27.1.11

Semenjak Dah Peduli Dengan Hal Perkembangan Otak Manusia.

Aku dan Mas, kenal sejak kami berumur 16 tahun, sebaik sahaja masuk ke Sekolah Teknik. Aku dan dia tak banyak beza. Tinggi lebih kurang. Badan lebih kurang. Rambut pendek pun lebih kurang. Malas belajar pun lebih kurang. Selalu lambat ke kelas pun sama. Kalau nak serong sekolah, dia lah partner in crime.

Dalam bilik prep, kami duduk semeja. Aku selalu dera jiwa dan batin dia dengan memasang lagu Tamil untuk hilangkan mengantuk bila kena ulangkaji pelajaran secara paksa. Sesi ulangkaji kami end up dengan masing-masing tidur kemalasan di meja yang sama. Aku salahkan nasi kawah dewan makan punca mengantuk di tengahari. Dia salahkan aku asyik pasang lagu Tamil sebagai punca dia pula yang mengantuk. Kebanyakkannya sama.

Yang membezakan kami ialah setiap kali dapat kertas keputusan ujian atau peperikasaan Matematik dan Matematik Tambahan.

Mula-mula aku tak berapa nak peduli sangat. Aku claim itu sebagai takdir dan tuah.

Tapi semenjak dah diberi peluang oleh Tuhan untuk menghasil dan membesarkan anak sendiri, aku mula ambil berat sangat dengan perkembangan otak Sabrina. Aku kira mak Mas ada cara yang tersendiri untuk memastikan otak Mas cekap dengan angka-angka.

Jadi, Semenjak dah peduli dengan hal perkembangan otak manusia ni, adalah aku terbaca artikel tentang pentingnya pengambilan Gangliosides untuk meransang hubungan sel otak supaya anak-anak cepat sikit belajar.

Sejak dari dalam perut macam-macam aku makan untuk pertumbuhan otak anak sendiri. Dari supplement, sampai lah bab minum susu yang memang aku amalkan sejak aku sendiri kecil lagi. Mengetahui yang otak manusia memang banyak sel dan perlukan saling berhubung untuk menghasilkan manusia yang genius.

Hasilnya; bila Sabrina dah boleh turun katil sendiri seawal 8 bulan. Aku kira hubungan sel otak dia cepat dalam bab analisa dan penyelesaian masalah dalam dunia dia sendiri – “tempat tinggi, turun buntut dulu, yeah.”

Apabila Sabrina respond dengan flash card dan buku-buku bergambar yang aku tunjukkan setiap hari. Apabila, Sabrina dah boleh buat bunyi "Moo" bila nampak gambar lembu. Bunyi "nyau" bila nampak kucing. Bunyi "tsk tsk tsk" bila nampak ayam - seawal 8 bulan. Menandakan yang hubungan sel otak Sabrina berhubung antara satu sama lain dengan baik semasa proses pembelajaran.

Melihat cepatnya Sabrina belajar setakat ini, tidak lah aku rasa rugi sangat makan macam-macam supplement yang akhirnya menaikkan berat dan saiz badan aku. hehe. Sekarang ni, aku sedang cuba juga didik dia agar boleh membaca sama awal dengan aku, 3 tahun.

So..yeah, aku just nak tau kalau-kalau ada tak perkara-perkara yang kamu rasa "eh cepatnya anak aku boleh buat benda ni!" - hasil dari pemakanan yang kamu ambil semasa mengandung dulu? Kot-kot boleh di kongsi sebagai panduan.

Sharing is caring. :D




P/S: Oh ya, untuk tidak lupakan jasa mak aku sendiri, aku saja nak beritahu yang aku rasa walau aku tidak lah sehandal Mas dalam bab Matematik dan kira-kira, tapi, ada subjek lain yang aku lebih hustler kot. Hehe. Terima Kasih mak.


24 comments :

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Betul tu, masa kita pregnant lah penting nak makan macam-macam makanan yang berkahsiat. Lagilah kalau kita banyak makan ikan . Barulah anak yang kita kandung mendapat hasil yang baik, terutama bab otak.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

terlupa pulak, baru nampak soalan yg akhir. Masa pregnant hari-hari makcik banyak makan ikan yang pakcik tangkap. syukur, otak anak makcik yang Firdaus tu cepat menangkap/faham bila kita baca sesuatu.Dia pun cepat hafal,apa-apa doa yg kita baca.

afni+hafiz=dani said...

masa afni preg, mmg amik supplement neurogain..so far, mmg nmpak progress dani sgt cepat.. google neurogain majority ckp bagus utk mata, bila baby lahir je mata baby kita akan focus. so afni pun tgk la kot2 berhasil kat dani..alhamdulillah, mata dia elok focus dan sharp.

a j e p s y said...

semua kanak2 ada kelebihan masing2 yg Allah berikan.
nnti ada pulak yg terasa ank die masih belum boleh apape walaupon dah cecah setahun lebih ke apeke.
so sambut suma kelebihan ni dgn bersyukur.

khemy said...

Badam. Ada minyak omega untuk otak. Kalau nak tau, orang yahudi, bila start tau derang mengandung, depa belasah kacang ni banyak-banyak. Tu sebab derang genius, tak dapat disangkal lagi.
Sekadar berkongsi. Bye.

Ladynoe™ said...

ajepsy, kalau memang dah tau fakta yang SEMUA ANAK ADA KELEBIHAN YANG ALLAH BERIKAN, sebab tu aku mintak share kat sini. Bukan niat nak suruh orang terasa.

Aku rasa pembaca blog aku semua bijak untuk maklum fakta tu kot.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Makcik terkedu ngan komen ajepsy, makcik pun terasa. Bab Allah tu memang dah terlalu agung dan kelebihan yg dia bagi pada setiap manusia, dah semua org tahu, jadi jangan ingat kita semua lupa. maleh nak berurusan ngan org cam ni. sorry lady noe teremo jap.

Ladynoe™ said...

cik ina = noe pun bengang kot. ingat nak happy ajak ibu-ibu share kelebihan anak masing-masing. Kalau dah memang ada kelebihan yang ALLAH kasi kan, apa salahnya cherish sama-sama.

bosan la.

sharEna said...

mase pregnant x makan ape2 supplement selain dr yg di bagi doc. ntah nape takot nk mkn. but now after naurah da boleh makan mcm2 selalu jugak kunyah kismis, badam, cashewnut & bg dia makan. rasanya dia cepat ingat kot. sbb apa2 nk ajar dia, cepat je pandainye. kalo kite tnya mane giraffe, elephant whatsoever, boleh je dia tunjuk dgn betol. ini after kite ajar dia nama menatang2 tue lah. ajaib pulak kalo dia tau sendiri kan? kekeke..

syukur sbb masih x terlewat nk bg dia mkn benda2 yg bagus utk otak =)

oh, jgn lupe doa hari2 pd Allah spy anak solehah & bijak. itu yg paling penting sbb doa ibu bapa pd anaknye itu sgtlah makbul. cheers =)

Aslina said...

ahaha... ko same ngan aku la start membaca awal. sebab aku da tak sanggup diabaikan serta kene tipu setiap kali aku sibuk2 kat orang mintak bacakan komik atau cerita pasal katun dari satu panel ke panel yang lain. LOL~!!

btw, aku blom kawen dan takde anak lagi... cume ade anak buah je. dia gila makan kekacang dan bleh tahan bijak sebab selalu buli kakak dengan abang dier. baru nak masuk 3 tahun, taon ni... tapi da cekap gune kamera enset aku serta antar sms kosong kat ayah dia. tak lupa jugak pandai abeskan kredit topap mak ayah sebab dail nombor ikut suka hati. hehe.

abah dan mak haqq said...

semoga anak-anak kita semua membesar dengan bijak dan sihat.. :)

lepas ni kalau pregnant lagi, kid nak jaga makan minum..

thanks for the info :)

a j e p s y said...

ok aku minta maaf.mungkin tersalah ckp

KayNisa said...

sy belum ada anak, belum kahwin juga. tp nk share pngalaman kakak ipar.

anak 1st n 2nd senyap n lambat ckp. pendiam & agak pasif. over pemalu.

anak2 seterusnya kwn dia suggest mkn suplement sewaktu dari awal mengandung. hasinya alhamdulillah anak2 seterusnya bijak, cpt bckp, mulut duk mengomel smpai mak sedara dia xlarat nak layan dah.. aktif!

lagi satu, ini pernah baca dalam artikel. org2 yahudi, sewaktu mengandung.. ambil protein dr ikan sahaja, xmakan daging @ ayam. lps tu, mak ayah pun rajin2 buat latihan math supaya anak pun turut sama belajar walaupun anak masih dalam rahim (membantu perkembangan otak anak).

memang semuanya kuasa Allah. kita xleh ckp, jika makan ini maka anak kita bijak. itu pemikiran yang salah.

kita cuma sebagai hamba perlu berdoa, berUSAHA dan bertawakkal. sapa xmau anak dia bijak. ye x?

lagi satu, jangan campur makanan laut dan makanan darat. cth: ayam + ikan . organ dalaman haiwan juga tidak elok dimakan. kalau boleh elakkan.

kalau ada yang salah sila betulkan ye. ^^

isabelle said...

gangliosides xpe.
jgn byk sgt DHA, xde bukti research. kang kepala jd besar sbb otak besar.haha

Me said...

hai noe..saya teringin nak tanye..hehe..
ape supplement yg noe amalkan time pregnant??tgh survey2 gak ni..
i'm a preggy mom..blurr..

LadyRye said...

anak aku affan 2 tahun 1 bulan..

dah kenal huruf rumi, jawi dengan number..dah kenal means hang tunjuk huruf dia boleh bagitau dengan tepat sekali!

masa dia setahun 4 bulan ada 2 huruf yang dia dah cam iaitu R dengan T sebab 2 huruf tu ada di mainan dia.

masa aku pregnant first trimester asid folic adalah wajib pastu obimin memang tak miss..dan makanan wajib aku time pegnant ialah laksa! wajib makan laksa hari2! hari2 dari awal pregnant sampai sehari sebelum masuk operation theater..dan aku memang suka ikan time tu!

satu lagi aku hari2 minum milo susu dengan oat! ala2 ketagihan! milo 3sudu besaq, susu tepung 3sudu besaq, oat 3 sudu besaq! dalam satu mug besaq! hahaha! setiap hari sebelum tidoq!

dan hari hari aku masuk tanzil.net dengaq surah luqman moga anak bijak

surah maryam moga beranak mudah (memang mudah sebab ceaserean!) hahha!

dengan surah yusuf moga anak aku cantik! hasilnya dia putih merah, rambut perang macam anak mat saleh hidung kemek walaupun aku dengan laki kulit biasa-biasa ja..

LadyRye said...

tapi aku rasa la noe ada 2-3 benda lagi..

1. mak ayah yang supportive..baby ni ibarat sponge (bukan spongebob) kalau hang bagi memang dia serap! baby bijak mana pun kalau mak ayah langsung tak peduli bab pembelajaran, asik bagi manja dengan mainan saja, aku rasa sel otak dia tak gak berhubung bab ilmu, asik berhubung bab mainan ja la..

2. sapa kata makanan tak memainkan peranan? ada hadis nabi sabda - you are what u eat! kau makan benda halal dan baik, maka baik lah hasilnya..

3. environment - kalau ada anak lain yang lebih besaq, macam affan, cousin dia (anak menakan aku) dari kecik duk dengan aku, la ni dah darjah 1..so dia tiru - kakak baca buku, dia pun baca buku, kakak nak pi sekolah, dia pun nak pi sekolah, kakak buat keja sekolah dia pun nak menulis sama

4. doa dan doa dan doa!

Niz said...

budak budak umur mcm sabrina otak dia macam span. caiyok2!!!

Dark Half said...

cam tak tau nak menyampuk ape sbb blom kawen n ada anak. tp aku penah baca buku psychology, budak2 paling power absorb apa2 jugak perkara sejak dlm perut hinggalah dia berumur 5 tahun.

jadi fahamlah aku kenapa pembunuh bersiri jadi psycho camtu sbb salah satu puncanya, dia menonton secara live maknya didera oleh bapak yg tak bertanggungjawab...apsal pendapat aku tetiba cam saiko lak ni? abaikan..haha

K.I.T.A said...

Ko hustler subjek agama...hehehehe

Ladynoe™ said...

KITA = salah.

Huddy said...

Noe, mintak izin tumpang letak iklan nak jual 2nd hand breast pump ye? :) Go to http://ms-potatohead.blogspot.com/2011/01/preloved-breast-pump-for-sale.html

Ayyman Rahim said...

Alhamdulillah! Dapat anak pandai, nanti mak tumpang pandai sekali.

Mommy Fara said...

supplement itu inisiatif kite sbg ibubapa...semoga anak membesar dgn sihat...

p/s: bagaimana pula dgn ibu yg dah mkn berguni2 suplement dan pelbagai jenama susu di pasaran tapi tumbesaran dan kecerdikan akal anak itu lambat? mungkin ini yg dikatekan, setiap perkembangan anak itu berbeza...