16.5.11

Kita 'Deserve Better'

NOTE: Advertorial

Orang cakap input yang berulang kali itu akan membuahkan hasil.

"Tuhan masih sayang. Berubah lah. Berbaiklah semula. Demi anak. Demi bangsa. Demi negara. Chillex. Pasti ada hikmah. Dan yang paling susah nak terima walau ianya dipercayai ada lah satu subjek untuk menyejukkan hati - KUMBANG BUKAN SEEKOR."

Aku bukan bercinta dan berpisah dengan kumbang. Peduli apa aku dengan peribahasa. Takkan broken heart dengan kumbang, nak cari kumbang lagi. Sekurang-kurangnya kasi la aku kucing yang nakal. Awwwr~

Mula-mula aku fikir aku lemah. Aku lembik. Aku rapuh. Tapi lama-lama aku rasa, dalam banyak aspek, aku jadi seorang manusia yang lebih baik. Atau sekurang-kurangnya, aku cuba untuk jadi lebih baik.

Banyak benda aku nak justify balik. Nak susun kewangan. Nak bina karier. Nak bina keyakinan diri. Self Esteem yang hancur bersepah macam kaca terhempas, nak kena kutip, lebur dan bentukkan yang baru semula. Nak kukuhkan rohani. Semuanya penting sebab si kecik tembam buah hati jantung aku, Sabrina.


Banyak ibu tunggal dah berjaya sekarang ni. Contohnya macam DJ Lin yang juga merupakan ibu tunggal yang berjaya mengharungi getir membesarkan 2 anak sendirian. Berjaya dalam karier. Berjaya sebagai seorang ibu. Bagi dia semua orang deserve better. Dalam segala benda. Tak kisah lah apa-apa pun. Jangan salah membuat pilihan. Jangan hidup dalam ketakutan. Keluar dari selaput lumpur yang lama. Mandi. Bersihkan diri. Pakai baju baru. Pakai kereta baru.

OK, walau tiba-tiba aku sebut tentang kereta baru, baru-baru ni atas sebab-sebab tertentu, aku terfikir nak let go kereta yang sedia ada. Kalau minta pendapat keluarga, sejajar dengan pendapatan aku sekarang lah, memang dari dulu mereka suruh go for Proton Persona. Baru-baru ini, Proton sekali lagi memperkenalkan The New Persona Elegance. Ramai kawan aku cakap, pemanduan Persona memang best. Apatah lagi sekarang, dah dinaik taraf dengan segala macam benda yang lebih best.


Dengan harga yang berpatutan, kamu boleh lah bergaya ala sofistikated dengan memandu Persona yang direka bentuk secara elegan. Ruang interior yang luas dan keselamatan 24/7…dan


seorang lelaki kacak sebagai display. Hehe.

Ada sesiapa pasang niat yang sama?

Kalau ada, layari www.protonpersona.com.my untuk keterangan lanjut tentang Proton Persona.

OK berbalik kepada topik asal, apa-apa pun dalam perjalanan hidup ni, selalu tanamkan dalam diri yang kita layak untuk peroleh yang lebih baik dari sekarang. Dalam segala macam sudut pun. Kerier, hubungan, harta benda, dan sebagainya. Yang penting, jangan salah pilih- dan kalau ter’salah’ kita sentiasa ada peluang untuk perbaiki keadaan.



23 comments :

Merentas Horizon said...

dari 'hikmah' kepada 'seseorang' kepada seat 'untuk pasangan kekasih'.

dan sekarang 'kita deserve better'.

kak noe, apa yang terjadi ni? saya macam dapat sesuatu. tetapi sy harap andaian sy ni salah.

post-post akak jarang serius nan sedih.

semoga akak baik-baik sahaja T_T

marina anakcikbob said...

setuju dengan merentas horizon..
kenapa kak noe hoih??
sedih je sejak ahir2 ni..

Cik Kentang said...

i salah seorang ur silent reader (not anymore). Jangan sedey2 okey..ai link u dear

Aishah Rahim said...

Whatever it is, BE STRONG!

Love said...

mmmmm.... apa-apa pun yg berlaku be strong. u r not alone. ada ramai lagi senasib bahkan ada yg lagi teruk. be strong for ur litle girl sabrina.

dulu waktu sabrina kecik tak boleh nak jalan gigih je dia cuba nak berjalan kan.. siap luke2 lagi.. si kecik yg baru setaun jagung blh buat,u pun tentu boleh buat.

Suzila said...

Apa ni noe? tak suka la ko bukak topic pasal ibu T. Ke sekadar isu2 semasa?
Actually ak masih tak fama situasi ko...tak tahu apa yg dah berlaku...cuma ak harap kn ko baik2 je sekarang.

Rye the X-Superpornstar said...

lelaki yang display itu point yang paling best!

aku click sebab tu! kahkahkah!

miszcahye said...

Salam...

akak whatever it is
be strong :)

misha.w said...

betol tuh, watever it is, be strong noe!

♥naematulsaadahismail♥ said...

noe.what ever it is.
do not despair. Allah is always by urside.
sila bertabah.dan setiap apa berlaku tu pasti ada hikmah dia..

Ai Dil Tie said...

i link u ea..be strong..

hilrora said...

Salam Ladynoe,

Saya pernah berada di situasi anda. Akan tetapi cara gaya mungkin berbeza. Di akhirnya, saya memilih untuk memaafkan, tidak menoleh belakang dan teruskan hidup demi anak kesayangan.

Noe seorang yang strong, whatever pun saya percaya hari Noe akan lebih baik dan Sabrina akan sentiasa disayangi. take care

K.I.T.A said...

Deq Noe..
Semua orang pasti penah rasa down,
Tipu je kalo orang tu kate."I bahagia je setiap masa"

Tapi,kita sebagai manusia.
Kita kena berfikiran +ve.
Memang nampak mudah.
Cume cakap,"U kene berfikiran +ve lah.Sabar yer"

Tapi, deq noe ko kene fikir satu bende nie.

Kalo ko nak sedih,sampai bile
Kalo ko nak rasa down,sampai bile
Kalo ko nak marah,sampai bile.

Ko bukan nya akan mati besok.
Tak tahu lagi bile.
Mungkin 30,40,50 tahun lagi
Tak kan sepanjang ko hidup
Ko nak biarkan hidup ko tak happy.

Kitaorang perlukan Deq Noe yang lame..

Deq Noe yang suka post dekat blog nie gambar-gambar yang comel.
Tulisan deq noe yang cool.
Gelak, Senyuman Deq Noe.

Go Deq Noe.Kita doakan ko akan terus bahagia.Jangan Pandang Belakang =)

sereez said...

I feel u...

and i'm still lost what am i suppose to do..serba salah...but deep inside i know i deserve better....tapi....

Be strong

Enchaoz said...

adekah kisah sedih entri2 sebelum neh hanye propa utk promote kete persona????
however i am sensing something deeper..
are u getting divorce????? nauzubillah! >.<

Byha said...
This comment has been removed by the author.
Byha said...

bab persona tu aku sgt sokong...
sbb my lil Sitam adelah seekor persona kaler hitam mid line, manual transmission...
dibeli dua thn yg lepas...
wpun sudah sedikit kemet2 & calar2 (angkara aku jugak) juga kereta pertama ku (1st a delah kancil di imkeda), pemanduannya & handling adelah lancar...
aku sgt suka, aku x pernah menyesal wpun pd awalnya honda city terbaru tu antara pilihan...
maintenance murah , isi ron95 shell minyak masih half tank selepas perjalanan dr kl ke jb...

aku tau ramai kondem proton...
tp aku mmg suka Sitam aku, dia teman aku ke merata2 tempat tanpa gagal, wpun byk kali aku yg gagal sbb buta jalan ;p

jeeha ulfa said...

be strong sis ;'(

call me Dina said...

hi noe, i'm a so long silent reader..

jgn sedeh2 okeh..

si kecil said...

http://misi5april2009.blogspot.com/ masih terpahat hebat dlm ingatan dan doa2 daripada org2 yg membaca dan menghadiri. harap segalanya baik2 saja. insyaAllah.

Dang Tari said...

Salam Noe

Moga terus tabah. Langit tak selamanya mendung.

eiyra'z said...

salam noe,
aku mcm dapat agak apa yg ko lalui skang.mula-mula aku baca aku ignore..mungkin ko sekadar menulis,tp bile aku mengikuti life ko dari sehari ke sehari,aku mcm dpt agak.Tabahkan hati ko noe,aku ckp mmg sng kan,tp ko yg lalui.tp aku pernah melaluinya,tp aku pilih utk memaafkan.tp kdg2 aku menyesal dgn pilihan tu bile mcm2 dah jd.just skang aku berserah pada masa dan keadaan.kita sbg wanita kena kuat noe.aku yakin ko setabah Maisarah wlaupun dlm situasi berbeza.

sunshine said...

Memaafkan dan meneruskan dgn azam baru krn semua manusia perlukan second chance. Tp apa yg berlaku, pisang selalu berbuah dua kali.

Pd saya, memaafkan dan melupakan. Teruskan hidup baru dgn kemampuan yang ada. Tak mungkin boleh bertahan semata-mata kerana anak. Kita juga mampu jaga anak tanpa suami.