24.9.10

DiGi iPhone 4 Me



Satu benda yang aku tak dapat kikis dalam diri aku sejak 12 tahun yang lalu ialah habit aku yang nak melekat dengan dunia internet. Kalau dulu, zaman MiRC, aku sanggup tak keluar rumah dan tak bercampur gaul dengan anak-anak jiran aku semata-mata aku mahu sentiasa berhubung dengan kawan-kawan chatting aku.

Sampai sekarang pun, kalau boleh, aku nak hidup aku sentiasa berhubung dengan internet. Bangun tidur internet, makan internet, dalam jamban internet, berjalan internet, lepak kopitiam internet. - dan semenjak aku rasa laptop atau netbook terlalu besar untuk rutin aku, aku rasa, aku perlukan sebuah telefon cerdik pandai (smart phone) yang mampu membawa aku jauh dengan keinginan aku.

Handphone yang aku ada sekarang ialah handphone cokia.

Seminggu lepas, semasa sibuk shopping Raya di Jalan T.A.R, aku nampak seorang lelaki yang berjalan seorang di tengah kesesakan ramai dengan memakai baju kurung sambil melaungkan "Baju kurung murah 5 pasang satu ratus ringgeeettt!!!!" - dengan pelbagai aksi dan gaya yang bagi aku tidak kelakar, tapi menarik untuk di kongsi. Aku nak rakam peristiwa tu untuk upload kan ke Youtube. Tapi, Handphone aku cokia.

Ahad lepas, dalam perjalanan ke Ampang dari Semenyih, ada kemalangan yang melibatkan Motorsikal dan kereta. Habis barang-barang di dalam bakul yang di bawa oleh penunggang motorsikal tersebut bertaburan. Aku nak blog-kan peristiwa itu - tapi handphone aku cokia.

Kalau kamu perasan, aku tak macam sesetengah blogger yang sentiasa update perkembangan anaknya. Anak dia berdiri, dia update. Anak dia merangkak, dia update. Aku nak, sebenarnya. Isnin hari tu aku kasi chan untuk Sabrina makan sendiri pisang lenyek kegemaran dia dan aku rasa itu adalah antara peristiwa menarik semenjak aku menjadi ibu. Aku nak blog-kan on the spot peristiwa itu - tapi handphone aku cokia.

Semalam, waktu lunch, aku habiskan waktu cuci mata di Sogo. Di tingkat 5, aku jumpa satu kotak Baby Perfume Hello Kitty yang sangat comel. On Sale dengan harga RM140. Aku nak ambil gambar dan blog-kan tentangnya - tapi handphone aku cokia. Camera pun dah rosak.

Di pejabat, Facebook pun kena block. Aku jadi tak tenang nak buat kerja sebab aku asyik teringatkan Restaurant City aku yang tak beroperasi. Aku dengki tengok kawan aku, Aliya yang run Farm Ville dia 24 jam dengan handphone cerdik pandainya (smart phone). Tapi aku tak boleh. Sebab Handphone aku cokia.

Aku dah lama tak berbual di Yahoo Messenger. Kalau dulu, boleh dikatakan setiap hari aku berhubung dengan kawan lama aku di YM. Tapi sekarang semenjak dah menjalani rutin yang letih dan padat, aku jadi jarang berbual dengan mereka. Malas nak on laptop bila dah ada di atas katil. Apatah lagi sekarang ni trend on laptop di kedai mamak atau kopitiam dah semakin lapuk. Sebenarnya, kalau boleh nak sentiasa berhubung sahaja. Di kedai mamak, di pejabat, sebelum tidur. Hanya handphone cerdik pandai (smart phone) sahaja yang membolehkan keinginan aku. Tapi, sekarang, handphone aku cokia.

Aku selalu terserempak dengan perkara menarik yang aku nak ceritakan di Twitter seperti apa yang berlaku di kesesakan lalu lintas, dalam bilik mesyuarat, dalam LRT misalnya. Tapi aku tak boleh nak buat macam tu sebab Handphone aku cokia. Aku kena tunggu masa duduk depan i-mac dahulu, kemudian baru lah aku tweet, di mana pada masa itu, cerita aku tu dah basi dah pun.

Semuanya sebab Handphone aku cokia.

Handphone aku cokia.

Sebab tu aku nak iPhone 4 yang DiGi nak bagi ni.

Tak cukup kukuh lagi ke sebab aku ni?





27 comments :

cikaja said...

nnti aku belikan la Noe. hek

Mummy_nad said...

syok gak kalau dpt seketol... aku pon nak blog slalu nak tweet slalu nak fb slalu.. kalu bleh terjaga psl mimpi ngeri pon aku nak blog trus.. tp apakan daya..handphone ko cokia.. handphone aku cokia kuasa dua.. erm....

Lann Shaukani said...

Ikut nafsu nak je beli iphone hjg thn nih. Tapi memandangkan kawen lebih penting, buat2 tak faham iphone tu apa :)

thezulns said...

Too expensive. Guna handphone cokia dan iPod Touch lagi bagus. You have the advantage of having the extra battery life on your iPod.

Scott Republic said...

Noe, aku jua macam nko gak....tapi bila aku mengenangkan anak2 aku yang lasak dan aku sendiri adalah orang yang cuai maka ku pendam hasratku untuk melabur ribuan ringgit atas telefon pintar tersebut....lagipun aku tak mampu huhu

cik senah said...

ladynoe : ikut kehendak.. mau aja tukaq hp cokia 2600 (yg sudah 6 thn ku gunakan..).. namun, bila memikirkan niat utk mendirikan masjid lebih penting.. maka.. iphone 4 menjadi "impian yg tidak kesampaian" arr.. hehe

p/s : tp, kalau lah company baek hati.. umumkan bonus ujung tahun kaaa.. t'gedik-gedik jugak diri ini utk tukaq hp cokia menjadi hp cerdik pandai..!! hahahah

husnazainal said...

ni join contest ni..hehhe

Dayu said...

kalau dpt sebijik
mmg pemblog tegar la jadiknya
hp sentiasa kat tgn lah jawabnya

Gee Carmen said...

kite memang pharus ada mende ni lah.. mari beli!

H A N S said...

hahahahah..noe! i loike giler entry ni! dun wori, x muntah lg ni. hahahaha :D

emaduel said...

alasan kukuh untuk dapat iphone4 tu.we have the same reason.kadang2 rasa nk twit bnda yang jd dpn mate tp kena tunggu balik umah baru leh twit.

mari dapatkan ip4 :)

anisizatyA.J said...

beliiii!!!!!

mizzura said...

memang kukuh lah alasan dapatkan Iphone tu..kesian si Cokia..hahaha..

Wan Haffiz said...

waa..trharu ngan luahan hati u ne..ehehe

kupaslaroren said...

terbaek!! :)

Ayyman Rahim said...

Fuh, Iphone 4 ni macam best gila ah. Envy gila siapa yang ada. But boleh jugak consider Blackberry kan Noe? Berry pie ni macam hebat jugak.

Myra said...

hohoho, up habis :D

sekadar peringatan kot kot terlepas pandang, takut nnt once dah boleh connected all the time mungkin priority akan lari. sbb orang2 suka internet mmg lebih drawn kepada dunia maya lebih, once if itu yg senang tak berapa nk connect dgn real life.

tapi if you know what you're doing why not ;)

Huzaiba said...

hello

hOnEYdEar said...

Lady noe,
Setelah meneliti dengan teliti surat permohonan puan untuk memiliki sebuah telefon cerdik pandai (smartphone), saya mendapati terdapat lebih 10 ayat "handphone aku cokia".

Maka dengan itu, saya meLULUSkan permohonan puan untuk memiliki sebuah smart-phone kerana selaku seorang pengguna internet tegar, puan patut memilikinya.

Sila tuntut smartphone puan dari seorang lelaki bernama Encik Suami.

Sekian, terima kasih.

Huda Ramlee said...

jgn terperdaya,
abgku hanya mahu reset network, entah mana silap trus kena ganti motherboard dan trus melayang lima ratus.

ini kisah benar yg masih panas berlaku pg tadi.

p/s: carilah smart phone yg ada warranty..bru senang hati

tiada nama said...

1.henpon kalau touch screen mmg takleh tahan lama lah. jemu dan senang 'hang'

2. facebook kene block? try tips nih weih: https://www.facebook.com. ko juz kene tambah 's' je belakang words http tu setiap kali nak masuk ke laman sesewang tersebut.kalau tak de s, ko tambah je. sampai muncul muka buku tu wei. tapi kalau internet opis slow n mmg diowg betul2 block, tips ni takleh guna pakai dah

3. pesanan aku, ada duit ko beli je. zaman dah maju.

*internet kdg melekakan. internet mmbuatkan org lebih kepochi hal kita. cth:mukabuku&blog

tq

dinsblog.com said...

tak sempat aku nak merasa iPhone 3G..iPhone 4 dah keluar...aku rasa kalau takat sms dan call jer tak berbaloi beli.

Cik Liz a.k.a Leza said...

gud luck

Fairy-Me said...

kak noe. saya sgt sokong kalau amek ifon4, puas ati, screen cantik nak mati. battery dah enhance frm 3gs. camera 5mp, camera depan 3mp.processore 1g. seriously laju gila.

compared to
samsung galaxy-processor laju, screen amoled, tp bulky gila! 4inch okei.

htc desire- biasa2 aja function dia. still kalah dari i4.

BB- tell me wut so fun about bb other than BBM? :P

aritu tu queue 8 jam kat gardens utk dapan bende alah ni. semangat kan? alih2 abg yang pakai. ampes.

beli lah ifon 4!

x lama lagi nak kua ifon 5 plak.
hehe

ANZ said...

sama lah kita. asyik nak internet 24 jam. sejak beli iphone, memang jarang & malas dah nak on laptop kat rumah. & browse from iphone pun ok.

tapi masalahnya sekarang bila i keluarkan iphone je, my 2yo daughter mesti nak main :| pastu app pun penuh budak2 punya app je.. time tgh sesat2 nak tgk google map pun dia tak bagi iphone!!! senang kata tu dia punya phone la..

arggghhhhhhh....

fndrocka said...

best woo pakai smartfon..taip byk2 pun jari tak lebam.nak simpan video/novel/gambar/lagu byk2 pun memori tak rabak. ni kalau digi tak bagi..beli je.

oops did I just say that? said...

aku rasa aku tau laki yg jual baju kurung tu. sebab masa malam raya dia nak jual tudung yg ada bonggol tu, dia pakai tudung tu, lepas tu dia buat lawak yang tak kelakar " beli2 tudung ni 3 seploh ringgitgitgittt". lepas tu pandang orang lain harap orang lain gelak.

anyway belilah iphone 4. nampak macam cool.