20.2.11

Menyelongkar Beg Seorang Perempuan Yang Tak Sofistikated Lansung

Tak sedap juga rasanya bila berhutang lama-lama. Aku pernah janji dengan Ami nak buat satu nukilan tentang "What's In Your Bag? Aku segan sebenarnya. Bila aku tinjau balik nukilan-nukilan dari blogger yang lain tentang tajuk yang sama, aku tengok, comel-comelnya-lah-hai isi beg mereka.

Tidak seperti aku;

Okay, kalau ke pejabat, aku prefer gendong backpack sahaja. Sebab pejabat aku terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh mat indo kaki pau. Bangla. Kaki ragut dan penyangak. Jadi aku berpendapat bahawa penggunaan handbag akan membuatkan aku menjadi bertambah paranoid. Lagipun aku balik dari pejabat dengan LRT. Untuk mengelakkan sebelah bahu aku senget sebelum menjejak umur 30-an, aku berpendapat penggunaan beg seperti ini adalah sangat praktikal bagi orang yang suka angkut segala macam barang macam aku ni. OK go;

1) Beg Murah tapi sayang.
2) Compact Powder Garnier
3) Sun Play Cream
4) Handiplus - untuk sebarang kemungkinan.
5) Kit Menjahit - untuk sebarang kemungkinan dan kecelakaan.
6) Sikat untuk wanita yang vein
7) Loose Powder Bodyshop
8) Body Butter Bodyshop
9) Kunci locker, almari, studio.
10) Leather Purse. Peh saja nak mention leather kan.
11) Kunci rumah.
12) External Hardisk - nyawa
13) Modem Broadband Digi
14) Pil Rossele HPA - sebab aku ni jenis yang malas nak menepek muka dengan segala macam cream dan bahan kimia yang akhirnya menghabiskan duit aku. Jadi ini adalah cara aku nak jaga kulit.
15) Telefon Bimbit Nokia
16) 2011 Organizer.
17) Beg Alat Solek

Yang tidak ada dalam gambar ketika ini tapi aku selalu kendong juga;
1) Kamera Lumix LX-3 yang aku guna untuk ambil gambar-gambar ni.
2) Sony PSP.
3) Pemain MP3 Philips- Aku selalu gantung kat leher.


Perkakas dalam Beg Alat Solek
1) Eyeshadow IN2IT
2) Baby Oil untuk menanggalkan solekan mata bila ianya tidak diperlukan
3) Segala cecair penitis mata.
4) Blusher IN2IT
5) Eyeshadow, IN2IT juga.
6) Clinique Foundation
7) Nivea Lipbalm
8) Kanta Lekap
9) Rimmel London Lipstick
10) Lip Gloss SilkyGirl
11) Silky Girl Lipstcik
12) Studio Lipstick
13) Silky Girl Maskara
14) IN2IT Eyeliner

OK. Tak ada Revlon. Tak ada Anna Sui. Tak ada Crabtree. MAC semua tak ada. Alat-alat solek tu pun aku tak selalu pakai sangat. Lipstick (11 dan 12) aku dah beli 2 tahun. Tapi panjang lagi. Selalunya guna Eyeshadow (5) dan Eyeliner (14) sahaja. Tak minat nak pakai maskara sebab leceh nak cuci time nak solat. Beli hanya kerana "nak ada satu"sahaja. Foundation jauh sekali. Yang Clinique tu pun aku dapat sample. Banyak alat solek yang berkenaan dengan bibir. Padahal memang tak berapa minat nak pakai sangat pun. Kecuali sekarang, aku dah malas sangat nak pakai eyeliner segala. Jadi pakai jugalah lipstick agar wajah tak kelihatan seperti penggemis sangat.

OK dah. Settle Hutang.

p/s: backpack hanya ke pejabat.


11 comments :

anisizatyA.J said...

Hahaha mana ada muka macam pengemis laah

Diloz said...

interesting.
aku expect ada pacifier dalam handbag untuk baby.
:P

J u l i a 。.゜✿ said...

noe.. kita sama ! ju pun suka guna in2it =)

Akulah Aqilah Itu said...

aku? Apa itu mekap??

Dark Half said...

almost complete for any possibilities

Aslina said...

at least ada.

aku beg pun tak penah ada.

kuar berlengang bawak wallet dalam jeans poket blakang... henset dalam jeans poket depan kanan. kunci umah ngan moto dalam poket jeans kiri.

tu je.

kalo bawak beg pun, kalo rasa nak ikut membe pegi shopping. aku tak suka usung beg beli-belah nanti orang nampak aku beli apa yang sumpah cikai.

ataupun untuk smuggle kepsi masuk tengok movie. :D

Nur Hanani said...

Ok sangat la tu.Dari i ni..Penuh dengan alatulis.Barang makeup pun kalau ada hanya sebatang lipstick je..Beg i penuh dengan kertas. Hahahaha..

Entri Terkini: Mampukah MRT atasi kesesakan?

eiyra'z said...

ko memang dah cantik dah noe...seyes aku teruja nk terserempak dgn ko berdepan..klu kata nk jumpa tu mmg mimpi la kan..

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. said...

Rasanya ok sgt la tu..apa plak yg x sofistikated nya kak..
sgt ok la tu..

budak awam said...

gila banyak barang !
camne lah bila aku da bekerja dan dewasa nanti..
bakal seperti inikah aku?
huhu :P

Ita Shadila said...

memula baca ayat ni "Untuk mengelakkan sebelah bahu aku senget sebelum menjejak umur 30-an" macam konfius.. berat sgt ke henbeg? pas tgk the whole entry memamng BANYAK GILAAAA okehhh!!