23.10.10

Manusia memang akan jatuh langgar lubang dulu sebelum berjalan dengan lebih berhati-hati.

Kemana awak pergi selama ni? 4 tahun saya cari awak. Saya tak boleh tipu diri saya. Walau pun saya dah tunang, saya tak sayang tunang saya macam saya cinta awak dulu. Saya selalu ingatkan awak. Hidup saya sekarang ni base on hidup saya dengan awak dulu je. Warna kegemaran awak, lagu awak, suara awak.

......

Tak lama lepas awak tinggalkan saya, saya kemalangan. Saya koma 2 minggu. Lepas saya sedar, awak lah orang pertama yang saya ada dalam kepala saya.

.....

Selepas saya tahu awak dah kawen, saya jadi kusut. Jiwa saya tak tenang. Saya layan macam-macam dadah. Tapi kantoi. Masuk pusat pemulihan.

......

Saya tak boleh tipu diri saya. Saya sayangkan awak lagi.
.......

Saya mintak maaf dari hujung kepala sampai hujung kaki. Semuanya salah saya. Kalau saya tak cepat melatah dulu, kita takkan jadi macam ni. Saya yang ubah sayang awak jadi benci. Maafkan saya.
.........................................................................................................

End of story.

Kalau tak silap aku, aku pernah cerita tentang satu manusia yang aku dendam selama dalam hidup aku. Bekas teman lelaki aku. Kalau aku tak cerita dalam blog pun, aku memang ada cerita dengan kawan-kawan rapat aku. Dia, dah jadi lagenda kemusnahan dalam satu episod hidup aku dulu.

Dia, tidak lah kacak. Suami aku cakap, muka dia macam 'pecah rumah'. Tapi bagi aku, asal tinggi dari aku, ada janggut sikit, reti nak bergaya sikit dan hidung MESTILAH tidak kemik; pun dah boleh masuk line dah.

Bagi aku, dia tidak ada kebaikan lain selain daripada sayang kan aku sangat-sangat. Yang lain-lain semua dia gagal. Menipu. Mencuri. Minum arak. Layan dadah. Mengkikis. Kuat cemburu. Menggelabah; dan tergolong dari golongan lelaki yang suka ikut style teman wanitanya. Perkara yang aku rasa memalukan ketika bergelar teman wanitanya dulu ialah, bila dia tanya aku "Nirvana tu apa?" - Aku dengan dia tak lama. Setahun 3 bulan sahaja. Aku rasa kalau aku teruskan juga bersama dia, mungkin pada tahun kedua aku dengan dia, dia akan improve tahap kelakian dia menjadi seorang yang suka bawa tas tangan awek misalnya.

Masa kian berlalu. Kadang-kadang aku boleh teringatkan dia sebab aku memang ada dendam dengan dia. Unfinished business. Suami aku nasihatkan aku; maafkan sahajalah dia. Dendam ni buat hati jadi hitam. Aku anggap suami aku tak faham perasaan aku pada ketika itu. Bagi aku, mangkuk ayun tu, layak ditamatkan sahaja riwayatnya.

Tapi melalui konvesasi sekejap di Facebook 2-3 hari yang lalu dengan mangkuk tersebut, hati aku yang sekeras waja kononnya ini berubah lembut seperti Nestum.

OK lah. Aku maafkan juga apa sahaja salah kau kat aku. Walau aku tak berapa nak percaya part kau koma dan hisap dadah kerana aku sebab kau memang dari dulu kuat menipu; tapi, aku maafkan jugalah. Malas aku nak ingat kau dan sakit hati tiba-tiba lagi.

Bila suami aku tanya; macam mana aku boleh sangkut dengan lelaki macam tu; aku jawab, manusia memang akan jatuh langgar lubang dulu sebelum berjalan dengan lebih berhati-hati.

Tapi betul lah. Tanpa dendam, hati aku sekarang lebih tenang.

Alhamdulillah.




45 comments :

iYda Juhar said...

tapi susah la nak hilangkan dendam tuh. even aku dah cube byk kali. huh

nurul nadea said...

lumrah manusia..belajar dari kesilapan..aku ingat lagi entry pasal lelaki tak guna tuh..

norshakeela said...

aku tak faham part nirvana.hebat sangatke nirvana?

sofea said...

betul. bila kita lepaskan dendam tu dan maafkan, hati jadi tenang. and it shows that we are better than him

Myra said...

like post tanpa dendam! ;)

boleh isi ruang dengan benda lain pulak :D

Ladynoe™ said...

Shakeela= Kau tau tak Nirvana tu apa?

norshakeela said...

die ahli muzik kot.tak sure.

kupaslaroren said...

Sy suka quot yang awak cipta tu..

Ladynoe™ said...

SHAKEELA = ok. Aku tidak lah ada buat statement yang Nirvana tu hebat. Tapi Nirvana tu macam koman sangat la. Lepak BB, overnite sana sini tapi tak tau Nirvana tu apa. Sekurang-kurangnya tahu lah sikit seperti 'nirvana tu ahli muzik' misalnya.

susah nak terangkan. Tapi aku je tahu kenapa hal itu diper-isu-kan.

ateeka amer said...

err. cik noe, time clash dulu, berapa lama masa amek untuk move on?

Ladynoe™ said...

ATEEKA = kerana berpisah pun sebab dah benci, so move on sebulan sahaja dah kenal dengan Fandi. (suami saya sekarang).

weed something out said...

nak memaafkan dan let go itu amatlah susah.

kadang-kadang dalam hati dah maafkan dah, tapi bila terjumpa, perghh.. susah woo perangan emosi dan jiwa ini.

bukan saja untuk bekas kekasih/ bekas suami isteri

tapi tang kawan pun sama.

Ladynoe™ said...

msweed= memang susah. aku marah dan dendam dengan dia nak dekat 6 tahun kot?

vict said...

dendam... mcm api dalam sekam..

*saya pun tgh dok belajar nak ampunkan seseorang - nak hidup tanpa dendam*

kak ina mail said...

Walaupun kita dah maafkan orang tu dan tak ada dendam lagi, tapi tipulah kalau kita dapat lupa apa yang dia dah buat pada kita.

HASRUL NIZAM said...

Belajar dari pengalaman...

Memaafkan seseorang sangat susah berbanding meminta kemaafan, tetapi itulah yang paling bernilai di sisi Tuhan :)

Moga tenang :)

sastraboy said...

tapi, agaknya bila dah macam tu, baru lah lu boleh buat benchmark, ciri ciri lelaki yang lu nak pegang jadi suami.

err, betul ke?

gua main agak ni.

Ladynoe™ said...

KAK INA MAIL = betul. memang tak leh lupa.

HAZRUL NIZAM = itu lah kan. Nak memaafkan ni susah benar dari mintak maaf.

SASTRABOY = memang. Selepas aku break ngan dia, aku jumpa suami aku yang perangai dia kontra gila. tu yang buat laki tu.

akiss ferrero. said...

agree! tanpa dendam, hidup tenang.

cikaja said...

siapa xkenal nirvana? :D

susudalambotol said...

pernah jugak lalui mcmni. rupanya ex bf, ambik ganja dgn gf adik aku dan tidur sama-sama. lepastu jumpa mak aku merayu-rayu kata aku yang buat hal ada laki lain semua.

bodohnya aku rasa bercinta dengan orang macamni. tp tanpa kenal org mcmni kita tak sekuat sekarang, babe.

rosesrosz said...

sy tgh laluinye noe~

sy suke ayat awk

"manusia memang akan jatuh langgar lubang dulu sebelum berjalan dengan lebih berhati-hati"

NURUL said...

entri ko tiba2 buatkan aku teringat dgn ex-bf aku yg yg mcm haram jadah tu.

yg lainnya blkg aku tangkap cintan dgn perempuan lain pastu tak mengaku. tp perempuan tu pun menggatal nak berebut dgn aku. pastu dah bertunang boleh lg pujuk rayu aku. cit... ko boleh pergi dr hidup aku.

aku berdendam sampai dia dah kawin dgn perempuan tu sampai isteri dia sampai kan pesan kat sahabat aku minta maaf kat aku sbb dia mengandung mcm susah nak bersalin. punya aku berdendam noe.

last2 aku dgn sendirinya aku cuba lupakan dan hapuskan perasaan dendam aku supaya dia suami isteri hidup bahagia. lagi pun aku pun dah bahagian dgn suami dan anak aku. so aku rasa dendam aku tu tak ke mana.

Rosliza Roslan said...

nice blog

aNnAsUe'G said...

hi. 1st time nak tinggalkan komen kat sini.

aku x penah berdendam dgn 2 xbf aku tapi aku rasa bodoh ya amat bile pikir2 balik kenapa aku bercinta dgn diorg. sumpah rasa bodoh.

khemy said...

I think it takes a lots of courage to write it in here. Well, you made it. I like your honesty. I don't think I have the guts to write about my past in blog. Nor remembering it. Regardless how ugly it was. Well, whadaya Noe, I think you rock it!

ps: and aku rasa ko ada husband yg paling memahami..huhuhu

raina said...

aku jenis dendam gak

tapi bila dah dewasa neh

aku convert dendam jadi perkara paling lucu dalam hidup..

bagus untuk aku sebab aku sekarang neh otak gila tenang..semua hal yang bagi aku pening - aku convert!

khemy said...

And lagi satu, noe, I think Shakeela come from different era kot. Aku pun suka Nirvana siap ada t-shirt bagai simpat duit belanja beli kaset In-utero. Tapi itu sebelum aku kenal Pearl Jam, the Cure, smashing pumpkins, Dave Matthews Band etc. So, sapa tak kenal Nirvana masa tu is doomed. I know how you feel. LOL.

Ladynoe™ said...

aku pun rasa macam tu lah khemy. Aku rasa malu dengan diri sendiri. macam mana lah aku boleh sangkut dengan mamat ni. Big mistake betul.

zie said...

susah sangat nak lepaskan dendam itu. Susah sangat sebenarnye.

Saya juga ada issue itu, walaupun telah bejumpa dan berkahwen dengan lelaki yang 100000% lebih baik dari sialan itu, tapi dendam itu masih ada.

Saya respek you sebab manage buat. Sila beri tunjuk ajar.

Ms and Mr Red Ribbon said...

yup, i pon pernah juga terjumpa lelaki macam tu, tp xde la teruk sgt sampai amek dadah... but betol... kne jatuh lubang dulu then i know what kind a man i should be with... which of course lelaki yg bukan penipu... eventho i feel dia sayang, tp tu bukan sayang betol2 tu kalau selalu menipu...

raina said...

kurt cobain tuh la x-bf aku yang aku clash tuh..

jahat dia

pi bunoh diri! kesian sama aku

tu dendam tuh!

NaniRostam said...

Sebenarnya DENDAM tu sama macam RINDU. Kalau otak kita masih dok ingat dia bermakna kita rindu. Kalau masih ada dendam terhadap dia bermakna otak kita masih ingat dia. Sebab tu dalam frosa melayu menyamakan RINDU dengan DENDAM. (RINDU DENDAM)

Bila kita berjaya melupakan dia maka dendam itu akan lenyap seiring dengan lenyapnya ingatan kita terhadap dia.


Itu sahaja. sekian.

Harnida said...

erkk..sebenarnya aku pun pernah tanya soklan ni kat adik aku..sebab asyik lalu tepi building besar yg ada tulis NIRVANA otw ke Bangi..tepi METRAMAC kot.."NIRVANA tu tmpt apa" kelab malam ka? sebab setahu aku Nirvana tu kumpulan muzik..hehe..at last..adik aku kata..tu tempat pengebumian Cina la..opss..tersasar terus..hahaha

nS said...

erkk..lebih kurang sama dengan cerita aku.bila difikirkan semula..aku rasa aku sangat bodoh boleh suka kan lelaki mcm tu.

Sue Anna Joe said...

Forgiven but never forgotten.

Best kan kalau boleh rewind balik, dan terus kapel ngan Fandi.

Aku nak macam tu, rewind balik, yang lain suma tak kenal terus jumpa Pitt. Hoh.

But that's life. Like you said, terjun masuk lubang dulu. Hmm.

Ayyman Rahim said...

Love this, tanpa dendam, hati lebih tenang. And that's right, pasal jatuh langgar lubang baru nak berhati-hati. KIta belajar dari kesilapan, kan? :)

isabelle said...

tingin sgt kalo dpt memaafkan mcm tu, tapi my ex sume tak pernah buat self-destruction yg smpi tahap bangang mcm tu lagi. berat la sikit nak rasa lega (hehe.hati aku hitam sungguh rupanya)

KayNisa said...

- aku penah dendam orang sbb fitnah aku mcm2.
- sekarang aku dah boleh baik dengan dia n siap bergurau macam2 seolah2 xpernah berlaku apa2
- tapi sejujurnya, aku as manusia biasa kdg2 teringat jugak kisah lama tu
- tapi betul lah, lupakan dendam buat rasa tenang. insyaAllah.

nirvana bes ape. budak kampung mcm aku pun tahu ape itu nirvana... =p

acap said...

nirvana pun xtau mmg masalah ni. kehkeh
lupakan je dia tu. syukur lah dah tenang kan :)


http://tujuhbelasduabelas.blogspot.com/

geekz36 said...

dendam ke akhir hayat. hahahaha... keserabutan itu penting. dengan masalah dan kekusutan hidup penuh dengan cabaran dan menjadi lebih bermakna.

cham's said...

wow, excellent!

Chempaka said...

salam singgah... lelaki macam ni pun wujud eck.. huhuhuh... cukup tak suka tengok laki dok bawa handbag perempuan... macam la beg tu berat sangat sampai pompuan tak leh bawak.. huuhuh

Aku A-Z-Z-U said...

membaca entri kau yang ini membuatkan aku tertanya...patutkah aku maafkan ex-bf aku juga? hmmm...

Scott Republic said...

Aku slalu terjatuh dalam lubang masa mula2 blaja hidup tapi bila aku dah berjaya bangkit semula aku rasa lega sebab hard time is over...yang penting mauju ke depan and berhati2....tapi aku dah jadi seseorang yang kurang percayakan orag lain....a sceptical person by now