8.7.10

Si Kambing Hitam


Aku sedar yang selama ini kebanyakkan orang yang tidak semena-mena membenci aku hanya kerana penulisan blog aku. Apa tidaknya, kadang-kadang aku tulis tentang orang lain, orang lain terasa. Aku tulis tentang benda lain, benda lain yang mereka bayangkan. Macam-macam.

Bila ada komen atau email yang diterima memuji gaya dan keberanian aku menyelar di sini, aku tak rasa bangga sikit pun. Kalau aku dipuji sebab buat amal jariah pun aku tak patut bangga, pulakkan dipuji bila menulis benda-benda yang barangkali menyakitkan hati entah siapa-siapa entah kan.

Ada yang terus ban aku sampai tak kasi boyfriend sendiri datang kenduri kawen aku. Tapi boyfriend kau datang jugak sebab dia pergi ke kenduri kahwin KAWAN dia. Bukan kenduri kawen seorang blogger pun. Orang yang anggap aku memang betul betul kawan memang berbeza dengan yang anggap aku blogger dan berkawan dengan aku.

Tapi bila berjumpa dengan spesis-spesis atau situasi yang pernah aku kritik, baru nak rujuk dengan perasaan sendiri. Dah kena batang hidung baru nak tersipu-sipu malu.

Apa yang aku fikir, senang. Semua orang ada perasaan tak puas hati. Bezanya berdiam diri atau berbunyi. Itu sahaja.

Aku selalu diberitahu bahawa, "sometimes we have to pretend," TAPI AKU BERPENDAPAT, "Sometimes we have to show them the truth because we have been pretending for all the time,"

Tapi yang menyedihkan, bila mana aku ada terjumpa sesetengah email yang ditujukan kepada aku lah, yang menanyakan samada adakah aku penulis kepada blog yang tidak diketahui entah siapa penulisnya ni?

"You ke yang tulis blog ni? Gaya tulis macam you,"

Kalau aku cakap ni, nanti, orang cakap aku bajet popular. Aku memang nak elak sangat daripada dikata bajet popular. Fanpage FB pun aku tak ada. Tapi, sekarang aku nak tanya lah, berapa blog lagi yang kau pernah jumpa yang gaya penulisan sebijik macam blog Aku tak peduli? Dan berapa blog lagi yang kau pernah jumpa yang gaya penulisan sebijik macam Ini Belog Saya? Macam blog John Hafiz? Macam blog Perempuan Jomblo?

Asal jumpa blog mencarut jahat je, aku lah penulisnya. Asal blog cakap kasar je, aku jugak yang kena.

Aku marah sebenarnya. Tapi aku jenis pendam. Selagi aku boleh sabar. Aku layankan sahaja. Sampai masa, aku dah malas nak layan, muka kau, suara kau, avatar kau, even apa-apa tentang kau, semua aku benci nak pandang. Aku memang kalau dah menyampah, aku akan bina jurang jauh jauh. Bukan pura-pura baik lagi tapi malam-malam komen menganjing dalam blog orang guna false gmail account. Atau berkeliaran di depan muka kau sambil tergelak mengilai-ngilai sebagai tanda yang aku gembira tanpa gambar kau dalam bingkai hidup aku. Bukan aku yang perangai saiko macam tu.

Sebelum ni aku saja menjenguk blog lama seorang kawan dimana peredaran musim dunia tak mengizinkan kami terus berkawan. Blog Perempuan Sosial. Blog tu sekarang dah tak berpenghuni. Tapi penulisan sekarang macam mengutuk penulis asal blog tu lah. Which is aku pun terkejut, kan. Pun ada yang kasi email dan bertanya samada itu aku ke yang tulis?

Sebab nama blog tu ada mention perkataan Perempuan, aku jugak yang kena. Kan?

Memang betul betul macam kambing hitam.

Ingat, aku mungkin pernah buka peluang untuk anonymous dalam menyuarakan pendapat, soalan atau apa apa sahajalah. Tapi aku tak pernah jadi peng-komen anonymous. Apatah lagi anonymous blogger. Aku dah dikenali dengan Perempuan Jomblo. Buat apa nak menggelabah jadi manusia yang tak dikenali lagi?

Aku ada pride sebagai seorang manusia.

Faham?




p/s: nama nama blog tu semua aku malas nak bubuh link. Google sendiri.



33 comments :

Ilhamny.com said...

susah nak puaskan hati semua org..juz be ur self..

todd said...

Wakakaka kasihan noe hitam, ohoh silap kambing hitam. Sudah jadi ibu pun perangai masih tak berubah.

Ladynoe™ said...

oh ya?

susudalambotol said...

Ada juga yang sanggup buka account blog semata-mata nak hentam kita.

Ladynoe™ said...

memang ada hidd. Aku baru mention dlm entri ni. sekali, ada jugak orang komen pakai false account. mesti dia bangga gila sekarang ni.

biolatanpadawai said...

babe, dari dulu i baca your blog. U memang banyak sabar.

todd, just to remind you yang blog tak menceritakan perangai orang tahu. I know her better. I taknak pun dia berubah perangai lain yang u pun tak tahu.

Anne M. said...

bau longkang betul hati itu orang.

hari-hari nak tambah markah negatif kat bahu kiri

Legasi Piston Pecah said...

biasa lah tu...bila dekat dalam blog terasa sangat bebas nak hentam sapa-sapa..cuma....
-------------------------
Kebaikan minum teh panas selepas makan

fzdllh-kmsn said...

Some people will say you are going the wrong way when it is simply a way of your own.

:)

nak puaskan hati semua orang memang impossible.*sigh*

Anna Molly Dean said...

jumpa quotes ni, "We are what we pretend to be, so we must be careful of what we pretend to be." tapi tak ingat siapa yang kata macam tu.

Selalu juga perli-perli orang lain dan orang lain yang terasa.

fikir logik, kalau tak buat salah kenapa nak terasa? Bila orang dah perli tu, pandai-pandailah betulkan kesilapan tu. tapi takleh terima, tu yang asyik nak salahkan orang yang menegur secara halus tu.

based on my own experience. sekarang dah lali.

Kizz said...

I’ve been your silent reader for a while and today, I decided to give my two cents on this matter.

People would definitely like to say “Oh ignore those haters, naysayers, trolls commenter, etc” and you know deep inside, you can’t ignore it.

I was one of those bloggers who had gone through hell with readers who simply comments, criticize and condemn. I changed my blog url more time than I change my bras in a year. Whatever I wrote became an issue that even my family got involved. Until a certain point that the drama in my blog became more tragic than those on TV1 and part of me just want to f**k it and quit blogging.

I actually have no words of advice for you. I just want to say, I feel you and I know what you’re going through.

I once knew a blogger in the State who wrote hilariously, did a lot of charity work and wrote a lot about her life. But due to readers condemning her for publicizing her personal life, she quit. All her readers were devastated. Sucks.

But that’s how it is when we voice out our thoughts; write about our life and etc. Naysayers come and go but a good writer like you, are a rare find. All the best!

Ladynoe™ said...

biolatanpadawai = todd tu ckp macam tu sebab dia terasa la. marah tak tau nak ckp apa, cakap la pasal perangai lah ibu lah itu lah ini lah.

Ladynoe™ said...

KIZZ = :')

terima kasih!

suzzsuzie said...

tak payah cuba puaskan hati semua orang...be what u r...so far i like your story...

ceklala said...

sabar bebanyk ye noe..mmg ssh nk puaskan hati sume org...ssh kte org xtau senang kte je org nmpk so abaikan je sume2 tu k..tk cr

eykameow :) said...

hater memang belambak2. kalau kita ignore dorang mesti dorang penat nak layan kita dah. cayalah.

Mister Daydreamer said...

biasalah itu, pro dan kontra sesuatu penulisan. dan yang membenci kita sebab penulisan kita pun ramai. buat tak tahu saja.

dalam dunia nih, semakin ramai orang yang suka kat kita semakin bertambah juga org yang membenci.

tentang komen org yang mengatakan gaya penulisan kamu sama seperti yang lain itu mungkin juga sebab si penulisa itu sangat mengkagumi penulisan kamu dan dia pun cuba tiru gaya kamu.

biasalah manusia.

ini my 20 sen opinion saja.

NURUL said...

kadang2 org menilai kita melalui penulisan kita. tp kadang2 mereka salah tafsir kita menulis dengan ikhlas, ikut hati kita, pendapat kita tp org tetap salah anggap. aku benci org mcm nie. macam2 manusia skrg kan.

aku dah dua kali pernah kena hentam hanya sebab pendapat aku di dalam penulisan blog aku. tp aku jenis malas nak layan. so lama2 org tu diam sendiri. sebab aku tulis bukan omongan biasa tp dr pemerhati aku.

tp apa2 pun aku suka baca blog ko. sabar ok noe.

YatieJay said...

Salam Noe....saya pembaca senyap awak yang kipas susah mati punya (harap2 awak paham la ni..hehe...)

Whatever it is, keep on writing! ; )

Yang pedas dan menyakitkan itu selalunya adalah realiti. Siapa yg takleh nak terima reality dan tak suka penulisan Noe...pergi baca blog lain. Bukan susah manapun!

akugunakanta said...
This comment has been removed by the author.
akugunakanta said...

hadapi semua dengan senyuman.. Dalam blog ni orang tak nampak pun ko senyum tapi orang tu pun tak nampak ko sedang marah..

chihorence said...

pape pun, jangan stop tulis blog ni dah la...huhu

Raina Affan said...

hehehe..aku gi view todd punya profile..curious punya pasal..mmg false acc laa..hahahaha..

Ladynoe™ said...

Raina = memang false account. Baru create july pulak tu. mesti berusaha create tadi sebab nak drop comment kan.

oni said...

aku cukup malas kalau kene sign up email baru ke so on so on. ini siap dah smpi sanggup buat false id ni mmg mak aih,dia punye effort.
1. tkde keje
2. life die tak best. oh yeah!
3. musim banci ni mesti org mcm ni eksaited dpt jwp banci mcm2 soalan.

AMY MATOTO said...

Hebat. Ladynoe sudah mengamuk. Ehehe

meor-name-depan-ku said...

manusia mmg cmtu puan perempuan jomblo..

cube manusia tu haiwan atau kotak mancis?

redriben said...

syabas! ko mmg garang noe. teruskan je ngan penulisan ko. tabah n hadap je ape je yg mendatang

aku rase ko perlu tapis la ape je komen org yg tak dikenali nih. (mintak izin ko dulu if da org yg komen) tak pon, ko private blog nih bagi bace kat org yg ko jemput je. hurmmm

cik shara gadis bunga said...

sile amek award anta ye .

Raina Affan said...

aku baru nak guna username Todd buka account gmail baru..dah dia plak pi ambik nama tuh!! hahaha!!! sedap plak nama Todd...hehe..

wd.bandages said...

nerd kot dia tu. biasalah, i pun kena hentam tak pasai pasai, orang cakap pasal orang lain, nak jugak terasa perasa ajinamoto.

dah tu, dah tak suka kat kita, dok gagah jugakkk nak baca blog kita, rasanya sebab suka la kot sebab tu gagah gak baca..

macam tak baca sehari tak sah. itu belum lagi dia komen pasal layout, fonts, ads..etc..hehe

orang-orang macam ni biasanya sensitif dengan 'persekitaran' kita.. tak pun nanti, dia klik pulak komen2 yang ada kat sini.

:)

adat memblog.

Sabrina orite?

dark said...

wow...ni mang melepaskn geram nie...
btul2...

tumpang komen..
~Silent Reader..=)

fafa said...

senang cite la. yg dok g kutok2 blog org la ape la disebabkn terasa tu sebenarnya xnk mngaku salah sendiri.

balik2, carik salah orang.
tak pernah nk cuba repair diri sendiri/
tau melenting, maki hamun.