20.5.11

Perempuan Kuat Mengomel

Baru-baru ini, adalah juga aku duduk berbual dihidang capati di pagi hari. Aku jarang jadi akak firma kerajaan yang duduk melepak jam 9-10 pagi dengan forum tidak rasmi. Cuma hari tu aku tak ada mood nak jadi pekerja cemerlang.

Biasalah bila akak-akak duduk berkumpul, cerita kegemaran kami takkan lah tentang buah dada amoi Pertama Complex atau pun kaburetor motor. Paling remeh pun mesti lah tentang resepi sizzling me. Tapi hari itu, aku buka topik tentang perangai sendiri; apabila dealing your life dengan satu lagi hamba Allah yang bernama Suami.

Soalan aku; KAU KUAT MERUNGUT/ MENGOMEL tak?
Nita seorang setiausaha yang luarannya memang seorang yang lembut. Pakai tudung. Baju comel bunga-bunga. Kulitnya putih. Senyumnya tersipu-sipu. 3 tahun aku kenal dia, dia bukan jenis setiausaha yang suka pokpekpoepek macam makcik karipap. Sifatnya yang pemalu lazimnya menggegarkan jiwa jejaka seperti Asyraf Muslim atau jejaka stok Imam Muda misalnya. Tapi dia jawab macam ni;

“Mesti la. Aku tak suka kalau rumah bersepah. Hari-hari aku merungut, membebel dekat suami aku. Suami aku sampai malas nak layan. Hik hik hik,”

Jawapan Kak Azu pun lebih kurang sama. Semuanya akan bercerita tentang rumah. Tentang masalah anak. Tentang masalah yang kalau difikirkan, tidak patut dibangkitkan lansung. Semua perempuan yang ada di situ memberi jawapan yang sama. SEMUA.

Jawapan aku pun sama. Padahal secara lazimnya di kalangan kawan, aku tidaklah seperti itu. Cuma apabila kita dengan suami masing-masing, kita ingin lepaskan semua keluhan. Bukan dengan sesiapa pun. Dengan suami sendiri. Dengan orang yang kita paling selesa. Dengan orang yang dah janji takkan tinggalkan kita walau apa pun baik buruk kita kononnya.

Mak aku pun selalu berpesan, jangan merungut, jangan mengomel, Allah benci. Tapi seingat aku dulu dia la paling kuat mengomel. Dah tua ni dah letih, Abah pun dah tak ada, siapa lagi teman mendengar dia kan?

Tapi separuh lelaki/ suami ramai tak bersedia dengan hakikat ini. Mereka lebih suka menjatuhkan hukum. Isteri yang merungut itu isteri derhaka, tidak bersyukur, ahli neraka dan sebagainya. Semak kepala. Turn off. Tak berselera. Isteri kau merungut 4 haribulan, tapi 2 minggu sebelum tu dia punya sweet kau lansung tak hargai. Kau judge dia start dari 4 haribulan di merungut, sampai lah ke 4 hari bulan hadapan.

Tapi berlainan dengan jawapan Iswan

“Isteri aku Nampak je macam tu, tapi dia punya membebel..Ya Allah. Tapi aku faham la, dia wanita bekerjaya. Stress kat Pejabat lagi, stress nak uruskan rumah lagi. Malam-malam nak susukan anak lagi. Kesian tau. Kadang-kadang dia bangun tidur sakit leher sebab semalaman tidur mengiring untuk susukan anak. Sedangkan kita sedap je tidur. APA GUNA AKU JADI SUAMI KALAU SETAKAT MASALAH SIMPLE MACAM TU PUN AKU TAK BOLEH NAK FAHAM.

Tapi, memang ada orang tak faham. Kenapa ya?

Wan cakap,
“SEBAB LELAKI TU TAK ADA PEGANGAN DAN PENGETAHUAN AGAMA YANG KUKUH. SEORANG SUAMI KENA BIMBING ISTERI DIA. Bukan biarkan isteri dia takde bimbingan, tau-tau je kita nak marah dia macam-macam. Even Saidina Umar yang gagah tu pun..bini dia kuat mengomel dan dia masih bersabar. Itu satu contoh terbaik. Kalau kita boleh ambil cerita Saidina Umar tu sebagai iktibar, insyaAllah….InsyaAllah. Sebab tu pentingnya solat ni. Sujud 34 kali sehari tu banyak faedahnya.”

Aku angguk.

“Kita isteri ni dah macam engineer kepada kehidupan berumahtangga. Kita nak kena make sure semuanya tersusun. Semua cukup. Suami reti bagi je. Depa mana fikir nak susun atur. Semak tau otak. Dah la kerja lagi. Kat rumah dengan anak lagi. Kalau lelaki boleh pertahankan nature depa, depa pun kena faham nature kita yang tak berapa kuat nak tanggung banyak beban camni. So mengomel ja la yang reti. Hik hik hik”

Itu KAWAN aku cakap. Bukan aku cakap. Aku cerita je.

Suami / Isteri adalah cermin kepada diri sendiri. Kita jarang nak annoy kawan-kawan. Kalau kawan cakap kau gemuk, kau boleh gelak-gelak. Kalau suami cakap kau gemuk, terasanya macam hati kena koyak-koyak. Benda tu kau tak boleh persoalkan. Memang kebanyakkan orang macam tu. Susah nak cari orang yang perfect internally. External memang senang.

Kalau nak perempuan yang sempurna kau kena mati dulu, masuk kubur dan berharap masuk syurga. Itu pun sebelum mati kau kena make sure amalan, ibadah kau layak untuk semua tu.

Kita memang tak perfect. Tapi bukan kah seronok jadi seorang yang boleh merangkumi semua perasaan pasangan kita? Kadang-kadang menyampah, kadang-kadang meluat, marah, geram, tapi dalam masa yang sama dia menyayangi kau sepenuh hati?



28 comments :

AIN MUSTAZA said...

hahaha..baru smlm satu department argue psl benda ni..suami vx isteri..dh la saya sorg x kawen lg dalam deprtment ni..dgr citer diorg jd takut nk kawen..

sebelom vs selepas..

kan???..kdg2 lelaki xpaham kita membebel knp..yg dia tahu..tugas satu umah tu isteri kene buat..ape guna jd pompuan..gilerrr..zaman skg laki pon dh masuk dapor.laki pon dh jd designer..
ingt pompuan robot transformer agaknye..haishhhh..

Nobita Sensei said...

membebel itu comel~

Fahreen_Fredo™ said...

aku nak bagi kat suami aku bace ah. best artikel neh :)

Ciare Baha said...

Saye kuat membebel jugak. HAHAHA

munster said...

nice one!thumbs up!

mendatak hijau said...

aku kuat membebel..normal kott..hahah

Dieya said...

saya pon kuat membebel..makin lama bebel makin rasa suami tak paham pengorbanan n penat lelah la.

isabelle said...

nasib baik setau aku, laki aku x pernah kutuk2 aku dpn kwn2 kata aku kuat membebel..hehe

kembatolo™ said...

lelaki yang beriman tu memang idaman setiap orang tapi kenape ramai pompuan diluar sana memilih lelaki yang sebaliknya? serious tak paham. sigh~

afrohead said...

aiseh. dah terbaca kat terfaktab sebelum sampai sini. apa apa pun good one ladynoe!

Socio Rocko said...

"Kalau kawan cakap kau gemuk, kau boleh gelak-gelak. Kalau suami cakap kau gemuk, terasanya macam hati kena koyak-koyak"

-Quotes of the day.

susudalambotol said...

Mendalam entri ni. Terima kasih :)

gary said...

Opposite attract.

aku.mamalia.wanita said...

tetiap kali aku mengomel, hasben aku ingat aku marah dia.. pastu dia marah aku balik.. pastu gado... hmmmm.. thumbs up dear.. best artikel ni.. sangat releven!

epa_is_fred said...

sangat sangat sangat berguna. terima kasih.

heliantuse said...

Betul tu. Perempuan ni banyak mengomel bila dengan orang yang paling dekat dengan dia. Sekadar melepaskan perasaan. Tapi lelaki selalu kurang sabar.

Kena ambil jalan tengah.

Perempuan, kalau nak membebel kena berpada-pada. Know the limit. Jangan sampai maki hamun. Tak comel da di mata suami.

Suami pulak, sila bersabar. Kalau mau kami function dengan lebih baik, bagi la can untuk release stress kejap :)

Nazim Nasri said...

saya seorang anak :)

mak tak kuat bebel, ayah pun sama. kiranya dua2 pendiam. tapi kadang2 bersuara jugak lah kalau ada benda yang salah.

yang kuat membebel kat rumah nak tahu siapa? saya lah, anak sulong T____T

pernah sekali kena lempang sebab tertinggikan suara. hmmmm

Rye the X-Superpornstar said...

nanti dalam mencari calon 'next' hang list yang ni bagi dia

telinga yang gabai dengaq leteran aku

dan otak yang bijak untuk paham pasepa aku berleter!

kalau tidak,

babai!

prima_chrome said...

Have no fear of perfection; we'll never reach it.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ada orang kata, perempuan punya kuota 20k perkataan setiap hari. Mereka memang akan mengomel sebagai cara melepaskan tekanan. Lebih tak mengapa, as long as tak kurang.

Lelaki pula kuota biasanya 2k sahaja. So, they should just let the women bercakap.

Kata oranglah.
Saya cuma quote semula. XD

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

akui, memang perempuan kuat mengomel(",) tapi bagus juga kn mengomel ke arah kebaikan?

null said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

bulan darling said...

salam,
selalunye bace je..
hari ni baru nak tegur ehehe
hi perempuan jomblo yg tak jomblo dah ehehe
sebenarnyekan suami pun kuat membebel bile same2 kuat membebel tu yg the end nye semua sentap terus tido blakang2 taknak pandang2 dah ahaha

sin.ya.ta.ya said...

Nice entry...
Saya pinjam ayat ni ye "Kalau kawan cakap kau gemuk, kau boleh gelak-gelak. Kalau suami cakap kau gemuk, terasanya macam hati kena koyak-koyak"...hehe.

KatekateKite said...

perempuan membebel bukan marahkan suami, tapi melepaskan stress...

dgn harapan suami faham keadaan mereka.

bukan nak suami berbalas balik, just dengar n ikut je...

kalau bende tu x salah, xde punca, x membebel kot.... =)

*harap2 bakal suami sangat memahami..huhu... (tp belum kawen, die dh slalu merungut yg kite kuat membebel.haha)

diya said...

saya tak kahwin lagi...
tapi saya paham perkara ini...

tak kira dah bujang atau pon berkahwin, lelaki memang susah nak paham kenapa kita membebel atau bising..

sigh...

Aku A-Z-Z-U said...

terbalik dengan kes saya di mana suami saya yang kuat membebel, sy plak jenis pendiam :)

violetless said...

i think i juz saw u in sogo today..apa pon yang jadik. plz b strong.