21.2.11

Petanda besar kamu belum cukup bersedia bermain di dunia blog.

Dewasa ini, aku kira, orang yang buta huruf sahaja yang tidak tahu apa itu blog. Kanak-kanak pun dah tahu. Bapak-bapak dan ibu-ibu politik, Tan Sri atau Pak Menteri yang dahulunya buta it sampai nak akses Maybank2u.com pun nak panggil orang assist, pun kini, sudah tangkas dalam selok belok dunia Blog.

Ada yang menggunakan blog sebagai platform untuk menjana populariti. Ada yang guna blog untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru. Pertubuhan komuniti. Ruang lepas geram. Diari publik. Sumber wang poket dan sebagainya lah.

Dalam ketaksuban bernukilan, ada dikalangan kita (malah aku pun) lupa bahawa para pembaca mempunyai mentaliti yang cukup variasi.

Bila kau cerita tentang A, mungkin 10 orang rasa kau betul
Bila kau cerita tentang A jugak, mungkin ada 20 orang rasa kau merapu.
Kau cerita lagi tentang A, mungkin ada 5 orang akan berfikiran jauh dari orang yang 10 dan 20 sebelum ini.

Persoalannya, bersediakah kau, yang secara publik dan keterbukaannya kau di dunia maya ini melontarkan pendapat, menerima pendapat orang lain yang secara publiknya, menyangkal kembali pendapat kau? Mungkin ada yang sangkal dalam hati. Mungkin ada yang sangkal depan-depan. Mungkin ada yang baling batu sorok tangan.

Sebab tu aku agak jarang nak join mana-mana komuniti penulis blog ni. Nanti tak tentu pasal, dalam banyak-banyak yang tegur-senyum-ramah dengan aku, ada pulak seorang dua, yang tak pernah jumpa, tarik muka masam limau nipis dengan aku. Hanya kerana 3 tahun dahulu aku pernah buat statement yang warna Pink ialah warna pondan, misalnya. Padahal, sejajar dengan perubahan hormon dan naluri keibuan, aku kini menggemari amat warna pink, pun MISALNYA.

Bila aku cakap "bermain", bermakna, kau di sini bukan hanya untuk menulis untuk sendiri tulis sendiri baca punya style. Tapi betul betul nak dapat hit ribu-ribu. Nak follower ramai. Nak orang kenal kau.

Nak orang "Ëhhhh itu lah Abang Kacak yang tulis blog Lelaki Jom-Blow tu kan?," Setiap kali kau shopping barang dapur di Jusco, misalnya.


Okay, contoh yang paling simple, tanda-tanda kau belum bersedia bermain di dunia blog ialah;

"Hai gua nak mintak pendapat. Mana-mana gua pergi orang cakap gua handsome. Gua rasa gua takde la handsome sangat. Apa pendapat korang tentang aku?"

komen 1 - kau memang handsome! I love you lah! teruskan menulis!
jawab = thanx! :D

Komen 2 - mungkin dia jumpa kau sekali pandang je kot. Bagi aku biasa je
jawab = eleh jeles la tu.

Komen 3 - kau apahal perasan sangat?
jawab = blog aku, sukahati aku lah nak tulis apa! Aku ada kacau hidup kau ke?! pegi jahanam!

Komen 4 - Agak-agak la beb, lu dah la jenis ternak kerak daki kat belakang leher. Kalau diorang tengok belakang lu dulu mesti diorang muntah laju-laju.
Jawab = sekurang-kurangnya depan aku handsome.

Komen 5 - Abang memang kacak lah. Sweet sangat. Siap ada lesung fifit lagi. xoxoxox
Jawab = terharu i. terima kasih! U buat i semangat nak pergi gym bina otot agar lebih handsome esok!

Komen 6 - Handsome? Macam pondan je aku tengok.
Jawab = ba*i punya anonymous!
(lalu disable comment for anonymous)

Jadi, rupa-rupanya persoalan dan pendapat yang dilontarkan adalah untuk mengutip pujian dan pembelaan semata-mata? Hmm?

Renung-renungkan, dan selamat menulis.
:)

p/s: Segala watak dan tajuk blog adalah fiksyen.

46 comments :

crayon said...

hi.. aku hensem tak?

Legasi Piston Pecah said...

entahlah...setakat nie,pujian dan kutukan memang sentiasa ada...sesiapa aja mesti kene kan..tapi semua tu dekat alam maya..dekat dunia luar sane?

Ladynoe™ said...

Ehhhh ini lah abang Kacak yang tulis blog tubelawak tu kannn!!??

:D

afrohead said...

saya suka bila kadangkala dapat komen yang tak setuju. i mean, kalau tulis entri je majoriti komen semua nak setuju je.

:)

AlexiaAqram said...

benda ni rawak. manusia akan membaca dengan nada dan suara berbeza. apa de hal?

redbean said...

bkn saja skill tulis blog itu pnting, skill reply comment pun org pndang jgk. kt situ kita bole nmpak kematangan blogger tu, bg aku la. bg kau mana la ak tau :D

fitriah said...

suka entri ni. masing2 ade pendapat masing2. tapi bila pendapat tu lain dari yang lain terus dicemuh secara berjemaah. ntah pape la. terus tak boleh terima. padahal die hanye lontarkan pendapat die. itu je.

BonekadalamChermin said...

aku suka entri ni
yeay!


...

yg aku pelik
kadang kadang pengkomen
lagi emosi dari penulis entri


jadi terpakse aku akur
mungkin pengkomen tu die-hard-fan penulis entri


kehkeh,


.

Farah Izaty said...

very truee.. mostly (bukan semua) buat entry skadar nak mintak pujian. bila kutuk(komen membina) kena fire. dah tu apa guna mintak pendapat kan?

anastasheeka said...

setuju dgn sis. blog kadang2 pon boleh menunjukkan keperibadian seseorg tu.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik boleh terima semua komen. baca syok. cuma satu makcik tak suka orang komen tak sampai 3 patah perkataan lepas tu sambung saya follow, nanti follow balik ye atau nanti komen tempat saya pulak ye.

LadyRye said...

aku hanya mengomen bila aku betol-betol baca entry tu..

kalau aku cuma pandang tajuk, memang aku tak komen!

pada aku aku tulis blog sebab aku nak share dengan orang, tapi at the same time, aku tak perlu ramai sangat orang nak share pendapat dia juga dengan aku tapi pengecut dan guna anon! nak share pendapat, guna blog sendiri!

ada orang cakap dengan aku, kalau tak mau orang mengomen, disable terus komen atau delete blog, guna tumblr..tapi aku jawab balik, kalau cam tu baik aku tulis diary guna wordpad saja, buat apa susah-susah nak guna tumblr..

dan satu lagi..

kalau takut orang rage, jangan tulis blog pedas-pedas..tulis pasal benda-benda simple sudah..(kataku pada diri sendiri)

p/s : since aku banyak delete komen tak berguna dalam blog aku, tetiba aku rasa macam nak disable terus komen..hish! mungkin aku blom bersedia jadi blogger..mungkin...maybe..

weed something out said...

blog - escapism dari pelbagai sudut

Sylarius said...

Macam familiar je watak Abang Kacak tu. Hahaha

misz beauty said...

ehehehee... saya men blog ikut suka hati jek... bkn menjana populariti sangat pun... yang follow pun org yg dikenali ;-)

LS said...

walau sesial mana kita tulis di blog, kita kena terima sesial mana pun orang komen tulisan kita. takpayah melenting kalau dikutuk. tak nak dikutuk, jangan layan, tutup ruang komen, atau jangan main blog langsung!

ateekaamer said...

good one!

aku menyampah bila blogger tuh kata, blog aku, suka hati aku lah nak tulis apa.

ada sorang kawan aku tulis blog, boleh plak kat akhir entry, dia kata dia tak perlukan nasihat2 dan pendapat yg bertentangan dengan dia. wtf?

syok sendiri siot!

tulis blog semata2 nak maki orang and nak orang setuju dengan kau je, baik buat fan page kan?

aku suka berbeza pendapat dan ideologi.

tapi dengan Ladynoe, aku susah untuk tak setuju dengan tulisan dia.

hehe.

Irwan said...

Entry asal:

Dewasa ini, aku kira, orang yang buta huruf sahaja yang tidak tahu apa itu blog. Kanak-kanak pun dah tahu. Bapak-bapak dan ibu-ibu politik, Tan Sri atau Pak Menteri yang dahulunya buta it sampai nak akses Maybank2u.com pun nak panggil orang assist, pun kini, sudah tangkas dalam selok belok dunia Blog.

Ada yang menggunakan blog sebagai platform untuk menjana populariti. Ada yang guna blog untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru. Pertubuhan komuniti. Ruang lepas geram. Diari publik. Sumber wang poket dan sebagainya lah.
.
.
.
Bila kau cerita tentang A, mungkin 10 orang rasa kau betul
Bila kau cerita tentang A jugak, mungkin ada 20 orang rasa kau merapu.
Kau cerita lagi tentang A, mungkin ada 5 orang akan berfikiran jauh dari orang yang 10 dan 20 sebelum ini.

Persoalannya, bersediakah kau, yang secara publik dan keterbukaannya kau di dunia maya ini melontarkan pendapat, menerima pendapat orang lain yang secara publiknya, menyangkal kembali pendapat kau? Mungkin ada yang sangkal dalam hati. Mungkin ada yang sangkal depan-depan. Mungkin ada yang baling batu sorok tangan.

baca sampai habis...


Salam Cik LadyNoe,

Kengkadang, mood kita masa menulis, amat berlainan dengan mood semasa menjawab komen. Masa menulis, kita penuh dengan semangat dan niat dan pelbagai harapan dan agenda. Kita pun mulalah mencurahkan segala jerih dan idea ke dalam sebuah artikel yang entah sapalah nak baca...

baca lagi...hehehe

http://aderberani.blogspot.com/2011/02/komen-kepada-petanda-besar-kamu-belum.html

Balqiz said...

Common things that bloggers always say, “I don’t give a damn what people say. This is my blog! If you don’t like it, stop reading it!”

Needing everyone to agree with you or say nothing at all is the definition of a tyranny. Come on.

People say mean things all the time. I would prefer if blogger use mean comments as a healthy form of disagreement to encourage a discussion and learn from it to be a better person/blogger.

Unless of course, if the comment is in a form of threats to the blogger’s safety then that’s another story.

But instead, most bloggers tend to fly off the handle just because some anonymous trolls barge in their beautifully tended blog of feelings and emotions.

It’s the Internet and its public.

The moment you click “PUBLISH” you WANT people to read it. Besides, you get 99 positive comments a week and one mean comment thrown at you and you went schizophrenia all of a sudden.

Instead of throwing nasty fits of tantrum/cursing blue streak, I opt to DELETE the nasty comments. Then cry at a corner. Get a hug. And move on.

Rahwana said...

Cam tuju kat blogger yang follower ribu ribu plak?

Ladynoe™ said...

Rawhana = sebab?

CikLilyPutih said...

suke entry nie, yang penting bloggers mesti berfikiran terbuka dan sanggup menerima segala mak neka yang dtg kan

Juli said...

agree2. ade yg tiba2 sentap bila kena tegor. macam komen ke3
. penah dialami oleh my friend. jgn berumah ditepi pantai kalo takut dilambung ombak, kn?

NURUL said...

Terpempam aku baca entri ko kali ini noe sebabnya aku memang setuju 100% apa yang ko tuliskan ini.


mcm diri aku kalau aku tak berapa setuju dengan penulisan seseorang itu tp aku rasa mcm mahu komen tp takut terguris hati org tu so aku pendam je dalam hati pendapat aku itu. sbb aku takut mendcalarkan perasaan org.

betul ckp ko setiap org berbeza2 byk variasi.

kdg2 dr segi komen yg di beri pun aku boleh tahu dia nie jujur ke atau saja nak amik hati.

tp bagi aku tak kisah sbb kita hanya menulis ikut hati kita terpulang kat org yg membacanya. tak kisah org tu nak komen hentam ke puji ke asalkan aku hrp dia tak komen guna "si anon-anon". itu memang kepantangan aku.

bagus entri ini. teruskan menulis noe.

missnanako said...

sebab kau kakak yang bila aku baca blog kau,aku rasa dekatnya kita.terima kasih sebab nasihat ini :)

ANIeM said...

ape jenis entry daaa... jawab? haha..just kidding (' ')

hamifaizal mohsin said...

owh i suka kalau orang ramai komen blog i, tak kisahlah kutuk ke puji ke, janji komen.
kalau ada orang komen maknanya orang baca blog i, ada banyak follower, maknanya i fofuler, jadi marilah baca blog i, komen blog i, jadi stalker i eh eh silap, follower i ye, i ni attention seeker hahaha!...:P

hi, noe, lama tak jumpa huhuh :)

azyan azilah said...

salam. jarang sekali aku nak bagi komen terhadap blog yang aku baca,tapi kali ni aku terasa terpanggil untuk bagitau perasaan aku.

first of all, i love your blog. aku sendiri tak ada blog yang cantik isinya, blog yang berani mengeluarkan pendapat sebab aku rasa pendapat aku tak didengari atau aku takut takut terhadap tanggapan kawan-kawan aku bila aku post sesuatu yang controversy. so i play safe. i post something yang fun, jalan2 dengan kawan, makan2, things like that. mcm blog2 yang owner die cantik dan beribu orang komen semata-mata dia cantik or dia pergi makan dan dia cantik. things like that. i felt fake.

most blog aku yang aku baca mengutarakan sesuatu yang bernas. ideologi, events around the world. bukanlah aku nak kutuk orang yang follow blog gadis cantik seperti kawan aku. kalau kau tak suka kau jangan follow kan. cuma entahlah. mereka ni lebih banyak nakkan pujian. pendapat aku je la.

lagi satu,kau letak gambar kau banyak2 dalam blog, yang jenis comel2 laki nak picit2, pastu orang gunakan gambar kau untuk iklan ubat kuat. tanpa kebenaran. man you should see that coming. aku prefer blog mcm anoneeemus or obe or TTGB or lidah, just to name a few. kritikan adalah lebih banyak dari pujian. macam tu baru terasa hidup dalam dunia sebenar, bukan dalam dunia khayalan yang ada pari-pari terbang dan semuanya indah belaka.

sorry rasa macam terlari topik sedikit.

Mummy said...

pendapat sy, dialam maya nih wpun kiter tak mengenali sesama sendiri, kiter masih perlu ada adab dan sopan dalam penulisan..kalo tak suka cara penulis tu menulis kritik secara sopan..antar email or msg..jgn malukan dia...

TheBentPencil said...

Hai kak.

saya orang baru. mintak tunjuk ajar.
*salam*

ah, actually, tak ada la baru sangat. cuma sekarang baru blogging secara serius. dan betul, memang kena keras hati.

dulu ada juga entri-entri saya yang buat orang marah. bila ada anon masuk rage dan maki2 saya cuma ketawa besar saja lepas tu layankan dia.

saya ingat saya boleh handle semua tu tapi bila orang yang marah itu akhirnya orang yang saya kenal IRL, duduk tepi corner jugak menangis.

waduh, kata orang, berani buat berani tanggung.

fulltime dreamer said...

Best entri kau ni...yang "Mungkin ada yang baling batu sorok tangan" tu untuk annonymous ke hape?tehee:D

Diloz said...

aku memang suka blog hang ni dari dulu lagi.
tepat je kalau bercakap / kritik.
tak ada nak cover-cover
*tak jaga market sebab takut popularity jatuh*.

kau memang real.

my said...

First time komen kat sini walaupun da brape lama da follow. Tak suka komen-komen ni, penat nak gerakkan jari nak taip.

BTW, dulu aku ada gak publish blog aku (dalam 7-8 tahun lepas) tapi lepas dapat beberapa komen dari stalker aku yang dia tergila2kan aku sampai nak kawin dengan aku masa bini dia tengah berpantang kat rumah, terus aku privatekan blog aku. So, adakah itu maknanya aku tak ready?

dah biasa da komen negatif tapi bila kena kes camni, taubat. aku bukan cantik sangat pun nak ada stalker. seram jer.

Ladynoe™ said...

itu cerita lain, MY.

AyuJelitaz said...

sumpah best entry ni... cayalah noe.. ;D

NAJ HEBAT said...

yup. agreed.

ni lah manusia.

punya naluri nak dipuji. takpe.

meh sini,

hai kau cantik sekali.

keikhlasan? tolak tepi.

Itu hal, Tuhan yang tahu.

tapi pokok pangkalnya, manusia suka dengar benda yang dia mahu dengar.

kan?

N@d0x $i k0d0x said...

aku suka part yang kau tulis mengenai tindakbalas para blogger bile dikutuk akan kata 'suka hati aku lah, blog aku'.

kalau dah tulis kat blog yang boleh dibaca oleh semua orang, kau mesti buka minda dan hati untuk di tentang dan akan berbeza pendapat, so kalau tak boleh terima kritikan dan pandangan orang lain baik buat blog ko private je untuk follower kau yang suka memuji-muji kau sahaja. fullstop.!

hahaha aku sangat setuju dengan entry kau noe.!

LORD ZARA 札拉 said...

Salam Kak.
Setuju dengan penulisan kamu.

Ya.
Kalau hati tak cukup kental, mungkin tak boleh tulis blog. Orang mencarut, memaki di ruang komen dah biasa sangat dapat sampai, ha ha ha, kena padam bila ayatnya melampau masuk2 dalam kain dan seluar.

XD

ShilaShower said...

nice one :)

dan ini menyedarkan, i spesis yang tulis blog gaya play safe. mau lebih2 bantai sana sini tak berani. huhuhuhu.

so blum ready lah kot ke apa. =___=

alkapon said...

noe aku on the way nak kurus

Che Lin said...

sgt suker entry ini :-D (langsung terus meninggalkan 'tapak' disini)

karatz said...

salam.bila tulis entry.kita nak luahkan sesuatu.kena hentam ke puji ke.terima je.bersedia lah terima apa apa pun.buat apa nak takut.but,utk entry yang kita mungkin tahu akan ada kritikan,kena la buat supaya tak berat sebelah.tu pun kena hentam lg.kekeke.just share pendapat.

hudhud said...

Blog. Boleh buat kita stress dan lega. Hehe :)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Pernah dengar pasal blog akak ni. Tapi baru tergerak hati untuk baca. Jujur, suka dengan penulisan akak yg bersahaja.

Mungkin sesetengah perkataan yg agak keterlaluan, pada pandangan saya.

Apapun, saya doakan yang terbaik untuk akak. Jadilah anak, isteri & ibu yg solehah. InshaAllah :)

Halle Calypso said...

haha.. betul juga ape yg akak tulis nie.
kdg2 saya pun tertanye2, utk ape sy tulis blog.
utk suka2? sekadar tempat utk tulis kenangan yg bahagia and sometimes sengsara.
hehe..ntahla.
jd igtn utk sy sendiri kena la toughen up if ade org hentam.

Salhah Suhot said...

suka entri ladynoe yg ni...XD