3.5.11

Seorang

Kita tak pernah sangka.

Sekarang ni, aku dah mula mengharap yang aku boleh tahu begaimana pengakhiran hidup aku. Kejutan tidak lagi ditunggu. Tidak lagi menyeronokkan untuk ditunggu lansung. Aku nak tahu semua rahsia Tuhan dalam catur hidup aku.

Yang aku rancang kini semua musnah.

Aku di landasan M, kini harus turun ke A balik. Harus belajar kenal kedudukan huruf semula. Kena masuk tadika balik. Ketawakan lah aku. Huraikan aku akibat dan perlekehkanlah segala susah dan getir yang bakal aku lalui.

Aku tak kisah.

Graviti itu evil. Penat aku terbang setinggi itu. Sekonyong-konyong dengan hanya satu sayap yang tinggal; bila sampai masa dia mahu aku jatuh, maka jatuh lah aku. Terhempas. Berkecai hatiku. Hancur. Pecah mimpi ku.

Aku tak pernah sangka semuanya sesusah ini.

Merasa kehilangan, hilang dan hilang lagi.

Paranoid untuk berdiri dan mencari ganti.

Menangis dan berharap air mata ini kering dan tidak akan pernah sedih lagi.

Tuhan, aku hamba mu yang sering meminta-minta. Cuma kali ini, berikan aku lebih sikit. Lebih sedikit lagi; Satu perasaan; KUAT namanya.


Kalau bukan untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya untuk anak-anak kami.



30 comments :

el-janna said...

ade maksud tersembunyi eaa

niDa said...

be strong girl...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Bukanya namanya manusia kalau tak pernah hadapi ujian pahit dan getir dalam hidup. Syukur sebagai hamba Allah SWT kita masih diberi kesempatan untuk hidup sampai sekarang. bertolah ansur itu indah.

yui92 said...

1st thing to do is taqarrub dengan allah.. repairlah mana yang x ok contohnya solat dan aurat.. allah is near... so near

Nur Syazana said...

Allah takkan menduga kita lebih daripada apa yang kita mampu tanggung. Dekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah ada petunjuk yang akan diberikan oleh Nya.

Pojie said...

Gaduh ngan suami ke?

LadyRye said...

SELAMAT HARI IBU in advance, Noe..

:)

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Tahniah :)

Allah itu adil. Kalau takpun secara direct, Dia akan berikan secara tersembunyi.

Sabar - yang penting :)

s1t1 2uL41k4 said...

whatever is it,, be strong sis..

mel said...

anak2? dah ade 2nd eh?

Myra said...

just know orang2 yang baca ur blog are sending good hopes and doa for u :)

doakan apa yang kita nak itu adalah terbaik untuk kita insyaAllah

*huggg*

Ezzan Yusop said...

bertabahlah. sebagaimana tabahnya maisarah. aku kawan maisarah. dan tahu apa yang terjadi. semoga dia kuat utk umairah.

notheblaey wrote said...

kak noe..kadang2 kita tak suka apa yang Allah takdirkan untuk kita..tapi 1 day kita akan berterima kasih dengan apa yang telah Allah takdirkan ke atas kita..be strong..

apa dah jadi?
pray for ur happiness n be strong kak!
dari M ke A is that means from Married to Available? hehe..sori!!.kuat!kuatkan diri! untuk anak-anak!

aspirin said...

semoga dengn cubaan ini mencari punca tambah pahala untuk ke syurga.
setiap dugaan allah telah aturkan dengn cermat.
tiada cubaan melainkan ianya untuk meninggikan darjat kita di sisinya dan menghapus dosa, selagi kita berada di jalanya.
bersangka baik pada tuhan.
insyaallah segala.

abah dan mak haqq said...

Allah selalu ada bila,di mana,kenapa,mengapa kita memerlukanNya..

Semoga dikuatkan semangat ya :)

Eve Hawa said...

salam noe, aku baca dekat 5 kali entry kau.

aku percaya, semua yang singgah blog kau ni akan doakan yang terbaik utk kau.

eiyra'z said...

mai kuat utk anaknye..ko pun kena kuat utk dia Noe..as her closed fren,ko antara kekuatan dia Noe.

Ayyman Rahim said...

Kuat, kuat. Senang kan cakap suruh orang kuat? Nak buatnya tak sesenang menguatkan kekuatan kan?

safiyyah osman said...

hope kak maisarah kuat.amin.

Encik Psychopath said...

kekuatan datang dari pemikiran.

damha said...

satu kekuatan utk memberikan kita semangat utk meneruskan kehidupan yg perlu kita teruskan....mohon petunjuk drp yg maha kuasa supaya hidup penuh dgn keredoaan n keberkatan...

aku.mamalia.wanita said...

redha lah! dan kekuatan itu akan menyusul.. percaya pada prinsip itu

Tuan Punya Blog said...

semoga mai terus tabah dan kuat untuk membesarkan umairah.

al-fatihah utk arwah.

Enchaoz said...

kak noe pls be strong... Allah tak uji hamba Nya melainkan klu hambaNya mmg kuat utk tempuhi ujian itu =)

aZeeMaH said...

setiap umat-Nya itu pasti akan diuji...utk dilihat sejauh mana ketabahan dan redhanya utk menghadapi dugaan dan cabaran..semoga dugaan itu tidak sesekali dianggap sebagai satu beban.DIA maha MENGETAHUI.


mmmm...hehehhe tadi nampak noe kat McD sogo..awat masam sgt muka tuh? hehehhe

pelok cium utk sabrina..(^_^)

mohd said...

perempuan kena low profile
bukan carenya ko nak bangga2 kan diri ko kat khalayak mcm ko buat sejak bertahun2 ni.
sbb tu la kesannya jadi kat ko skrg ni.
Aku nak cakap 'padan muka ko' mmg boleh macm ko senang2 cakap kat org lain , tp aku taknak.
bg aku ko perlu kenang & minta maaf kat Tuhan & orang2 yg ko maki2 kutuk.

ftn said...

Mohd, Bila ms noe bangga2 dgn org.Kau bc blog dia buat ape?

Kalau kata kata kau taktepat, kau pun kena minta maaf dgn Noe. Bukan Tuhan. Sebab kau salah dgn Noe. Noe, sabar je la. Allah tahu kau. Dkt akhirat kau pergi tuntut dkt Mohd ni ye. kau akan jd org yg paling untung.

Hanikas Run said...

yang musnah tu semuanya yang terbaik untuk kita. yang buruk itu adalah kesenangan kita pada masa depan. Allah kasi pecah mimpi sebab dia nak beri kita mimpi yang lebih baik dari skrg. hehe

Ummu said...

Nor yang i kenal, kalau orang x kacau dia melampau, dia pun x kacau orang. Selagi de sabar, de telan je baik buruk orang. Kwn happy, de raikan, kwn sedih, de mesti ada bg sokongan. X penah i dengar de padan muka kan orang. And Nor nak bangga ngan life de, jauh sekali. kalau de ada kutuk ko pun MOHD dlm blog ni, or padan muka kan kau before ni, bermakna ko orang yang paling sial dia pernah kenal. And kalau ko tanak padan muka kan de, kau tak payah mention words PADAN MUKA tu lansung. Nasib kau, kau tak tau lagi. I wud like to say, padan muka to you in advance!

to Nor, be strong, kawan semua ada. love yah!

CikEQA said...

Hati aku sayu...hmm..