5.8.10

Hujung Minggu #002 - Pineng Mai Pineng!


Semenjak akhir-akhir ni, entah kenapa, aku malas betul nak kemaskini blog aku. Idea banyak nak menulis. Tapi badan macam malas betul nak switch on laptop, connect dengan internet dan berhubung dengan mana-mana portal di dunia maya ni.

Tapi aku cuba juga lah.

Hari ini layan sahajalah gambar-gambar hasil dari percutian yang menarik tak menarik sangat aku, suami dan Sabrina ke Pineng pada hujung minggu yang sebelum ni.

OK go!

HARI PERTAMA: welcome, Pineng.

Homestay ni boleh lah tahan. RM70 satu malam.

Pasar Chowrasta, bebeh.

Walaupun boleh menyewa motorsikal, kami tetap memilih untuk berjalan kaki.

Tempat membeli belah di mana peniaganya ialah orang India.
Cekik darah.

Lapar sangat. Tak larat nak beratur tunggu Nasi Kandar Line Clear. Hampa di Restoran Nasi Kandar Yasmeen. Mahal dan tidak mengujakan lansung.

Untuk orang-orang yang macam aku dan suami aku, ini ialah one of the best Museum ever. Teruja betul. Tapi signboard museum ni kelakar. Sayang. Lupa nak ambil gambar.

Ferringhi Night Market - Serius, Uptown Danau Kota sejuta kali lebih best.

Banyak membantu.

HARI KEDUA : Baru dapat laksa Pineng. Pencarian satu hari satu malam ternyata tidak menghampakan di Chowrasta. Sedap sampai rasa nak tambah 3 mangkuk lagi.

Kalau ke Pineng, bawalah kipas eletronik ni. Beli siap-siap kat KL. Harga RM10 ja. Berguna untuk keselesaan bayi anda.

OverRun Factory Outlet. Memang over run.

Sabrina's first bikini. Kemain lagi dia.

Malam kedua, bermalam di 1926 Heritage Hotel. Best jugak. RM105 satu malam.

Padang Kota mencari makan. Char Kwe Tiaw-nya biasa-biasa sahaja. Kat NZ Wangsamaju lagi sedap.

Hari Ketiga : Pertama kali mandi kolam. Dari riuh jadi senyap je dia.

Dalam perjalanan menuju ke Gerai Nasi Kandar Line Clear. Jumpa benda ni. Street Ad.

Sebelum makan nasi kandar

Nafsu Serakah laki bini bukan hanya di bilik tidur.

OK kalau di KL, mungkin harganya ialah RM89.30. Aku teruja. Pertama kali dalam hidup makan nasi kandar yang sedap dan murah.

Kalau ke Pineng, makan lah di sini. T E R B A E K

Selepas berjaya menghabiskan nasi kandar itu semua.

On the way balik. Hentian Sungai Perak. Ya tu dia. Scarf taknak mengalah.

Secara umumnya, aku berpendapat bahawa percutian kami ni menyeronokkan sebab ianya dihabiskan dengan anak dan suami. Pineng tidak lah semenarik mana memandangkan aku bukan jenis berminat nak ke HardRock dan tempat-tempat lain yang diberitahu - sangat menyeronokkan.

Asalkan dapat tenangkan diri dari segala macam perkara yang menyemakkan fikiran, sudahlah.

:)

Harap, hujung minggu ini, lebih baik.




30 comments :

Luth Textile said...

banyak lagi kot tempat makan yang tak pg tu. Ada lg tempat makan yg best tu. Pg kat tempat tu memangla mahal dan tak sedap. Charkueyteow kt nz tu tak sedap sangat pun. Tak leh lawan rasa Ckt kt penang ni. Haha

Luth Textile said...

sedap ke makan kt line clear? Agak kotor kot

Ladynoe™ said...

Luth Textile : Mungkin lah kot aku tak jumpa lagi charkwetiaw pineng yang sedap. Tapi nasi kandar line clear terbaik. Gerai punya standard la tapi. Aku bukan kisah pun. Since aku pun manusia sederhana kan. Kalau kotor sangat aku tak masuk kot? Boleh lah tahan.

khemy said...

street art tu macam kartun senyum kambing utusan jer..

anyway, mi udang sungai dua tetap RULES! (ko ada singgah tak?)

khemy said...

Noe, ko pernah makan nasi kat restoran ins@f, jalan TAR? Udang dia sekor RM15. Gampang tak? Kedai dia macam ada bau kencing tikus. Korang perasan tak?

Ladynoe™ said...

KHEMY = tu la tak! before aku pergi sorang pun tak pernah mention pasal mee udang! dah balik baru cakap. erggghhh melepas!

Reen Fredo said...

waaa scarf sabrina! stailo!

^wirda^ said...

noe, kat mana over run FO tu? tak penah tau pun..T_T
lagi satu tu yg museum chucky tu ade ek? ape nama dia?

awat aku dok penang pun tatau benda nih..hahahaha lawak2..

Ladynoe™ said...

WIRDA : Weuehehe. Tu namanya TOY MUSEUM. pegi la best. BUkan chucky je ada. Banyak lagi.

FO tu kalau tak silap kat Jalan Imegresen. KALAU TAK SILAP.

anisizatyA.J said...

Bukit bendera best jugak. Tengok2 permandangan la. Takdela pape makanan best atas tu. Hehe.

CaBaiKeRinG said...

Hang silap cari tempat mkn la noe.. Lain kali nak pi penang tu tanya org penang dulu mana nak makan.. Padang kota tu memang hampaih!

Aku rasa trmpat best pun bnyk hg terlepaih.. Takpala anak hang dah besaq sket boleh la pi lagi..

Esok aku nak terjah sat FO tu.. Aku pun xpenah dengaq..

J u l i a 。.゜✿ said...

noe !
ju n afan pun selalu cakap nak gi penang. sebab kitorang suka jalan2 n makan makan sampai rasa nak pengsan. sanggup ke tganu or kelantan utk pergi makan je..lepas tu balik kuantan semula.. hihi.

nasi kandar line clear ! nak pergi jugaaaaaaaa...

oh sabrina punya skull beannie hat ! Hafiy pun nak jugakkkkkk. noe beli kat mana ?

Jimi And Short Story About Dia said...

aku teruja kat a makan tuh jer, gile nasi kandar punye murah nih.

H A N S said...

giler rock scarf sabrina! ader style la! hehehe :)

nurul hafizah said...

waahh...seronoknye ke pineng. ade satu lg yg best. mee/nasi ketam di juru. mmg TERBAEK. rindu nak makan huhu

husnazainal said...

best nye bercuti..hehe

noe semakin kurus..tak sabr nak jumpe ko..

coklat~vanilla said...

salam noe
akak wajib bc blog ko ni tp x penah la komen (malu)
tp sbg org penang, agak kuciwa bila ko pi mkn tmpt2 hat x besh..sian ko.
kalo ckt, ko pi carik ckt longkang (tp belah tanah besar la=seberang prai) yg tu br best. kat belah pulau ni..jgn mkn area georgetown..mmg x sedap.
lg 1, mknan kat pdg kota mmg x sedap dan mahai! mencekik darah. xpala..lenkali ko dtg sini roger la org penang

Zaidong said...

wa..bestnyer g penang..
makan kt line clear ok ke?ade org cakap tikus dok lari2 je bawah meja...huhu charkwetiou kt pasar tani putrajaya sedap gak. restoran insat kat jln tar tu dah tak sedap dah skang.mahal je lebih...
(firts time komen nih..hehe)

mohd faris bin mohd aladin said...

pekena mie udang sg dua dulu.

nuRul saLoma said...

eh luth, hg dh hbs poli ke blom???kak, tahniahsmpi penang..kalu taw akak ada mai sini leh jmp jap..trgn gak nk tgk face to face..

Natasha said...

lorr betul tu luth. dia gi mkn tmpt tak betul tu. mmg ler tak sedap.

Noe, lain kali nak dtg penang contact me ;)

Cik Ketam said...

nasi kandar ni nampak sedap .
huhu .

abanglong said...

salam

first time singgah...

memang teruja nak pekena line clear tu. adehhh... tak berkesempatan turun penang :(

Mohd Affendi said...

errr... nak tanya satu je,

mane dapat pendokong bayi itu ya?, nampak sungguh cute dan sgt2 membantu... (walaupun nampak kelakar bila seorang suami memakainya)

Ladynoe™ said...

Mohd Affendi.

Pendokong bayi tu aku beli. aku tak dapat. Memang Suami ialah pendokong bayi yang paling sesuai.

takkan kau nak suruh bini kau dukung anak merata-rata kot? Gila tak munasabah.

masjuliana jamaludin ~masjuju~ said...

sabrina dan abahnya di hotel heritage sangat comel. sangat klasik.

sabrina dengan topi bunga oren pun sangat comel. nak gigit.

sabrina dengan bikini pun sangat comel lagik! ~ nak satu! damia pun suke air!

pembaris said...

Bijak kerana tak naik Bukit Bendera.Tak bes.
Tagline Charkoay teow Sg dua adalah 'Telur Ayam Kami Dibasuh'.

Cik Agogo said...

hupp... baru baca nih...

baru terhegeh2 nak komen... hehe...

laksa paling best kat balik pulau ouhh... laksa jangguih (janggus)

bukan nak tambah 3 mangkuk... tapi nak bawak balik tukang masak tu terus...

huhu...

Ashypink said...

comel sgt sabrina posing ngan bapak dia kt hotel heritage tu siap senyum g!hahaha

Estella said...

kalau perati betoi2 street ad tu secara keseluruhnnya adalah besi tempa bukannya wall graffiti [dinding tu milik kedai besi tesebut].