30.6.10

Doa Seorang Hamba Yang Daif




Ya Allah, hamba mu yang daif ini bermohon, kalau tiada lagi manusia di dalam diri setiap hamba mu, jangan lah kau wujudkan janin di dalam badan mereka lansung, jika hanya untuk kami semua tonton, apa yang mereka perlakukan kepada janin itu setelah melahirkannya.

Amin..







29.6.10

Soalan Beracun

Sebenarnya, sebelum aku membuat keputusan untuk bermain dengan formspring, aku sudah sedia maklum bahawa aku akan dihujani dengan soalan-soalan yang mampu meracun emosi aku. Macam bermain api. Aku tahu aku akan terbakar. Tapi nak main juga.

Mungkin sejajar dengan tajuk blog ini pun sudah "Perempuan Jomblo", maka soalan-soalan beracun terdiri daripada soalan yang mengusik hal hal keperempuanan dan seksualiti seperti;

•Semalam dapat batang tak?
•Kote Fandi panjang mana?
•Kelentit warna apa?
•Seminggu berapa kali bersetubuh?

dan banyak lagi lah.

Kadang-kadang hati kecil aku meneka-neka, pertanyaan sebegini selalunya orang yang tidak mempunyai telur sahaja yang rajin nak timbulkan.

Adakah yang bertanya ini perempuan?

Atau lelaki yang memang tidak bertelur?

Yang kelakarnya, dengan mak orang pun nak buat hal.






28.6.10

Cuti Isnin


Apa lagi yang lebih indah daripada berjauhan dengan pejabat dan meluangkan masa dengan keluarga pada hari Isnin?

KL - Kuala Pilah - Keratong - KL

oh rindu! seharian tak jumpa anak mak sorang ni! Kesian dia kena tinggal demi mencari rezeki.



22.6.10

Dua Hala

Aku kira, aku ni memang pemaaf. Tapi sesuatu benda tu, aku susah nak lupa.

Well. Macam yang kau pernah baca dalam blog aku sebelum-sebelum ni, dalam situasi tu, memang boleh membuatkan aku menangis sebab aku sedih lah kan. Tapi seperti lazimnya, selepas tu aku ignore je perasaan tu sebab aku rasa yang suka ke tak suka tu hak individu.

Tapi kau kena ingat la kan, once kau dah kutuk orang dan declare yang kau tak suka kat seseorang tu, bermakna kau telah membenarkan fenomena yang berbalas balik yang akan menimpa diri kau.

So senang cerita, kalau kau rasa sakit hati diperkatakan oleh orang lain, apa kata kau ingat balik, benda-benda tak elok yang kau dah buat kat orang yang kutuk kau tu. Sebab tu, aku, bila tau kau tak suka aku, aku boleh berdepan dengan kau, boleh bercakap dengan kau, boleh bertindak balas dengan kau. Sebab aku faham, aku dengan kau tak sama. Kalau kau tak suka aku, OK fine aku terima buruk aku di hati dan mata kau. Tapi jangan la expect yang aku akan suka kau jugak kan.

Mungkin kau sensitif. Gurauan aku kasar. Mungkin kau protokol. Aku tidak. Faham tak? Kadang-kadang perkara-perkara kecik ni yang menyebabkan 2 pihak tak boleh nak saling menerima. Perkara remeh. Tapi bila kau tau aku pulak kutuk kau, kau masam muka dengan aku. Tapi nak buat macam mana kan, dah itu cara kau- dimana aku tak kisah pun. Aku nak pujuk nak mintak maaf pun.....aku dah tertau yang kau memang tak suka aku sejak aku tak pernah kutuk kau lagi. Nak buat apa kan? Aku pun ada ego jugak.

Be in my shoes la wey. Apa perasaan kau bila orang yang nampak baik dengan kau, bertepuk tampar, berbual, bergurau, sekali rupa-rupanya tak suka kat kau. Dan selama ni dia pretend je bergelak ketawa dengan kau. Rasa macam orang bodoh kot. Mau tak berdendam. So..wak u gih u gek bek lah

Pernah dengar peribahasa, jolok sarang tebuan, dapat sengat, terjah kandang kambing, kena tanduk?

Maknanya, buat hal dengan blogger (iaitu aku), cerita kau, masuk la dalam blog aku.

Tak pernah dengar kan peribahasa tu? Sebab aku baru reka.

p/s: Seri. satu sama. Or..i don't give a damn.

Perkara Rawak #017 - Peringatan

Aku rasa hari ini aku dapat banyak input yang berupa nasihat yang aku kira berguna. Pertama dari penulis susudalambotol

Untuk itu aku harap kita semua saling berjaga-jaga dengan ketagihan internet di zaman ini. Lagi-lagi bagi mereka yang selalu buat status tak puas hati dekat bos ke atau apa-apa yang berkaitan pejabat. Kalau sesiapa yang ada add aku di Facebook, aku memang tak akan dah update apa-apa status yang berkaitan pejabat sebab aku tau impak dia memang besar. KECUALI kau memang takde add orang-orang pejabat kau lah. Orang yang dengki ada di mana-mana sahaja lagi-lagi kalau dia menyampaikan benda yang salah kepada orang lain walhal kita tak bermaksud begitu pun.

Kita semua sedang diperhatikan.
Hati-hati.

Aku aplikasikan peringatan peringatan berguna ni terhadap rungutan demi rungutan yang sesekali aku ceritakan di sini lah.

Kadang-kadang kita leka. OK silap. Kadang-kadang AKU leka.

Sorry guys. Lepas ni tak ada lagi cerita porn dalam pejabat lagi.

Wahahahah!

21.6.10

Siapa ikon remaja yang menjadi kebanggaan negeri kamu?

Shahir af8

Sebab hujung minggu lepas aku tengok iklan di televisyen yang mengatakan bahawa mamat kat atas ni dah jadi IKON REMAJA KEBANGGAAN NEGERI PERAK.

Nasib baik aku bukan orang Perak.

Haha.

17.6.10

Kalau bab nak menambah dosa, memang pandai 'diorang' ni putar belit fakta.



OK kaum perempuan sekarang boleh sekarang boleh lekas-lekas tutup mana yang patut. Sebab nanti yang hidup lama nanti semua stok mamat-mamat rempit dan pervert.

Atau mamat metroseksual yang suka ambil gambar sendiri tak pakai baju atas katil dan MMS ke semua wanita yang diyakini terpikat dengannya.




16.6.10

Perkara Rawak #015 - Merah Mak Ngah


Akhirnya berjaya jugak aku cat dinding ruang tamu rumah aku dengan warna merah. Setelah lama bertangguh-tangguh. Kebetulan Sabrina pun tidur nyenyak macam kena dadah. Bangun pagi terus meluru ke stor-bentang surat khabar-alih perabot segala.

Puas hati aku.

Sekarang ni, balik rumah dari pejabat pun rasa tak letih sangat.

Sampai blog pun aku nak letak benda-benda warna merah.

OK jangan ada yang cakap aku nak tiru macam 'diva'. Aku memang suka merah sejak kecik, OK.

Tapi tak obses lah.

14.6.10

Aku bukan bangang sangat

Mengarut.

Minggu lepas ada lah orang hubungi aku dan menawarkan diri untuk menjadi pengasuh Sabrina. Tinggal agak berhampiran dengan rumah aku. Apartment sama standard. Umur dia 28 tahun. Aku agak gembira pada awalnya, tapi dia cakap dia ada anak berumur 6 bulan. Dan ini pertama kali jaga bayi anak orang.

Bila dia cakap umur anak dia 6 bulan, terus semangat aku nak temuduga dia dengan lebih lanjut terpadam. Macam sumbu pelita kena hujan. Tak boleh menyala lagi dah. Kecuali ada elemen-elemen pembakar yang lebih baik daripada sekadar turpentine.

Tapi dia tetap berminat untuk nak jadi pengasuh Sabrina. - DAN MENAWARKAN HARGA RM550 sebulan dengan tambahan flash card sebagai subjek pemujuk. Perkhidmatan dari 7 pagi sampai 6 petang SAHAJA. Lebih masa kena charge lagi. Kurang-kurang, pekerjaan masa tak menentu macam aku, mau nak dekat RM1000 habis kat pengasuh sahaja.

Ok aku ibu muda. Tapi aku bukan bangang sangat.

Dah tentu anak kau umur 6 bulan. Kau beli flash card pun bukan untuk anak aku sorang. Takkan kau nak beli flash card asing-asing. Tah tah bedak shampoo segala pun kau nak kongsi-kongsi dengan anak kau. Lagi pun, bab education, tiap-tiap malam kot aku dok bukak buku untuk Sabrina. Flash card kat internet pun ada.

Kau tak fikir ke, yang aku akan fikir, yang kau akan BIAS. Kalau anak aku menangis, anak kau menangis, takkan kau nak tujukan anak aku dulu.

Entah kena sampuk apa kau ni nak charge orang sampai RM550? Baik aku hantar anak aku pergi Smart Reader. Baik aku hire maid!

Ok aku ibu muda. Tapi aku bukan bangang sangat.

(Sekadar gambar hiasan)



7.6.10

Kisah perjalanan penyusuan Sabrina setakat ini.

NOTIS : Untuk Bacaan Ibu dan Bakal Ibu atau mungkin bapa dan bakal bapa pun boleh lah. Kalau boleh sediakan kopi dan biskut sebelum baca nukilan kali ini. Panjang, OK.

Sorry kawan, aku lambat sikit nak cerita pasal perjalan breastfeed Sabrina. Sebelum ni ada jugak bertanya-tanya di formspring, di twitter, di facebook. Tapi cerita tentang breastfeed ni macam panjang lebar yang memerlukan aku ingat balik pengalaman detik awal aku buat keputusan nak breastfeed Sabrina - iaitu sebelum dia lahir lagi.

Sebenarnya aku tak tahu juga macam mana nak mula. Jadi aku randomkan aja lah. Yang mana aku ingat, aku tulis.

OK mula-mula aku buat keputusan nak susukan Sabrina ialah bila aku teruja dengan kawan aku yang sama-sama bekerja di Advertising Agency dulu pun gigih susukan anak dia. Kalau setakat kerja dengan firma macam aku ni, mungkin aku boleh tolak tarik lagi lah kan. Aku bukan nak cakap tempat bekerja aku sekarang ni tak sibuk, tapi aku pernah bekerja di agensi yang sama dengan kawan aku tu. Aku tahu betapa hectic-nya suasana kerja di sana. Bos yang bengis. Dan aku yang memang takutkan bos tu pun kan. I dont even have any twitter or facebook account whene i was there, yaw. Masa aku mengandung, aku dah bekerja di firma di mana bos nya aku rasa baik juga lah. Tidak segarang bos lama aku. Dan kurang lah kejadian di mana lagi 10 minit client nak datang, bos baru brief suruh buat satu ad.

Jadi di situ lah aku tanam minat nak breastfeed. Aku kaji serba sedikit tentang kebaikan susu ibu ni. Aku relate kan dengan sejarah kesihatan aku - yep antibodi aku lemah gila. Aku senang berjangkit, aku sakit lambat baik. Dan macam-macam lagi lah. Tapi aku tak pasti lah kalau tahap antibodi dan kesihatan aku ni ada betul betul ada kena mengena dengan sejarah penyusuan aku kan.

Jadi aku pun beli la Medela Harmony manual breast pump seperti yang dicadangkan. Kadang-kadang aku rajin juga baca susuibu.com. Tapi aku lebih suka bertanya dari membaca sebenarnya. Sebab web susuibu.com tu pun bagi aku layout dia macam pening sikit aku nak baca. So kalau betul betul nak tahu sangat aku akan baca lah. Selebihnya aku tanya kawan aku tu kan.

Aku beli Medela Harmony tu, kalau tak silap aku masa aku mengandung 8 bulan kot. Macam tu la. Aku beli kat blog jugak. Kat kedai RM239. Kat blog tu RM189 kot camtu. Aku tak ingat dah.
----------------------------------------------------------------------------

Masa berlalu...

Sampai lah saat aku melahirkan Sabrina. Hari pertama Sabrina lahir, aku dah kena susukan dia. Alhamdulillah kat Hospital Selayang memang sokong sepenuhnya penyusuan ibu ni kan. Selepas je lahir Sabrina dah macam anak burung ternganga-nganga nak makan. Memang dasar kuat makan macam mak dia jugak lah agaknya.

Nurse di Hospital Selayang jugak lah yang ajar aku macam mana nak pangku anak untuk disusukan. Dua hari aku duduk dalam wad, aku susukan dia sepanjang malam. Mula-mula aku tak tahu sebabnya kenapa Sabrina asyik nak menyusu je kan. Susu aku ade ke tak ni? Then nurse cakap, susukan sahaja. Susu bukan terus ada sebaik sahaja melahirkan. Memang makan masa. Hisapan mulut bayi adalah ransangan utama.

OH begitu.

Sampai di rumah untuk menjalankan pantang, Sabrina pun tetap begitu. Asyik nak bergayut. DAN, untuk pengetahuan bakal ibu, proses nak membuka saluran susu adalah proses yang MENYAKITKAN. Pedih ya amat. Setiap kali Sabrina nak menyusu, aku akan ketakutan.

UPDATE: Sampai satu masa tu aku picit, keluar darah! (kat sebelah kanan) Masa tu aku dah cemas jugak. Tapi Fandi baca susuibu.com dan dari situ, dia dapat tahu bahawa, bukan tetek kita yang keluar darah tu, ianya hanya darah pada permukaan puting sebab saluran susu nak membuka bagi aliran susukan. Ubatnya, ialah ambil sikit air susu kita, dan sapukan ke puting yang luka. Biarkan seketika. Picit balik. Tengok ada darah ke tak. Kalau ada ulang lagi sapuan susu tu. Sampai sembuh. Memang pedih. Aku tak tau nak cakap macam mana pedih dia.

Aku rasa semasa mula-mula nak susukan Sabrina ialah saat di mana mulut aku banyak sebut kalimah suci Allah. Memang perit gila!

Oleh kerana Sabrina asyik nak menyonyot saja, aku terfikir lagi. Aku ni ada susu ke takde? Cukup ke tak cukup. Belum 30 minit tidur, dah bangun nak susu lagi. Mak aku, akak aku, abang aku even mak mertua aku pun semua cakap yang SUSU AKU TAK BANYAK. SILA PERGI BELI SUSU TIN.

Tapi aku taknak. Aku betul betul nak realisasikan impian aku ni. Fandi, adalah manusia yang paling kuat menyokong aku. Aku beli nursing cream. Nurse cakap ubat puting perit ialah air susu itu sendiri. Boleh la jugak tahan.

Hari ke-10 nurse datang rumah timbang Sabrina dari 3.8kg, turun ke 3.5kg. Aku panic ok. Aku rasa, "SAH LAH AKU TAK BANYAK SUSU," - tapi nurse selamatkan semangat aku. Dia cakap memang normal sangat kalau lepas 10 hari, bayi akan turun berat 0.1 - 0.5kg. Sebab dia mengecut kan. Nurse cakap, "Jangan putus asa. Susukan lagi. Kalau dia nak, bagi je. Masa pantang ialah masa yang terbaik untuk awak dengan anak awak. Bukan untuk diri sendiri semata-mata,"

Minggu berganti minggu, keperitan yang dirasakan pun dah tak ada. Aku susukan Sabrina macam biasa. Dan berat dia semakin naik dengan jayanya.

Aku mula buat stock selepas genap sebulan berpantang. Aku kumpul untuk bekalan kecemasan semasa aku dah mula start kerja kan. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba kampung aku blackout. Blackout bukan satu kampung, tapi kat lot-lot rumah aku je. Masa blackout tu aku ada urusan di pajabat (masa tu dah hari ke 40 aku berpantang). Selepas sahaja mak aku call untuk beritahu aku yang kampung aku blackout, aku risau bukan kepalang. Nasib baik lot-lot side rumah abang aku tak blackout. Jadi anak saudara aku pindah semua susu-susu frozen tu ke peti ais di rumah abang aku lah.

Ada lah dalam 9 bungkus setiap satu ada 3oz berjaya dipindahkan kononnya.

Sekali, nak dijadikan cerita, apa lah nasib aku dapat anak saudara baik, rajin tapi penakut. Oleh kerana rumah mak bapak diorang tu jarang berpenghuni, diorang pun jadi takut nak masuk rumah sendiri. Diorang boleh masukkan stok susu aku tu dalam fridge tapi terus lari mencicit sampai tutup pintu fridge pun tak rapat.

kiwak.

Lepas bekalan eletrik disambungkan, aku tidak lah terfikir nak ambil balik susu-susu tu semua sebab aku percaya semuanya selamat kan. Sekali seminggu lepas tu, aku nak balik ke Kuala Lumpur balik, ingat nak ambil lah susu-susu tu semua. Apakan daya, marah pun tak guna, semua susu aku jadi cair dengan pintu peti ais luas ternganga. Susu beku, yang sudah cair, memang dah tak boleh dibekukan balik. Nak-nak, pintu peti ais, dah seminggu terbuka.

Haih.

Tinggal lah 10 bungkus je stok susu aku yang masih selamat.

haih..kejadian..kejadian.
----------------------------------------------------------------------------

Bulan berganti bulan, penyusuan Sabrina masih aku teruskan.

Aku beli Spectra 3 selepas aku rasa manual pumping ni lembab. Untuk ibu bekerja, aku rasa aku perlukan eletric double pumping. Cepat sikit. OK cepat banyak sebenarnya. Dulu, kalau kat pejabat, aku akan dapat sehari dalam 16oz lah paling banyak. Which is 4oz sebotol.

Kadang-kadang dapat 140z.

Kadang-kadang dapat 12oz.

Sampai aku risau, Sabrina baru 3 bulan. Cukup ke susu aku ni kalau dia dah meningkat 5-6 bulan? Bila aku kena attend kursus, susu tak cukup, mak mertua aku akan guna susu beku tu. Kalau balik lambat pun, susu beku terpaksa digunakan.

Sampai saat susu beku aku habis. Kadang-kadang aku rasa susu aku semakin berkurang. Tapi ibu-ibu lain semuanya tak lekang memberi sokongan. Ada yang siap pos ubat tambah susu percuma untuk aku. Terharu OK. Aku beli macam-macam supplement untuk tambah susu. Aku beli spirulina. Aku beli alfalfa. Aku beli Shaklee Energizing Soya Protein. Aku beli longan kering. Aku beli macam-macam lah. Aku taknak putus asa. Aku nak Sabrina dapat penyusuan ibu secara eksklusif jugak.

aku siap tampal kat dinding kubikel opis ni ha. Terima kasih kak Rohana.


Aku bekerja dalam even management pun, aku still curik masa pergi perah susu. Orang nak cakap apa, cakap lah. Aku dah pernah kena cebik, kena gelak, kena bagi muka masam dalam pada aku berusaha nak susukan Sabrina secara eksklusif ni.

----------------------------------------------------------------------------

Tapi, sebagai orang yang bercita-cita tinggi sangat macam aku ni, 20 April 2010 ialah hari yang menyedihkan. Aku kursus dari 19 April - 20 April. So semasa kursus, aku pam dapat 2 botol je. Aku ni memang tak boleh nak pam kat rumah. Memang TAKKAN KELUAR. Mungkin kat rumah Sabrina dah lenjan kan. So memang lah tak menghasilkan apa-apa kalau aku pam kat rumah.

Jadi, 20 April yang lepas Sabrina terpaksa di suapkan dengan susu formula jugak. 4 bulan je Sabrina dapat eksklusif. Start dari hari tu, memang kalau tak cukup, susu formula lah jawabnya.

Yes, Sabrina still minum susu badan. Tapi tak secara eksklusif.

Bila aku berada dalam situasi terpaksa bagi Sabrina susu formula tu, aku sedih sangat OK. Rasa macam gagal. Tapi ya, Fandi tetap menjadi manusia yang paling gagah untuk comfort kan aku. Bukan aku tak pernah berusaha. Aku rasa dah beratus-ratus kot duit aku habis dok beli suplement semua. Apa aku tak pernah makan? Semua dah. Tapi susu aku takat tu jugak. Tak banyak. Tak kurang. Cukup cukup sampai Sabrina 4 bulan je. Dia dah minum 5-6 botol pada waktu siang. Sedangkan aku hanya boleh provide 4 botol je sehari di pejabat.

Aku bagi susu formula bukan aku tak sayangkan Sabrina. Betapa aku faham perasaan kamu yang dah berusaha banyak untuk susukan anak, tapi tak berjaya. So untuk kamu kata yang orang bagi susu formula ni tak sayangkan anak or bla..bla..bla..adalah judgementasi yang sangat kejam untuk seorang ibu.

Macam aku cakap dalam nukilan sebelum ni, tak salah kalau kamu tak susukan anak sendiri. Memang tidak ada salah sedikit pun. Tapi satu je, TOLONG, jangan perlekeh usaha orang yang nak menyusu-badan-kan anak dia. Dan yang menyusu badankan anak, TOLONG, jangan pelekeh orang yang bagi anak dia susu formula.

Breastfeeding bukan usaha yang mudah. Benda baik, mana ada mudah.

Kalau aku nak realisasikan jugak breastfeed secara eksklusif, aku kena berhenti kerja, jadi surirumahtangga - di mana agak mustahil untuk aku lakukan. Nak beli baju anak, kena guna duit. Bukan guna susu. Yes. Aku mesti bekerja.

Berbalik pada hal Sabrina, anak aku bukan jenis memilih dalam bab nak mengisi perut. Susu badan ke susu formula ke semua dia telan. Sekarang, kat rumah mak mertua aku, dah standby satu tin kecik susu dutch lady Frisco.

Kadang-kadang aku selalu fikir yang kalau kejadian pintu peti ais tak ditutup tu tak berlaku, mesti Sabrina dapat susu badan eksklusif sampai sekarang. Tapi hidup ni kalau asyik BERKALAU, syurga pun boleh jadi depan mata.

And yes, aku still harap dapat susukan Sabrina, selagi susu dikandung badan. Walau tak eksklusif dah.

Jadi...kepada bakal-bakal ibu yang merancang nak susukan anak sendiri, aku kat sini sentiasa sokong kamu semua! Jangan cepat mengalah, usaha dan akhirnya berserah sahaja. Rezeki anak, Allah tentunkan.

Jadi...ini lah. Kisah perjalanan penyusuan Sabrina setakat ini.

Jadi..

Jadi..ok saja gurau.

Haha.

p/s: eh. habis baca? Hebat.


3.6.10

Enjoy macam mana yang kau nak?

KAWEN AWAL HIDUP TAK ENJOY. Fuck la.

Ingat orang yang kawen ni semua hidup menderita ke? Aku gila enjoy hidup berkahwin. Hari-hari aku boleh jumpa orang yang aku sayang. Belek diorang. Peluk diorang. Be there. Be here. Jalan-jalan. Melancong bersama. Lihat dunia. Kalau kau suka pegi scuba diving, takkan once ada pasangan hidup tak boleh pegi scuba lagi dah?

Ada anak, ada suami - benda yang paling enjoy dalam hidup aku so far.

Ada boyfriend, check in hotel, beromen - itu kau panggil enjoy?

Aku dah start enjoy dengan hidup zaman aku sejak aku 13 tahun. Seriously korang taknak tahu aku siapa time tu. Rebel. Bengis. Haruk. Vandal. Keluar malam? Mak abah tak kasi. Aku harung kan sahaja. Abah pernah nak rodok perut aku dengan buluh tajam sebab aku nak keluar pergi enjoy dengan kawan-kawan. Tapi aku harung kan saja. Abah kejar, aku lari. Tak balik rumah sampai seminggu. Lepak Bukit Bintang pakai baju sama berulang kali. Mak menangis? Dah banyak kali.

Banyak lagi tentang kebodohan yang tak dapat atau malu untuk aku ceritakan. Aku kadang-kadang kat sini aku bagi nasihat bukan sebab aku ni baik, malaikat, suci murni. Cuma aku taknak korang punya hidup wasted macam yang pernah aku lalu. Tapi bila aku keluar ayat-ayat unsur nasihat kau cakap aku guna tiket nasihat untuk provoke orang. Bangang. Aku memang menulis base on pengalaman. Bukan suka-suka aku nak merapu meraban kalau aku tak rasa sendiri. Bukan aku saja-saja nak observe hidup orang yang aku tak kenal lansung pun. Semua base pengalaman hidup aku sendiri.

Bila aku cakap jangan begitu jangan begini - kau balas

"Noe..kau tak pernah lalu semua ni..kau tak faham.."

Hotak kau la. Aku pernah lalu benda yang lebih menyakitkan dari kau dah lalu. Setakat boyfriend main kayu tiga tu apa la sangat. Takkan semua hal aku nak cerita. Aku kan mulia. Haha. Ok gurau. Sambung balik;

Damn I was so stupid.

Aku hidup macam tu sampai umur aku 20 tahun.

Again, I was so stupid.

Aku rasa zaman tu aku enjoy gila. Enjoy kepala hotak aku macam tu. Enjoy dengan dosa.

Sebab aku bangang dulu. Aku pernah jadi mahluk yang tukang buat kerosakan di muka bumi.

OK mungkin kau lepas masuk universiti hidup kau bermula kan. Since masa kau sekolah, kau hidup penuh hipokrit depan mak bapak. Mak bapak tak kasi keluar rumah malam-malam, kau ikut tapi kenapa lepas kau masuk universiti kau gila berubah? haruk? OK la keluar malam is not the issue lah, tapi keluar malam buat kerja tak elok tu yang aku maksudkan.

Aku berubah lepas aku fikir yang aku ni memang ditakdirkan tuhan untuk hidup wasted, sekali aku dapat masuk poly. Aku syukur sangat. Aku dapat 2A je masa SPM dulu tapi aku dapat jugak sambung belaja. Aku bersyukur gila. Aku insaf. Manusia macam aku pun tuhan nak kasi peluang lagi. Tu baru masuk poly. Aku dah syukur sangat dah.

Aku cabut semua tindik yang beratur kat telinga, bibir segala. Aku nak jadi manusia. OK tipu. Sebenarnya kat poli tak dibenarkan tindik banyak-banyak dan tindik di bibir lah. Maksud aku aku bukak sebab aku nak belajar ikut peraturan la. Taknak buat hal lagi kononnya.

Aku belajar elok-elok. Tak main-main macam sekolah dulu. Kawan-kawan pergi gig, aku duk rumah diam-diam. Aku berhenti susahkan mak abah. Aku pohon maaf, aku rapat balik dengan mak abah. Aku tinggalkan teman lelaki aku yang menjahanamkan aku. Aku jumpa lelaki yang betul betul jaga aku.

Aku dah start hidup haruk since aku 13 tahun dan retire on 20. Dan selepas tu aku jumpa orang yang betul betul menggembirakan aku, berkahwin, beranak, bagi aku ini adalah permulaan hidup enjoy aku.

Yup yup, sekarang ni, aku lebih happy dengan kawan-kawan yang sama-sama turut matang. Bila aku terbukak cerita serba sedikit tentang 'aku yang dulu' semua bantai tak percaya.

Bila aku tengok manusia di sekeliling aku yang baik baik belaka DULU, menjalani hidup yang lebih kurang sama macam aku yang DULU, dan cakap - enjoy dulu, kawin muda tak enjoy -

buat aku teringin nak tanya, ENJOY MACAM MANA YANG KAU NAK?

Mengaku je la kau culture shock - atau tak ada duit nak kawen - atau tak jumpa calon yang sesuai lagi.

Kan senang.

------------------------------------------------------
•nukilan ni bukan blog response kepada nukilan Hanis Zalika.
•HAHAHA aku tidaklah sampai menjadi BOHSIA. Sial siapa yang bertanya cenggitu kat formspring tu? Takpe aku maafkan. Hahaha! Kelaka.


2.6.10

Perkara Rawak #014- Alasan kukuh.

Alasan kukuh kenapa aku rasa geli nak tengok Prince of Persia;

Sebab bila aku tengok je muka mamat tu terus aku teringat filem Brokeback Mountain.



Aku rasa lebih baik jadi gay daripada berlakon jadi gay lepas tu satu dunia tengok kau bersontotan.

Tak boleh blah beb.

1.6.10

Bagaimana?

Sebenarnya selepas aku tulis tentang Air, aku teringin nak tahu sama ada kamu yang membaca nukilan tersebut telah pun membuat perubahan.

Bagaimana?

Ada yang dah amalkan minum air ni tak? Aku teringin nak tahu.

Kadang kadang aku rasa nak merayu suruh korang minum air banyak supaya semua jadi sihat, cantik dan semakin baik.

Tak best jugak kalau aku sorang je best kan. Nak jugak dikelilingi orang yang sama-sama best.

hehe.