7.9.10

Selamat Hari Raya dan..

Kalau aku cakap banyak banyak pun isinya tetap sama. Dah nak dekat 5 tahun menulis blog, setiap kali Hari Raya menjelang, mesti nak ada ucapan Hari Raya dengan kata-kata mohon maaf yang manis tak berapa nak manis sangat. Dengan penyesalan kerana telah menulis perkara yang mungkin melukakan sesetengah pihak atau individu. Padahal aku tidak lah ralat sangat atau peduli sangat dengan hati dan jiwa yang terluka - atau - bait bait indah yang datang dari hati kewanitaan aku tentang betapa seronoknya beraya sebagai seorang ibu - padahal raya pun tak lagi.

Sebenarnya tak pernah menyesal sebab benda dah jadi. Dah termaktub. Terlisan dan tertulisan dah pun. Aku tak pernah tulis fasal benda tipu macam MLM atau kehidupan yang selalu menyeronokkan pun.

Tapi sebagai manusia biasa yang bersaiz besar dan tinggi, terselit juga hati yang kecik dan tunduk kepada tradisi lama dan kebiasaan orang Islam iaitu memohon maaf.

OK lah, aku mintak maaflah. Zahir.

Batin sekali lah. (dengan ikhlas dan sepenuh hati. Sepatutnya tengok wajah aku dikala menulis nukilan ini)

Selamat Hari Raya, ya.

Semoga tidak bertambah kilo lansung sempena Aidilfitri ini!




15 comments :

siggplus said...

kita ada masalah batin ke?

Lann Shaukani said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin!

Kirim salam Sabrina!

Ladynoe™ said...

SIGGPLUS = aku tak pasti. kau tak pernah ingat mimpi mimpi kau sebelum ni?

wd.bandages said...

hahaha.. siggplus dan dan nak tau pasai 'batin'

crayon said...

selamat ari raya! ampun maaf dipinta jua!

khemy said...

ha noe aku tau, ko seronok raya sebagai ibu sebab ko macam giler shopping baju budak pompuan untuk sabrina kan? kan? kan? aku pun giler la jugak..setelah 4 tahun shopping untuk baju raya budak lelaki, asyik seluar, tshirt, seluar, tshirt, tahun ni aku dapat la jugak beli skirt..wakakakakaka

ps: ko takder salah ngan aku pun..
ps2: kalo ko raya KCB rumah fendi, apa kata ko singgah romah aku? amacam, ada berani?

Reen Fredo said...

selamat hari raye noe, suami & sabrina!!

maaf zahir & batin..

adrenalin said...

selamat hari raya jugak, kak
:)

may allah bless, always.

Huda Luna said...

aik? siggplus ade masalah ni
haha

baiklah

selamat hari raya noe!
maahir zahir. batin tak ada kot rasa nya

si buta warna said...

tak menambah kilo tu susah gila nak elak!

Memey Anuar said...

noe,
betul la tu batin.
hati dan perasaan tu kan batin jgk :)
bkn 'itu' aje yg batin.

selamat hari raya.

hudadida said...

selamat hari raya maaf zahir batin =]

Liquid said...

Slamat hari raya.... =)

Eudora said...

Happy Eidulfitri to u Noe & your cute lil family! :)

sastraboy said...

yg first time komen ni? nk bermaafan gak ke? ok2. mungkin utk akan dtg punya raya dan punya dosa.

hm.. selamat hari raya!!!