17.8.10

Jejak Bos Handsome


Pagi ini, atas sebab yang tertentu, aku dan Encik Azmi sekali lagi berbual tentang perkara yang mungkin di luar topik pekerjaan. Tapi masih lagi relevan untuk dibincangkan.

Aku ajukan soalan;

"Kenapa orang handsome jarang dilihat menjadi bos?"

Encik Azmi Jawab:

"Orang handsome ni selalunya hati baik. Tak suka nak marah-marah. Jarang aku jumpa orang handsome yang menikam orang lain untuk naik menjadi orang atasan. Orang handsome ni tak suka bersaing. Lagi pun, orang handsome ni bila dia terlalu berusaha nak jadi bos, sampai saat dia layak jadi bos, dia dah tak handsome dah. Sebab masalah dan usaha yang dia lakukan tu dah makan ke-handsome-an dia. Orang tak handsome sedar diri tu tak handsome. Tak ada rupa nak ditonjolkan, jadi dia akan buat apa sahaja untuk menaikkan diri. So secara automatiknya, yang jadi bos selalunya lelaki yang gemuk atau buncit atau pendek atau tak handsome atau kesemuanya sekali"

Asyik-asyik bos yang boleh cuci mata melihat pekerja yang comel-comel belaka. Pekerja tengok bos asyik rasa nak mencarut je.

Ok lah. Tak dapat bos Handsome macam yang kat atas ni takpelah. Muka macam Ridzuan Hashim pun jadi lah!

Ada tak? Aku nak hantar resume ni.





29 comments :

diyadeary said...

Haha. Make sense Encik Azmi!

afza said...

en azmi itu, hensem kah?

Ladynoe™ said...

Afza

Boleh lah tahan. Sebagai lelaki melayu yang berkarier dan berperwatakan agak korporat.

khemy said...

Noe, bagi aku orang hensem malas nak berusaha, sebab dia tahu dia hensem, dia tak payah keje teruk2 sebab dia boleh dapat gf or bini orang kaya and mewarisi kakayaan bapak mentua dia..haha..make sense kah aku..aku rasa make sense..wakakaka

ps: noe, sedap kah nasik kerabu kat pasar ramadhan kg ceras baru itu????
Hehe..aku nampak ko ngan fendi..boleh..tapi aku malas tegur sebab ko terlalu teruja beli nasi kerabu/nasi dagang makcik tu..

Ladynoe™ said...

KHEMY -

hahah make sense jugak kot!

awat tak tego. cis. takbest betul orang kenal aku aku tak kenal orang. Anyway nasik dagang dan kerabu dia boleh lah tahan. cuma solak lada dia masen sikit.

kau orang kampung cheras baru ka?

Anoneemus™ said...

Ada beberapa firm landscape arch yg boss dia hensem. eh, firm arkitekcer pun ramai je boss hensem? Azhar sulaiman, misalnya.

cik elyse said...

kak, kalau apply cite ini untuk ppmpuan cantik boleh tak?

ahahahah

baru teringat bos sy yang tak berapa nak market sgt :p

Hidayah Hilman said...

Betul sangat la ape yang cik Azmi cakap tu..

Bos2 yang hensem dan dashing cume ada kat drama and movie jer...

So, kalo nak kawin cari yang tak hensem..ada kebarangkalian dia boss..
material..material..

nuraarin-life said...

haha.. jawapan en azmi sangat bernas...

Nak yg hensem? noe mimpi jer la..

lotikus disarimankan said...

Kalau dapat bos ensem,heaven....keje 24/7 pun sanggup

Clarky Afif said...

ada, babe.
kat bangsar.
hensem. baik.

.....

okey aku tarik balik baik tu.

Reen Fredo said...

ridzuan hashim selalu berlakon jd bos.. tergelak aku bce noe..

raina said...

aku penah dapat bos hensem

muda umo awal 30-an gitu

tapi dah mcam playboy la plak, semua staff ppuan nak yang lawa n sexy (adakah aku pun lawa dan sexy? sebab tu dia hired aku? wahaha)

tapi

DIA X PANDAI WAT GHEJA SEBAB TU COMPANY AYAH DIA!

Myra said...

pernah ada bos yg handsome....

tergolek je everytime tgk dia!

hahahahaha

abah dan mak haqq said...

kalau bos kacak macam mereka berdua ni memang la aku nak jadi anak buah.. :P

Ladynoe™ said...

aku kalau boleh nak yg kacak tp umo 40an. barubest cuci mata. hehehehe.

crazy_labelle said...

sbb lelaki hensem bimbo..

nurul nadea said...

zina mata...

Cik_daya said...

boa saya encem...
tapi suami orang.. hihi
salam perkenalan

si buta warna said...

ok baru aku faham kenapa johnny depp x jadik bos

angkasa said...

adakah ex-boss kita hensem?

hahaha.

Han Na Aisyah said...

bos saye ensem..ala2 pakistan gitu..hikhik

Ideologi Hidayah said...

wow..ridzuan hashim... hehe.. i pun nak kalau bos hensem camtue..haha...]

anyway.. noe gi kg cheras baru..?? i pun org cheras baruuu... (tiba2 promote umah sendiri) jalan 52..kg cheras baru... haha...

husnazainal said...

bos aku mix..

Myra said...

ah lupa nk mention bos lama tu mmg tiptop kerja, good looking tp org takut dgn dia sbb garang.

sbb tu i suka. lol.

suka2 pun kagum dari jauh je la etika kerja dia, padahal as a person ok je.

pastu kena transfer, xde dah bos goodlooking yg pandai buat kerja. tinggal yg presentable, baik dan pandai buat kerja shj :)

alhamdulillah

Myra said...

mungkin garang tu sbb nak elakkan orang ngorat dia

strategi yg baik :D

Baizura Sabri said...

aku bukak kotak komen ni semata-mata nak tgk ada tak orang yg offer kerja under bos yg kacak. kalau ada aku nak juga try apply. tapi aku hampa.

ザ-sylver-shooter said...

LOL

teori en.Azmi ni samela macm
"Kenapa Awek cun slalu dapat kat pakwe yng muka pecah .."

boley apply skali kot

Gerakan said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.