24.3.11

Menjadi manis tanpa gula.

Aku tak macam sesetengah manusia yang MESTI ambil minuman manis dalam sehari atas sebab-sebab tertentu. Minuman sehari-hari aku hanya susu dan air mineral sahaja. Sebab tu walau saiz semasa mengandung aku boleh dikatakan unbelievable untuk wanita sofistiketed macam aku, tapi yes, doktor pelik dengan tahap kesihatan aku memang cemerlang pada waktu itu lah.

Dan rentetan daripada itu, sejak dari Sabrina kecil lagi aku memang jaga pemakanan rutin dia. Sejak dia boleh makan makanan pejal, bubur yang aku masak hari-hari untuk dia memang tak ada garam. Apatah lagi kalau nak bagi jus buahan asli, memang tidak bergula. Semuanya kerana aku memang risau dengan kadar pengambilan gula anak aku. Kalau macam aku, aku lebih suka ambil makanan yang secara naturalnya mengandungi gula seperti dalam buah-buahan.

Nak-nak gigi Sabrina pun belum tumbuh lagi. Jadi aku gunakan kesempatan ini, jaga sebaik-baiknya, supaya tidaklah nanti bila Sabrina dah ada gigi, wajahnya kelihatan lebih baik, jika tak ada gigi lansung.

Atau sekurang-kurangnya untuk elak dia jadi bahan ejekan di sekolah kerana faktor yang bukan-bukan seperti saiz pipi, pinggul atau peha misalnya.

Semenjak harga gula dah semakin mahal dan hospital pun macam dah nak penuh, Aku rasa, kamu semua patut kawal pengambilan gula dari sekarang. Caranya mudah sahaja.;

• Periksa kandungan bahan dalam makanan yang bakal dibeli di kedai/pasaraya, terutama sekali bahan makanan untuk anak-anak lah. Kalau tak tulis "sugar" sekali pun, kamu harus periksa nama-nama biasa bagi jenis-jenis gula tambahan (added sugar) seperti Sucrose atau Corn Syrups Solids atau Glucose Syrups Solid. Selain daripada itu, periksa juga kandungan kadar KARBOHIDRAT. Semakin tinggi kandungan KARBOHIDRAT, semakin tinggilah kandungan gula di dalamnya.


• Amalkan memakan Buah, susu, sayur, madu dan buah lagi untuk mendapatkan bekalan gula dalam badan di dalam rutin kamu.

Lagipun, apa sangat lah makanan/minuman yang kamu fikir tidak 'in' kalau tanpa gula kalau nak dibandingkan dengan kegelapan masa depan gara-gara kegemukan, gigi buruk, kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Kan?

Atau sekurang-kurangnya, kalau bukan sebab nak elak penyakit pun, mungkin korang boleh kurangkan keghairahan pengambilan gula dalam rutin seharian semata-mata nak jadi manis tanpa gula macam aku? (sambil wajah bersungguh betul-betulkan rambut.)

13 comments :

Amy Yussiela said...

sukeee. :D

Marhaen Kacak said...

mmg lama x membaca kat blog ni...fuh

Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

ENCIK TIKUS said...

ehh hospital pun macam dah nak penuh kea ?

AlexiaAqram said...

ok. ang segak.

Rhona Rozlan said...

Part ni (sambil wajah bersungguh betul-betulkan rambut.) buat aku ketawa. Cis.

CikLilyPutih said...

itulah aku tak nak kena potong kaki oit bahaya..

Encik Psychopath said...

lawa.

eh.

baguslah jaga pemakanan sendiri dan anak mcmtu. gudjob. me too.

Kasmawati Jaafar said...

kau memang manis. walaupun tanpa gula.
tapi tetap semanis gula. =)

Legasi Piston Pecah said...

bagus kalau dapat dikawal dari peringkat awal usia lagi.

eLL said...

lebatnya rambut. ada petua?

Enchaoz said...

tp muka ladynoe nmpk masam jer?? uhuhu

misz molecule said...

even tak amik sugar..


but u really look awesome dear!


sy pun xsuke gula or susu2 pekat..


juz a glass of milk, i have my life!


xsemestinya, take sugar can look sweet rite?heheh

budak awam said...

aku suka susu! huhu :P