22.3.11

Sayang Sufiah - #002

Razak dah tak boleh blah. Sehari-hari aku tengok, rutin dia sudah tidak sewarna warni dulu. Kalau tergelak pun, nampak sangat macam buat-buat. Lawak jenaka dirasakan seperti struggle dilakukan semata-mata untuk membuat Razak tergelak macam selalu. Lawak jadi tak pure. Lawak kedengaran macam lawak bodoh jadinya.

"Awat hang ni?" seperti biasa dalam cerita ni, watak aku sebagai seorang heroin yang prihatin.

Razak senyum. Pun nampak sangat senyum di buat-buat.

"Angau?" asak aku lagi.

Razak sambung termenung.

"Rileks la wey..ada jodoh tak kemana.." ayat klise yang aku tahu tak membantu lansung.

Azmi jawab, "Sakit rupa-rupanya bila kau dah mula sayangkan seseorang yang kau tau kau takkan dapat. Kan?"

Aku pandang muka Razak.

Tak macho lansung sebab ada titik jernih di hujung mata.


"Kau serius ke ni?"

Razak angguk, tapi mata pandang ke skrin monitor.

"Kau suka dia ke? Maksud aku, gila babi punya suka?"


"Insanely, yes."

"Dia suka kau?"

"Aku tak tau. Semalam sampai jam 2 pagi aku ber-SMS dengan dia,"

Razak menghela nafas. Jarang betul aku tengok Razak macam tu. Encik Azmi lalu di hadapan kubikel buat lawak sarkas pun Razak boleh kental tak ketawa.


"Suami dia mana?"


"Suami dia pergi memancing dah 3 hari tak balik," 


"Lah..................?"





bersambung..

12 comments :

afrohead said...

eh Razak dapat nombor phone isteri orang tu rupanya.

Merentas Horizon said...

kak noe, ni cerita betul ke atau novel bersiri? asyik bersambung je.

xxxxxxxx said...

jangan dijolok sarang tebuan...
...take it from the one who once did b-(

how did i snap out of this supermassive blackhole?? to be continued...

LadyRye said...

cerita ni last skali aku rasa razak mati dibunuh oleh si pemancing!

haha!

Tijah said...

best. sambung plis...

Dayana said...

sure perempuan tu suka kat dia jugak sebab kalau tak suka, dia takkan layan sms sampai 2 pagi. right?

suci suza said...

tak saba nak tau sambungannya

CikW4nKemb4ng said...

lady noe,

buat la novel.. hheehe, suka cara penulisan u
hari2 dok jenguk blog ni

Zaqyah Rezzaq said...

lagi! lagi!

Apple said...

bila nak abis ni.. nak tau kesudahan nya..

ENCIK TIKUS said...

dia dapat ikan ape ?

Haynee said...

faham sangat dengan perasaan si razak.
rasa sayang gila tapi tak ada daya.
nak lari tak boleh sebab dah terjatuh cinta.
yang mampu buat cuma berkurung dalam bilik gelap sorang2, senyap2 teresak.