15.1.11

Perkara Rawak #24 - Sayu


Semalam aku terlelap awal. Jam kurang 10 malam lagi aku rasa, aku dah tidur dah.

Sudahnya sekarang, aku terjaga jam 3 pagi. Dan menolak keinginan untuk sambung tidur balik.

Aku tak tau nak buat apa. Secara tipikalnya, di zaman serba canggih ni, internet lah yang jadi subjek untuk dihadap.

Tiba-tiba Sabrina merengek. Sekejap. Lepas tu sambung tidur balik.

Aku pandang muka dia lama-lama. Cium ubun-ubun dia. Tenang. Orang-orang tua cakap, bayi sekecil sabrina ni, masih ada bau syurga. Aku usap-usap rambut dia. Berubah-ubah mimik muka dia. Dalam hati aku mengalir laju cinta yang datang entah dari mana. Dalam hati aku, anak aku lah yang paling comel di dunia.

Terima kasih tuhan. Kau pinjamkan juga semua ini untuk manusia seperti aku. Betapa adilnya kau. Terima hasih.

19 comments :

nil said...

bila tengok orang timang anak sendiri, rasa bestnya orang tu... nanti tua, insyaAllah ada orang jaga.

go go sabrina. huhu...

ateekaamer said...

perasaan camni la buat aku nak ada anak sendiri.

mukasurat17 said...

dats y aku suka blog nih. keikhlasan jelas terasa.

sgt menyentuh hati di pagi hari ni. :)

KIRA said...

hey, i saw a peacock behind sabrina. am i right?

Abdul Munir Sanusi said...

halamak! takde bini lagi. kalau tak loh ni nak buat anak.

kembatolo™ said...

whoa.. sweetnye...~

Fiq Vertigo said...

gamaknya itu yang mak aku buat utk smua anaknya. ya dak..

Ayyman Rahim said...

Cinta macamni lah best, cinta zaman sekarang cinta jenis sampah-sampah. Cinta anak dengan ibu cinta hebat.


www.ayymanrahim.blogspot.com

N@d0x $i k0d0x said...

mungkin satu hari nanti bile aku dah ada anak dan laki aku akan rindukan mase duduk depan laptop berjam-jam dari pg sampai malam tak ingat makan, tak ingt tido...hahahah

Love said...

e'eh... nape saya pun rasa anak saya paling comel??? :)

Sca Ndx said...

kasih ibu sampai ke surga?

afrohead said...

:)

mrs redzuan said...

Teringin sekali nak ada anak jugak, tp masih belum ada rezeki. Salam sayang utk Sabrina. Semoga menjadi kebanggaan ibu satu hari nanti.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Tiba -tiba makcik rasa sayu pulak baca entry ni. anak harta yang tak ternilai.

H A N S said...

alahai, so sweet.. :)

LadyRye said...

walau kadang2 aku rindu zaman bujang tetambah bila ada anak yang buas macam anak aku...


tapi bila dia tido sebelah aku pun aku rasa rindu! haha!

durian! said...

aku nak anak jugak! aaaaaaaaaa

MaR said...

bile balik kje ngk muke anak terus sume letih hilang kan..

Natrah said...

btoi...bau baby mmg unik,bila bb makin besar..rindu sgt bau bb....