14.5.11

Seat Untuk Pasangan Kekasih

Semalam selepas berbunyi alarm pejabat jam 5.15 petang yang lazimnya menandakan kau boleh tinggalkan dunia pejabat, tiba-tiba aku tak rasa macam yang selalunya. Yang selalunya kalau dengar je bunyi keramat tu, aku nak cepat balik walau tak boleh balik sebab kerja banyak.

Semalam aku rasa macam nak duduk lama lagi menghadap segala beban kerja. Entah kenapa.

Satu jam selepas waktu akhir bekerja, aku pun balik lah. Sebab tiba-tiba rasa no point duduk di pejabat lagi. Nak teruskan buat kerja pun aku tak ada mood. Badan aku rasa lesu. Walau wajah aku masih kekal sofistikated, tapi masih lagi nampak lesu. Aku cuba pakai blusher dan gincu. Pun still lesu.

Tiba-tiba aku berjalan tak laju. Selalunya tidak lah laju mana pun. Cuma semalam sangan perlahan. Muka aku tunduk memandang bumi. Malas nak pandang senario sekeliling.

Sampai di stesen LRT, selepas mendaki kurang lebih 30 anak tangga, aku yang lesu bertambah lesu. Sampai di tepi platform, aku berangan dalam train nanti, aku nekad nak duduk tanpa memperdulikan perempuan mengandung atau pakcik tua yang cacat sekali pun!

*Train ke Sri Petaling tiba*

Bila aku masuk ke dalam perut gerabak, tiba-tiba hati aku jadi sayu.

Semua seat dalam gerabak tu penuh.

Penuh dengan pasangan kekasih.

Ada yang baca surat khabar sama-sama. Tergelak-gelak sambil baca kartun.

Ada yang cakap berbisik-bisik.

Ada yang tak cakap apa-apa, tapi saling mengenggam tangan.

Aku berdiri kat tengah-tengah gerabak berpaut pada tiang.

Tiba-tiba terasa macam loser gila.

Rasa loser sampai aku nak teruskan artikel ni pun tak ada idea.

Haih.

20 comments :

Pojie said...

kenapa sedih sangat ni? ada masalah terus terang la.

Marhaen Kacak said...

rilek2...jangan emo...hihi

Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?

! Nurida Ardy said...

na,tak perlu rasa loser..bersendiri pun kita masih boleh jadi kuat bagaikan tiger...:)

Z said...

aww c'mon Noe. Diorang tu entah ke mana. Kau tu, punya lelaki hebat yang terbukti sayangkan kau. Bapa kepada anak kau :)

Pojie said...

:(

CaBaiKeRinG said...

pikir sabrina la.. sembang pasal dia..

Prinzessin said...

Kak, Apa yang terjadi. entri akak sedih sangat2!

walaupun tak tahu apa yg jd..tapi sy harap akak kuatkan semangat ye..kami semua doakan akak!

mieza isa said...

noe, serius aku tak tau dan tak paham apa yg berlaku. dan maybe kau pun taknak kami tahu pun. tapi noe, aku cuma nak cakap yang aku penah rasa perasaan loser macam yang kau rasa tu. mungkin tak sama since aku tak paham situasi kau tu, tapi nasihat aku terimalaa perasaan tu selapang-lapangnya.jangan jadi denial noe. nak nangis, nangis. apa-apa pun ingat keluarga, ingat Tuhan..

:( serious aku sedih sangat baca blog ko noe..be strong okay..

Ayyman Rahim said...

U are going through a hard time, ey? I feel u. Be strong and be stronger than yesterday. InsyaAllah.

indahnyasisuria said...

i know how u feel cos i'm feeling it too sometimes.. :)

dochi said...

hikhik .
jadi loser best ape .



chillax ,
biasa org yg ada blog ni hati dia kuat .

Baizura S. said...

*hugs*

-from a stranger

NaNa said...

i pun selal rasa macam tu...huhu.

aku.mamalia.wanita said...

n3 ni best.. bukan macam seorang loser yang tulis...

Ummu said...

jom hang out ngan aku balik! rindu!

encik rock rocket said...

hari jumaat itu hari memang ramai pun orang dalam lrt.

aku selalunya dapat duduk sebab aku naik dari titiwangsa, tak ramai orang.

aku tunggu, kalau² orang tua dan ibu mengandung mahukan tempat duduk. aku bangun dan kasi. kalau tak, sampai sudah aku duduk.

lainkali, kalau aku terserempak dengan kau, aku kasi kau duduk ya. itu pun kalau terserempak lagi dengan kau.

dari pembaca blog kau. teruskan menulis.

isabelle said...

sabar ye...
hope things go well.

faz said...

buntu

Susu said...

Noe, mak saya 4 kali menjanda. Saya menjadi saksi kesusahan hidup dia. bagi mak saya, pisang boleh berbuah lebih daripada sekali. Dan mak saya juga jatuh ke lubang dalam yang sama sebanyak 4 kali. tetapi, seriously, selepas itu hidupnya makin baik walaupun pada zahirnya nampak 'cacat'.

Susu said...

Oh ye, lagi satu, jangan fikir complicated sangat. ko fikir strait je.....