11.4.11

Hikmah


Aku adalah salah seorang manusia yang gagal mengaitkan sesuatu kejadian, dengan hikmah yang kononnya tersembunyi disebaliknya. Ya, aku ni, pesimis orangnya.

Aku tak tau kenapa.

Aku umpama roh yang disarungkan tubuh yang bold dan sasa tapi berhati yang kalau tikus tengok pun, dia boleh ketawakan aku sampai mati.

"cit! cit! cit! cit!," kata tikus tu. ("fragile! fragile! fragile!")

Aku selalu hukum diri aku dan menuduh diri sendiri sebagai punca segala bala. Aku yang mulakan semua. Kalau aku tak buat itu, takkan jadi ini. Kalau aku tak mula ini, takkan jadi itu. Menyesal menyesal menyesal dan menyesal lagi.

Aku selalu memandang kebelakang. Aku selalu dengan sengaja mengimbas kembali tentang semua yang pernah terconteng dalam kitab hidup sendiri. Pedih. Tangis. Silap. Gelap. Hitam. Aku tak tau apakah hikmah semua itu?

Apa?

Aku boleh dikatakan bahagia dengan hidup aku sekarang. Alhamdulillah.

Tapi itu lah. Kadang-kadang bila duduk seorang aku akan teringat semua. Teringat dosa aku dengan mak. Dosa dengan abah. Dosa dengan Fandi. Dosa dengan orang yang tak pernah berdosa dengan aku lansung. Dan macam-macam lagi.

Entah bila saatnya aku takkan jadi begini lagi?

Entah lah.



(background song- Flightless Bird - Iron&Wine. Cis! dan dan)

21 comments :

LadyRye said...

bukan kau sorang noe

mengingati dosa macam mengingati mati

tak salah disitu..

Orked said...

honestly, kita sama. bila duduk seorang mesti teringat dgn kisah silam sampai kepala jd sakit.

sampai bila? entah la...

isabelle said...

dari 1 segi, bagus la bermuhasabah mcm tu.
tapi jgn asyik kesal je.nanti melarat kpd mengeluh pulak

the hun said...

kalau bukan kita yang mengingathitung dosa sendiri, sapa lagi?

Enchaoz said...

kita tak ma'sum sgt....

AJ.Edrez said...

Bagus begitu. Untuk muhasabah diri. Tiada manusia yang sempurna, Noe.

Dr.oracle said...

kekadang sifat blame diri sendiri terlebih dahulu tue sihat senanye, bleh menyebabkan kita lebih suka mengambil personal responsibility dan tak harapkan orang lain untuk melakukan perubahan.. hoho, happy2 laa sket :)

Miss Whoever said...

Life is fragile, support with prayer. =)

rudy said...

This Too Shall Pass

asObet said...

btui 2 mengingati dosa umpama mengingati mati..aku pun mcm 2 juga..sama2/pelan2 tok berubah & berdoa taubat..inysya'allah..

Ries Lee said...

mengingati dosa masa hidup supaya kita tak terkejut dengan result penimbang amalan kita kat akhirat nanti.

PeNgEmiS dUniA said...

hoho . aku pon same , fikir cam kau gak

aboyandnick said...

http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/04/chocolate-mud-cake.html
cubalah hidangan ini...

fard said...

sememangnya kita serupa. Lebih baik salahkan diri sendiri, dari menuding jari kepada orang lain.

xxxxxxxx said...

unrelated to the entry but could be useful to the owner... http://www.hmetro.com.my/articles/Tukarlampin1dunia/Article

yatie@tibed@atiq said...

hey.. relaxlah.. we r human.. human memang camtu.. memang kene lalui semua tu untuk sampai ke tempat ko skang. As long as ko puas hati dengan hidup ko skang, xder apa yang perlu diubah.. ;)

* Suka mengimbas dosa bermakna ko ok lah tu! masih waras..

sue said...

akan berhenti.....bila kita menimbang sblom buat. Kita takkan mampu buat kputusan sempurna...tp kita masih boleh pilih yg terbaik. Semua keputusan atau perbuatan pasti ada lebih dan kurang....kita la yg perlu pandai tuk pilih kputusasn yg paling minima kburukannya. Muhasabah tuk membaiki diri...bukan tuk meratapi nasib.
~ Moga dirahmati-Nya dan dipermudahkan urusan, amin ~

crazy_labelle said...

dat is a good song...
klo kawin sok nak menari background lagu tuh... haha...

damha said...

menyesal dlm ertikata yg sebenarnya...bukan ucapan dari lidah yg x bertulang....mohon perlindungan dari yg maha esa moga2 diberi hidayah n kekuatan utk menghadapi hidup ini...

mohd said...

berubah lah ko
jangan asyik bangga dengan life ko selama ni sampai nak kutuk2 manusia lain

Ummu said...

poyo gila Mohd ni. Aku pulak yang sakit hati. MAcam lah baik sangat nak suruh orang berubah la bagai.