6.12.10

Azam Mustahil

Selamat Tahun Baru. Sudah satu Muharam. Sudah nak dekat satu bulan aku diam dari dunia penulisan blog.

Kalau dibongkar balik nukilan blog aku yang lama-lama, rasa macam tak pernah aku nak cerita perkara-perkara yang berkaitan tentang Azam tahun baru. Paling kuat pun tentang betapa aku harap yang tahun yang mendatang adalah lebih baik daripada tahun yang sudah pun kita lalui.

Jarang sebenarnya aku buat azam baru. Kalau aku pernah buat pun, aku diamkan sahaja sebab normal-lah, kalau tak tercapai nanti, agak mengecewakan - kalau ianya berkenaan dengan penaikkan taraf hidup. Kalau ianya berkenaan naik taraf sikap, kalau tak tertunai, orang sebelah menyebelah mula lah nak menyindir.

OK, to be spesific, azam tahun baru aku kali ini ialah aku tak nak mencarut lagi. Kalau nak marah pun, aku nak cuba beristigfar.

Bila orang tanya azam aku, aku jawab macam tu, semua bantai gelak. Macam mustahil sangat untuk seorang Aku berhenti daripada mencarut. Pun aku setuju untuk mengiyakan bahawa designer memang tak boleh lari dari mencarut. 4 tahun aku dalam bidang kerja ini, tak pernah seorang kawan sebidang pun yang aku kenal tidak mencarut nak nak bila time mengejar dan dikejar deadline.

OK la aku diskaun kan sikit. Azam tahun baru kali ini aku nak KURANG MENCARUT. Sebab nak berhenti macam mustahil sangat.

Sebab aku rasa macam nak mencarut sangat ni sebab aku dah kemas-kemas beg, tiba tiba ada sorang mangkuk ni mintak aku convert video, combine lepas tu render balik. Yang makan masa satu jam sekurang-kurangnya. Ingat buat benda ni senang macam makan nasik ke? Bangsat betul.

OK dah. Itu last.

Azam baru bermula dari s e k a r a n g.



17 comments :

fairuz said...

gud luck..hehe...

mencarutlah secara sopan..

pensil komputer said...

sekurang2nya kita ada niat. ustazah ckp dah dpt pahala :)

aZLiNa aZiZ said...

Cuba kurangkan sedikit demi sedikit2, lama2 akan terhapus la perangai macam tu. Doakan azam akak Noe berjaya :D

karatz said...

baru start nak insaf.last entry kuar carut.hahaha.
xpe,sikit sikit bukan jadi bukit.sikit sikit lama lama hilang la.

budak hijau said...

beli lh kasut nike then u will become 'nothing imposible' kehkehkeh

gutlak 4 ur new azam ladynoe:D

Lelaki Ini said...

semoga tercapai!

cham's said...

love you-lah! hahaha

mohd fauzan said...

niat n usaha pntg
Allah xtgk kte brjye ke x brnti carut
tp usaha n pghrapn kte
taon baru, iman n amal baru!
slmt!
~advc 4 myself

cindir-rela said...

tak pernah ada azam..hahah..sebab hari2 doa, so..kadang2 azam ni tak kemane kalau takde usaha kan?

tapi tahun ni tetibe nak sebut2 azam, sebab dulu time zaman cikgu tanye kat sekolah, ape azam tahun baru..mesti ikut2 kawan2 j..hahaha...

so, tahun ni da start keje ingat azam nak kurang merungut la..hehe

xxxxxxxx said...

cube try tes tgk snippets of nouman ali khan kt youtube on d importance of jage lidah...

LadyRye said...

gila lama tak update..

menantu aku dah boleh makan sendiri???

H A N S said...

hahaahaha..ader diskaun2 plak ek. hehe..xperla, at least brusaha gak nk stop kan? good! insyaAllah boley =)

Love said...

hehehe. sempat gak sedas!!

aishah_conteng_je said...

kalau kita rasa taknak anak kita nanti suka mencarut jugak, mesti azam tu jadi lagi kuat kot.


salam hijrah :)

kak ina mail said...

akak tak boleh nasihatkan ko, sebab akak pun sama, kalau dah marah, semua boleh keluar.mungkin akak pun kena berubah, akak pun doakan ko berubah untuk tahun baru ni.

selalu ada cinta said...

Selamat tahun baru babe! Semoge minda dan pemikiran juge akan berhijrah ;) Aku nak bg website mencarut masakini. Silelah layari demyuh.com. ko boleh mencarut sepuas2nye hehe ;p

tea_o said...

haha betul! jadi designer memang nak carut! tak secara terbuka, msti ada gak dalam hati! sial!! tahun depan tak naik gaji!! (bercerita dgn kawan-kawan je la)

tea_o