21.12.10

Ferrari Emas

Encik Mazlan ialah seorang lagi pegawai atasan aku. Orangnya aktif, tidak berapa gemarkan kerja tercongok di depan komputer dari 8 hingga 5. Rajin memberi pendapat. Rajin memberi nasihat. Dan rajin membuat lawak kuning. Selain gemar memberi talk kepada peserta kursus di organisasi, dia juga gemar mengumpul model kereta Ferarri yang kecik-kecik tu.

Pada suatu hari, entah aku pun tak ingat siapa yang timbulkan isu poligami, isu yang memang ramai sangat orang nak ulas, aku pun seperti biasa, mendengar lah, satu per satu, pendapat demi pendapat. Dari yang sudah berkahwin. Mahupun belum. Ramai juga yang join dalam forum tak rasmi tu. Abang Rashid, Encik Azmi, Akak Hebat Di Ranjang dan entah siapa lagi, aku lupa.

Dan seperti biasa, tiada siapa yang suka. Termasuk lah aku.

Sampai lah apabila Abang Rashid bersuara;

"Ëh tapi korang taknak ke payung emas nanti?"

Aku balas,

"Kalau lah ada hukum Islam kita ini menghalalkan isteri bersuami sampai empat, Abang Rashid nak tak Payung Emas?"

Sekali Encik Mazlan menjawab,

"Kau tanya macam ni, aku teringat satu hari sebelum ni, aku pernah bermimpi. Aku balik dari outstation, penat penat nak peluk cium bini, sekali aku sampai rumah, bini aku tengah layan lelaki lain. Dia bukak pintu bilik dan cakap kat aku 'Ábang, malam ni kan giliran suami saya yang nombor dua ni. Abang balik dulu ya.',

Masa tu aku rasa, walau dalam mimpi, pedihnya menikam-nikam sampai aku terjaga, aku sedih, aku menangis. Terus aku terfikir, begitulah rupa-rupanya rasa isteri apabila diduakan, ya?"

"Encik Mazlan, kenapa nak dapat mimpi baru nak faham?"

"Iyalah, kalau macam tu, jangan kan payung emas, FERRARI emas sekali pun aku taknak. Aku tak sanggup."

Dengan rasa penuh cool, aku tersenyum. Sambil kerepek penuh dalam mulut.

39 comments :

Nordin said...

Haha. Terbayang gila eh mimpi suami tu. LOL~

baju yang diperbuat dari spray

kembatolo™ said...

mimpi seram tuu.. haha

kira-chan said...

seharusnya semua lelaki mesti baca entri ni. terbaik lah ;)

Cik Ina minat Do do Cheng said...

scary mimpi tu. Semua lelaki yang rasa nak cari lain, kena dapat mimpi yang sama.

hu[d]etx said...

terbaik!!

AinNurAlia said...

cool gila encik mazlan.

H A N S said...

hahaha..kalau la smua suami yg dok gatai nk bpoligami dpt mimpi camni kan bagus? hehe

misz beauty said...

kan sangat bagus if suma laki dalam dunia ni dpt mimpi cenggitu... huhuhuuu ;-)

EZATUL HANI said...

semua lelaki kena mimpi macam ni nihh

The Nurul said...

ha tau pun nak menikam jantung bagai. hekhek.

Quiyah said...

tau takpe encik mazlan, sendiri mau ingatla.. hahah

Amy Z! said...

Akhirnya ada juga lelaki yg faham betapa sakitnya wanita bila didua/dimadukan.

:-)

lotikus disarimankan said...

mimpi bagi hidayah.
lelaki jangan kawen empat ikut nafsu ya

CikLilyPutih said...

bagus mimpi tu, bagi hidayah kat org lelaki kan

Julesness said...

nk baligh pon kena mimpi, tu kena dapt mimpi dulu baru dapt rasa ape yg perempuan rasa bila diduakan yer?

Aini Amir said...

aku suka sgt la dgn entry ni

redbean said...

dr lagak gaya cakapnya, aku rasa en mazlan ni kacak orgnya.

Hantu Ulam said...

kan bagus kalo semua lelaki yg bernama suami dapat mimpi camtu..eheh

annamollydean said...

nak share, boleh? ;)

Ladynoe™ said...

boleh! :D

Cik Ketam said...

haha .
nak dapat mimpi baru nak paham .

KayNisa said...

sebenarnya tiada hadis atau nas dalam quran cakap pasal ganjaran payung emas. ada yang kata tu hanya hadis ciptaan orang melayu

boleh baca disini:
(1)payung emas 1

(2)payung emas 2

(3)isu hadis palsu


tapi kalau siapa-siapa yang tahu hadis payung emas tu wujud, apa kata sila kongsikan.. ^_~

eiffel said...

kahkahkahaktuih!!!terbaiklaaaaa!!!!

afza said...

dalam sudut yg lain, aku berfikir:

kenapa islam hanya menghalalkan lelaki kahwin 4, tidak perempuan

logik akal aku tak dapat menjawab persoalan ini, ditambah lagi aku pun bukan berilmu sangat

KayNisa said...

afza: kalau perempuan boleh kawen 4, nanti ada anak xtau le sape bapak pada budak tu.. nak kena buat ujian DNA bagai lah pulak nanti. setiap yg Allah dah tetapkan tu mesti ada hikmah dia.. ^_^

amydanblogbeliau said...

saya suke yang ini..sebijik kena pada mereka!

kira-chan said...

nak share jgk blh? biar semua lelaki tau apa yg pompuan rasa bila diduakan :)

Myra said...

Lady Noe, kalau ada like n share button kt sini dh click dh!

i share kt my blog ya? :)

cik afza, sy cuba jawab soalan tu ya sbb sy suka uraikan kenapa begitu dan begini dalam agama walaupun ilmu sy sangat cetek. lepas terjawab dari segi akal, rasa lebih kagum dgn ketetapanNya :)

bila orang tanya kenapa lelaki sahaja yang boleh kahwin maximum 4 dan bukan perempuan. di antara point yg sy baca dari segi melindungi wanita dan lain2 segi ialah:

1) Islam amat menitikberatkan ownership, dari segi jualbeli mahupun penjagaan. jadi anak hasil hubungan suami isteri mestilah diketahui ownershipnya sbb tggjwb ibubapa yg wajib jaga budak tu. skarang ok la ada DNA test tapi 1400 tahun dahulu tiada. waris harta juga lagi satu isu kalau tak sure asal usul budak tu.

2) before kedatangan islam takde had kahwin utk seseorang lelaki, lepas tu baru ada hukum maximum 4. term yg tepat utk ini ialah limited polygamy.

3) if selarikan dengan fitrah pompuan yg cuti solat 5-7 hari di mana xboleh bersama suami juga, tepat ke kalau sy kata pengsan la suami2 wanita itu jika polyandry (banyak suami) dibenarkan dalam islam hahaha. lagi kena gilir2 bukan?

4) tggjwb suami utk tanggung isteri, jadi kalau dia byk suami, rasanya lg susah kalau nk layan suami ikut kadaran nafkah? ke sama adil? (tak payah fikir sebab mmg takde)

mungkin ada yg terseleweng dari soalan, sorry!

walaupun sy nyatakan point #2, sy tetap rasa berbini satu dan beribu satu pun dah drama, kalau bini dua mcm menambah sesuatu yg sgt berat.

how will he choose between giliran isteri pertama yg sedang demam dan isteri kedua yg tgh in labour kt hospital? sy rs eliminate possibility itu lebih mudah. satu cukup.

ka said...
This comment has been removed by the author.
ღnFashyaღ said...

salam ladynoe, saya dah share..hihi..entri best!

allyluna said...

bagus kalo sme laki mimpi ni.^_^
bru dorang tau pasaan pompuan

wayneahmad said...

babe...
suka entry ni..share leh?

eizt zahar said...

'abg blek dlu ye. perghh...' mnusuk smpi ke tulang sumsum.

ailizah said...

bermadu itu pahit.

btw,kakak.tadi kite nampak kakak+hubby+sabrina dekat carpark tesco ampang.nak tegur segan,hehe.

soffya cik bulan said...

baru nak terasa lelaki..
bila mimpi gitu baru nak faham
ciss, lmbt pick up

juneHalim said...

noe, nak share jugak yer! ;p

mochitsuki said...

pinjam entry ni..
nak share..
aku suke gilerrrr

comey roses said...

hahhaha... 2 la pasal.. baru rasa... tp tu dia.. kalu lelaki yg hati kering.. dia buat x tau jer

cik.nisa.khaidir said...

kak noe. since yesterday sy dah gila nak baca ur writing. hebat. pendek. penuh. tersirat. semua ada. hihi. sy nak pinjam entri yang ye. :) tersentuh kalbu siot baca! :)
tak salah kongsi pengalaman org dah kawen n belom kawen(mcm saya). tapi sy mmg suka soalan kak noe yang mantap tu. smpi en.mazlan dgn jujur cerita kisah mimpi yg sgt ironiknya tuh. ;p