLAh dapat mengelakkan kita dari terkena azab ALLAH bila x pakai tudung

jaga maruah kita.orang pndanng respek pada kita bila kita tutup aurat.trust me ! :)

mesti persoalan timbul "ak x ikhlas lagi". tapi, bnda tu ikhlas tu akan datang insyaallah bila kita cuba mengikuti awal2. macam solat.kecik2 tataw apa.. lama2 insyaallah ikhlas :)