24.8.10

Hujung Minggu #003 - Parenthood Expo

Hahaha. Akhirnya aku pergi jugak expo mak-mak ni. Semenjak rasa diri ni dah tak remaja lagi, aku memang semacam malas nak pergi ke tempat yang berasak-asak ni.

Kecuali sebab salah seorang kawan aku shortlisted sebagai Ibu Menyusu Anggun - dalam pertandingan Pencarian Ibu Menyusu Anggun Pa&Ma lah kan. Jadi, selain nak kasi moral support, aku datanglah jugak untuk mencari langkah-langkah cacat beliau di atas pentas peragaan untuk di jadikan 'bahan'.

Nasib baik tak ada.

Sekali jumpa pulak kawan lama sejak sekolah rendah dulu.

Dan didorong untuk naik ke atas pentas bagi sebuah 'game', yang pada mulanya aku rasa mungkin seronok untuk disertai. Sekali, boleh pulak kena nyanyi lullaby. Sumpah aku malu. Oleh kerana Sabrina memang tak pernah ada lullaby kecuali selawat dengan melodi ciptaan sendiri yang malu untuk dinyanyi kan, maka, aku nyanyi lagu London Bridge.

Apa jadah tah. Tapi aku redah je lah. Bangang.

Nasib baik menang. Dari 6 couples, kitorang je dapat hadiah. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga kawan aku yang beriya-iya sorak walaupun aku dan Fandi dah macam badut sarkas kat atas pentas tu.

Phew.

Minggu yang kali ini, boleh lah nak dikatakan seronok. Tapi letih sebab puasa kan. Konsep besederhana di bulan Ramadhan hilang bila aku sampai di rumah mak aku. Juadah berbuka belambak sampai tak muat meja makan.

Harap minggu ini lebih baik.






20 comments :

NURUL said...

aku rasa ko dah kurus noe. serius tak tipu

Ladynoe™ said...

nurul - tak nurul. aku gemok lagi. aku 9 kilo lebih berat dari sebelum kawen.

khemy said...

Sapa pulak yang tangkap gambar korang ni...

raina said...

noe : x gemuk lah..biasa ja..normal..maybe x langsing wahaha tapi okey tuh!

Ladynoe™ said...

Khemy = kebanyakkannya kawan aku punya husband.

H A N S said...

wahh..dpt hadiah! rugi plak balik awal, x dpt tgk noe. heheh :)

syuk said...

expo ni kt mana beb?

Reen Fredo said...

noe, ko mmg da kurus la.. percayalaahhhhhh!!

*bertuah sabrina dpt mak abah mcm korang beb!

akiss ferrero. said...

comelnya pki serkop tu, dan sirius, dh susut sket? ;p

tahniah mng, :)

Ainee Cumi said...

K.noe sekarang makin comel pulak. Apa petua? Makan serai banyak banyak eh? Hehheh!

Qas Firdaus said...

hahaha noe aku suke part ko kena beraksi atas pentas tu. hahah ko main naik atas pentas ke ape?

Ladynoe™ said...

QASFIRDAUS=

aku di dorong.

Mobile Stockist (HR Marketing) said...

salam..jemput dtg ke blog sy...
http://higoatmilk-the-best.blogspot.com/...=)

fiera@ALYA@anis said...

sgt best akak read ur blog..sungguh berterus terang...sgt suka..akak pembaca senyap....hahahahahahahaahahahahhahahaahahahahahahahahahahaha....keep it up..akak pon suka penang..

fiera@ALYA@anis said...

tapi sebab dah nampak pic akak so dah tak jadik dah pembaca senyapppppppppppp.mmalu

Sue Anna Joe said...

Cantiknya kawan kau Noe. Weh, mesti comel korang atas pentas. Takda member rekod video ke? Letak ah kat fb, leh tengok dan gelakkan Noe. Hehehehe.

Melodi ciptaan sendiri? Pakai ukelele tak? Lalalala

abah dan mak haqq said...

at least noe ada cerita yang boleh dishare bersama sabrina bila besar nanti :)

*cimOt* said...

mesti suwit en nyanyi lullaby...

lidah said...

Bhgian bwh nmpk mcm dah susut sket. Congrates noe

94s said...

hye ladynoe.

sy student ingin buat satu seminar mengenai new media.

nak tanya, berminat tak nak jadi panel? klu berminat n nk tahu lebih lnjut, boleh pm sy ye.tq :-)


biocrhatique_nd@yahoo.com