20.8.10

Apabila Kredibiliti Ibu dan Bapa Dipersoalkan


10 Ramadhan 1431

Dulu, sebelum dapat anak, hatta sebelum kahwin lagi pun, kami sering mengeluh bila lihat ibu bapa yang mengendong anak di atas motorsikal mereka. Dengan bapa yang pakai topi keledar yang tak keledar sangat. Dengan emak yang menyelit bayi mereka di antara badan depannya dan badan belakang suaminya. Macam-macam yang aku dan Fandi keluhkan. Bahaya. Kesian kat bayi. Get a car! Kancil bayar bulan-bulan baru RM200 paling murah.

Aku dan mak aku selalu hairan bila tengok emak kemain bergaya sakan, tapi baju anak lusuh, muka comot. Macam tak peduli lansung dengan penampilan anak. Biar diri sendiri bergaya lebih. Anak lantak lah, kot.

Macam-macam.

Kredibiliti seorang ibu dan bapa selalu dipersoalkan. Dulu aku tak ambil port sangat. Tapi sekarang makin menjadi-jadi semenjak aku sendiri dah menjadi mak. Dan bila dah jadi seorang emak dan berkawan dengan emak-emak jugak, aku pun semakin dengar keluhan yang sama daripada emak-emak yang lain.

Contah macam;

Ibu yang tidak berusaha menyusu-badan-kan anak mereka sejak dari awal dengan seribu macam alasan.

Ibu yang beri anak makan makanan yang mengandungi garam, gula dan minyak sebelum jejak usia 24 bulan. (2 tahun)

Ibu bapa yang bancuh nestum sekali dengan susu untuk bayi seawal 2 minggu.

Ibu bapa yang bawak anak lepak kedai mamak malam-malam.

Ibu bapa yang bawak anak tengok wayang.

Ibu bapa yang bawak anak jalan-jalan even baru lepas pantang.

Ibu bapa yang bawak anak melawat kubur even baru lepas pantang jugak.

Ibu bapa yang selamba kutip balik botol susu yang dah terjatuh, lap-lap tanpa basuh then suap je kat mulut anak.

Ibu bapa yang masukkan anak ke dalam walker even anak belum tahu duduk.

Ibu bapa yang suka tinggalkan anak sebab nak menyenangkan diri sendiri bila hangout dengan kawan-kawan.

Ibu bapa yang tak boleh lansung anak mereka ditegur atau dimarah atas alasan mereka pun tak pernah nak marah anak mereka.

Dan sebagainya.

Macam-macam aku dah dengar. Bukan dari kawan-kawan emak je. Even dari orang-orang tua pun aku dah biasa dengar semua ni. Kadang-kadang aku setuju. Bila terkena batang hidung sendiri, aku pun jadi tak setuju lah. Pelbagai impak dibentangkan untuk menguatkan lagi hujah mereka tentang kenapa itu salah, ini pun salah. Yang itu sahaja betul. Ikut teori. Ikut fakta. Ikut sains. Ikut agama.

Baru betul semua.

Tapi, semenjak dua menjak ni aku mula berfikir;

BIARLAH.

Setiap ibu bapa itu ada cara tersendiri. Ada cara yang berbeza untuk membentuk dan mendidik anak sendiri. Tapi, kasih sayang kita yang melaut, menggunung, melangit terhadap mereka, tetap sama.

Asalkan kita bukan jenis yang 'teran, bungkus dan buang' sudahlah. Asal mereka tak susahkan kita, kita tak susahkan mereka pun sudah lah.

Kan?

:)







34 comments :

susudalambotol said...

Kakak kawan aku, mak dia yang jaga anak dia. Aku menyirap bila ada sekali aku ternampak kakak dia tengah elok shopping-shopping kat KLCC. Masatu dah pukul 9.30 malam dah.

Kawan aku memang selalu mengadu yang kakak dia selalu harapkan mak dia, dengan kawna aku ni tengok kan anak dia. Dia laki bini hari-hari balik lambat. Bila balik, anak dia pun dah tidur.

Anak dia semakin besar, semakin lasak. Mak pulak semakin uzur. Tak fikir langsung pasal orang lain. Kawan aku lagi bengang. Everytime balik kerja nak kena hadap jaga anak dia.

Aku pun ada juga tinggal anak aku dengan mak aku kalau nak pergi jumpa kawan, tapi takdelah hari-hari dan selalu.

Aku kalau balik kerja je, terus nak jumpa anak aku dulu. Walaumcmana hujan ke jem ke aku redah gak. Aku taknak susahkan mak aku. Aku tau dia pun dah tua, tak larat sgt tp sebabkan cucu, dia nak jaga jugak.

Ah, emo.
Sorry lah kalau lari dari topik asal. Heheh.

wie said...

betul... biarlah masing-masing dengan cara masing2 selagi tak menyusahkan kita... lagipun anak dorg sume sehat-sehat, bijak pandai dan lepas tu berjaya pulak... so takde satu cara tertentu saje yang betul... kita hidup pun dengan cara masing2 kan...

Ladynoe™ said...

SUSUDALAMBOTOI=

biar lah.
selagi tak menyusahkan kau, biarkan je lah.
Itu hal keluarga diorang kot?

Myra said...

Walaupun sedikit ter-console sebab at least nak juga jaga anak sendiri..

tapi i terkesima juga baca list contoh LadyNoe,

garam food before 2 yo?? *pengsan*

and jawdrop lagi nestum yg processed at 2 weeks (unless tu mmg for newborn ok la)

and terbayang anak kecik melalak at public places yg orang cuba untuk hilangkan stress eg wayang.

dan byk lg!

wah, berfikir byk kali juga culture shock ibu2 ni,.. if LadyNoe tak tulis mungkin boleh pengsan on the spot bila nampak depan mata

terima kasih LadyNoe for the mental preparation

Ladynoe™ said...

MYRA = tak leh nak buat apa. sebab masing masing ada ideologi tersendiri.

Macam i dulu masa Sabrina kecik senyap lagi, memang bawak masuk wayang sebab i ngan fandi memang mcm wajib tgok wayang dlm seminggu tu.

tapi sekarang;

Sabrina dah tak boleh duduk diam. Dah nak dekat sebulan tak tgok wayang siud.

tentang garam dan nestum tu, kadang-kadang diorang ikut teori org tua. So mcm i cakap tadi, takleh nak ckp apa-apa. Masing masing ada ideologi dan cara tersendiri.

susudalambotol said...

Aaaaaaaa. Geram. Sebab kawan baru mengadu lagi pagi tadi. Kebetulan ko plak buat entri nih.

Sebab aku kenal semua family dia, so kesianlah.

NURUL said...

entri nie menarik sgt. alamak aku buat bubur raina ada letak garam sikit tp secubit la nak bg rasa sbb tak mau rasa tawar.

tp bab bg susu campur nestum tu awal dua mggu mmg tak setuju. sbb usus baby kecik lg. tggu la 5,6 bln baru nak bg mcm tu.


tp kan aku dr dulu mcm pantang je tgk anak mak bapak biarkan berkaki ayam tanpa kasut atau stoking. tak tahu lah nape aku pantang bebenor tgk keadaan nie. paling tidak anak tu disarungkan stoking bila bwk kuar.

tp part yg last ko tulis tu aku setuju. mak bapak ada cara tersendiri membesarkan anak masing2. aku setuju sgt tu. tak pe la yg penting anak membesar dgn cara yg sihat kan.

minatgiler said...

erm.. pasal walker.. skarang ni bila baca2 dalam internet baru tau kata tak elok sebenarnya..

tapi mak ayah aku dah offer nak tolong beli untuk anak aku, sebab masa kecik2 kami semua adik beradik guna walker..

aku pon konpius, nak ikut kajian ke nak ikut tradisi.. kitorang dulu tak jadi apa pon.. :)

masjuliana ~masjuju~ said...

biarkan apa orang nak kata.
terlihat noe punya statistik yang sedang membaca sekarang. 35! wow~

khemy said...

Sebab itu ada pepatah kata, "just follow your mother instinct" maknanya, once ko jadi mak, ko tau ler sendiri, bak kata orang, pandai2 la nak adjust. Different baby, different deal. Kalau anak ko nak berdukung jer, just dukung ok, leave everything behind. Tak salah kalau dia nak dukung, sebab dia nak dekat dengan ko.

And percayalah Noe, next thing you know, nanti anak ko dah besar, and nak cium pun dia taknak. Masa tu ko akan rindu masa dia masih baby. So sementara dia baby tu, beri la dia kasih sayang. Orang nak kata ko ajar anak asyik berdukung jer, lantak diaorang la. Bukan diaorang yang patah pinggang, dah tentu ko kan?? Kan? Wakakakakaka. Eh apsal macam lari topik ni...Itu contoh jer la..

ps: Aku duduk KCB. Husband aku orang sana. Rumah mak fendi kat situ ker?

Ladynoe™ said...

MINAT GILER = itu lah. mak aku pun masukkan aku dalam walker semenjak aku 2 bulan. Sendal dengan bantal. So, 9 bulan aku dah boleh berjalan.

Aku nak letak sabrina dalam walker, fandi tak kasi. tapi aku henjutkan jugak dengan hujah cerita lama aku. ahahaha.

KHEMY = haah la khemy. Fandi pun orang sana. Sekampung la husband kita. Pagi2 noe anta Sabrina gi umah mak mertua. Petang2 amik. ha..

minatgiler said...

husband aku pon tak kasi.. makanya aku perlu cari ayat diplomasi untuk tolak pemberian mak ayah.. (rasanya diorang tak beli lagi kot)..

fyi, nama aku pon sabrina.. cam best je.. teringin nak jumpa sabrina junior.. :D

Zety Zin said...

setuju.

masing-masing ada cara masing-masing. selagi tak bertentangan dengan agama dan moral, ikutlah acuan diorang tang mana sekalipun.

fndrocka said...

bila dah terlalu membudayakan 'biarlah
..anak org...bukan.anak kita"...maka lahirlah nasyarakat penuh ketidakpeduliaan...pastu ada kes mak buang bayi di lebuhraya pun..biarlah...

Ladynoe™ said...

FNDROCKA

sebab tu aku cakap, kalau tak jadi ibu bapa, memang susah nak faham apa maksud 'biarlah' tu. Hal hal membesarkan anak ni aku rasa macam perkara sensetif untuk ditegur. Masing-masing sayangkan anak masing-masing.

dan yang macam aku cakap jugak, ASAL tak jadi ibu bapa yang jenis TERAN, BUNGKUS dan BUANG sudah lah.

ibu bapa tu memang patut tidak dibiarkan.

Aishah Rahim said...

'teran, bungkus dan buang'

:)

Kasut Tumit Tinggi said...

aku tgh pregnant ni mak mertua aku dh pesan.
-nnt ajar anak minum susu formula, kalau tak nnt bila masuk keje dh susah nak harap EBM je.
-letak gula sikit dlm susu formula sbb susu tu tawar-so-baby-tak-suka, and etc.

aku senyap je. senyap tak bererti setuju. dan aku harap sgt mak mertua aku xpaksa buat tu semua bila anak aku lahir nanti.

kes yg susudalambotol citer tu lbh krg dgn citer member aku. dia tinggal anak kat kg berdua dgn mak dia yg dh uzur sampai budak tu umur 2 taun. sanggup abis duit ulang-alik kl-kuala pilah every weekend & kdg weekdays kalau anak sakit, dari berabis duit anta anak gi nursery. sgt xpaham.

Hidayah Hilman said...

Aku tak kawen lagi,,

mmg betol apa yang noe ckp..selalu bile nampak mak bapak yang biarkan anak main sorg2 kat tepi jalan tanpa pengawasan ketat mmg aku maki je...

pastu yang jln tgh panas dokong anak tak bawak payung..mmg aku geramm..

plus yang bawak moto sambil pegang baby (ni selalu time petang2 bawak anak gi jalan2 kat kampung2)
lagi aku geram....

pasni aku kene belajar ignore je lah,,,

aku manusia biasa~~selalu kesian kat baby~~~

tatap mata aku said...

owh....suke statement yag teran bungkus dan buang. mmg betul pon, ada anak-anak yg boleh berjaya walaupun dibesarkan dengan penuh kesempitan,..setiap ibu dan bapa selalu mengharapkan yang terbaik, biarlah.;..masing-masing punya cara tersendiri.
neknaz.blogspot.com

aZLiNa aZiZ said...

Yang buruk, baik, saya jadikan pengajaran supaya bila ada anak nanti, saya tau cara yang macam mana yang lebih baik. Memang tak semua manusia sempurna tapi kalau kita nak, kita boleh jadi yang lebih baik dari itu. :)

**AkupuNYeDiary** said...

salam, been your silent reader all diz while. kali ni xtahan nak tahu : )..xleh kasi gram/gula/minyak b4 2tahun ek? selalu bace b4 setahunje..

biase kalau chinese, diorg hantar anak kat bbsitter dr ahad ptg sampai next jumaat ptg baru ambik balik. juz weekend je jumpe anak. mmmm..xtau nak komen camne.kesian anak, kesian gak parents xleh tgk development anak sendiri.

sorry, terpanjang dah mcm entry lak hehehe

budak hijau said...

now aku paham nape aku salu dengar pujian pasal blog ko...nice:)

cha said...

hope bila saya bergelar emak nanti, saya dapat jadi yang terbaik untuk anak saya :)

raina said...

aku dulu pun camtu la, nak bagi susu badan nekad neh! tapi tiba2 susu tadek, anak aku dah biru lapar susu terpaksa bagi susu botol

umo 2 minggu dia minum bersambung botol, tido tak nyenyak...x berenti sampai last kak ipar aku suh campur nestum kosong sikit ujung sudu bagi susu kental, dia cakap anak aku perut tak kejap, baru anak aku tido nyenyak

so jgn judge la, sebab kadang-kadang pengalaman orang pun releven berbanding apa yang kita rasa practical.

pok amai amai said...

apa yang paling aku tak paham ialah apabila ada org yang sanggup teran, bungkus dan buang..(tbb)

aper perempuan2 yang tbb nih takder perasaan ker? takder rase kasih sayang ker pada baby yang dikandung, selama 9 bulan?

there's no word can describe when u feel the baby's kick.. geli2kan perut mama.. manje2, even tho blum keluar lagi ke dunia..

keluar2 jer terus kena campak dalam tong sampah.. or depan rumah polis dalam keadaan bogel..!!!

sedey sangat... kan?

abah dan mak haqq said...

bila dah jadi mak ni baru tau perasaan mak kita dan mak-mak yang lain :P

semua mak nak yang terbaik untuk anak mereka..

tapi semestinya bukan mak yang 'teran,bungkus dan buang'!!

cujen said...

saya belum kawen dan belum punya anak. jadi tak bley la nak komen lebey2...

tapi AKU CUKUP TAK SUKA dengan mak bapak yang ;

1. bawak anak melepak kat kedai2 mamak or kedai2 makan malam-malam..yang punya ramai orang yang merokok di situ..

2. bawak anak pergi shopping berasak2 bersempit2 kat shopping complex yang ramai org... rimas aku tengok.. aku rasa tak sesuai la bawak anak pergi tempat yang bersesak2 camtu...

Chempaka Aurora said...

Yup, betul..setiap mak bapak akan ada cara masing-masing untuk mendidik anak-anak dowang. Apapun, sbg mak bapak kena sentiasa cuba berikan didikan yang terbaik & termampu. Mana-mana mak bapak yang rasa dah berikan semuanya yang terbaik pada anak dowang, jgn pulak 'hoyo a.k.a poyo' sgt..kalau ada ilmu share, bukan main kondem aje.

caption 'teran,bungkus & buang'..ironik sekali...hehe.

Tini Rahim said...

Setuju. Semua iba bapa ada hak untuk menentukan pattern membesarkan anak2. Tapi kadang2 betul juga kata orang luar yang banyak memerhati yang mungkin kesiankan ibu yg dah uzur kena jaga cucu yang makin hari makin lasak. Saya belum ada anak, tapi dah biasa besarkan anak2 sedara. Tak terlarat walaupun still muda. Huhu.

So i guess, walaupun masing2 ada hak nak tentukan cara masing2, still kena fikirkan orang lain jugak. walau pun betul, semua orang ada alasan sendiri utk semua benda. yang bawak anak masuk dalam wayang, bwk anak naik motor takde helmet, bawak anak lepak mamak sampai 2-3 pagi, semua ada alasan sendiri. Cuma kena fikir alasan tu menguntungkan/menyenangkan siapa?

Walau pun ada cara tersendiri, kena sentiasa beringat tak boleh selfish. Mak saya selalu kata jadi parents, kadang2 kita berkorban benda yang kita paling tak boleh korbankan. Bukan senang ye tak?

mukasurat17 said...

aku plg tak ske makbapak yg bawa anak kecil tgk wyg...midnight pulak tu...

selain mengganggu ketenteraman aku n kaki wyg lain, aku rase perkara ini tak bagus utk tumbesaran anak2...

ada tu yg bawa anak umo 3 tahun ke bawah... hadoi...

mmg lah anak ko, bukan anak aku... tp kalau dah bising giler, orang lain pun bayar tiket wyg.. oh ini bukan masalah sebenar.

masalah sbenar: bw kanak2 kecil tgk wyg midnite. byk buruk, dr baik.

Ladynoe™ said...

MUKASURAT17 = biarlah.

nanti kau dah kawen, kau dah jadi mak, orang tegur kau itu ini, baru kau tau nak mebentak macam mana. macam aku cakap,

BIARLAH.

mukasurat17 said...

yup. mungkin betul cakap ko, biarlah...


thanks igtkan aku. :)

Scott Republic said...

Bab parenting ni....walaupun aku dah nak masuk anak no 3 aku tak la bagus sangat tapi aku leh bagi pendapat serba sedikit....bab bagi makan kat anak umo bawah 4 bulan ni aku memang takleh sangat...sebab aku tau impak dia camne....punca nape ramai sangat orang berpenyakit zaman skang ni sebab dari baby sehari dua dah disuap makan time perut dia belum matang. Sian tau muda2 dah berpenyakit kencing manis or darah tinggi.....

Ashypink said...

paling x suka si bapak bawak baby..tgn seblah hisap rokok..benci

tp mcm ko ckp

BIARLAH..