23.9.10

Perkara Rawak #22 - Abang Sayang

Semalam, aku berbual dengan Azmi. Baru aku tahu, semoden-moden fikiran Azmi, dia masih melabelkan dirinya sendiri sebagai seorang yang konservatif di atas keinginannya dimana apabila dia beristeri, dia mahu isterinya memanggil dia dengan panggilan 'Abang'.

Abang Rasyid, yang aku pandang tinggi dari segi pertuturan Bahasa Inggerisnya yang kadang-kadang aku tak berapa berjaya nak faham, pun meluahkan fantasinya; lebih manja dan mengghairahkan kalau dipanggil 'Abang'.

Hahahahahahahhahahahahahahahahahaha.

Lelaki lelaki gergasi ini dengan tegasnya mengatakan semua lelaki perlukan penghormatan dengan panggilan Abang.

Masalahnya, bagi aku, mereka cenderung menyamakan semua lelaki seperti mereka. Padahal, seumur hidup aku, tak pernah sekali pun aku jumpa lelaki yang demand untuk dipanggil abang ketika menjalinkan hubungan. Bukan dalam range circle aku. Atau lelaki yang ingin dipanggil 'Abang' memang tak ada taste dengan aku. Atau apa-apa sahajalah. haha.

Bila aku cakap, aku panggil Fandi Yayang, Sayang atau Ayang; aku ditertawakan.

Katanya mereka geli.

Aku pun geli nak panggil suami aku Abang. Abang aku pun aku tak pernah panggil abang.

EEEeeeeeeEEEEEEEEeee

Jadi semenjak semalam, aku dengan pandai-pandainya, telah memecahkan lelaki kepada 2 kategori yang mempunya tafsiran rawak. Kategori pertama, ialah kategori yang mahu di panggil abang. Kategori dua ialah kategori yang lebih suka di panggil selain abang.

bersambung...

OK sebenarnya tak ada sambungan. Sebab aku banyak kerja. Tak ada masa nak fikir banyak banyak.



37 comments :

Seri N. Nadiah said...

Ladynoe..i rasa mmg ade lelaki yg nak dipanggil abang..tapi ntah..ramai lelaki yg i couple lebih suka dipanggil sayang atau nama2 manja yang lain..

jadi terpulanglah

Ladynoe™ said...

SERI n NADIAH - I know. I tak salahkan mana2 pun. Just cerita apa yang berlaku semalam je. hehe.

raina said...

dulu mak aku penah kena tegur dengan sorang orang tua pasal panggil abah aku abang..

dia cakap

tu abang hang ka laki hang?

bila mak aku jawab - laki!

dia kata - dah tu panggil abang buat apa?

pelik gak sebab typical melayu macam berdosa kalau tak panggil suami tu abang..padahal kalau hormat kena panggil abang kah?

aku senang, aku cakap i-you saja!

Zaiman Noris said...

Aku tergolong dalam kumpulan 2 - tidak gemar berabang-abang.

Family yang tua2, semua tanya kenapa lepas kawin pun maseh nak berawak-awak. Panggilan abang tu pada aku, rase macam mat rempit. Sebab awek depa suma panggil abang kan.

Geli shyial.

kak ina mail said...

laki akak marah, kalau akak panggil dia abang.dia kata geli cam indon.

Lann Shaukani said...

geli gua bila awek gua panggil gua abang. panggil gua "saya-awak/i-u" sudah!

Dayu said...

ye..ye..geli weh nak panggil suami abang
penah cuba. akhirnya dua2 gelak
dah..dah..back to normal

Atiqah Ahmad said...

noe. saya pun sama macam awak. tak suka betul panggil bf or my future husband nanti as "abang".

sebab rasa macam panggil abang sendiri pula.

honestly, geli rasa nak panggil abang jika dia bukan abang kandung sndiri. heee~

anisizatyA.J said...

u know what...so far, semua guys yang i pernah date tak suka dgn panggilan abang tu. Hahaha so kita geng! (or maybe orang yg nak dipanggil abang takde taste dengan kita or apa-apa ajelah. hehehe)

Memey Anuar said...

hi noe.

laki aku pon sama geli xmau dipanggil abang. aku pon geli nak panggil haha sbb dekat 10 tahun kawan sblm kawen xpanggil abg pon.

aku panggil abang kandung aku je, abang.

Myra said...

i just tak suka the fact panggil sama abang betulkan electronics sampailah ke orang tukang cat (diikuti dgn nama singkat dia) sama nama dengan (future) suami!

motif??

tp if dia suka, how?
sendiri rasa eww sorg2

Si Sweet Sour said...

hahaha..
aku pn geli nak panggil suami aku dengan panggilan abang.
aku lebih suka panggil sayang..

:)

saya niu ren said...

saya mempunyai bf muda dari saya but dia lagi prefer saya panggil dia abg..rasa ewwwww mula2 je.. dah lama jadi terbiasa.. hehehehehe..

ajim said...

abang?mreka2 yg t'pengaruh dgn cite tv je yg ade feel dgn pnggilan gitu..

Othman Juliana said...

aku nak kasi lain la-kawin nanti aku nak panggil 'adik',.. huahua~ (sekali mmg dapat laki muda!! oh no!)

couple dulu: aku engkau je.
couple ter'last: i u,.. oho!


ps. aku pun tak penah panggil abg kandung aku abg ;p

cik markonah said...

abang, mungkin lelaki nak rasa lebih di'respect' kot...kata abang kan...

than sayang, i u, b, honey ke apa kejadah lain lagi kan kedengaran lebih romantik manja manja gituwwwww...haha

Qas Firdaus said...

aku panggil Ferdie, abang secara rasmi (time aku serious) hehe.

most of the time aku panggil yang, yayang, ayang, sayang. :D

mcm ko ckp ade org geli kot panggil yang, yayang bagai. mcm tak maskulin. tp Ferdie cakap dia ok je. tak kesah pun klu orang dengar aku panggil dia mcm tu.

HepiUnited said...

aku sebaya dengan bf..so mmg xreti nak panggil abang..cukup menyampah bile org tnya, "awak dengan abg awak pe cite"..ewww...sbb terbayang2 abg aku..hahahaha..cuba tnya "awk ngan bf awk mcmana"..kan lebih direct..

Anoneemus™ said...

Geli mahu panggil abang. Rasa macam incest.

Abah sy pun mcm tu. Abah cakap tak boleh panggil abang, sbb haram kawen dgn abang.

cik senah said...

hermmm.. kebykannya komen mennyatakan tidak "berapa gemar" memanggil atau dipanggil "abang"..

cik senah "satu bot" arr ngan ampa yg tak "berapa gemarkan" panggilan "abang" kepada pasangan masing2..

p.s : cik senah panggil en. tunang >> "b" (dia yg request panggilan ituu.. cik senah follow jer..)

en. tunang panggey cik senah >> "ayang...kadang2 sayang.." (syahdu bila dipanggey mcm tuee.. "hari2 sayang maaa.." hehehe)

sekian saja perkongsianku.. yg penting..jgn panggey pasangan kita nama yg tak elok maknanya..hat elok..gunakan arr..jika itu bakal membangkitkan kasih sayang.. "anda buat..anda dapat..!" ( hehe.. tiba2 jd ustazah nor bahiyah!)

Kizz said...

No offence to those who called their husband/boyfriend “abang” but translating it into another language commonly known as English, “abang” is brother. So how it is respectful or loving or a big turn on when the wife says, “Bro, dinner is ready” or “Bolehlah brader...” or in bed, “Yes, brother! Yes!” Oh. My. God.

FaznFaz said...

hi, tetiba rasa best nak komen... hahhaha!!! my husband kata geli laaa panggil abang... (maybe sbb i tak cukup ladylike kut... sob! sob!!!) lagipun, i tua 4 bulan dari dia, kalu i panggil dia abang, dia akan panggil i kakak!!! cissss!!! dia kata panggil abang macam apon.... awwww!!!!

i pun geli nak panggil dia abang, macam tergeliat lidah!!! hehhehe!!! so, we called each other yang/ sayang. anyway, nama tu kan doa, at least kalu panggil sayang hari-hari, lama-lama makinlah sayang, tul tak??? so, kalu gaduh ke, baik ke, romantik ke, mode kawan2 ke, tetap pun panggil sayang....

hajaribrohim said...

true! aku geli dgn panggilan ABANG. aku pun panggil Ame, Sayang :)

maira said...

alamak.macam tersama pulak dengan cerita saye.tp bukan suami la.kekaseh hati.bulan lepas dia tanya,lepas kawen nanti nak panggil dia abg ke (bertanya; but ayat mcm ayat suruhan).haha.saya balas,"perlu ke panggil abg".dia angguk2.haishhh.selalu panggil "sayang" aje.saye igt dia sorang je pesen macam tu.rupenye ade juga.haha.lelaki.lelaki.

eiysya zasya's said...

oh2..i pun ada masalah ni.. my bf nak i panggil dia abang, tp i prefer panggil sayang je..most of d time pun i bahasakan dia, syg or u jek.. macam lg romantik kan.. hahhaa~

macam segan jek nak panggil abang.. lgpun, i sdiri xde abang kandung pun.. lg lah kekok kan.. sbb tak pnah panggil sesiapa abg..huhu

sofea said...

haha. betul. se modern-modern boyfriend saye, dia pun pernah luahkan pasal nak suruh saye panggil dia 'abang' bila dah kahwin nanti. memang tak pernah expect langsung!

anaktukangkayu said...

kalau aku ade bini sok, aku nak try panggil bini aku 'kakak' lah..

Zeelicious MeowMeow said...

ikut tekak dengan telinga masing2 la kan...
for me panggilan sentiasa berubah2 tapi untuk hubby memang panggilan abg dah termelekat dari dulu so takde prob terasa macam panggil abang sendiri ke apa...
lagipun manjanya lain...auuww!
tak kisahla panggilannya apapun as long as you're comfortable with it and the love is truly there..
heck my hubby is bald so i even call him si botak and he like it!
cakap sangat sweet cuz the tone i have for him is just between us.. ^_^

husnazainal said...

aku panggil tunang aku abang ..ok je..
pendapat masing2 la kan..
lagi geli yg panggil dady mumy..
mane leh kawen ngan dady..

NURUL said...

noe nanti ko bg address umh ko takut aku tersesat pula ke rumah ko nanti ok

Ladynoe™ said...

Nana, ngan abang pun tak leh kawen. hikhikhik.

vict said...

saya dulu masa mula2 lepas kawen dulu rasa pelik semacam je bila wife panggil abang... rasa macam, errrr.. errrr errr...
ntah pape ntah. tak reti nak jelaskan. rasa geli + rasa + lawak + seronok + bangga + meremang bulu tengkuk... bercampur2...

tapi kejap je, tak yah tunggu lama-lama pun jadi terbiasa... jadi mcm seronok. Rasa mcm dihormati gitu. walaupun kalau dia tak panggil gelaran abang pun tak de lah pulak rasa tak dihormati...

oh ya! 1st time komen... sebab tetiba rasa terpanggil nak komen. dulu rajin baca je...

husnazainal said...

kesimpulan nya sama la...
tak kisah la panggil ape pun..islam takde pun letak syarat panggilan untuk suami dan isteri..
janji selesa..
dan bahagia..

cik fiza said...

sy slalu kenal ngan lelaki yg minta di panggil abang.. ada tu xde hubungan special ngan sy pun demand suh panggil abg.. pelik btul~~

Liana Ezzana said...

rasanya dalam islam ada sebut something like..jangan panggil suami dengan maksud selain suami..(paham ke ape aku nak cakap ni?) contoh..papa, atau mungkin abang?

tapi aku kurang pasti la..sape2 yang rasa tahu mungkin boleh kongsi.

tapi bagi aku panggil suami abang sangat tak sesuai..suami suamila, abang abangla..siapa tah yg start mende nih..aishh!

tu je nak cakap.

Syuhada said...

Rasa nak tinggalkan komen jugaklah.

Syu memang geli bila orang/kawan2 bahasakan boyfriend/tunang kita sebagai 'Abang'.

Example :
"Amboi, asyik berdating dgn 'abang' dia je!"
"Eh, tak keluar makan dengan 'abang' awak ke?"

Oh tolonglah. Aku geli.

Radin Fadli said...

abang lebih elok kot daripada bieee~~~
tapi takut orang confuse,abang kandung ke abang sayang =)