11.8.10

Balada Ramadhan 1431 (1) - Adunan Sebati

1 Ramadhan 1431

Tahun ni adalah tahun kedua aku sambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Tahun pertama sebagai seorang emak. Tahun ke 25 sebagai seorang anak. Tahun ke 4 sebagai seorang pekerja.

Tidak ada apa yang terlampau menarik pun dalam Bulan Ramadhan yang pernah aku tempuhi sebelum-sebelum ini. Cuma pengalaman baru yang aku kira, semua orang pun pernah dan akan rasa. Tidak ada uniknya pun.

Sebagai seorang anak, dulu, mak lah yang memasak dan mengejutkan semua anaknya termasuk aku- dan aku hanya akan bangun minum segelas air suam dengan kurma barang dua tiga biji.

Sebagai seorang isteri yang dulunya terboyot-boyot membawa perut, bangkit seawal 4.30 pagi menyediakan sahur untuk suami buat pertama kali - dan akan berlanjutan selagi hayat dikandung badan.

Sebagai seorang emak yang tidak ada perubahan besar sangat pada tugasan sebab Sabrina pun kecil lagi.

Sebagai seorang pekerja yang melakukan kerja yang sama dengan hampir sama dengan kebanyakkan orang, barangkali.

So tak ada apa yang beza dan menarik sangat.

Cuma sekarang ni kalau aku nak tinjau balik perbezaan suasana berpuasa zaman bujang dengan zaman tak bujang macam sekarang ni, aku jadi rindu.

Rindu dengan kawan-kawan lama aku semasa kerja di agensi dulu.

Semua gila-gila, tapi bab sembahyang dan puasa masing-masing berjaga. Ketawa-ketawa juga. Bahan pun bahan juga. Gurau pun gurau juga. Carut pun carut juga. Tapi tiang didirikan bersama. Bumbung pun di susun juga. Dunia dan akhirat di adun sebati.

Dengan aku-aku sekali pun ikut sama. Pengaruh kawan lah katakan.

Sekian balada Ramadhan untuk hari ini; tentang betapa aku bersyukur bila aku tahu dalam dunia masa kini aku jumpa jugak erti keseimbangan sebenar.






14 comments :

H A N S said...

alhamdulillah~ :)

cik fiza said...

selamat berpuasa :)

Cik Agogo said...

slamat berpuasa.

1 je aku sama ngan kau. berpuasa bagi tahun ke-25 sebagai seorang anak. tapi tanpa kehadiran kedua ibu bapa.

lain-lain semua aku belum merasa. takde rezeki lagi.

angkasa said...

:`)

The JedDy™ said...

keseimbangan itu penting
;)

NURUL said...

selamat berpuasa noe

raina said...

selamat berposa noe
selamat berposa gak nurul...

ladysue said...

Selamat menjalani ibadah puasa..

nurul nadea said...

ya..keseimbangan dunia dan akhirat =)

aqel said...

selamat berpuasa semua! :D

Chah said...

idea keseimbangan yang bagus, tapi seimbang dunia dan akhirat? tak boleh... timbangan kena berat ke akhirat, always..no matter how...

husnazainal said...

salam ramadhan my gorgeous fren..!

angel and destiny said...

lOve yOur writing..

Pulasan said...

Saya sudah 25 tahun melalui Ramadhan sebagai anak.Kadang-kala terfikir,cukup ke tidak apa yang sudah saya lakukan.

Apa-apa pun,saya akan berusaha!