16.2.11

Perkara Rawak #026 - Alih Bahasa

Hujung minggu yang lepas, semasa menghabiskan masa berkualiti dengan melodi (bukan Melodi TV3) dan alunan suara kedamaian kampung serta bunyi periuk belanga dapur mak, aku perasan tentang satu perkara;

Abah aku, dan adik beradik aku, boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik (bukan cemerlang), tapi anak-anak mereka boleh dikatakan sifar dalam penguasaan bahasa tersebut.

Bila aku amati betul betul, anak-anak saudara aku berkumpul ramai-ramai depan televisyen menonton rancangan kartun Astro yang BOLEH DI ALIH BAHASA MELAYU! Aku baru tahu akan hal ini sebab aku pun bukan lah kaki tengok kartun. 

Jadi agak pelik bila mendengar Ben10 dalam bahasa Melayu.

Aku tak sangka pulak Astro boleh tergamak mengadakan kemudahan yang akhirnya mem-buta-bahasa-inggeris-kan anak bangsa pada masa hadapan.

Lalu aku tukar alih bahasa Melayu tersebut kepada bahasa asalnya, Inggeris, dan sorokkan alat kawalan jauh. Menggagau anak-anak saudara aku cari alat kawalan jauh. Bila tahu aku yang sorok, menggelupur mereka suruh aku alih semula ke Bahasa Melayu.

Bukan lah aku nak mengagungkan Bahasa Inggeris sangat. Cuma, menyedari hakikat kita hidup di Malaysia. Zaman aku, kau tak hebat berbahasa Inggeris pun kau boleh jadi Kerani dan di bayar RM3000 sebulan. Kalau zaman anak aku nak bekerja nanti, buatnya nak jadi cleaner pun nak kena pandai berbahasa Inggeris, macam mana?

Kalau nak samakan sangat Malaysia dengan Jepun, kau pergi Jepun, kau kena belajar bahasa Jepun jugak. 

Haih. Jadi nak salahkan siapa? Astro? Atau mereka dan keluarga mereka?



20 comments :

Nuryn Weida said...

setuju sangat dengan entry ni. kat astro tu, most of the channel kartun boleh alih bahasa. Kalau dulu, when I asked one of my frie,d, "MAcam mana adik kau boleh terror speaking?" She said"tengok disney channel."
Tapi sekarang since da boleh alih bahasa, my sisters suke alih bahasa ke bahasa melayu..huhu

marina anakcikbob said...

ye, betul tu kak..
pelik la aku tengok zaman skg..
kalo doraemon tu boleh la alih bahasa..

annamollydean said...
This comment has been removed by the author.
cik fara @ fanadz said...

hmm.better tengok cerita dlm bahasa asalnya..dibantu oleh subtitle kalau tak faham..boleh blajar dua2 bahasa.

..:: WiRdA ::.. said...

haih jgn kata kartun kat astro..tu haa RIA ada hati nk tayang filem omputih,sarikata takde ok lg..tp siap ada alih bahasa jugak.adoi.. aku rasa better letak sarikata dari alih bahasa..at least bleh tau meaning terus.T__T

AlexiaAqram said...

tapi... menonton spongebob dalam bahasa melayu lebih feeling dari bahasa inggeris. oh! dan juga wonderpets.

yeah!

cuma, kalau menonton power rangers. bahasa inggeris lebih best dari di alih bahasa ke bahasa melayu.

oh maaf, aku bercakap sebab feeling plak, hehe.

LS said...

bila lagi nak improve english kita kalau bukan drpd tv. nak harap baca suratkhabar/majalah english, tak usah mimpilah. btw, tak klimaks lngsng tengok cerita yg originally english dalam bahasa melayu. pelik je.

Diloz said...

Aku,

Pergi Jepun belajar bahasa Jepun.

Balik Malaysia, kena bahasa Ingeris pulak.

Maknanya, aku pun macam depa jugak nanti. Tengok kartun je dalam Bahasa Melayu.

(=.=!) duh.

Lady Dayana said...

Saya pun hangin bla tgk ada option alih bahasa tu...esp channel 9 mmg automatik dh alih bahasa..tak payah la kan..biar la budak tu blaja fhm sendiri..dulu kita pun tgk gak katun omputeh..elok je faham..dgn anak saya mmg tak bagi die alihkan dlm bahasa malaysia..bukan perasan English, tpi nak bagi diorg familiar. Pasal dulu pun blaja bahasa english drpd tgk tv gak..banyakkan tgk drama or movie omputeh..atleasrt blh pick up drpd cara percakapan & penggunaan bahasa..

Aslina said...

ada sesetengah kartun aku memang takleh terima kalo alih bahasa... baik dia duduk dalam bahasa asal je...kisah apa paham ke idak... tapi aku blaja english dulu pun sebab katun2 camtu laa... kan dulu ada yg tak alih bahasa? zaman2 takde astro dulu tu.

exceptional untuk kartun lat the kampung boy. sebab suara 2-2 bahasa adalah sama.

upin ipin pun aku tak suka dia dalam bahasa inggeris sebab bila dorang sebut betul3 jadik true3... da bunyi mcm ringtone henset.

jaja shaliza said...

couldn't agree with u more (o_0)Y

LadyRye said...

salahkan ASTRO

gila pelik tengok katun berbahasa melayu tapi rambut oren!

The Nurul said...

macam aunty aku memang dia mengamuk betul kalau anak anak dia tengok astro ceria. baru astro ceria tu belum lagi cerita nak alih bahasa. cuba la kalau berani. anak anak dia speaking pun jadi sedap kalau dah mengadap disney channel hari2.

mrs redzuan said...

Setuju. cukuplah kalau ada subtitle, x perlu dialih bahasa, x kire la jepun ke korea ke english ke, guna je bahasa asal..boleh belajar, bukan budak2 je, org dewasa pun blh belajar jugak.

Myra said...

mmg rasa sangat janggal bila apa cerita pun kena dubbing. rasa hilang originality dia.

lagi suka baca subtitle dari dubbing, terus training utk speed reading n proses maklumat laju skit.

tapi komik yg alih bahasa is not bad, unless dia bahasa pasarkan every. single. word. adoi tu agak sakit hati baca. tak semua orang ada lenggok bahasa pasar yg sama satu negara. skema juga senang nk paham (hahaha sy mmg skema lol)

no doubt lawak melayu is something kaum melayu je boleh appreciate, tapi nk tukar in a different language tak jadi ;p

ala boleh cakap byk2 bahasa tak rugi, lagi senang berkawan :D jgn segan nk praktis je, dare to make mistakes! mesti ada org yg baik hati betulkn :)

ps LadyNoe, dapat ke mail aritu? i risau u xdpt on time!!

Akulah Aqilah Itu said...

aku paling tak boelh blah bila adik2 aku dan sepupu buat macam ni. Iskk. rosak2.. aku dulu belajar BI through cartoon la. hmm.. tak lah bagus, tapii.. still

suh-weet (always) said...

jangan kata kartun, even muvie Inggeris contoh Little Stuart tuh pun my bro youngest bro tkr bhs melayu. mmg x nafikan astro niat menyenangkan penonton.

tp tanpa sedar niat harmoni murni lah yang akan merosakkan dan meruntuhkan generasi muda.

p/s : hey, sgt x cool okeh tgk kartun inggeris dimelayukan. sama macam kau tgk cerita latin cakap melayu. annoyed!

Ayyman Rahim said...

Setuju. Salahkan ibu bapa yang masih tak merasa kepentingan bahasa Inggeris. Mentaliti "Kau cakap english sebab kau nak belagak atau show off" tu pun kena buang. Sampai bila nak maju kan?

www.ayymanrahim.blogspot.com

budak awam said...

ha taw xpe
rasa berbulu jew bila tgk kartun dlm BM
sb bg aku benda tu x sesuai sbb suaranya jadi lain dan x sedap
kita kena belajar BI
wajib tu
aku sebenarnya lagi sokong kalau sains dan math diajar dalam BI

tukangkata said...

syarikat TV mungkin didorong utk alih suara kartun barat krn atas beberapa faktor yg merunsingkan dlm masyarakat malaysia hari ini, misalnya PPSMI, bahasa rojak...sampai akur bahawa pengaruh bahasa luar terhadap budaya kita dikatakan "melampaui batas" berbanding negara jiran.

bukan kita saja yang alih suara kartun barat ke bahasa tempatan, bahkan juga SATU DUNIA sejak turun-temurun. negara bekas jajahan british dan amerika spt India dan Filipina pun buat juga.

Utk maklumat lanjut, saya serahkan kepada catatan blog ini: http://www.google.com.my/url?sa=t&source=blogsearch&cd=1&ved=0CCcQmAEwAA&url=http%3A%2F%2Ftukangantarabahasa.blogspot.com%2F2011%2F02%2Fkenapa-perlu-alih-suara.html&ei=Vb4fTv26NZDJrAfortSLAg&usg=AFQjCNEsfFc4rcmb-uUlorB47UqymvNG_w