17.2.11

Lagi Tentang 'Connected Tot'

Genap Sabrina setahun, aku dan suami ke gedung membeli belah. Bukan untuk sambut hari jadi dia, tapi nak beli barang untuk parti sambutan hari lahir dia. Mentang-mentang dah genap setahun, macam-macam akal baru dia dapat. Sampai di bahagian permainan, di melonjak nak turun dari troli, nak main bas sorong. Bila tak kasi, dia menangis. Kami tak hirau.

Bila tak hirau, dia berguling. Dah pandai main taktik kotor.

Tengok dia berguling, aku pun beli lah satu bas kecik tu. Betul betul 'connected tot'


Pernah tak anak kamu buat macam tu? Kalau ada, itu bermakna dia sudah study kelemahan kamu sejak dari rumah. Bila menangis kamu tak hirau, dia tahu kamu akan mengalah kalau dia mula berguling. Cerdik. Macam yang aku cakap sebelum ni, setiap hari sel otak anak-anak berhubung dan mempercepatkan pembelajaran dalam rutin seharian.

Salah satu contoh terdekat untuk kamu faham tentang “connected tot” ini ialah seperti klip video di bawah;






ATAU, kamu boleh tonton video ini di sini (klik)

Sila tonton sampai habis. Sebab kamu boleh pilih dan klik ending yang berbeza untuk cerita dalam klip video ini.

Sabrina kecil lagi. Tapi dah nampak sikit bagaimana proses perhubungan sel otak memberi kesan dalam rutin hidup dia seharian. Aku percaya, semakin besar, semakin banyak lah benda dia nak belajar dan persoalkan.

Kalau nak lebih faham lagi, apa kata kamu pergi ke www.connectedtots.com.my sekarang jugak!

7 comments :

NURUL said...

bagus entri nie aku suka. budak2 nie makin besar makin byk akal dia. mcm2 dia belajar. raina skrg dah pandai jugak buat perangai kalau kat mall kalau benda apa yg dia nak tak dpt. lg satu budak2 ni selalu perhatikan apa yg kita buat. pastu dia akan ikut. contohnya raina akan panggil kucing bg kucing tu makan.

LadyRye said...

yang nyatanya

anak aku sangat meniru perilaku menatang otromen

macam mana otromen tu menendang terajang semua dia boleh tiru

waima otromen lemah sekalipun!

connected tot kah itu?

tapi aku biar ja imaginasi dia liarrr...

baru 2 tahun apalah dia tau..walaupun ada ja makcik2 sebuk suh aku tego2 sebab dia menendang-nendang aku peduli hapa, dia tengah berimaginasi, biar la..

afni+hafiz=dani said...

sama la macam dani. dia akan kerap buat sesuatu benda tu kalo dia tau benda tu akan pancing perhatian kita.

abah dan mak haqq said...

yang tak tahan guling atas lantai tu..
adeh..
anak oh anak.. :P

NaDya Shah said...

anak kau minum anmum ke noe?? anmum dah naik harga..smlm aku pegi tgok utk 1year+ dah rm74.90... perghhh

Susu said...

pernah mengalami ini dengan anak sulung. Saya tak ralat nak pujuk dia walaupun dekat 15 minit bersoal jawab.

At the end dia akan mengalah.

Masa tu dia berumur 2 tahun setengah.

Sekarang, setiap kali nak beli mainan, dia akan tanya dulu."Boleh beli tak? mak ada duit?"

Duit memang ada, tapi sengaja nak terapkan kefahaman bahawa: TAK SEMUA KITA BOLEH DAPAT DENGAN MUDAH.

Susu said...

Anak berimaginasi tak salah...

Asalkan dia tak tendang orang lain.

Kalau dia tendang orang pun, tak boleh balas dengan pukulan.

Kena bimbing dengan soal jawab dan perhatian.

Ada orang marah anak sebab lepas geram.

SAY NO TO LEPAS GERAM.

BERDOSA.