13.3.11

Perkara Rawak #029 - 5 minit

Aku dah lama nak beritahu perkara ini.

Tapi aku tak tahu nak susun ayat macam mana.

Tapi bila dah banyak kali sangat berlaku, aku nak juga lah beritahu. Walau berterabur macam mana sekali pun ayat aku. Tapi oleh kerana semua pembaca aku intelligent, aku rasa kamu semua faham kot apa yang aku nak sampai kan.

Kalau ditakdirkan satu hari nanti kita bertemu. Terserempak. Terbelanggar. Terbelaga. Tercium. Ter-apa-apa sahajalah; ambil masa 5 minit, kita berkenalan. Kita bersenyum-senyum. Sebelum kau declare, "Hai Noe, Aku baca blog kau".

Kalau tiba-tiba jumpa tiba tiba cakap baca blog aku dengan tiba tiba aku termangu-mangu tiba tiba jangan lah tiba tiba cakap aku sombong pula.

Aku ni pemalu lah.

:}

Atau tak payah declare pun tak apa. Stalk dari jauh kan lebih romantik.

Eceh.

p/s: dan jangan lah takut nak tegur. Walau pun muka aku ni nampak serius dan garang, tapi sebenarnya aku ni peramah juga. Nak nak kalau kau seorang jejaka yang kacak, kan?

10 comments :

weed something out said...

pernah terjadi.

awkward!

LadyRye said...

sayang sekali aku bukan jejaka, kacak apatah lagi!

Z said...

patutla macam awkward gila je haritu kat Deftones :D Kita excited sangat jumpa blogger yang I've read since 3-4 years ago :D

Myza... said...

hahaha...aku ada gak tgur ko kat deftones ri tu...tatau nak ckp apa..tgn laju je hulur nk salam..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik tertarik ngan perempuan cantik cam ko dan dari kaca mata makcik nampak gorjes. tapi makcik kalau jumpa ko mungkin tak tegur ko, sebab makcik pun pemalu, bukan sombong . tapi dalam hati berbunga -bunga gembira.

Myra said...

lol

just because u blog doesn't mean u're open to random stranger punya teguran on the street. off guard plak tu. lol.

jgn risau jgn risau

i'm sure org faham :)

ateekaamer said...

ye sangat awkward -.- kalau dia blog juga takpe. aihh speechless tak reti nak reply apa.

Enchaoz said...

ahahaaha teringin lohhh nk jumpe!! heeehheee :P

oni said...

"weh! noe la! noe dgn anak die, sabrina. comelnye..... eh fandi mane?" *hati berbunga-bunga* (cakap dalam hati, dari jauh.)

-icha03- said...

sokong.
muke noe serius giler
takot.
tp dia suwit
lagi suwit bile dia bgn tdo
serius.
aku x tipu!!