12.11.10

Rasa Dahulu.


Sekarang ni, hatta sebelum ini pun, aku selalu terjumpa satu situasi di mana kehidupan orang berkahwin diperkatakan dengan pelbagai persepsi. Terkongkong. Tak banyak masa untuk itu ini begitu dan begini, dan bermacam lagi.


Atau yang lebih dahsyat lagi; mereka mengadili pasangan yang berkahwin itu hanya dari observan yang lansung tidak berasas. Sedangkan, mereka masih belum berkahwin pun. Apatah lagi mempunya calon yang sesuai untuk dikahwini.


Gelilah nak manja-manja depan orang. Gelilah nak panggil darling. Gelilah itu. Gelilah ini.


Kenapa mesti kau yang beli barang dapur? Kenapa bukan suami kau? Kenapa kau beli alat make-up sendiri? Kalau aku ada isteri, semua barang dia aku beli. Kalau aku ada suami, jangan haraplah aku nak keluarkan duit untuk belanja rumah.


Aku bengang dengan abang aku. Semenjak kahwin, dia jarang bagi duit kat mak aku. Kadang-kadang sebulan RM200 SAHAJA.


Kau tak pandai didik isteri. Kau tak pandai jaga suami. Kau tak pandai serba serbi.


Kau takut bini. Nak melepak pun dah tak berani. Kau ikutkan sangat suami kau tu. Kau yang rugi.


Ah asyik asyik nak mengadap bini. Manjakan sangat!


Cerita di atas contoh. Aku petik secara rawak. So do not judge.


Akan tetapi, apa yang aku suka untuk tekankan di sini, kau kahwin lah dulu, baru kau tahu dan mengerti akan apa semua yang bakal terjadi. Kalau kau bercinta asyik berkepit macam kembar siam sekali pun, tidak lah sama keadaannya bila kau duduk serumah, kongsi katil, kongsi cawan, kongsi tuala atau kongsi pendapatan. Faham?


Kadang-kadang, kau tak sangka, kau boleh terjebak dengan perbuatan yang paling kau benci, sewaktu kau belum berkahwin dulu.


Atau sekurang-kurangnya kalau kau tak percaya teori aku ni, anggap sahaja apa yang kau perkatakan sebelum ini, terkena batang hidung sendiri.



P/s: Dan sebenarnya, kalau kau dah kawin pun, kau tak boleh judge rumahtangga orang jugak. Benda ni semua orang tahulah.




34 comments :

budak hijau said...

aku tk kawen lg...orang kata kawen tu best...tmbah lg bila kongsi udara yg kdg2 nyaman..kdg2 bau kentut..pergh..bru nikmat hidup smpai

kembatolo™ said...

kalo ikutkan orang, takkan ade penamatnye.. kan?

Sylarius said...

Dont judge, dont tell.

zie said...

Orang boleh kata apa je, sebab tak rasa kan?

Tapi bukan setiap perkahwinan itu perkongsian ke? Unless la yang sibuk bercakap nie - untung kawen dengan orang kaya - sampai pad pun laki die leh beli.

cujen said...

baru je sebulan kawen.
setuju ngan u, benda ni kena rasa dulu baru tau.. :-)

khemy said...

talk is cheap, fish nowadays not so cheap, sekilo 10 rengget.

♥naematulsaadahismail♥ said...

salam noe..

aku setuju dgn post kau kali ni.
penah juga kawan baik sndri cakap macam kau tulis tu, semua nak harap suami dia belikan. tapi siapala aku untuk suarakan pendapat.so aku rasa terpulang pada masing2 la kan untuk corak rumahtangga masing2 dan aku pun tak layak untuk komen2 hal rumahtangga dia.

tapi aku suka bila bercinta lepas kahwin even kadang2 rasa sangat susah nak paham suami :D

p/s:dh lama tak belog pasal sabrina kan?

Huda Ramlee said...

salam,
setuju.
a simple word
lain buku lain cerita..

Sue said...

salam ziarah. *silent reader sbnrnye*

betul apa yg noe kata. even org da kawen pun tak leh judge rumahtangga org lain, tak leh compare dgn rumahtangga org lain. kalau kita punye pendapatan tak share dgn suami, dpt2 gaji terus simpan... jgn pulak harap org lain pun mcm tu.

p/s: dulu masa belum kawen, kalau nk tido katil kena kemas, cadar kena bersih & tegang baru leh tido dgn aman. tp bile da kawen, da kongsi katil, kongsi bantal n kongsi cadar selimut... semua tu da tak pk dahh..

rosesrosz said...

betul tu noe..ni buat sy nak kawen cepat. Perkahwinan itu indah bila sma-sma paham tugas n tanggungjawab masing2..

Insyaallah~

papaYA said...

Aku bengang bile orang asyik cakap suami aku asyik nak berkepit dengan aku.. Pastu cakap aku control suami..

Idiot!

Kahwin dulu la, baru tau..

*sorry, emo*

[Zaza Azlan] said...

Aku pernah jugak terasa bila orang tanya, eh kenapa ko yang beli barang dapur, aku husband aku yang beli.
Bila baca ko tulis, baru aku perasan yang tak ada sapa ada hak nak persoalkan rumahtangga orang lain.

Rumahtangga is about give and take. Lets say orang itu beli barang dapur sendiri, maybe sebab husband dia memang bangang hal2 macam tu. So husband tolong benda2 lain. Ataupun kalau betul husband memang xguna langsung, sebagai isteri yang bersabar, itu adalah tiket nak ke syurga.

Jadi snanye ape function orang2 yang berkata2 begitu ini? Untuk dengki, berlagak atau memang naive?

shasha said...

Sy belom berkawen pon, tp sll tgk gelagat emak dan ayah saja. Pasangan terbaek yang boleh sy jadikan contoh di masa hadapan :))

aisya said...

*setuju*

aNnAsUe'G said...

setuju!
waktu bercinta lain.
dah kawen lain.
dah ade anak lain.

x percaya try kawen & try ade anak.

FaznFaz said...

'Like'

Wan Syamimi Aimi said...

perasan juga ada org yg dok judge org dh kawin padahal sendiri pon belum kahwin :)




p/s: saya first time BERANI nak comment sini. selalu jd silent reader je,eheh.

vict said...

saya setuju.. kawen dulu baru tahu..

dulu ada satu kawan cakap, "kalau aku taulah macm ni rasa dia bila dah kawen, - dah lamaaa dah aku kawen, tak yah tunggu lama-lama"... ok! itu pun saya setuju jugak...

payah nak jelaskan. kena kawen dulu baru rasa...

sastraboy said...

ni yang rasa nak kawen ni. haha.

Me said...

lain org lain masalah..lain cara handle..lain rumahtangge..lain kayupapanbatunye..senang cite..mind your own bisnes...

kakakdegil said...

Nice one!
Memang betul..
Dah kawen, semuanya memang berubah..
Boxer pun berkongsi juga.. hihihi

Kalau semua nak berkira, maybe tak patut kawen lagi.

mel said...

ak baru nk kwen. lg beberapa mggu. mostly kawan2 baik sekeliling ak masih belum kawen. kira ak macam terawal la dikalangan dorang. padahal tak laa awl sgt. thn depan umur dah menginjak 25 dah pn. and majoriti kwn2 ak slalu psycho ak, ckp kawen nie susah. duit hidup sendiri pn tak cukup. macamana ko nk hidup berdua? nk nk pulak tetiba ko mengandung. barang baby mahal tau. camne ko survive? duit keta lg, duit umah lg, takkan lps kawen ko nk pkai brg2 murah? make-up ko je dah bape.. skin care ko dah bape.. susah weyh kawen. tak cukup duit.

ak frust.

Ayyman Rahim said...

Good one. Jangan judge ah senang cite. Kita cakap senang, yang melaluinya punya susah apa kita tahu kan? :)

Husna Hadzarami said...

Setiap orang ada cara sendiri mengendalikan rumahtangga. So don't ever compare, you have no idea what their journey is all about.

Nice entry :)

Merryn said...

Just follow your heart and ignore the rest... :D

selalu ada cinta said...

yeah bebeh yeah! Kawen dulu baru tau la. Dulu lain skrg lain kan. So thats all about marriage life and responsiblity ;)

Ayin Masliza said...

yer betul, do not judge dan jaga tepi kain sendiri :)

tak perlu nak sibuk2 ambil tau hal isi rumah orang lain, kalu nak tolong dipersilakan,lain dari itu, 'kirim salam'.

merahitujambu said...

dh kawin baru th nnt.hee

Ayyman Rahim said...

Ni semua sebab mentaliti. Mentaliti menguasai diri rasanya.

Cik Ketam said...

huhu .
manusia memang terlalu
byk persepsi . saya masih mentah .
tapi sedih melihat perkara depan mata
kawen susah . tak kawen pun susah .
haih .

My_Aqeelah said...

setuju dgn semua isi entry ko.

Dr.oracle said...

hehe, stuju sangat.. seblom kawin semuanye nampak indah.. hehe, bile daa kawen, cabaran sebenar tue baru datang..

buDAK keCIK said...

ye.kite prlu rasa dulu baru bley komen~!

Julesness said...

agree with you ladynoe!

marriage is all about giving and take. if you disagree with the idea of isteri beli groceries, or other perblanjaan yg kononnyer adalah tanggungjawab suami ONLY,just shut your mouth up and see it when u get married urself.