9.1.11

Berangan #001 - Berangan Semasa Melintas Jalan


KADANG-KADANG kalau aku melintas jalan di tengah-tengah ibu kota , aku ada jugalah berangan yang ada lelaki Melayu sekacak Johnny Depp yang memandu Mercedes atau Audi berhenti bila aku lalu sebelah kereta dia, lalu, menurunkan tingkap dan mengorat aku.

Tapi, hakikatnya, kebanyakkan pemandu kereta mewah Malaysia terdiri daripada pakcik tua yang berpangkat serta berperut labuh dan boroi. Atau, anak gadis orang kaya yang dah tentu tentu 100 kali lebih hot dari aku. Atau, yang pandu tu, tidak lebih dari sekadar pemandu.

Kalau ada pun lelaki Melayu kacak yang pandu kereta mewah, seperti yang aku angankan, takkan lah nak mengorat perempuan sekadar aku.

Nama pun berangan.

10 comments :

yee said...

nama pun berangan..terbaek

mohd fauzan said...

slm
header blog da len
lbh sexy, hihu
blog pn wne len
umah da tukar cat kuning plak?
hihu

afrohead said...

aku pulak selalu berangan kena langgar dengan trailer... gila betul aku ni.

Anasir said...

berangan tanpa sempadan...

munster said...

tak salah berangan :)

afza said...

angan itu kan melatih minda

yana.izzati said...

berangan untuk menggembirakan hati sendiri :D

ShilaShower said...

berangan mmg best, tp bila mengenang dah beranak dua, berangan pun tak gune. :P sbb chances teramatlah melampau dah tipis. hihihihi..

zara aluwi said...

memadailah berangan tu. Kalau nak terasa bujangan koporat Melayu hensem bergaya bawak merz, baca novel jer lah... biasa dlm novel cinta banyak kisah2 anak bujang korporat ni. Imiginasi lah konon2 heroinnya kamu sendiri.

Ladynoe™ said...

Shilashower : aha...kalau dah beranak lapan nak berangan pun boley. angan2 kosong je la. idok le sampai mengharap.