15.12.10

Perkara Rawak #23 - Purata

Entah malam bila, sambil menyuap nasi ke mulut, aku terdengar dan tertonton satu isu di Berita Jam 8 TV3 - seorang lelaki yang mungkin Menteri atau Tan Sri atau Kerani atau apa-apa sahajalah membuat satu kenyataan dengan riak wajah kecewa bahawa purata bagi 28 rakyat Malaysia, setiap seorangnya membaca hanya 2 buku setahun.

Depa tak pikir ka yang purata rakyat Malaysia baca nak dekat 8 blog sehari? Depa tak klasifikasi bahan bacaan kan?

Ok abaikan.


32 comments :

pembaris said...

Nice

Cik Ina minat Do do Cheng said...

menteri dan tan sri beri komen dari pandangan rambang.tak de masa nak check cara teliti.sibuk.

LS said...

semua dihujung jari.

sambil baca blog, boleh main fesbuk. baca buku, tak boleh wat mcmtu

Aini Amir said...

kak, tu TPM la yg buat statement...i agree with u la..org dh xnak bc buku la.org bukak tenet je. info lg byk & mengarut.

KayNisa said...

hemm, kalo pergi pesta buku stiap tahun tgk sesak gak suasana. mereka2 yang pergi sana xbeli buku ke? atau sekadar menyemak eh? xkan lah beli 2 biji buku je, rata2 sy tgk berbondong2 buku yang dibeli..siap buat list. tp xtau la kalau beli buku kat pesta buku kerana murah dan balik rumah buat hiasan kat rak buku..

eLL said...

Ah, persetankan menteri-menteri tu. 28 orang yang dia cakap tu TAK TERMASUK DENGAN DIA SEKALI PUNNN!
Lagipun dia buat servey betul-betul ke?

Dayu said...

bukan setakat 8
entah2 ada yang baca smpai 80 blog sehari

menteri2 bagi kenyataan kan byk ikut suka. mana derang tahu facts sebenarnya. main petik je

the only said...

sekadar berkongsi pendapat, mungkin yang dimaksudkan buku itu tidak termasuk blog, suratkhabar atau majalah. novel mungkin.. atau naskah ilmuan.

pada pendapat sy, yang menjadi isunya ialah mungkin sikap rakyat malaysia dalam menambah ilmu, sebab kebanyakan blog tidaklah terlalu menjurus kepada ilmuan..

just sharing some opinion :)

budak hijau said...

purata dibuat dgn mgambil kira bayi,org tk tau membaca dan golongan tua2 yg dh nyanyuk

akugunakanta said...

Purata aku baca sebuah buku je sebulan,,itu pun kekadang leh jadi 2 bulan. Aku suka buku bergambar erkk itu dikira membaca buku gak ke..?

Wolfis Black said...

bagi setngah menteri nih, membaca blog adalah mengarut sebab takut termakan dengan kata dan tulisan pembangkang..

redbean said...

diorang x consider blog sbg bacaan maybe sbb bg diorang, blog2 ni tulis bnda mngarut..padahal byk je blog y ilmiah lagi mmberi motivasi. contohnya blog perempuanjomblo ni kan? :)

kembatolo™ said...

dye takde blog.
sebab tu r tak tahu.. kan?

nuyuin said...

dye tlupa ngara dah maju...huhuhu

FatinZol said...

aha..nice one . kalau membaca je mesti buku..zaman da maju.membaca x terhad pada buku je dato'..

munster said...

NICE!menteri tak celik IT.booooo

Ainee Cumi said...

Ahahahah! Best!!!

Baca jugak tu kan, kak noe..

nil said...

tapi blog tak sama dgn buku rsnya. dari segi info.

aisya said...

orang lame. faham2 lah.

roeza said...

agree!

eRaY said...

btul2..setuju!
noe, last saturday aku nampak ko kat gombak :)

Ayyman Rahim said...

Kolot masalahnya. Dia fikir kalau baca buku baru membaca, kalau baca blog ni dia rasa mengarut-ngarut. Apa punya turrr.

weed something out said...

statistik tak leh percaya. untuk statement dengan 'nombor' tidak konkrit.

itu pendapat saya.

Anna Banana said...

buku pun mahal,masa pun kurang.

tapi beli buku boleh tolak income tax kan?

cube dia bagi cuti sehari tah berapa puluh blog eh silap buku kita boeh baca.

Lili Sakina said...

setuju!

Lili Sakina said...

setuju dengan semua komen juga

shandye. said...

baca belog.
baca tumblr.
baca nota-nota yg bergelimpangan kat fesbuk.

bukan itu juga suatu sesi ngadap laptop/pc/tablet utk membaca?

7's baby said...

:) terima je nasihat yang baik untuk mula membaca ( i take the comment from the TPM.. membaca yg boleh menambah ilmu pengetahuan...) blog adalah bahan bacaan santai.. kadang2 dlm seronok nak complaint.. kita tak fikir benda yg rasional..

kalau boleh siapkan calculus atau belajar type of typography.. by reading 8 blogs a day.. i would be very impress.

dan blog lebih bersifat individu.. pendapat dan rasa hati individu.. tak selalu betul.. tapi bagus untuk belajar tentang logika.. :)

mana mana pun ok.. sekurang2 nyer kalau baca 8 blog sehari harap2 tua tak nyanyuk..

Qaseh dalia adelia said...

tau xpe...time2 sekolah dulu suka lah jugak bace buku...but now bace blog lagi byk info2 ekekeke..
alhamdulillah sis sihat :)

Aien said...

kalau pemikiran boleh dikelaskan,
pembaca jugak mungkin nak dikelaskan,

kita pembaca kelas ketiga tapi mentaliti kelas pertama, kot?

haha!

Ah Beng said...

haha XD...
tp ok la tu 8 blog sehari

papaYA said...

Hmmm, ada ke negara yang buat kiraan purata bacaan blog? Belum pernah ada lagi kot..