9.11.10

Jentik


Sehari hari, dalam sekumpulan kawan, kita takkan lepas dari bergurau sesama sendiri. Ada yang gurau mengejek. Ada yang gurau menyakat. Ada menyindir. Ada yang nak menakut-nakutkan tapi sebenarnya prank semata-mata. Ada yang menyampaikan khabar gembira, pun sebenarnya prank juga.


Macam-macam. Selagi kita tak anggap serius dan ambil pusing, selagi itu, ianya kekal sebagai gurauan. Tanpa motif. Tanpa sebab. Sengaja nak hidupkan suasana. Walau tanpa diminta.


Bagi aku, Gurauan ni ibarat kita menjentik.


Kau jentik sekali, tak sakit.


Jentik kali kedua, mungkin boleh gelak-gelak lagi.


Jentik kali ketiga, mungkin dah rasa annoying.


Jentik kali ke-10, ditempat yang sama, kesannya, kau sendiri pun boleh nampak. Jentik kali ke-20, kulit putih, merah padam lah jadinya.


Jangan terperanjat sangat bila kau baru jentik sekali, orang tu dah marah. Sebab mungkin ada ramai orang lain sebelum ni dah selalu sangat jentik di tempat yang sama.


Dan jangan terperanjat orang yang selalu gelak-gelak tak pernah tunjuk rasa sakit kena jentik dengan kau berulang kali itu, rupa-rupanya menyimpan bengkak, yang apabila terluka, tak mampu diubat lagi.





27 comments :

fezaL Mohd said...

main jentik jentik ! haha

Nona said...

suka sgt idea ni.ikhlas.tepat

NURUL said...

aku setuju betul dgn entri ko yg ini. sebagai contoh kalau gurau ckp "eh nurul ko nampak gemuk lps bersalin. ko tak perasan ke ko tu sebenarnya gemuk?"

contoh dia nak gurau dgn aku mcm tu.

sekali dua kali kalau ckp mcm tu aku tak terasa sgt. cuba 10,20 kali ckp benda yang sama hari2 pulak nak gurau mcm tu nak jer aku bg penampar.

selalunya aku sound kalau hari2 dia ckp benda yang sama " eh ko kurus n cantik sgt ke ckp org mcm tu?"

sori noe ter emo di sini

kembatolo™ said...

kalo taley jentik, gosok jelah..
hahahha

akugunakanta said...

orang yang jentik tu mungkin mintak penampor kot.. kan..kan.. fuh..fuh sabar~

juneHalim said...

sekali memang oke, 2 kali layan lagi, tapi dah seploh doploh kali rasa jugak nak bagi kasut saiz 8 kan? ;p

cKyN WaN said...

sangat setuju!

AiTotYati said...

Ai selalu kena jentik psl hal yg sama

*pasrah tapi lua makan dalam*

nisya salihin said...

perumpaan yang best! i like!

aZLiNa aZiZ said...

Kadang2 orang yang menjentik tu tak perasan yang dia jentik tu sakit. Memang tak alert sampai satu masa, tempat yang dia jentik tu membengkak dan bernanah. Memang sungguh teruk lah kawan2 yang macam ni.

Nabila said...

Aku suka entry ni! brilliant kak! ;)

sastraboy said...

macam bela jentik jentik lagaknya.

satu ok lagi. (potensi kita bunuh tu masih tinggi)

kalau dah berpuluh?

denggi.

haha.

cik k♥dah said...

akak!

taktau nk komen ape..juz dat..i love u!=)

Zaqyah Rezzaq said...

Angguk laju-laju tanda setuju yang terlalu :')

weed something out said...

jentik dengan kuku yang panjang dan cubit sekali. wahhh..

zan said...

hukumnya sepatutnya senang. kalau biasa menjentik pasti boleh dijentik. tapi kebiasaannya yang kuat menjentik rupa-rupanya tak tahan jugak bila dijentik dan kalau yang menjentik tak boleh dijentik maka yang tu memang nak kena titik!

sailormoon jelyta said...

orang kata di setiap gurauan, pasti ada kebenaran..

itu yg x thn tuuu..

klu da tetiap asal jumpa org dok bahan bnd yg sama..

phewww!

Organik said...

salah jentik mahunya ada kes bertumbuk nanti. pernah terjadi.

Quiyah said...

aku kagum dgn analogi kau, mmg spot on! aku sgt setuju ape yg diperkatakan..

Gayahspears said...

aduh sakitnya.. jgnlah jentik kuat sgt..hihi.. nice n3 beb...
salam knai dr aku~

Bazilah said...

setuju dengan zan. terima kasih tulis entri ni sebab rase macam ade orang memahami. :) salam kenal.

Puan T said...

munkin org yang salu menjentik itu xpenah disound tepek oleh org2 yg salu dijentik. lalu si penjentik merasakan jentikkannya sentiasa tepat dan betul. lalu aktiviti2 menjentik2 diteruskan sampai ke tahap menjatuhkan maruah org2 yg dijentik.

mangsa jentikkan pula dah fedap nk nasihat, sb asal nasihat masuk tinge kanan kuar kt idong kiri. sudahnya mangsa jentik asik memendam rasa lalu membengkak bile tibe hadnya.

noe, terima kasih up entri neh. rasa mcm nk kopi pes letak kt wall penjentik.

Bai said...

rasa nak copy! boleh? bole? boleh?

fndrocka said...

Nak jentik pun kena ada skill supaya yg dijentik x bengkak..yg menjentik tak kena marah

Cik Ketam said...

sgt setuju .
:)

ayarasmin said...

sangat suka dengan entri ini!

Amirull Jaafar said...

Benar sungguh apa yang dikata.
Tiap-tiap hari kalau dah dijentik,lama-lama rasa nak menampar si penjentik.

:)