5.4.11

Semak Gula

Aku ada perasan satu iklan baru dalam televisyen baru-baru ni. Iklan tentang pengambilan gula berlebihan melalui susu anak. Tak pernah aku tengok Wardina seserius itu. Masih comel dalam menegaskan bahawa 40% susu tepung biasa anak-anak adalah terdiri daripada gula semata-mata.

Jadi seperti biasa sebagai seorang ibu yang sentiasa terpengaruh dengan desakan iklan iklan intelektual seperti itu, aku pun mula lah bangun nak cek maklumat kandungan dalam susu yang Sabrina minum.

Tak cukup dengan itu, aku sempat google kandungan karbohidrat yang terdapat pada susu-susu membesar kanak-kanak yang lain yang lebih berjenama terkenal dan mahal. Ternyata, jenama susu yang kebanyakkan ibu-ibu banggakan dari segi harga, khasiat dan kecantikan packaging tidak lah memberi 100% kebaikan pun.

Periksa ini;

•Adakah anak kamu seorang yang terlebih aktif?


Adakah anak kamu lebih comel sebelum dia tumbuh gigi dulu?


Pernahkah kamu rasa sedikit susu anak kamu? Maksud aku, susu yang kamu bancuh untuk anak kamu lah. Pernah?


Kandungan KARBOHIDRAT yang tinggi, Corn Syrup Solid, Sukrosa dan glucose syrup adalah nama-nama ganti bagi GULA.

Selepas dari ini, mula lah aku terlebih risau tentang setiap apa yang aku suapkan ke mulut Sabrina. Terutama sekali susu lah. Sebelum ni aku memang tak kisah. Berpegang kepada tiada susu yang sebaik susu ibu, jadi, selepas Sabrina minum susu formula, aku sumbatkan sahaja susu apa jenama sekali pun tanpa menitikberatkan lansung isi kandungannya yang lebih terperinci.

Ibu-ibu, bapak-bapak, so yeah, klik www.semakgula.com.my untuk semak kandungan gula di dalam susu formula yang anak kamu minum. Caranya tidak lah susah. Tetapi walaupun kamu semua pembaca yang bijaksana, aku nak terangkan jugalah dengan sedikit terperinci tentang bagaimana kamu boleh gunakan aplikasi ini untuk semak berapa sudu agaknya kandungan gula berlebihan yang telah dengan tidak sengaja kita suapkan ke mulut anak kita.


Mula-mula, masukkan umur anak kamu. Selepas itu semak kandungan karbohidrat dan saiz hidangan.



Perkara-perkara remeh macam ni, kamu boleh ketemu pada carta nutrisi yang lazimnya terdapat pada bungkusan susu anak kamu.

Selepas itu, klik lah pada button “calculate now” dan kamu akan dapat hasilnya seperti di ba….what!? Aku dah suapkan Sabrina 10 sudu gula berlebihan dalam setiap botol susu yang dia hisap?!


*Pengsan*



15 comments :

redbean said...

byk ya entri pasal gula belakangan ni. hee

Encik Psychopath said...

pakar gula ni. nasib baik bukan madu.

xxxxxxxx said...

sejajar ngan transformasi gagasan 1-M'sia, sugar-free community means the abolishment of subsidiary for sugar b-(

yee said...

demam ke ape sampai 3entri sehari

Ted said...

ha ah, ritu tgk iklan tu, rasa macam terlebih panjang je je iklan tu tp memang tataupun ada gula banyak dalam susu tu..

sharEna said...

so, bertukarlah kpd Anmum yer =p

org kata susu Fernleaf (lebih murah) pon kurang gula jgk. sbb dia pon 1 kompeni dgn Anmum. Fonterra. wallahualam.

susudalambotol said...

1st time kot iklan susu baby remind kan parents pasal kandungan gula dalam susu baby. Selama ni pilih susu yang the best itu ini tanpa fikir kandungan GULA sikit pun.

That's REALLY bad.

--as-- said...

selalu cakap pada kak ipar .... anak awak ni terlebih gula...tu hyperaktif melompat sana sini...kak ipar cakap...eh...dia tak makan coklat...minum susu jer...makan nasi pun kurang...

Dayu said...

oohh kalau terlebih gula mmg akan hyperaktif eh??

anna ladycherrie said...

zaman dulu2 masa xde susu tepung mak mak kita minum susu apa agaknya ye.masa diorg kecik

howiseeit said...

skang guna susu apa pula utk sabrina?

apis + toyol said...

aku dah buat research tentang apa yang kau tulis. dan aku olah kembali tidak mengikut buku.

1. susu bayi adalah susu yang terkawal kandungan gula. macam diet coke. still ada gula. tapi terkawal. yup. mmg nampak macam 10 sudu tetapi sebenarnya, ia terkawal.

2. cuba baca sampai habis. sampai yang label kecil kecil tu.

Approximation of additional sugars in growing up milk powders as compared to Anmum Essential in Malaysia; assuming 3-4 servings per day & 1 teaspoon of sugar = 5 g. All growing up milks contain some natural sugars and minor variations may occur due to formulation differences.

dan aku rasa ini hanyalah perang bisnes. aku rasalah.

kalau ko ada duit lebih, bolehlah beli anmum tu. aku beli susu tunggu promotion rm 19.50. kalau tak mmg cecah rm25 untuk 1kg. huhu

sinach zawawi said...

i also think about the same. this is business. there shud be a body that control sugar contains in baby's milk.anyway,its good initiative from anmum to surface up this kind of information to the parents.the best part of anmum is they use Wardina:)

hani@debumelukut said...

thanks for the info..anak2 akak dah besar2 tapi cucu masih bayi..should be more aware.tq

ena said...

hmm...memang bisnes war pon. dl diaorang perang pasal DHA sape paling tinggi pastu dah xde point hala kat gula plak. abis kalau Anmum kurang gula nape harga still mahal gak. patut kurang gula kurang la modal so lebih murah lg la. pasni tgk diaorang perang ape plak. ape pun mesti ikut berapa skop yg disyorkan pada setiap pek susu. kalau anak kuat minum susu, kurangkan skop bg setiap bancuhan. contoh kalau dia syorkan 2 hidangan (10 SKOP)setiap hari so kenala bancuh dalam anggaran 10 skop jgk sepanjang hari x kirala berapa kali anak kita minum susu.