5.3.11

Tukang Kupas


Sebagai seorang manusia yang serba lemah dan masih mencari-cari untuk kefahaman sendiri, aku banyak persoalkan perkara itu ini terutama sekali perkara yang berkaitan dengan agama lah. Kenapa mesti begini? Kenapa mesti berdosa? Kenapa tak boleh buat ini? Kenapa tak boleh buat itu? Bagi aku, beramal sahaja tak cukup kalau aku tak faham segala isi-isinya.

Umpama kau makan buah nenas, kau main telan je dengan kulit-kulitnya. Aku tak pernah peduli pun sebelum ni. Orang cakap solat, aku solat. Orang suruh puasa, aku puasa. Dah macam tradisi hidup. Sebab aku dilahirkan Melayu dan Islam.

Nak nak bila aku dah kahwin. Banyak hukum hakam dan soal jawab dalam kehidupan berumahtangga aku bangkitkan. Isi yang disuapkan ke dalam rohani aku semasa menghadiri kursus kahwin dahulu, membuatkan aku nak persoalkan lebih banyak benda lagi sekarang.

Penceramah kursus kahwin cakap;

Isteri yang tidak melayan kehendak nafsu suami pada malam hari tanpa alasan yang kukuh akan dilaknat malaikat sampai ke esok paginya.

Persoalan aku, siapa pula nak laknat suami kalau dia mengabaikan tanggungjawab dia dalam melayan nafsu isteri pula? Apa jadi dengan suami yang memandang remeh dengan prestasi batin diri sendiri misalnya?

Isteri yang meninggikan suara dengan Suami berdosa. Derhaka.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang meninggikan suara dan menyakitkan hati isteri?

Isteri yang keluar rumah tanpa izin suami dianggap nusyuz. Berdosa lah lagi. Haram lah lagi.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang keluar rumah meninggal kan isteri tanpa kerelaan isteri misalnya?

Isteri tidak boleh melihat lelaki lain. Tidak boleh meminati lelaki lain. Apatah lagi kalau isteri curang. Memang neraka jahanam lah tempat kau, misalnya.

Persoalan aku, bagaimana pula dengan suami yang duduk melepak sambil bercerita tentang saiz buah dada setiusaha pejabat sesama rakan-rakan?

Dan macam-macam lagi lah. Semua yang diterangkan kepada aku semasa kursus kahwin dulu, menggambarkan yang perempuan sahajalah yang harus beriya-iya semuanya. Isteri kena main peranan.

Kalau taknak suami pandang buah dada orang lain, isteri kena sapu krim krim dan pil pil yang tidak munasabah untuk membesarkan buah dada sendiri yang akhirnya menyebabkan barah lah puleeekk.

Bagaimana pula dengan zakar suami yang comel sebesar cili?

Kalau nak suami ada sahaja di rumah, isteri haruslah pandai masak. Ikat perut suami. Supaya ke mana-mana suami pergi, sambal tempoyak ikan talapia isteriku tetap di hati kononnya.

Bagaimana pula, cara untuk suami, buat isterinya ke mana-mana sahaja ingat sesuatu x-faktor tentang suami?
HAHAAH! Macam-macam. Tentang ibadat pun sama. Dari solat, puasa, hijab. Sampai lah kenapa kita kena mengelilingi kaabah. Apa sebabnya? Aku bukan menolak hukum Islam. Aku bukan ragu-ragu. Bukan tak percaya. Sumpah bukan. Tapi aku nak faham. Aku nak faham dalam-dalam. Aku solat macam biasa. Aku puasa. Tapi aku nak faham. Faham dan faham lagi.

Sekian lama aku tahan persoalan ini semua. Sampai lah satu masa, aku muntahkan juga semua persoalan ini kepada encik Azmi. Aku nak tahu, apakah hati aku sedang dibolak-balikkan iblis untuk menyesatkan aku? Atau aku ni memang bermasalah?

Seperti biasa encik Azmi yang memang miskin attitude tapi kaya dengan jawapan yang ringkas tapi bernas-nya;

Noe, tidak ada satu pun kurangnya dalam agama kita kecuali satu; kita hidup di kalangan di mana kurangnya TUKANG KUPAS yang betul-betul boleh huraikan hukum hakam agama ni. Penceramah agama yang sedia ada kebanyakkannya pandai bercakap, tapi tak pandai menghurai. Dengar mereka berceramah, memang terhibur. Kelakar rasa nak pergi lagi. Tapi bila pikir pikir balik, entah apa yang dia cakap sebenarnya? Balik balik lawak lucah dan hal politik. Contoh, isteri curang, berdosa, masuk neraka, tapi pernahkah Tukang Kupas kita huraikan kenapa isteri boleh curang? Dimana silapnya suami dalam hal itu? Aku tak hairan kau persoalkan semua ni. Perempuan rajin mengkaji. Rajin membaca. Lelaki ni ignorant kebanyakkannya. Kita menjatuhkan hukum ikut a-quran. Tapi masyarakat Melayu Islam kita berapa ramai sangat yang faham al-Quran? Bila soal agama di bangkitkan, balik-balik, Google jugak jadi panduan.

Terdiam lama aku. Suasana sunyi di sokong dengan struktur studio grafik pejabat aku yang memang dikelilingi oleh tingkap-tingkap besar yang menyediakan pemandangan yang indah sayup sayup menyusuk hati. Peh.

Okay. Ada sesiapa nak rekemen aku Tukang Kupas agar aku tidak sesat menuntut ilmu tanpa guru?

P/s: Sekarang aku wonder, adakah aku berdosa kerana terlalu cinta kan Johnny Depp? Hermm..

42 comments :

fezaL Mohd said...

betul juga apa yg diperkatakan tu . sangat logik .

AiTotYati said...

salam Noe.

Ai juga pernah begitu dulu. dan skrg masih terus begitu spy kita akan faham satu2 perkara dgn sebenar-benar paham.



kalau secara maya, Ai shuke cara ustaz zaharuddin di

http://www.zaharuddin.net


kalau secara belek membelek, Ai shuke baca majalah Solusi.

:D

AiTotYati said...

sori Noe, Ai nak tambah lagi ni.
ni blog ustaz tu juga

http://www.zaharuddin.blogspot.com/

LadyRye said...

aku pun sama

betul cakap en azmi

lelaki ni sifat dia ignorant tetambah sebab dia ialah khalifah

bila ignorant, seharusnya yang berkenaan dirinya dicover dengan bahawa kami inilah yang bertanggungjawab menanggung dosa kamu nanti!

seorang suami dan seorang ayah! cliche, kan?

dan aku sangat minat tengok hero hindustan menari pakai baju jarang nampak puting tetek badan ketak-ketak, owh..

adakah neraka tempatku kelak????

NAJ HEBAT said...

yup. indeed. ni yang aku slalu tanyakan. tapi hasilnya.. aku ni mcm kne rasuk setan, mempersoalkan apa yg dah tertulis dalam Quran, hukam hakam Tuhan.

I need the answers either.

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

Tny keretamayat, ada dlm bloglist kan? Ehm sbnrnya semua soalan tu ada jwpn dlm Al Quran. Aku rasa sebab penceramah kursus kawin byk lelaki sebab tu dia taruk je kat perempuan. Kalo nak ikut suami isteri ada peranan masing- masing. Suami kena jaga kepentingan isteri sepertimana isteri kena jaga. Suami berdosa kalo tak mampu menunaikn nafkah batin isteri, kecuali ada sakit atau sebab2 tertentu.lagi,Hukumnya jelas, yg mana haram memandang aurat bukan muhrim bagi kaum berlainan jenis.. Kalo dah terbuat bertaubat minta ampun.rasanya sekarang banyak ceramah agama kadang kadang wanita hari ini pon ada menghuraikan semua persoalan yg ko tulis tu.cubalah tgk balik episod lepas lepas.

Merentas Horizon said...

Salam,

hai kak Noe, mungkin youtube ni bleh bagi klu sket.. http://www.youtube.com/watch?v=PmI55H53UhM&feature=related

rather than that.. ada banyak orang2/ bdn2 kat luar sana boleh membantu dalam masalah ni, try google untuk mendapat sedikit info. kebanyakan dari diorang sediakan weekly program macam mentoring gitu, form small circle.. kat situ boleh lah tanya macam2 direct to the teacher. Antara pertubuhan yang bagi knowledge dgn cara macam ni, ikram, haluan dan several lagi.. ada juga alhkadeem, an nida.

Jazica Albek said...

saiful islam yg famous tu ialah seorang penceramah yg sgt bagus dan bercerita ttg hukum dgn sgt detail. kak noe bolehlah amalkan baca (kalau belum baca) saifulislam.com dan iluvislam.com. atau kalau sungguh nk belajar, emel je dia.

apa2 pun, bila kita terlalu byk persoalan dan rasa semakin lost, berbaliklah kepada rukun iman yang enam. Back to basics. Sebab di situlah letaknya kunci pemahaman paling utama.

cik rose said...

aku ingatkan aku sorang je yg ade pemikiran mcm ni dalam kepala. bezanya, aku tak seberani ko untuk berterus-terang macam ni. anyway, pada aku, nih entry terbaik ko. thanks sbb buat aku rase nak cari tukang kupas juga.

Ladynoe™ said...

Cik Rose

Berani kan diri cik rose. sebenarnya ramai lagi yang mempersoalkan benda yang sama. Yang lagi hebat persoalan dari aku pun ada.

asoarchery said...

Noe, setahu aku kerja rumah n jaga anak tanggungjawab lelaki. So sekarang sila nilai peranan lelaki.

CaBaiKeRinG said...

Google for zakir naik bnyk you tube videos

farihah said...

setiap persoalan mesti ada jawapan.
setiap jawapan mesti ada kebenaran.
bile xde kebenaran maka batil lah iye.

balik kepada soalan basik, kenape kte hidup?

CPI said...

salam.. noe.. mintak share,.. sbb aku jugak selalu berperang dgn benda2 mcm nih..

Dark Half said...

noe,
aku masih mendalami islam dan aku boleh agak persoalan2 di kalangan wanita spt yg kau tulis tu. aku pernah dengar ceramah di tv (dah lupa program di channel mana) yg suami juga jatuh nusyuz kalau dia menganiaya atau mencederakan isteri. yg lain2 aku tak berani jawap

tapi, kalau kau ada masa, cuba beli buku 'Syahadah Gadis Ateis' tulisan Imran Haaz. dulu brader ni rock habis tapi dia study kitab2 agama utama di dunia termasuk Al-Quran, Bible, dan kitab agama Hindhu dan Buddha. dia berjaya kembalikan akidah sorang pompuan melayu yg dilahirkan islam tapi mengaku ateis. budak pompuan ni penah dicerca oleh para ustaz dan ustazahnya sbb mempersoalkan soalan2 berupa soalan yg kau kemukakan di atas

aku pernah email brader imran melalui e-mail satuhala@gmail.com. dia bukan ustaz tapi kalau minta dia jelaskan tentang sesuatu persoalan dalam islam, insyaAllah dia dapat quote surah, ayat, juzuk berserta fakta saintifik jika berkaitan

blog beliau: satuhala.blogspot.com

Ted said...

saya setuju dengan en azmi, tukang kupas tak berapa kupas isu. Skang org didik anak pandai larang jangan tak solat, t masuk neraka. Semua gambarkan mende teruk2 je, tak puasa masuk neraka, tak solat masuk neraka. Sepatutnya kena bgtahu, kena solat kerana islam itu bla bla bla. Barulah org pandang islam tu indah

weed something out said...

kebanyakan orang melayu-islam malas berfikir malas bertanya kenapa itu dan ini.

soalan2 contoh di atas adalah sekumit pertanyaan yang sebenarnya ada pada semua melayu-islam, cuma bergantung pada mereka nak 'mencari' atau tak.

orang kita kadang-kadang suka mengikut sajaa... ;)


p/s membaca itu penting.

cujen said...

nak share la entry ni..tapi takde butang share pulak kat sini...

Global Niche Consultant said...

try cari dalam u tube...ustaz azhar idrus

FARAHNYEMAHMULYA said...

noe gi tgok ustaz keretamayat..untuk dapat maklumat sikit2lah..bleh jugak beli2 buku agama yang ok2 telaga biru..ke..start baca yang simple jgn gid hukum hakam sampai yang dalam2 faham akar pokok dulu yang basic

Myra said...

pada saya terdapat bias tukang penyampai rather than ketiadaan hukum utk para suami dalam issue women's rights in islam. kebanyakkan penceramah dan penulis buku adalah lelaki maka secara tak langsung ia lebih kepada what men expect from women semata.

maybe someone forgot perempuan yang rajin mencari instead of lelaki?

banyak buku about perkahwinan yg the gist of it is how the woman punya peranan is ultra super penting in the marriage, i do agree it is super penting but the lack of highlighting what men should do mmg sgt sgt kurang. i take it mcm assuming men automatically know what to do.

paling kuat maybe Hadith "
The best of you are those who are best to the women." (Sahih At-Tirmidhi, Ibn Majah and Al-Jami Al-Saker) *women di situ bermaksud wife jika tak silap

dont get me wrong there are men yg faham and praktikkan konsep "bincang dgn wife dulu baru decide altho ultimately i yang decide what is best" **major love!**
i trust men begini sebab they understand yg mungkin dia terover look some aspects yg perempuan nampak (jangan underestimate perempuan punya vision), and they understand 2 people punya thoughts are better than one, and i will trust his decision sbb i faham paksi keputusan tu is benefit for all rather than benfit utk dia sorg. i am happy to make him decide sbb i have been heard and i understand dari sudut mana dia buat keputusan tersebut.

but i think most men decide dulu thinking the wife's thoughts are less important than his, which i hope will change for their marriage's sake!

husbands,
i guarantee if you be good to your wife, you'll get so much devotion from her u'd be surprised u'd ever look any other way :)

shakir said...

salam cik...sbnya ni la mslh kita semua (org islam)...apabila kita semua dh jauh dr sunnah nabi maka..kefahaman agama akn hilang termasuklah alim2 ulamak di kaca tv, di media massa kita....(x semua)

cik..sy pon nak dalami agma gak...agma ni umpana lautan yg tak bertepi....khazanah ALLAH maha luas...ALLAH swt SGT HEBAT....dIA YG MNCIPTA Akal FIKIRAN KITA......stp SST PASTI ADA JLANNYA.....klu cik nk dalami agama bkn melalui buku, tv atau internet....tkot nt slh phm lak...masuklah MADRASAH IMAN...usaha atas iman..kembalilah kpd sunnah nbi...keluarlah di jalan ALLAH..khuruj fi sabilillah ..ALLAH PASTI AKN BG HIDAYAH DAN KEFAHAMAN AGAMA BDSARKN MUJAHADAH DAN SUSAH PAYAH KITA DALAM AGAMA...SLMT BERAMAL..ajak la suami pg masjid jamek bandar baru sri petaling...kl. insyallah ramai ulamak2 mursyid di sna yg mungkin dpt bantu cik insyallah ....salam

Myra said...

let me add (haha sorry LadyNoe!)

the bottomline is the CULTURAL mentality yang kedudukan perempuan lebih rendah dari lelaki is the wall yg kena overcome.

if tak suka isteri cakap tinggi suara, then jangan cakap kasar dengan isteri (contohnya jawab dgn dengus/sepatah je sebab malas nk cerita bila isteri tanya banyak2) you could delay it by saying "let me rest kejap, jp lg i cerita" misalnya. surely the wife akan pause kejap and let you chill, tp make sure cerita la lepas tu! dah janji nk cerita tak cerita mmg asking for it la kan hahaha

if nak isteri sayang2 u, then u kena sayang2 isteri pls. I forgot which narration tp did you know betapa sweetnya Rasulullah offers his leg for his wife to step on untuk naik her camel (zaman tu takde kereta). and despite dia jadi ketua agama, tentera and pentadbiran segalanya, dia juga ketua keluarga yg buat house chores dia sendiri pls? dalam masa 23 tahun sebar agama islam from scratch yg zaman tu orang tentang habis2an sbb susah nk tinggalkan habit/agama lama, he manages to excel as a spiritual and military leader, ruler and still be a family man.

I think Michael Hart punya judgement mmg betul making Rasulullah top spot 100 Most Influential in History. dalam wiki dia describe: Active as a social reformer, diplomat, humanitarian, philanthropist, merchant, philosopher, orator, legislator, and military leader.

as an intro, link ni best:

http://www.inspiredbymuhammad.com/

7's baby said...

:) saya cadangkan noe ikut kelas aqidah dengan tawheed, sbb kalau gi ceramah umum dia tak khusus.

hopefully, takkan ada persoalan yang macam ni lagi.. kalau faham tawheed you will have faith and conviction with no doubts or misgiving towards Islam.

ni ada kelas kalau nak ikut tapi taktau dekat dgn noe atau tidak.

dari yayasan al-khaadem
Aqidah
Day: Every 1st and 3rd Thursday
Time: After Maghrib
Language: Malay
Venue: Surau An-Naim, Section 5, Wangsa Maju.
http://al-khaadem.com.my/

kalau nak dgr ceramah, saya cadangkan dengar dari penceramah yg lebih cenderung kepada salafi. cthnya shaykh anwar al-awlaki, dr. asri

:) i am a believer and still trying to be a good follower. marilah belajar sama-sama.

syafiQakarim said...

oke.ni la benda yg seharusnya iqa
belajar dan ketahui.tengs.

lauryn said...

saya selalu kena marah oleh rakan-rakan sebab mempersoalkan hukum-hakam. malangnye mereka tak faham ianya datang daripada perasaan ingin tahu, sebab ramai yang dibesarkan dengan cara "jangan persoalkan esp hal-hal agama".

anyways, selagi awak mencari dan mencari, awak akan diberi guru itu. mintalah Allah berikan awak jawapan, dan insya Allah, akan dihantar seseorang atau beberapa orang sebagai tenaga pengajar.

Booty Martinez said...

balik-balik kalau kita tanya lelaki pasal soal agama yang ini, jawabnya, dah hukumnya begitu. Perempuan harus lebih menjaga diri, maruah tatasusila dan perlu melayani suami. ok fine. dah hukumnya begitu....

sedangkan...Islam itu sangat adil.

Rhyati said...

nak rekemenkan ustaz hasrizal from saifulislam.com.. the best tukang kupas so far saya pernah jumpa.. cara tersendiri.. tidak berat sebelah lelaki ataupun wanita.. logikal dan huraian yang bernas.. cuba2 la.. pastu kongsi kat sini ye.. saya pun berminat nak tahu jugak.. ngehngeh..

Reb@k said...

=) insyaAllah..Kita semua akan mengetahui ttg yg ditanya itu tak lama lagi, selangkah kita dekat kepada Allah SWT, berkali ganda langkah Allah SWT akan dekat ngan kita...teruskan usaha murni anda itu. jangan putus asa ya

me the martian said...
This comment has been removed by the author.
me the martian said...

aku pernah dicop ustaz sebagai murtad pasal membangkitkan isu2 ni. dan byk isu2 lain la. i think i am still looking for answers..and kebanyakan yer tak berjawab. the thing is..kalau aku layan jawapan2 mangkok tu...buat aku marah je as if aku ni tak boleh la nak fikir lebih dari jawapan tu. come on ustaz2 semua..ingat org ramai ni bodoh sgt ke? tak boleh ke bagi jawapan intelligent skit?

ADMIN JobSentral said...

setiap persoalan pasti ada jawapan..cuma jangan putus asa mencari kebenaran...

xxxxxxxx said...

http://www.youtube.com/watch?v=kSv0o5PaAsI pengupas kontemporari that u might loikke :)

Myra said...

sheikh hamza yusuf hanson pun agak awesome :) but nouman ali khan agak practical as xxxxxxxx has given

KayNisa said...

salam noe, kalau ko bosan2 kt opis. cuba layan mp3 ceramah dr bbrp ustaz yg bes.. aku pn suke dgr.. byk bnda yg aku xthu b4 ni alhamdulillah dpt tahu

ust kazim elyas - ckp loghat perak

ust azhar idrus - ckp loghat tganu

dua2 mempunyai pendekatan tsendiri utk kite trus dgr n dgr ceramah dorg. amik ape psl yg dorg nk smpai kn. klo ade ckp psl politik tu ignore je lah. dgr ilmu yg nk disampaikn tu.. insyaAllah boleh faham

kalau ko berminat nak belajar mengaji, aku slalu join kelas kt umah member aku kt TTDI. ustaz tu ok lah, after mengaji ko leh tanye soalan kt dia. insyaAllah dia cuba jawab. sbb mak kawan aku suka tanye soalan2 ala2 soalan ko ni.

Republic Aku said...

jangan susah hati.....kalau ditakdir terima laki macam gitu...bersyukurlaa...sekurang2nya dapat zuriat dan lain2 ...dan kalau tak puas hati ceraikan sahaja suami tu!! abis cer!

Love said...
This comment has been removed by the author.
Love said...

aku pun ada buat entri pasal isu ni cuma ayat tak seindah noe.. tak de isu kupas mengupas tapi lebih kepada perasaan tertanya-tanya

adda_shariff said...

hi noe. if u dont mind, saya nak forward persoalan di atas kat one ustaz at fb. sbb persoalan2 yg menggangu benak saya nih rupenye org lain pon mengalaminya. maka nya, boleh lah ye?

thanks!

abdul mutalib jaamat said...

oit...check out;
WANITA BERKALONG SORBAN from indonesia...digarap dari sebuah novel dgn nama sama..
a good movie beb...
dvd aku part minit ke 55 stuck kejap..
if boleh donlod go for it
if ada kt youtube go for it..
in many way, this is quite good for this persoalan or something.but yet, people need to define everything on their on way, not just using their so-called agama dengan sesempit nya kot..

-talibxjoe-

headbart said...

alhamdulillah ko ada sifat ingin tahu yang sungguh kuat.
Untuku menguatkan lagi hati dengan Islam, ko harus faham agama yang ko anuti dan perkara yang ko amalkan. Untuk pelajaran tercepat dan termudah ko pergi lah lawat blog Ustaz Zaharuddin, bacalah Solusi, dan sekali-sekala cuba jenguk blog keretamayat.

Jalan terbaik, memang ko harus ikuti kelas2 agama, tapi untuk permulaan ko jinak-jinakkan diri dulu dengan makalah-makalah yang lebih senang ko nak access ni.

Aku memangkan sarankan majalah Solusi. dan juga buku-buku keluaran Telaga Biru.

Selamat belajar!

zaza said...

Ustaz Hasrizal, Ustaz Asri (Dr. Maza), dan Ustaz Zaharuddin adalah 3 ustaz/ilmuwan yang saya recommend.

Kenapa saya guna 'ilmuwan?. sebab mereka bukan ustaz yang akan kata 'jangan soal banyak, ikut je'. mereka bukan ustaz yang cuma berkata tentang hukum semata-mata, ini haram itu haram, sana haram, sini haram, tetapi mereka menghuraikan, mengapa haram, mengapa tidak. Mereka adalah ilumwan islam yang percaya Islam adalah agama yang berdasarkan dan berasaskan ilmu, bukan mengikut menonong membabi buta. Mereka bukan hanya lihat benda dari seqgi literal sahaja, mereka ustaz-ustaz yang 'berfikir'. dan mereka juga bukanlah ustaz-ustaz yang ambil agama kerana 'alamak result tak elok so ambik agama je lah'. they are not that kind of ustaz. sebagai contoh ustaz hasrizal adalah pelajar terbaik sekolahnya, straight A SPM dalam jurusan sains+agama, tetapi memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama (yang sesetengah orang akan kata orang2 pandai2 takkan pursue study dlm agama) because so far as his result is concerned, nak mohon medicine, engineering, law, etc tak susah untuk result sebegitu.

mereka TUKANG KUPAS yang berkesan. cuma Ustaz Zaharuddin lebih ke arah ekonomi Islam walaupun dia menulis jugak tentang perkara lain.

:)