8.12.10

Jangan Cabar Aku

Memang lumrah. Orang buat baik dengan kau. Baik berulang-ulang. Sampai kau dah tak sedar lansung. Sampai kau dah sebati dengan cara orang. Sampai kau tak sedar yang kau pijak kepala orang tu. Kau rasa kebaikan yang orang buat kat kau tu benda biasa. Benda normal. Benda rutin. Atau paling bahaya bila kau rasa benda tu wajib yang seseorang patut buat kat kau.

Normal juga bila orang mengungkit banyak dengan kau, kau rasa macam perasaan kau dipersialkan. Kau rasa macam tak wajar orang tu mengungkit dengan kau. Kau rasa kejam gila benda makan pun orang nak ungkit dengan kau.

Tapi kau kena kaji balik, kalau tak ada angin, pokok tak bergoyang. Sabar orang pun berhad had juga. Kehidupan kita normal bukan macam dalam cerita penipu sinetron Indo. Orang pijak kepala tikam rusuk cekik leher pun dia boleh sabar dan menunjukkan sifat-sifat mulia tanpa sedikit pun keluhan. Baik sampai boleh jadi nabi yang terakhir buat kesekian kalinya.

Kau berkira makan dengan orang, orang mengungkit hal makan balik, kau jangan la nak claim yang orang tu sux sangat since kau yang mulakan dulu. Kau berkira duit dengan orang, orang mengungkit hal duit balik, kau kena la terima. Kau berkira bab barang-barang kecik dan bodoh, sebodoh pemadam pensel atau earphone, kau jangan la rasa orang lain kejam sangat bila tiba-tiba nak mengungkit tentang barang-barang besar dia yang kau guna selamba dulu. Kalau kau berkira semuanya bersebab yang kau rasa relevan lah. Kalau orang berkira dengan kau, tak boleh la pulak.

Kalau kau rasa orang boleh banyak bertolak ansur dengan kau, tak berkira dengan kau untuk tempoh yang terlalu lama, kau jangan la create spark yang membuatkan orang counter back dengan kau. Orang menyenangkan kau dari beban, kau jangan selamba tambah lagi beban orang tu.

Jangan sengaja nak cari fasal semata-mata kau nak uji orang. Semata-mata kau nak - "aku memang tunggu je kau jadikan ini sebagai point". Aku bukan tikus makmal kau nak uji-uji. Kau pun bukan Tuhan nak bagi dugaan kesabaran hati kat hamba kau. Apatah lagi majikan yang bayar gaji pekerja kau. Satu pun kau bukan. Masalahnya kau ni, bila kau buat baik, kau nak suruh orang kenang sampai tahap jilat jubur kau. Tapi bila orang punya baik, kau nak suruh orang buat seikhlas yang mungkin sampai kau pijak kepala pun orang nak kena tahan.

Agak-agak la hoi.

Hidup ni logik la sikit. Kalau kau rasa tak boleh nak berfikiran logik, kau tak payah hidup since kalau kau hidup pun asyik nak menyusahkan hidup orang. Since kalau kau tak ada dalam hidup seseorang tu, orang tu boleh jadi gembira berganda-ganda.

Muhasabah diri dan mengaku salah diri tu bukan benda yang teruk sangat. Berubah la sebelum semua orang naik bosan dengan kau.

Atau kalau kau memang nak sangat rasa macam mana perasaan terluka bila orang asyik berkira dan lokek dengan kau, aku tak ada hal nak buat.

22 comments :

aZLiNa aZiZ said...

Pernah terkena, banyak kali. Biasanya kes macam ni, dengan member baik yang jenis tikam belakang. Sekarang, walaupun dah tak jumpa, rupa2nya dia masih berdendam dan cuba malu kan saya di Facebook.

Kak Noe, orang macam ni bahaya. Sila jauhi sebelum dia mengganggu hidup anda.

Mungkin saya tak sekuat dan selantang Kak Noe sebab tu orang terus pijak kepala.

KayNisa said...

hemm, kita boleh bersikap baik dengan orang. tapi jangan sampai kepala kite ditunjal2 dengan mudah. kadang-kadang sekelumit pun tak nak berkira, tapi asyik kita je kena.. mana tahan beb. masing-masing dah dewasa, pandai2 lah fikir. tapi ada orang dia fikir dia dah pandai, sebab tu dia tak sedar dia sebenarnya dah tunjal kepala orang yang berbudi pada dia tu.. huhuh.. life sux kalau hidup dengan orang spesis macam ni.. hidup kena berkira juga kadang2..

tiada nama said...

beb, ko memang garang arh!

ko gi sembur je die. bia die tau salah diri die tu. tak pon, ko ngna kengkawan pulaukan die biar die sedar

kak ina mail said...

akak pun bukan pemain sinetron, yang boleh buat bodoh , kalau orang yang mula megungkit dulu. dunia lakonan lain nak dibanding ngan dunia realiti. banyak manusia cam tu.

khemy said...

Dia cun tak? Dia bengang sebab ko cun dari dia kot. Sebab dia tak boleh out-cun ko. hehe.

Peminat Katie Holmes said...

Selamat tak mencarut kak ;>

Ayin Masliza said...

ladynoe... i lap u lah..... saya tak sekuat dan selantang ini untuk bercakap macam ini. saya tak paham kenapa ada manusia jenis tak sedar diri, jenis tak bersyukur... try jugak nak tunjuk dia menang. nak tunjuk yang dia pandai..bila kita diam, dia lagi menjadi2.. saya nak quote N3 nih dalam blog saya. biar org tu baca, sendiri mau ingat, tapi kalau tak paham jugakkkk.... tak tau la...Thanks ladynoe

misz beauty said...

lumrah hidup kot nih sis... majoriti org penah kena even myself... erm... sabar ye sis..

Qis said...

haha... been there as well.

tp pompuan tu mana penah rasa dia buat salah. kononnya jiwa sesuci malaikat... kalo aku sembur mcm ni pon, aku la yg setan. dia tak. sbb aku sembur, dia tak.

nasib baik dah berambus dari hidup aku... dah bertahun2 aku doa.

time will show it...

LadyRye said...

buat saja noe..

orang camtu harus disedarkan..

aqish basir said...

garang nye hehe...
awk sbr oke.bnde2 cm ni lah
byk menguji kesbrn kita.
orng mcm ni ta ke mane...sume na jaga hati dia je.
..
arghhhhh
fedap orng cm gini,

AyuJelitaz said...

sgt soka entry kali ni.. cayalah noe... ;))

xxxxxxxx said...

1 mnde kene bebtol pegang in life - hidayah milik Allah (of coz sume pn His, tp tlalu byk nak pegang kang kciciran plak...tak dpt pegang sume, jgn lepas sume). we can attempt at sumthin but we mustn't revolt when it fails...it juz won't turn d world around.

last bloodz said...

garang nya akak nie.. haha

Dr.oracle said...

hehe, aku pun ade kawan yg jenis berkira nie.. last2 aku buat keputusan tanak sentuh barang die langsung.. pastue dunia jadi tempat yang aman...

piNky LuCiA said...

wah. sabar2.

salam kenal. =)

mamat80 said...

mkn dlm msksud 2....

aai syaqie said...

thumbs up.

pernah jadi pada diri saya jugak.

suka blog akak :))

Maya said...

tunggu 3x noe, masanya akan tiba juga tu.. masa tu taulah dia tingginya langit, org tak tak pernah bertemu ruas saja bersikap sebegitu.

Apa pun bawa bersabar... hehe tahan2kan sabar tu

Maslina Rosdiana said...

Salam,

Sabar ek..apapun,pernah juga merasa perasaan itu...orang yang bersabar itu adalah juara...

tea_o said...

jgn cakap je noe.. ko buat jer! bagi sedar skit. tapi dalam situasi ko nih, aku agak org tuh berjawatan tinggi gak kan? ala2 manager mungkin? ahahaha kalau macam tuh kena telan dalam-dalam je la! .. kalau ada perancangan nak berenti baru la ko hentak kaw2! bagi terberak kencing. cam citer ni!
http://www.youtube.com/watch?v=XH7CXtxOflI

Aizat Jamal said...

sabar..sabar..

http://blogakuwey.blogspot.com/