5.10.10

Kerja Kawan Keluarga.

Setiap manusia, ada keutamaan masing-masing. Ada yang utamakan kerja lebih dari kawan dan keluarga. Kerana kerja, sanggup tak balik rumah 2-3 hari. Tinggalkan keluarga, emak, isteri anak. Ada yang tak mahu bekeluarga lansung. Kahwini karier.

Ada orang, utama kan kawan lebih dari kerja dan keluarga. Kerana kawan sanggup berbelanja melebihi bajet sampai nak bagi makan anak bini pun tak berduit. Sampai tambang atau duit minyak nak pergi kerja pun terkorek korek. Kerana kawan, sanggup belakangkan hal kerja. Sanggup mengelak dari pergi kursus sebab dah janji nak hadiri perkahwinan sahabat baik misalnya.

Ada orang, keluarga segala-galanya. Demi keluarga sanggup mintak cuti tanpa gaji. Demi emak, sanggup berulang dari Hartamas ke KKB hari hari. Hilang kerja boleh dicari, tapi keluarga, tiada pengganti. Demi keluarga, biarlah tak join kawan melepak tanpa faedah di kedai mamak semata-mata nak tengok bola.

Klise klise klise. Apa yang aku ceritakan di atas, semua klise.

Semua tahu itu. Dari pion sampai la ke CEO. Semua tahu itu.

Tapi kenapa, kadang-kadang bila nak mintak excuse tarik diri kursus sebab kawan baik atau saudara nak kahwin, sesetengah bos akan masam muka?

Kenapa nak duduk di rumah luang masa untuk ibu bapa, anak isteri suami, sesetengah kawan-kawan akan menjauh terasa hati?

Kenapa nak kerja sampai lewat lewat malam sebab nak cari rezeki dan menaikkan taraf hidup, sesetengah isteri atau suami nak tarik muka masam?

Paling aku bengang bila ada sesetengah orang yang mengutamakan kerja ni, menasihati orang yang mengutamakan keluarga, agar berubah menjadi seorang yang mengutamakan kerja.

Nasihat yang diberi, sebutir-sebutir semacam suruh individu itu, belakangkan keluarga, duduk di pejabat, siap kan kerja sampai bengkak mata. Sampai letih tulang belakang. Jadi hero di pejabat sedangkan di rumah pasangan sendiri pun dah bosan nak rasa bosan dengan alam perkahwinan bersamanya.

Rasa nak lempang laju-laju.





21 comments :

Sylarius said...

Like!

Dalam hidup ni, pada pendapat aku la kan, keseimbangan dalam sesuatu perkara adalah penting.

Kerja kena buat, famili kena jaga, kawan jangan tinggal.

Selalunya kita memang tak dapat nak puaskan hati semua pihak.

'Yang mengutamakan kerja ni' selalunya individu yang mempunyai life yang membosankan. Selalu yang aku jumpa la kan.

Hehe

H A N S said...

ader jmpe 1 statement yg best.

Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will.

raser nk tampal jer statement ni kt maner2 manusia yg giler keje. hahah

mcjust.lol said...

statement dari H A N S memang terbaik!

wd.bandages said...

Kenapa nak duduk di rumah luang masa untuk ibu bapa, anak isteri suami, sesetengah kawan-kawan akan menjauh terasa hati?

persoalan yang bagus yang tak boleh ditaip kat facebook aku. secara sinis semua teman lama nak cuba sarkastik dengan aku. teman yang jenih tak rapat tara mana pun nak gak komennnnn..

Onelove...Jambu merah warna said...

duit banyak pun tapi takde life ape gune.. T_T

Onelove...Jambu merah warna said...

time nak hepi2, cari kawan, 24 jam pikir kawan..

tapi bila susah, nangis2 cari family jugak...

crazy_labelle said...

muda2 la time utk keje gile2...
i think...

AbgBeCA said...

agak2 masih ada orang tggl kerja,kawan dan keluarga demi agama tak?

hmm

Pensil Organik said...

orang yang meracuni pemikiran yang macam ini mesti kes tak percaya dengan hidup berkeluarga. bahaya jugak kalau terkena racun dia nih

cik senah said...

ketiga-tiganya penting sebenaqnyaa..

1) kerja - duit gaji digunakan utk support life sendiri & keluarga @ tanggungan

2) keluarga - kalau sakit-demam..keluarga yg akan terpa dulu ( amik berat pasai kita ) & ada anak2 sebagai pewaris keluarga

3) kawan2 - masa zaman kanak, zaman remaja,tempat kerja mahupun kawan "maya" (internet - FB, twitter & bla..bla.. ) - kita perlukan mereka selain daripada ahli keluarga kita - samada sbg peneman, pendengar setia &pendamping di kala duka..

p/s: keseimbangan di antara ketiga-tiganya adalah perlu, tanpa mengabaikan atau pun melebihkan salah satu daripadanyaa.. ( sekadar berkongsi pendapat )

suzzsuzie said...

semua sekali tu tersangat penting dalam hidup..tak boleh pilih2 cuma ikut kesesuaian dan kepentingan...tp kerana karier ramai yang rumahtangga dorang musnah...

kutak jinggong said...

aku sayang semua tapi aku terpaling sayang keluarga aku...

nuRul saLoma said...

setuju dengan entry ni..kalu nak support keluarga kita kena kerja..bila kerja kita berjumpa kwn2..so semua berkait..kecualilah bila kita hidup tu xmemerlukan kos..keja xpyh p, boleh duk uma n jmp kwn2 selalu..tp entah bila la nak dpt hidup tanpa kos..

YatieJay said...

Yang penting keseimbangan....life is all about balance! ; )

-HanaMichi- said...

kan bagus kalo my veri bizi complicated future husband bace ni..haih!!

NaniRostam said...

Sebenarnya ada orang seolah-olah dilahirkan untuk bekerja. Terlalu minat bekerja. Bekerja itu adalah jiwanya.

Bukan semua orang memiliki sifat-sifat gila bekerja seperti itu.

Kadang-kadang saya kagum dengan mereka kerana saya adalah salah seorang manusia yang paling tak suka bekerja di pejabat.

Sewaktu saya bekerja bank dulu....dalam setahun quota mc, annual, emergency leave tak pernah tak terisi....malah ada unpaid leave lagi, kerana jiwa saya bukan jiwa bekerja di pejabat. Jiwa saya adalah jiwa membuat kerja-kerja di rumah dan menjaga anak-anak kerana saya mahu anak-anak saya mendapat jagaan dan perhatian dari ibu mereka.

hyer greveieor said...

tu la. bagi nasihat bia elok. tp kalo xreti bg nasihat baek xpaya bagi.

MaR said...

ya...btul.. perlu seimbang dlm segala hal... :)

kakiberita said...

anatomi perlu dititikberatkan..
ini punca barah sosial..

MY said...

workaholic people should read this.. I put this on my blog. mintak izin Lady Noe..

Aku A-Z-Z-U said...

selfish. itulah namanya manusia2 yg bermasam muka dan menjauh hati tu. selfish sbb perkara yg kita buat tak melibatkan mereka atau kepentingan mereka. memang bengang bila mereka buat2 tak faham tentang 'kepentingan' kita. tp kadang2 kita pun ada masa tertarik muka, terjauh hati dgn alasan2 org lain :)