31.3.10

Perkara Rawak #006 - Simpanan Masa Depan

Demi untuk mengelakkan anak terbeban dengan hutang PTPTN dan aku terpaksa bergadai itu ini di masa hadapan, aku nak persiapkan simpanan untuk Sabrina. Seorang emak memang selalu pikir meleret-leret. Dan kebanyakan emak taknak anak mengalami kesusahan yang sama seperti yang diri sendiri telah lalui.

Itu normal.

Oleh itu aku nak mintak pendapat daripada pembaca yang budiman sekalian, yang mana sudah mempunyai anak, atau yang mana mak abah kamu sudah menyediakan simpanan untuk kamu, aku nak mintak cadangan tentang organisasi kewangan/bank mana yang harus aku pilih untuk memulakan simpanan?

Mungkin ada nasihat yang berguna untuk aku pertimbangkan dalam hal nak memulakan simpanan?

Aku mintak tolong ni.




29.3.10

Tendang, Goncang dan Buang


Permata emak yang semakin begermelapan (ni kali ke tiga aku guna caption ni. Lagi 2 ada kat dalam facebook)

Zaman sekarang ni, ada sesetengah orang buat anak sendiri macam lebih hina dari babi.

Aku letih bila baca surat khabar tentang lelaki yang tendang anak kekasih. Tentang bayi yang kritikal sebab kena goncang laju-laju. Tentang penemuan bayi yang menggigil kesejukan dalam semak. Aku terus terbayangkan Sabrina. Macam mana la kalau Sabrina yang aku selimut, peluk, dakap hari hari tu mengigil kesejukan seorang di dalam semak? Macam mana la anak yang aku tatang sangat-sangat tu kena sepak terajang dengan orang yang entah siapa-siapa entah?

Buat aku semakin ngeri nak hantar anak aku ke nursery atau pengasuh. Syukur bila mak abah mertua ringan hati nak menjaga..

Bila kementerian nak wujudkan satu organisasi/tempat selamat untuk mangkuk-mangkuk nak buang anak, aku rasa aku setuju. Walau jelasnya ada impak yang negatif di dalam idea itu, tapi aku rasa, baiklah ianya terlaksana sebelum lebih ramai lagi bayi yang kerap ditemui di tepi sungai, semak dan jamban sekolah agama.

Play safe, bebeh. Play safe kalau dah tak tahan sangat.



Anyway, weekend yang lepas adalah weekend yang paling menyeronokkan bagi aku. Kira macam weekend pertama aku luangkan masa dengan kawan-kawan yang dah berjaya menjadi ibu.

Seronok.

Tidak lah aku kekok bila bercakap tentang anak.




Sabrina kini sudah 2 bulan lebih. Semakin bersinar-sinar cahayanya. Semakin seronok aku kelebek dia. Dan alhamdulillah semakin sihat dengan fully breastfeed. Bila kawan-kawan tengok gambar aku time mengandung yang sangat gemuk, ramai yang macam takut nak mengandung. Takut gemuk macam aku.

Dulu aku pun macam tu. Tapi bila dah mengandung, aku rasa seronok gila. And yes, mood aku time mengandung happy sahaja. Jadi, aku berpendapat, mood marah-marah ketika mengandung bukan lah wabak yang melanda SEMUA wanita. Dah happy, aku pun mengketedarah sampai obesiti. Hasilnya; seorang bayi yang comel dan montel dan lovely, OK.

Akhir kata, kalau ada yang mengandung tapi belum bernikah sedang membaca blog aku ni, aku rasa jangan lah korang buang anak tu kalau ya pun korang benci dengan bapak anak tu. Sebelum kasi biawak makan anak kamu, aku cadangkan kamu pergi ke mana-mana kebun, cari biawak, lepas tu hulur jari suruh biawak tu kunyah. Kalau agak-agak rasa tak sakit, baru kau boleh buang anak kau kat mana-mana kau suka. Kalau sakit, kau cuba celup kepala dalam lubang jamban selama 5 minit. Agak-agak tak lemas, baru kau pilih option lubang jamban pulak. Atau pun cuba bermalam time hujan-hujan kat dalam semak. Agak-agak kalau selesa, baru boleh dump je anak kau kat situ.

Babi pun sayang anak beb. Aku tak tipu, babi pun sayang anak.



P/s: OK babi kasar sangat. Kucing lah baru cute. Kucing pun sayang anak beb. Aku tak tipu, kucing pun sayang anak.





26.3.10

Hidangan Hari Jumaat #001 - Seni Sepanyol

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.




22.3.10

Kebetulan atau Betul-betul?

Dulu aku cuba jugalah nak berkawan-kawan dengan seorang kawan perempuan ni. Walau seketika aku ada syak ada benda tak kena dengan perilaku dia semasa pertama kali tumpang bermalam di rumah dia. Tapi bila satu hari cubaan aku sampai ke satu hakikat

"Alamak I terrrrrrjatuh cinta dengan my friend's boyfriend la",

buat aku jadi paranoid. Bila kenapa dipersoalkan, perasaan menjadi jawapan. Perasaan tak bersalah katanya. Perasaan tak boleh ditahan katanya. Lalu dia pergi sebelum dihalau. Lalu dia pergi kerana cubaan merampas tidak berjaya kerana sedar yang Fandi sayangkan aku lebih dari Megan Fox yang sedang bertelanjang pun. OK - walau aku tahu kau selalu rasa kau lagi lawa dari aku lah kan sebab tu kau optimis sangat nak syok kat hak orang.

Belum lagi nak cerita apa yang kau cerita dekat kawan-kawan boyfrien kau dan merayu dengan aku jangan bocorkan rahsia sebab kau baru nak merasa bahagia bercinta kononnya. Dah lah boyfriend kau (yang kini suami kau) dulunya dikalangan kawan yang 'agak' rapat sejak sekolah suami aku. Haih...dunia...dunia..

Sampai sekarang aku susah nak lupa.

Semenjak dua menjak ni seorang kawan sering menghubungi kami bertanyakan khabar. Dan tanpa kami minta, dia rajin jugak bercerita tentang si perempuan itu juga lah.

Hari ini aku bertunang, esok kau bertunang. Ah kebetulan.

Minggu ini aku kahwin. Minggu depan kau kahwin. Ah kebetulan.

Majlis kahwin aku kat Pandan Lake Club. Kau pun kat Pandan Lake Club. OK, Mungkin kebetulan kot.

Tapi sampai jurugambar perkahwinan pun sama?!!! Ok pujuk hati. Kebetulan jugak kot.

Dan pernah juga suami dia YM suami aku ajak berbaik dan lupakan semua.

Lupakan semua, my ass.





16.3.10

Dunia Keibuan

mucuk la gunung payung~

Minggu depan genap 2 bulan aku jadi seorang emak. Dalam 'dunia' keibuan.

Jadi ibu adalah fenomena paling mencabar - dan membahagiakan kalau aku hayati betul-betul. Kerja rumah terkecah-kecah aku buat. Dengan nak susukan Sabrina lagi, nak masak untuk suami balik makan malam lagi. Nak masak untuk diri sendiri di waktu tengahari lagi. Nak kemas itu ini dan sana sini. Kerja sebagai suri rumah tangga tidak lah sesusah mana. Bagi aku lah, ianya hanya kerja yang kau tak payah belajar pun sebab semua benda tu kau akan tahu sendiri. Tapi, semuanya adalah tentang kebijakan seorang wanita dengan pengurusan masa - di mana aku percaya, tak ramai orang yang terlalu berjaya dengan hal pengurusan masa ni.

Jadi, kalau masa pun semacam nak berlumba dengan kita, semua kerja dirasakan susah.

Teringat masa pengalaman aku belajar Add Math dulu. Rumit. Susah. Tapi bila dapat settlekan satu-satu, puas ya amat.

Aku percaya manusia berevolusi. Berdasarkan pengalaman aku dengan orang sekeliling dulu dan sekarang. Dulu time bujang, kaki curi lembu. Sekarang dah tua, dah jadi bapak orang, suara dia la yang selalu berkumandang melaung kan azan. Dulu time belum kawen, gila suka memaki sana-sini. Bila dah kawen, dah ada anak, takut benar nak kutuk sembarangan sebab takut kena dekat anak sendiri.

Dunia ibu buat aku faham yang aku mesti tingkatkan kesabaran. Kalau dulu aku cuba ajar diri sendiri supaya jangan beremosi sangat - sekarang aku mesti pujuk diri agar jangan pikir lansung tentang perkara remeh yang boleh menganggu tanggungjawab aku dalam rumah dan tempat kerja.

Seronoknya jadi ibu ni bila aku jalan jalan nak beli barang Sabrina, bila ibu sesama ibu berselisih, mesti nak berbalas senyum. Kebanyakkannya lah. Aku yang susah nak senyum dengan orang asing pun jadi mudahhhh je nak senyum. Sama-sama kongsi pendapat. Mesti nak menjengah di dalam stroller masing-masing. Dan tanya "Boy ke Girl?"

Manis OK.

Bahagianya menjadi ibu ni, bila aku terkejar sana mengemas, terkejar sini memasak, bila Sabrina merengek nak susu, bila aku luangkan masa susukan Sabrina, aku rasa macammm hidup aku dah lengkap bila mata aku dan Sabrina bertentangan. Bila dia kenyang, dia sengih sengih, aku rasa macam bahagia yang semacam.

Lebih bahagia dari mula-mula aku kenal dengan abah dia, I tell you.

Apa pun, minggu depan dunia keibuan aku akan berubah bila cuti bersalin aku dah tamat. Rasa macam tak puas cuti 60 hari. Rasa macam tak puas melayan Sabrina di siang hari. OK, rasa macam nak resign, OK. Tapi, memandangkan gaji suami aku setakat sebulan RM1 juta je, aku pun tak berani la berhenti. Tunggu gaji Fandi mencecah RM2 juta baru aku senang hati nak berhenti kerja dan membesarkan anak di depan mata sehari hari.

Sebelum aku berhenti menulis sebab nak main Pet Society, aku ingin sarankan kepada semua pembaca aku agar ke sini. .

Tolong lah sign petition tersebut agar cuti bersalin rakyat Malaysia akan dipanjangkan dari 60 hari ke 90 hari. Yang anak dara, anak bujang pun, korang boleh sign jugak. Jangan nanti bila dah ada anak, korang menyesal tak sign benda ni hari ni. Especially Nani Mulutjahatadasaka.



p/s: dan terima kasih Nurul si Hot Ibu sebab forward kat aku pasal pertition ni.


14.3.10

Subjek yang aku terima melalui email, yang aku rasa menarik, yang aku rasa nak kongsi.

Ni aku jumpa dalam blog someone yg xpuas hati utk satu interview.
Org ni bakal grad dlm AI. Aku saje letakkan kat sini utk kita
renung-renungkan bersama.....

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju
kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni...

-------------------------------------------------------------------------

Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we’all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab
u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

chill……….

-------------------------------------------------------------------------

"Farshia Arissa said,

September 4, 2009 @ 3:39 am

I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to
say here, cause you see, I’m not Islamic.. but I am proud to be a Muslim.

To Miss A’ha, let me tell you something. Saya dibesarkan di US sehingga
umur saya 18 tahun, dan pulang ke Malaysia 6 tahun lepas. So as you can
expect, I have a Western upbringing. Bila balik ke Malaysia , I continue my
life here as a Muslim and a Malay as how I was taught when I was in US.

Here, I have seen so many Westerners-wanna-bes like you… and trust me,
eventhough you think you’re all hyped up with your hedonist life, you’re
nothing but a toy to your company. Do you really think you have all the
potential just because you have all the “qualifications” to entertain your
clients in clubs? Darling, you’re a just a cheap bait that allowed yourself
to be exploited in such a way. Btw, if you’re reading this, I hope you’re
able to comprehend me since I noticed most “sorority-like” chicas like you
in Malaysia just ACT like the whites, but speak funny English.

It’s crystal clear to me that you’re suffering from a major culture shock,
and you need serious help. Trust me, Malaysians, the Malays particularly,
look awful in skimpy outfits no matter how you tried to pull them off.
Nampak macam Philippine hookers. This is actually agreed by many. You can
try to bleach your skin, colour your hair etc, but in the end, you’re still
an Asian like all those people in tudung that you called mak nenek or
kampung.

You kata orang lain kolot? Hahaha that’s the funniest part, I shall say.
Judging from the way you reacted to this post, well honey, let’s admit it,
you pun sama kolot jugak. Whoever said people that wear tudung can’t make
it? Siapa still guna “becoz” lagi zaman 2009 ni? Are you still stuck in the
90’s? And ‘chill’?? You still use ‘chill’ too??

I juga bertudung and at the age of 24, I’m already an executive in a very
established insurance company in Malaysia . No one seems to have a problem
with the way I dress, and the fact that I wear baju kurung sometimes. Not
even the non-muslims. So kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam yang
lain for carrying her duty as a Muslim, I suggest you cermin la diri tu and
do some serious deep thinking. Siapa yang kolot sebeanrnya?

I think you should come out from your own little world, open your mind a
tiny wee bit, and realized that there are other ways for people to succeed
in life rather than wearing slutty attires to entertain clients in
karaokes, clubbing, etc.. Newsflash, orang macam you memang biasa digunakan
oleh orang2 atasan company you untuk jadi umpan jaga client. They don’t see
your potential, they see what’s beneath your skirt. I’m not making this up.
I tau sebab I pun banyak client that own companies. Diorang CEO, so they
tell me stuff. I hope I gave you some insight of who you really are now.

To the blog owner, trust me, you lose nothing for not working in a company
that failed to see the potential under your tudung. In fact, you have saved
yourself from self-humiliation. There’s a bigger world waiting for you out
there, so keep your chin up ya?

i pernah alami perkara yang sama. tapi yang bezanya, HR yang menginterview
i tu seorang perempuan yang bertudung. bila dahtunggu time untuk interview,
tak selak pon my resume or application form terus buat conclusion.. “well
kami mencari candidates yang boleh serve arak untuk visitors, customers and
suppliers.. and i think you’re not suitable for this position kerana
kamu…1. pakai tudung 2. beragama Islam” position yang ditawarkan adalah HR
Executive.. aper jadah HR exec kener serve arak and entertain customer????

aku sengih jer.. belum habis dia cakap i terus “potong” ayat dia (sebab tau
sure tak dapat) “as an experienced HR Executive, you shud know and identify
your candidates before you shortlisted.. and now u have wasting my time…
anyway, you nama jer Islam and pakai tudung, sila jaga adab ketika
bercakap..tolong cermin diri u tu dulu sebelom nak nasihat orang.. kalau
sekadar nak kerja and jadik balaci orang kafir.. itu tak berkat.. awak
boleh buang application and resume saya”

nak tahu company apa??? MEWAH OIL di Pulau Indah… at the end, Allah tu Maha
Adil.. after 5 years, i terima resume this ladies to apply a job at my
place to be my assistant…subhanaAllah

-------------------------------------------------------------------------

p/s: Terima kasih kerana baca sampai habis. Senyum.


10.3.10

Alhamdulillah..

Pagi ni, aku tersenyum syukur. Bila seorang kawan lama mengirimkan ini;

hai..deqnoe..lama tak dengar berita ko..1stly taniah to u and fendi..sbb dapat baby..comel sgt2..sabrina kan nama dia(kalo tak silap)..saja msg ko..emm..aku rasa mcm aku dah buat salah.cuma aku tak tau apa salah aku.just nak minta maaf...hahaha..maybe nampak kelakar tapi that is the truth..cuma tang salah tu aku tak tau la..maybe next time aku check balik.kalo ko tau ko bagitau la aku apa salah aku..ok..emm......[..]

-----------------------------------------------------------------------------------

Dan selepas itu, betapa aku percaya dan yakin bahawa kesabaran dari kisah lama yang memeritkan itu membuahkan hasil. Diam bukan beerti kalah. Alhamdulillah..


4.3.10

Kasihan, Warna


Di satu waktu pagi yang dah nak masuk tengahari

"Aku ingatkan mak, aku nak cat dinding rumah baru tu dengan warna merah lah,"

"Wah merah tak panas ke?" jawab mak aku.

Tiba-tiba masuk suatu suara yang tak diundang di dalam perbualan

"Merah warna Syaitan"

"Ha? tak pernah dengar pun?"

"Iya, merah memang warna Syaitan."

"Hadis pernah menceritakan Nabi Muhammad pakai jubah warna merah,"

"Iya merah warna Syaitan,"

Dalam hati, "Mampus kau lah bodoh,"

Kasihan warna. Selalu disalah ertikan.

Merah warna Syaitan. Jangan cat rumah warna merah. Ok cat lah warna kuning? Baru bright. Kasi naik semangat. Eh, kuning warna bomoh-bomoh. Warna kain bungkus kemenyan. Warna pulut kuning. Warna tahi cirit. OK kalau macam tu mari guna warna hijau. Sejuk dan damai sikit. Eh hijau kan warna darah hantu orang putih. Warna kahak batuk kronik. Warna PAS. Cait!

Ok, kalau macam tu, warna biru ok tak? Rasa-rasanya biru pun tenang dan mendamaikan. Salah. Biru warna lucah dan ghairah. Eh apa pasal pulak? Ya, CD Blue. Ah, habis tu? Nak warna apa? Ungu? Pink? Comel sangat pulak. Yikes! Comel ke? Gedik tau ungu dan Pink.

Aih, semua warna tak kena, OK lah, hitam lah senang! Hei jangan, Hitam warna kejahatan. Warna kesuraman. Habis tu, Kaabah kan warna hitam?

Senyap.

Warna selalu di butakan.

Orang berkulit kuning dikatakan putih. Orang berkulit coklat gelap dikatakan Hitam.

Kasihan, warna. Kasihan, mereka.