11.10.10

Penyebab Takdir

Hujung minggu sebelum ini, aku dan mak aku, anak buah aku dan Sabrina ke IKEA. Niat sebenar ialah untuk cari baby chair Sabrina. Tapi biasalah, bila ke IKEA, siapa boleh menahan diri daripada membeli benda-benda lain yang disangka murah walaupun kita tidak lah perlukannya pun. Ataupun sekurang-kurangnya 'window shopping' sebagai syarat wajib bila ke sana.

Tapi aku, hamba Allah yang maha lemah imannya, window shopping yang wajib di IKEA aku dulukan, tapi solat yang tidak diragui lagi wajibnya aku lupakan. Dari jam 5 petang, ke jam 6 petang, sampai ke 7 petang. Asar aku burn.

Nak dijadikan cerita, bila sampai waktu pulang, aku memandu perlahan di dalam kawasan parking bawah tanah IKEA untuk menjemput emak aku yang menunggu di pick up lane. Perlahan-lahan sebab dah tentu aku kat tempat parking kan.

Sampai di satu simpang empat, aku berhenti untuk menunggu kot-kot ada kereta dari arah kanan aku. Oleh kerana banyak sangat kereta di parking lot yang menghalang pemandangan aku, maka aku pun menggerakkan kereta aku sedikit demi sedikit sampai la aku betul betul jelas dengan jalan dari arah kanan. Aku sempat memberhentikan kereta bila nampak sebuah TOYOTA Camry dengan kelajuan yang tidak munasabah untuk di kawasan parkir terutamanya lah.

Dalam masa yang tidak lebih 5 saat aku berhentikan kereta, aku perhatikan pemandu Toyota Camry itu tengah tergelak-gelak apa entah dengan emak dia, seraya terkejut bila tengok kereta aku yang dah terjulur keluar, tak sempat break, dan langgar kereta aku.

Berlaku lah pergaduhan tengking-menengking aku dengan emak pemandu Toyota Camry itu. Bukan dengan pemandunya. Bagi aku dia salah, bagi dia aku salah.

Lanjutan dari kecelakaan itu, masa aku banyak terbuang dengan bergaduh, mencari jalan ke balai polis daerah Petaling Jaya, menunggu giliran untuk di soal siasat dan sampai rumah jam 12.30 tengah malam.

Tapi itu bukan lah point yang aku nak sampaikan hari ini.

Aku suka kaitkan setiap perkara dengan perkara yang berlaku sebelum terjadinya sesuatu perkara itu. Faham tak?

Maksud aku, kalau aku tak lalai dengan solat aku. Kalau aku tunaikan Asar aku dulu sebelum nak balik rumah, 100% aku pasti, aku takkan ditimpa kecelakaan sebegini. Masa 10 minit untuk aku tunaikan solat itu sangat sangat bermakna bagi kecelakaan sebegitu. Kalau kecelakaan itu berlaku dalam jam 7.00, kalau aku solat sebelum itu 10 minit, dah tentu jam 7.10 Toyota Camry terbabit sudah pun berlalu pergi dari IKEA. Atau mungkin kalau dah memang takdir Toyota Camry itu melanggar kereta, dah tentu bukan kereta aku yang dilanggar. Mungkin kereta orang lain yang tak tunaikan Asar macam aku jugak. 100% aku pasti.

Jadi, nasihat ini untuk aku jugak, kuatkan iman, walaupun di pusat membeli belah, usahakan jugak, tunaikan solat.


p/s: Anyway, Baby Chair IKEA boleh didapati dengan harga RM64 sahaja. Kthnxbye.

p/p/s: Sorry kalau ada yang rasa aku macam kurang sopan sebab tinggikan suara dengan orang tua. Tapi dia Cha Ya Nun Alif. Dia tengking aku dulu. Haha.



41 comments :

MaR said...

sokong kamu noe....

elyse said...

noe
mmg tulis balau ye??*mungkin noe tak perasan*

tapi bab solat itu mmg penah jadi kat aku. selalu abaikan solat.

Ladynoe™ said...

terima kasih elyse. Noted.

Khalisa Ridzuan said...

hi Noe.
saya pembaca blog ini.haish.pemandu perempuan cha ya nun alif adalah pemandu paling tak guna dalam Malaysia.Serius.semua benda dia nak menang.dah la kedekut nak bagi laluan,malas bagi signal.memang tak guna la senang cakap >_<

*tgh sakit hati huhu*

mum2h said...

noe

akak ada kat ikea semalam, pukul 7 mlm baru balik. Kalau tau noe accident, akak tlg tengkingkan nyoya tu sekali :)

Amy Z! said...

noe. cha ya nun alif mmg kurang ajar. i still remember kejadian yg sgt chilaker - i reversed my car dan langgar kereta dia yg park behind my car, sbb tak nampak pun dia park kat belakang, dah masuk gear reverse dia bleh park blkang kereta i, and she can put blame on me. how chilaker is that?

Pensil Organik said...

nak tanya, stok baby chair dah ada ker kat IKEA? last week aku pergi masih lagi tiada dalam stok.

betul ka?

Ladynoe™ said...

PENSIL = ada.

sharEna said...

tenkiu sgt2 sbb mmg tgh carik baby chair utk Naurah. murahnyer. ok weekend nie g IKEA =D

siggplus said...

kau mmg benci betul ngn cha ya nun alip ye?

pernah ada insiden bak kut teh ke apa?

Ladynoe™ said...

Siggpluss = idok le benci. tapi entah kenapa, selalu jumpa benda-benda yang menyakitkan hati yang melibatkan mereka. Kawan opis aku baik je semua.

Mak Su said...

tima kasih dgn peringatan, perkongsian ini

sha a.s said...

agreed! dorg ni ada 1 mcm perangai sket bile atas jalan...betul2 kena sabar

H A N S said...

setiap yg blaku pasti ada hikmahnya. sabar k...

Fadeadsy said...

ur point psl tinggal solat tu mmg betul psl mak aku pun selalu pesan. pernah sekali umah tade letrik guruh berdentum2 pastu mak aku kate ni psl aku blum solat. aku trus pi solat and lps tu ade letrik balik. pastu ade sekali tu mak aku suruh solat jugak tp aku tak layan and pi main kat depan rumah sekali aku terantuk kt tingkap, smpi sekarang berparut kening aku. moral, jgn tinggal solat dan dgr ckp emak.

susudalambotol said...

Kau belum lagi berdepan dengan orang Korea kat kawasan opis aku nih. Lagi kuang hajo gila. Dahlah potong q belah kanan. Lepastu sebenarnya nak masuk belah kiri. Tak bagi signal plak tu. Memang PIGLET.

Lepastu, tiap-tiap malam mabuk-mabuk menyanyi karoke. Pastu gaduh. Kat area Ampang ni mmg dah mcm perkampungan dia dah.

kakiberita said...

kadang kadang dalm hidup ni kite kene teliti balik bnde lps2. tapi part pemandu cha ya nun tu aku dah tau lame. kalo teknik drive mcm kongsi gelap.. tak laen la tu..

Potlandlord said...

Hi Noe!

terpanggil nak tinggalkan komen kat sini sebab aku pun pernah lalui perkara yg sama disebabkan sengaja tgglkn solat.

nk balik awal kononnya nk asar kat rumah padahal kebiasaan mmg tak sempat.Masa otw balik aku tcium bontot keta Cha Ya Nun Alif jugak.tapi itu mmg salah aku.end up,asar aku burn dengan seratus aku melayang.

Jawabnya,memang aku padankan muka sendiri.Haha!

Ainee Cumi said...

Cha Ya Nun Alif. Kadang-kadang memang kena racist sikit dengan deme. Tapi betul jugak penilaian K.Noe tu kalau macam ni begini jadinya kalau macam tu begitu jadinya

Sue said...

kalau bangsa itu, kalau itu salah dia, mmg susah la kalau dia nk ngaku.

eh baby chair da naik harga ke? hehe lamanye tak pegi ikea

vict said...

orang tua-tua pesan - tak baik kita ber'kalau-kalau' lagi pada perkara yg dah berlaku...

at least boleh jugak kita jadikan iktibar di masa-masa akan datang...

Mantot said...

korang tak nampak benda paling teruk dalam cerita ni?GILA LAMA URUSAN NAK SETELKAN REPORT EKSIDEN!SAMPAI TENGAH MALAM BARU BALIK?

Tapi jangan terkejut la kalau ikut law kau salah..sebab tu jalan dia.Sama la jugak kalau ada mangkuk ayun tiba-tiba masuk lane kau dan kau hentam bontot kereta dia,ada kemungkinan kau lak yang salah sebab langgar dia dari belakang..

LAW..Dalam byk2 profesion,lawyer lah yang paling kurang dipercayai dan lawyerlah org yang paling arif psl undang2

P.S - Kalau eksiden sket,baik setel sendiri dan tarik balik report.Kalau betol nak proceed ikut polis..byk duit kau kena keluar nanti.Bukan sbb saman,tapi sebab nak buat report pun sebenarnya kau kena keluar duit.

Sue Anna Joe said...

Tinggal solat kat shopping mall. Memang kebiasaan. Padehal ada je surau. Gila tak bes.

=\

Aku pon selalu pikir, mesti ada buat benda salah bila ditimpa musibah. Hohoho.

Ladynoe™ said...

MANTOT,

law takboleh digunapakai sangat dalam kes aku ni sebab kejadian dalam parking lot. So polis charge sebagai kecuaian masing masing. Dua dua tak kena saman apa-apa, polis suruh settle sendiri. Dan aku tak kena apa2 duit pun untuk buat report.

Mantot said...

ohoho,mcm tu pulak dia kira aa..sbb private properties kot.tak tau pulak aku dia kira camtu.

polis akan cas kau bila nak proceed claim insurans semua benda.bapak mertua aku kena dulu,bayar 300 ratus kat polis untuk processing fees apa benda tah.

thanks kak sbb bgtau

Sweet Momentos said...

salam Noe...

bila kita dh selesaikan urusan dgn ALlah...ALlah jualah yg akan selesai/mudahkan urusan kita... dh tentu kita lebih tenang, xkelam kabut slps itu..
bab nk 'settle'kan report xcident tu satu perkara..tp bab solat ni yg lebih utama (perkara pertama/ utama yg akan ditanya kpd kita semua kelak)..
semoga kita akann mnjadi hambaNya yg lebih baik slps ini..

alkapon said...

kau maki je klu dia ca ya nun alif ca ya bai

aku pun dah ra alif sin ya sin skang noe. high 5!

Che Lin said...

kalau dgn sengaja tinggal solat, mmg akan jadi mcm2 yg x elok.Tuhan nak tunjuk agknya. selalu jadi kat aku camtu, wpun lps tu aku qada' balik solat tu.solat x boleh diqada' yer, kecuali utk yg lupa & tidur. wpun diqada', ia tidaklah sama mcm solat tunai...pnh gak kena langgar reversed dgn kaum tu kat depan flet aku yg kebykannya org2 dia.aku kena marah sbb x bunyikan hon.tp dia x rs b'salah reversed x tgk belakang.jiran2 dia kuar rmh ramai2 tgk & bebel kat aku.aku pun defensive, terus speaking omputeh non-stop, baru diorg belah...aku sorang2, diorg dalam 10-20 org.bila ingat2 balik, fuh sib baik xde apa!

dotblogspotdotkom said...

setiap apa yg ALLAH jadikan itu... ada sebab nye... cuma kita langsung tak paham... malah nyalahkan takdir semata...

pelajaran yang amat berharga utk kita semua...

redbean said...

belajar dr kesilapan...

NaniRostam said...

Salam. Itulah sebenarnya kita...sedar tapi cuai...mahu tapi malas.

Apa yang penting kita kena selalu beringat. Maka bila beringat kita sentiasa takut....tapi selalu yang terjadi tak mahu nak ingat sebab malas mengatasi segala-galanya.

Iman ni selalu tenggelam timbul.

Kalau time dia timbul...selalu teringat'eh dah masuk asarlah.aku kena solat ni...nanti kalau aku mati...dah masuk waktu asar...sedang solat asar belum aku tunikan macam mana?

Tapi kalau iman itu tenggelam, maka dalam hati berkata, mudah-mudahan tak jadi apa...mudah-mudahan semuanya selamat...nanti aku solatlah...aku taubatlah...

Mudah-mudahan kita sentiasa jadi manusia yang sentiasa ingat dan melakukan perintah Allah dengan rasa ringan dan khusyuk, walau di mana berada.

Jika apapun terjadi selebihnya adalah takdir.

aren said...

bila tinggal solat selalu jadi benda2 macam ni. thanks 4 reminder..

Cik Ketam said...

kesedaran bagi saya untuk tidak
lalai solat .
huhu .

Rosliza Roslan said...

berkunjung...

visit me at selendangkasih.blogspot.com

salamesrabadi from rosliza roslan

Syazmin said...

To Mantot and all

"bayar 300 ratus kat polis untuk processing fees apa benda tah."

buat repot polis, free. nak print report and get the CTC copy, bayar RM2-00.

processing fee ape ke bende nye? kao polis kot, bukan nye company nak kne bayar2 processing fee. and yang nak kne liase ngn insurance co. bukan nye polis, tp the insured/policy holder. tu nama nye polis nak duit.

Ladynoe™ said...

SYAZMIN AND MANTOT

entah kenapa, mungkin dah berubah. Atau nasib aku baik sikit dari korang, aku tak kena apa-apa pun dari polis. Jangankan RM300, malah RM2 pun aku tak kena.

apsal korang kena ek?

NanAFarhanA said...

aku penah jadi kes cam nie..kes yang melibatkan diri aku dengan cha ya nun alif...dah laa dia parking kat kaw. yang dilarang parking..lepas 2 kuar tak bg signal alih2 blah keta aku..Okay fine, lepas 2 tunding jari kata aku salah sbb tak nampak kereta dia nak kuar..ingat bapak dia punya jalan kaa kuar x bagi signal??

yang aku tak faham ada plak sebangsa dia (nyonya) yang aku tak tahu datang celah longkang mana bleh plak kata aku salah..aku ringkaskan cerita tetiba datang kereta polis suruh kami dua buat report.. Dan aku kira cam ko noe tak kena apa2 bayaran time buat report..mungkin time tuh aku masih pakai lesen "P" kot..

dish said...

somehow, i dont think her race should be stated there.

just my 2 cents. =)

Madu Warna Biru said...

peringatan ni noe.. betul gak cakap ko ..buat aku jugak selalu terlewatkan solat .. haih .. semalam aku ada ternampak satu video hamba Allah nih lepas solat terus jatuh dalam gerakan sujud dan terus meninggal ..

Zia Ul Haq said...

Terima kasih. Anda membuatkan saya tersedar atas kealpaan membaca blog dan mengupdate facebook utk terus menuju surau bagi solat Asar hari ini.

P/s: Bravo, the C mmg tak de adab dn kurang ajar!

♥ BIRU ♥ PINK ♥ said...

saya setuju.. selalu terjadi dan saya alhamdulillah alert dgn benda2 yang terjadi atas ketentuannya. Contohnya kalau dah azan, cepat2 pegi solat dulu, utamakan solat drp yg lain. Sbb selalu suami saya akan tanya nk solat dulu ke nak solat nti balik karang? Terus saya akan jwb solat dulu, kalau tak benda yg kita nk cari takkan jumpa. Dan alhamdulillah, setakat ni, mmg saya yakin Dia yang mengatur segala galanya untuk kita semua ;)