17.1.11

Perkara Rawak #025 – Janggal


Jadi kalau dipersoalkan bab Hijab, memang aku tak ada idea. Alasan-alasan koman dan tipikal kebanyakan orang tak bertudung seperti;

  • tak ada duit nak revamp almari baju sebab fesyen pakaian aku tak sesuai since aku bukan lah gemar sangat nak bertudung dengan jeans low cut sampai nampak tumit unta. (ini aku cakap aku. sebab seluar aku memang banyak ketat tak sedar diri peha besar. Hal orang lain memang aku tak masuk campur)
  • Aku memang suka pakai baju menampakkan dada luas, atas faktor badan aku yang broad, misalnya.
  • Aku nak repair solat aku dulu.
  • Aku tak bertudung, tapi aku baik.
  • Aku akan nampak macam akak-akak atau makcik makcik
  • Aku tak suka pakai baju kurung dan jubah apabila ke Pejabat since baju itu sahaja yang paling menutup aurat. Nak pakai dress yang fancy-fancy, tak boleh sebab tempat kerja fashion kena korporat, kononnya.

Alasan demi alasan. Kukuh tak kukuh sangat, tapi boleh diterima oleh sesetengah orang yang memahami. Tapi, aku nak tahu (wonder), kalau betul alasan kita boleh diterima kenapa kalau kita masuk ke golongan pakcik berserban bertanda di dahi dan wanita berpurdah, kita akan rasa janggal dan segan dengan diri sendiri?
Atau kalau katalah ada event khas untuk wanita berhijab, kenapa kita rasa segan nak pergi?

Adakah segan itu tercipta sebab hukum?

Adakah segan itu tercipta sebab persepsi golongan berhijab yang memandang kita dengan penuh dosa?

Atau kita sendiri yang cenderung untuk fikir yang bukan bukan?

Bincangkan.


P/S: KITA = perempuan tidak berhijab.
P/P/S: Golongan hijab yang aku maksudkan ialah golongan hijab yang serius seperti tudung labuh atau purdah.



39 comments :

t e m b u m e said...

kita yang bertudung biasa ni pon akan rasa malu dan rendah diri bila berada di kalangan waita yang bertudung labuh dan berpurdah
=,=

LadyRye said...

aku tamo komen bab tudung sebab semacam dengan orang laen yang tak bertudung, alasan aku pun ada antara yang hang bagi tu..dan aku jahil - aku mengaku..

yang aku nak komen

gila scary anak patung telanjang tuh!

ummi said...
This comment has been removed by the author.
irahehe said...

walaupon ira bertudung tapi bukanlah jenis bertudung labuh. bila jumpe/bertembung ngan pak cik mak cik yang alim..segan.tunduk jer kepala nie rasenye.

ummi said...

Kalau pada aku, rasa rendah diri dan rendah hati. Sbb org tu (read: pakcik berserban, orang pakai hijab menututp aurat mengikut syariat) lebih ingat mati dari aku.


tapi nak tambah komen sikit cik PJ.

Tak de kompromi pasal aurat ni. Tapi Malaysia kita dah sekular. Jadi, perkara yang bukan main-main ini telah dipermainkankan oleh kebanyakan "kita". To go against what we HAVE to do by the Almighty is not a clever thing to do. Maybe cool je lah nampak kat dunia, sebab boleh fashion-fashion. Tapi tulah dia.. kita bukan tak tahu tapi kita ikut hati.

lagi satu kat malaysia ni banyak aurat melayu. Pakai tudung tapi lengan sekerat, lengan jarang ala sleeveless. Baju singkat pakai skinniny jenas jelas menampakkan sosok bontot. Yang jenis bertudung macam tu, apa motif sungguh aku faham.

AApa pun jangan di mainkan hal ini.Kalau orang tanya kenapa tak pakai tudung. Senyum sudah! Jangan ddijaja aib sendiri dengan beri aalasan sengal. Tak ada alasan untuk tidak bertudung, sebenarnya.

khemy said...

Takper Noe, yang penting hati bersih. Allah lebih mengetahui isi hati kita.

Ladynoe™ said...

UMMI : terkebil-kebil aku cari komen PJ. siapalah PJ tu. Cis, Perempuan Jomblo rupa-rupanya.

Ok, faham, memang bab tudung ni tak ada kompromi. Aku selalu rasa down bila kena preach dengan orang yang bangkitkan isu tudung ni. Sebab alasan aku tak boleh di terima. Dan aku memang tahu memang tak boleh terima.

Fikir bab konfiden dalam berfesyen. Maksudnya, takkan tiba-tiba aku nak pakai tudung dan terus tukar personaliti. Susah nak bayangkan. Aha alasan lagi.

Aku tak suka nak pakai tudung ikut cara melayu. Dalam masa yang sama lemah betul iman nak bertudung ikut cara agama. Aduhai.

Kan aku dah cakap, memang tak boleh nak ada alasan. Mesti kena balik. Berbalik kepada persoalan, kenapa wujudnya perasaan janggal tu.

Tapi Ummi dah jawab, dan terima kasih.

SO.. yeah.

Yeah.

ummu ahmad said...

salaam noe,

i dulu pun amik masa..tiap kali lepas solat u doa moga Allah mudahkan untuk bertudung. insha Allah dipermudahkan =)

mulut orang tak boleh tutup noe, yang penting hati kita yang tak tertutup.

benda baik memang susah sikit tapi mula sikit-sikit besar hasilnya!

Aien said...

balik pada apa yg ummi tulis,

"Kalau orang tanya kenapa tak pakai tudung. Senyum sudah! Jangan ddijaja aib sendiri dengan beri alasan sengal. Tak ada alasan untuk tidak bertudung, sebenarnya."

tertarik sbb bila kita defend dgn mencipta alasan, kita semacam 'melawan' hukum DIATAS. walau tak terniat.

untuk org mcm aku yg konsep hijab masih tak ikut hukum tuhan, segan tu tetap ada. tambah pulak bila berjalan dengan mak sendiri yg bertudung labuh tapi aku hanya ada tshirt, skinny, selipar, dan tudung biasa. lengannya nmpk, kakinya nmpk, susuk badannya juga nmpk. Lagi janggal sebenarnya. tapi aku rasa berubah tu perlu atas kehendak diri dan betul2 ikhlas. persepsi org takkan ubah dalaman kita.

:)

rinai said...

Noe, saya tak pandai nak terangkan tapi saya cuba je lah eh (dgn ayat skema). Tapi mungkin Noe pun dah tau benda ni sebenarnya...:)

Sebelum kita di lahirkan ke dalam dunia, kita dah buat perjanjian dgn Allah SWT. Dan semua bayi adalah Islam. Sebab tu kalau muallaf, kita tak kata dia masuk Islam tp dia kembali pada Islam.

Dan menerusi perjanjian tu lah, kalau kita buat apa2 sahaja yg di larang atau meninggalkan perkara wajib, jauh di sudut hati akan ada perasaan halus yg susah utk di terjemahkan dgn kata2. Perasaan takut, malu, segan etc tu dtg sebab kita dah 'mungkir janji'. Apalagi kalau benda tu bukan kita tak tahu tapi tak mahu..buat

cherry said...

a very sensitive issue...

tak nak komen lebih2 coz saya sendiri bukan manusia yang sempurna.

memakai tudung berat tanggungjawabnya. sebelum memaksa atau menyuruh orang memakai tudung, seharusnya difahami apa itu tudung sebenarnya. adakah hanya sekadar menutup rambut.kalau tidak difahami ertikata tudung yg sebenarnya, akhirnya lahirlah orang seperti saya yg pakai tudung tp aurat tak jaga. huhu...

tapi berbalik kepada apa yg ummi katakan di atas...
Tak ada alasan untuk tidak bertudung, sebenarnya. wallahua'lam.

haniazrina83 said...

if rasa tak lawa pakai tudung
jangan pakai
senang citer
biar sampai tua tak pakai
biar hidayah datang sendiri
siti pun belum pakai
dia acah2 je tanak bagi fans sedih

catriona ross dapat hidayah angin2 bertiupan.

noreen aziz dapat hidayah lepas pergi Mekah.

ada jugak yg pakai lepas anak perempuan dia pakai tudung

chillax.....

Juli said...

saya rasa kannn..janggal tu sebab Allah ada bagi nur kat hati ko, kalo ko hati hitam legam, agknyer sure rasa makin bongkak bila org lain berhijab, ko sorng tak pakai seolah-olah ko la yg moden..bagus dah sket tuuu...smg ada la jalan nnt utk ko stat pakai tudung tu..eh, harsh plak bunyi kan.tp harap noe dapt msg nyer =)

Myra said...

mungkin sy bercampur dengan komuniti yg tersendiri, tetapi sy rasa orang2 hijab adalah pendamping yg sgt baik walaupun saya tidak bertudung. orang2 ini tidak exclude saya semata2 kerana sy tak pakai tudung, sy keluar, pegi makan, pegi majlis ilmu bersama2 orang2 hijab (oh rindunya mereka.

jadi saya kadangkala lebih senang bercerita dan bertukar pandangan dengan orang2 yang tidak menyisihkan kita. ini basic human interaction. siapa nak lepak dgn orang2 yg asyik sindir tajam dan tidak approve dengan gaya hidup kita sebab dia rasa dia lebih baik? sy akui gaya hidup islamic adalah yg terbaik sebab menyeluruh tetapi perlaksanaan dari satu clique ke clique yg lain tidak sama. tiada orang akan lepak dgn orang yg asyik condemn orang lain just because dia berlainan. lupakah dunia ni luas?

sebab itu sy lebih terbuka dengan cara fikir orang2 yg sy berkawan ini hanya kerana mereka tidak pinpoint kesalahan sebab masing2 tahu hukum. sy tetap bgtau mereka jika ada anak rambut nampak dari tudung sebab mereka amat menjaga aurat. sy shopping dengan mereka sy akan berkata ini terlalu jarang atau ini terlalu ketat untuk u. mereka juga tidak kisah mengajar saya cara trick2 jaga tudung.

memang bersama2 orang sebegini berbicara perlu berhati2 (tapi memang kena berfikir sebelum bercakap dengan sesiapa pun sebenarnya) kerana mereka tidak suka mendengar carutan. ia melatih saya menzahirkan perasaan tidak puas hati dengan mengobjektifkan perasaan. daripada f!!!!!!! sekuat mungkin. tambah vocabulary ye lol.

ok the point is, orang2 hijab ini (setakat ni sy jumpa) ramainya lebih memandang pekerti orang itu dari pakaian. sebab mereka lebih faham just because mereka menutup diri tidak bermakna mereka maksum. mereka of course lebih suka kita berhijab juga tapi orang yg benar2 faham susahnya nak ubah gaya hidup akan cuba mendekati orang-orang sekeliling dia supaya dia lebih memahami agama.

oh just because mereka pandang (mereka = perempuan) itu sebab mereka selalunya distracted dengan pakaian yg sedikit visually confusing sebab tak tahu mana nk pandang and tak biasa tgk tubuh terdedah. kalau lelaki pandang, faham-faham pls.
kadang-kadang mereka risau jika berdamping dgn orang2 'tidak kisah' mereka akan terpengaruh juga. sebab itu ramai yg menjauhkan diri. yang lebih mudah dilakukan ialah membenci 'kejahatan' dengan mulut.

saya sedang cuba mengubah diri ke arah hijab yg sebenar gradually supaya tidak terasa drastic kerana saya rasa itu yg terbaik untuk situasi saya. my next purchase, baju yg kurang ketat sy beli. sekadar contoh :)

Nazim Nasri said...

Covering chest is the best :)

http://akunaziem.blogspot.com/2011/01/wir-campaign-covering-chest-is-best.html

Ladynoe™ said...

JULI= no sweat. tak kasar pun. Im OK. Ada relevannya. Mungkin betul la. Ada sikit Nur dalam hati yang mengaku itu adalah satu kesalahan.

MYRA = kalau ada button like kat komen kamu, saya dah klik dah. I always love your comment. Selalu tak lari dari apa yang aku persoalkan.

Ya, itu lah maksud aku. Apabila timbul rasa janggal itu, adakah berpunca dari perasaan kita sendiri ataupun cara mereka layan kita.

Contohnya kalau ada gathering untuk orang bertudung yang best, cuba kalau aku urge nak pergi, tapi mengenangkan aku ni tak bertudung, macam2 aku akan fikir. Adakah aku di terima di gathering itu. Adakah aku akan janggal seperti kebiasaannya.

kenapa perasaan janggal itu wujud? Tidak ada tempatkah di ruang yang suci bagi orang macam kita di kalangan mereka?

ewaaahhh.

Lily Cartina said...

betul la caap juli.
kalau ade rase segan, ade rase malu, ade la lagi cahaya dalam hati walaupun sedikit.

the only said...

erm, cuma nak share pendapat je.. dan tak tau relevan ke tak.

sebagai islam, mungkin kita patut mulakan dengan asas yg kukuh. perempuan dgn menutup aurat sgt sinonim. pernah dengar tak kalau kita tak tutup aurat, ibadat kita tidak akan diterima? wallahualam. jadi sy rasa alasan untuk repair solat baru tutup aurat adalah alasan kurang munasabah.

untuk menutup aurat, mungkin kita boleh mulakan secara sikit, cari wardrobe yang longgar2 dan tutup badan, dan mungkin memakai hijab dimulakan semasa bulan puasa dan diteruskan dari situ. sekadar idea je. tapi kita kena ingat jugak, sempat ke umur kita sepanjang itu? kalau kita mati sebelum sempat menutup aurat?

mungkin fikiran yang bukan2 tu dtg dari iblis yg sedang menghasut.

wallahualam.

xxxxxxxx said...

social beings, dat's who we are. kalu nak kate malu sbbkn 'nur' tak gak pasal kite malu kat other beings tapi bukan ngan the Creator. hakikatnye kite tak kekok bile jupe guys yg walaupun takde tande sujud, tp stil tutup aurat, walhalnye kite lg patut jage aurat from opposite sex. so imho, janggal tu (yg disebut dlm kontex posting ni) atas lesen being in a state of anomaly je, no more than that. wallahu'alam.

Khairul Antasha said...

kalau timbul rs segan kat org berhijab dgn cara yg betul iaitu (tudung labuh & purdah)tu cuba2 lah berubah utk jadi mcm mereka. sebenarnya hnya KITA yg terlalu fikir2 bkn..aku byk bergaul dgn org yg berhijab dgn cara btl & mereka bkn jenis yg suka kutuk2 org yg tak pakai tudung / pkai seksi seksa.. suma hukum hakam tu masing2 dah tahu..jd tak timbul rasa janggal pd diri KITA tu.. yg penting berubahlah dr skang..suma tu utk kepentingan kehidupan kta dunia & akhirat..

pulut coco said...

Adakah segan itu tercipta sebab hukum?

i pun hijabi,tp ikut pengamatan i,mmg rasa segan tu tercipta sebab hukum.benda tu terjadi dengan sendiri.

i yang pakai tudung ni pun rasa mcm tu.Segan bila masuk ke golongan mereka.kadang gi majlis ilmu,dah elok bertudung,tp baju pendek atas cik vontot,ketat sikit or jeans pun ketat,mula la kan nak tarik2 baju kasi labuh tetiba.Tudung bawal yang diselempang terus diturunkan.tau pulak malu kan,haha

i rasa bg diri i,itu lah tanda aras untuk i sedar,bila rasa malu n segan tu,bahawa pakaian i perlu dibetulkan lagi.

lagi satu,kita sama2 lah cuba,mula bukakan hati untuk tutup rambut.Sebab Allah tak bg option pada kita untuk tidak tutup aurat.

Myra said...

LadyNoe,
oh flatterednya saya :D terima kasih :D
saya rasa perasaan janggal itu datang daripada komuniti kita di negara ini. oleh kerana majoriti penduduk ialah Muslim maka the assumption is semua orang if tak pakai tudung pun sekurang-kurangnya attempt untuk menghormati majlis.

itu teori sy sendiri lol. tetapi saya rasa boleh pakai di negara-negara lain pun, cuma bezanya di luar sana orang Islam mungkin minoriti. jadi kurang pandangan serong kepada orang tidak berhijab sebab mungkin dianggap orang yg baru minat Islam jadi jangan disekat2 minatnya itu.

kadang-kadang saya rasa sayang sebab minat orang yang baru terbuka pintu hati ter-stop mcm tu je, tapi at the same time sy rasa majlis2 agama amat wajar dihormati penampilannya. boleh ke buat a zone yg boleh orang yg berminat tumpang sekaki tanpa actually joining in? lol

sungguh idealistic

N@d0x $i k0d0x said...

rasa janggal tu akan terbit kalau kita masih ada perasaan malu (malu tu kan perisai iman) dan masih terbukti iman kita masih ada, hanya perlu di asah iman tu.
aku sendiri someone yg off on dalam bab tudung...aku segan kalau kat u aku tak pakai tudung, so aku pakai. bile kat rumah keluar jalan2 mmg aku tak pakai...aku pakai tudung pun hanya menutup aurat di kepala, di lengan tidak, di kaki tidak, juga masih terserlah susuk tubuh...hipokritkah aku...?? kalau tak pakai tudung kat u kawan2 aku akan pandang janggal, aku sendiri akan rasa janggal...
bab tudung ni....satu hari nanti aku harap akan pakai fully tertutup, even depan abg ipar, depan adik ipar...tapi sekarang aku masih belum bersedia...

noe..
masih ada perasaan segan dlm situasi yg ko ckp kan tu..??
TAHNIAH...sbb ko masih ada iman didada sebagai perisai.satu hari nanti hidayah akan datang atau ko sendiri yang akan mencari hidayah tu

pembaris said...

Masa kat univ dulu ambik subjek agama sebagai elektif.kebanyakan lelaki yang ada bukan jenis yang warak. perempuan ada 3 orang sornag tak pakai tudung.Ustaz lulusan Mesir. Agak open walaupun bini dia bertubung labuh.Dia tak tegur pun.suasana janggal tak berlaku.nanti tegur langsing nak masuk kelas lagi haru.

Sekarang style orang pompuan pakai tudung aku nampak senang kalau tidur masa kerja.bangun lap air liur saja.tak payah belek cermin nak perbetul apa-apa

Anoneemus™ said...

Kalau bab janggal tu....campak orang berhijab di tengah2 perempuan yg tak bertudung, dia pun akan janggal walaupun dia lebih baik dari sisi agama.

Janggal sebab tak sama dgn orang. bukan sebab kita di pihak yg salah.
At least itu apa yg saya rasa lah.Ya,saya mmg tak suci.

.n.a.s.r.a.h. said...

terpanggil utk berkongsi pendapat.

sungguh iman aku pun goyang sana sini. tiada alasan kan untuk tidak bertudung. aku penah baca, hukum pakai tudung tu WAJIB. hukum solat tu WAJIB. boleh kita bagi alasan kenapa taknak solat (kecuali period)? sedangkan sakit tak boleh bangun pun diwajibkan bersolat. sama lah halnya kalau bertudung. tak ada yang didahulukan. tak bertudung tapi solat. tak bertudung tapi hati baik. tak de excuse2 tu sebenarnye.

pasal rasa janggal tu..sebab masih ada iman di dalam hati kita. itu yang aku belajar. sebab masih ada iman tu lah, kita ada perasaan janggal, malu, takut, segan bila kita tahu kita salah dengan Allah.

pandai cakap. niat bergunung-ganang. execute tak jugak. huhu. *bercakap pasal diri sendiri*

heryhezryna said...

Noe,

kalo xsilap saya ade hadith yg mentioned ISLAM lagi prefer org sembahyang tp xbetudung dr betudung, tp xsembahyang...

rasionalnya??
bila solat, hati pon bersih...so insyaAllah one day akan bertudung...

tp kalo bertudung tp xsolat...
agak ssh di sini...mungkin sensitif bg ramai org...
tp hakikatnya...
sbb tu la munculnye mcm2 mazhab yang 'membolehkan' kita bertudung tanpa tutup yg laen...
for instance...bertudung tp slivles,bertudung tp belahan skirt smpai pangkal peha...etc...

InsyaAllah satu masa awk & saya akan bertudung FULL TIME...amiin...

-hery-

Fairy-Me said...

Pendapat saya-

Perasaan janggal itu lahir dari mind setting kita sendiri. Jika anda berasa janggal berada di majlis ilmu yang rata-rata dihadiri oleh mereka yang berhijab, begitu juga bagi mereka yang berhijab tiba-tiba di jemput untuk menghadiri majlis yang rata-rata dihadiri oleh mereka yang tidak berhijab. Mereka juga mesti ada sedikit janggal di situ.

Tapi itu semua datang dari pandangan surface sahaja. cuba kalau mereka ini saling mengenali, saling mengetahui siapakah mereka ini, apakah tentang majlis itu, bagaimana pemikiran orang dimajlis itu, maksudnya adakah mereka boleh menerima seseorang yang berlainan sedikit dari segi berpakaian berada pada majlis yand biasa dihadiri oleh orang yang 'common' dimajlis itu, kemungkinan besar perasaan janggal itu hilang.

Jadi perasaan janggal itu hanya lah mind setting. Mind setting yang telah di ada-adakan oleh orang sekeliling supaya kita berfikiran sedemikian rupa.

Bottom line is, siapa kita untuk judge siapa-siapa. Dan biar lah mereka untuk judge, yang penting kita tahu siapa kita. :)

p/s: saya pun bukan tahap berhijab purdah bagai. terpengaruh dgn fashion tah apaapa itu. :P

Ayyman Rahim said...

Ramai kawan-kawan yang nak pakai tudung tapi selalu takut sebab takut pakai sekejap-kejap then bukak balik. Just nasihat, kalau dalaman dah ada insaniah segala, dah ready betul-betul nak pakai tudung, baru pakai. Jangan pakai sebab trend, tah pape. Jangan sebab Yuna nampak awesome pakai tudung, nak jugak.


Tapi dekat Uitm Kelantan hampir separuh pakai tudung sebab Kelantan tapi padahal boleh je tak pakai tudung, tapi sebab respect duduk dekat Kelantan, ramai pakai tudung jugak, tapi bila balik Kl, rambur oren segala baru nampak. Haha.


Renung-renungkan, dan selamat beramal. Haha.

ummi said...

ok aku tahu entry dan komen2 kat sini sudah nak berulat- dah basi tapi aku tetap nak tambah nasi.

beginilah. jgn persoal kalau-tak-pakai-tudung-tapi solat tu. boleh kata sahih, solat itu belum sempurna.

sebab solat itu mencegah kemungkaran. persoalannya sekarang.solat yang bagaimana? ini paling susah. solat, tapi hati masih tak terbuka untuk pakai tudung. kalau macam tu, tolong chekidout solat kita jenis apa. solat tonggang tonggek? solat melayang-layang? ye, jelas maknanya solat kita tak sempurna. Sempurna solat, tak akan ada terms - nanti hati bersih kita pakai. Mazhab mana lah yg kata "Allah menyuruh kita bertudung hanya bila hati dah bersedia." Ada pulak tu yang pandai-pandai bagi nasihat - "ko jangan pakai kalau tak rasa bersedia." Ini bersekongkol dengan ajaran mana pulak ni? Islam tak ajar. Period.

Please, kawan. Kalau tak ada benda elok nak diperkatakan hal-hal berkaitan hukum hakam agama, senyum sudahlah. Peace out.

LadyRye said...

aku nak share satu dari entry aku..aku takkan buh link kat sini sebab nanti orang ingat aku mau up traffic..

aku perasan bila kita up saja entry bab bertudung makanya akan jadi satu isu yang hangat..yang sangat sensitive..aku minta izin copy paste saja..panjang juga..kalau hang nak delete pun, delete la aku tak kesah..

macam biasa aku ialah manusia yang tak sempurna, yang iman tak tebai dari kulit bawang..tapi ni apa yang aku paham..lari sikit dari hang punya persoalan, tapi persoalan ni pun selalu ada kat benak aku..

minta izin copy paste..

LadyRye said...

****************************

5 commandments
aku ada ramai kawan-kawan arabs..mostly dari iraq, palestine, lima nam dari saudi arabia, tiga empat dari yemen, sorang dua dari jordan, libya pun ada, dari lubnan pun ada sorang (gila hensem kalah Maher Zain weh!) pastu ada plak kawan-kawan persian yang semestinya lah dari iran.. (hadi :D)

tiap kali aku pi melepak tempat depa neh, mestilah wajib dalam bilik depa ada sejadah dengan al-quran. walaupun depa ni kuat minum la ya rabbi, kuat maen pompuan, tapi bila masuk waktu saja, mesti sembahyang...

aku heran la weih...sebab orang melayu neh (sorrylah mengata orang melayu, aku pun melayu juga, tapi dah mixed plak dengan russia dengan zimbabwe, pasai tu aku lawa..cuba pi tengok minah russia yang bersepah tepi jalan di b.b juai pusi nun, gila gebu..mana bleh lawan kulit orang melayu, orang jawa yang kering kontang neh! so aku berbangga! wahaha!)

ok, dah ter detour

balik semula ke pangkal jalan

aku heran la bila orang melayu neh, sesetengahnya tak kiralah bila jahat ka baik ka, ala-ala culas kot nak sembahyang, posa pun curi-curi makan di siang hari, curi-curi romen semua..

tapi orang arab ni, disamping melakukan kejahatan, depa sembahyang, posa tak tinggai..

jadinya setiap kali aku jumpa depa neh, aku mulalah bertanya soalan-soalan mintak cepuk emas..

dan selalunya jawapan yang aku dapat adalah sama..sumpah! sama! aku tak tipu! kalau hampa pun ada kawan-kawan arab, hampa try pi tanya macam aku tanya...

(maafkan kekhilafan bahasa inggerisku yang cam haram ini..almaklumlah orang mix-mix ni kan, mana nak cakap bahasa melayu lagi, hokkien lagi, urdu lagi, basa rusia lagi dengan bahasa zimbabwe..bahasa jawa tengah belajaq pasai nanti nak maki orang..bila maki dalam bahasa jawa dengaq lagi cool!)



aku : i can see dat you pray..

depa : yeah!

aku : i heard dat praying prevent u from doing sins, but still you guys drinking, zina?

depa : you know what is important for being a muslim? live as muslim and die as muslim? u just follow the 5 commandments then that's it! people is not perfect, no matter wut, they will commit sins..but Allah is the Great Forgiver, he will forgive you.

1. say kalimah syahadah
2. pray 5 times a day
3. fasting on ramadhan
4. alms (zakat)
5. doin hajj

if you do all those 5 commandments, and never leave it, u will live as muslim and u will die as muslim.. if u do sins, then u ask for forgiveness, you will be forgiven..and the punishment u ll get for ur sins, it depends on Allah's mercy..



okey jadi pahamlah aku..

pakai tudung tapi tak semayang pun tak guna
pakai tudung tapi tak posa pun tak guna
pangkah pas tapi tak semayang pun bila mati, tetap tak mati sebagai islam
pangkah bn tapi tak bayaq zakat pun tak guna
kuat mencarut tapi tak tinggal 5 rukun tu mati nanti sebagai islam
kaki togok tapi tak tinggai 5 rukun tu mati nanti sebagai islam
free hair nampak tetets tersembul tapi tak tinggai 5 rukun tu nanti pun mati sebagai islam


hampa paham dak? tapi pasepa orang melayu neh malas sangat nak buat 5 tuh, hah? pastu gila extreme, bila dah start pakai tudung tu mula la nak menghukum orang yang macam aku neh, free-hair cun , sexy, mencarut, jahat dengan jantan...awat? ingat orang macam aku neh tak takut Tuhan? tak ada kesedaran nak mampus sebagai orang Islam??? hah? hah??? marah neh!!!!

aku ada kawan

nama dia Ahmad dari Iraq

ada tatoo, memang penzina tegar, peminum arak tegar

tapi sembahyang tak tinggai, posa tak tinggai..

aku sangat kagum bila dia kata dia tak pernah tinggai sembahyang, tak penah tinggai posa dari dia kecik umoq 5 tahun..

pasepa kita tak bleh jadi camtu, ah???

pasepa aku culas nak semayang?? aku dengaq ja orang bang dari masjid dekat rumah ni..tapi aku boleh bangkit, on laptop, check blog..pasepa aku tak pi ambek wudhu', semayang subuh??? 2 rakaat ja pun, bukan susah!

pasepa weih??

ada sapa-sapa boleh jawab???

sila tarbiyah aku! terima kasih!

*****************************

LadyRye said...

sekadar berkongsi..

tapi noe - aku rasa walaupun kita ni tak sempurna lagi, at least hati kita tak hitam untuk fikir dan takut pada arahan Tuhan..

jaga yang 5, yang laen-laen nanti mai sendiri...

hopefully - amin!

freezeilla said...

ladyrye... thanks for sharing. a nice note for myself...

Ladynoe™ said...

thanks ladyrye.

kau buat aku rasa nak mandi wajib sekarang dan pergi solat walau zohor lambat lagi.

Irwan said...

Salam Cik Jomblo,

Tahniah atas hari ulangtahun Sabrina. Saya juga pernah merayakan hari setahun yang pertama anak saya. Tapi saya tak buat apa-apa dengan alasan saya kerja. Semuanya umminya yang buatkan dan gambargambar ini adalah testimoni kerespekan saya terhadap golongan ibu. Oh ibu dan isteri; I love you's.

Dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada mereka yang ada rasa segan bila tak bertudung. Ni maknanya masih ada sinar harapan lagi. Hehehe.

baca komen sampai habis kat sini:

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-perkara-rawak-025-janggal.html

kRapfen said...

Salam,

i jz bloghopp and found ur blog..n interested to have some share in akhirah here..=)

for me it is a waste of time to preach about the need of hijab..since evrybody(muslim) know bout that..the lack might be to understand our friend name shaitan..

i dont know how to put it into words.. tp i have quality videos for you to watch, listen and comprehend insyaAllah..

just spend some of ur time to watch this..

Tools of the shaitan by hafidh wissam sharief
http://www.masjidomar.com/media/video?task=videodirectlink&id=271

How to pray to ur Lord by sheikh yasir qadhi
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_uHlNYVa62I

Hopefully this videos will help u.. =)

andi fitriani said...

Salam ladynoe,

i found your blog by accident...and yes I love your way of thinking&writing:-)

wanna share a good entry regarding hijab:

http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/01/bertudung-tapi-hanya-hipokrit.html

hidayah said...

i just like this. very, very much:

"P/P/S: Golongan hijab yang aku maksudkan ialah golongan hijab yang serius seperti tudung labuh atau purdah"

aku paham rasa the urge to join them too, but the acceptance. will they accept me? melainkan yang p/p/s tu, aku rasa sesetengah tu sifat 'clique' tu kuat sangat. ye aku tak tudung, aku tak pandai fashion, i curse like a sailor. lama2 aku give up.

bkn give up terpikir nak btudung, give up pikir pasal the urge. aku just hope and pray, despite their 1 kati make-up, they are wearing it for the real cause.