15.6.11

Awan Dalam LRT

Dalam LRT menuju ke Salak Selatan.

Dia pakai skirt labuh warna hijau gelap, baju warna hitam dan tudung berbunga-bunga. Beg pun warna coklat. Hidung mancung. Duduk sebelah aku. Sampai di hentian Masjid Jamek, manusia mula memenuhi perut keretapi yang tadinya agak lengang sedikit.

Dua pasangan berdiri di hadapan dia. Berbual sakan dalam bahasa yang asing bagi aku dan mungkin bagi dia juga. Rancak siap ketawa terbahak. Semua orang senyap. Melayan diri. Tapi tidak mereka.

Tiba-tiba dia mengeluarkan sebungkus gula gula Strepsil dari dalam beg. Dengan penuh emosi menguis-nguis bahagian depan beg yang sama. Tak lama kemudian, dengan bungkusan gula-gula yang sama dia menguis-nguis skirt pada bahagian pehanya.

Tidak lama kemudian;

"Hey! Bersembuq air liuq hang kena muka aku!" jerkah dia ke arah kedua-dua pasangan yang berdiri di hadapannya.

"Apa sembuk?" tanya yang lelaki.

"Air liur you! Saliva!"

"How come you know it's ours?" cubaan yang perempuan menangkis malu.

"Habis hang ingat dalam train ada awan nak proses hujan?"

Orang sekeliling tersengih-sengih. Termasuk aku.


MORAL: Kita bercakap hampir setiap waktu dalam sehari. Tapi sebenarnya ada waktu-waktu yang kita tak patut bercakap pun. Contohnya apabila kau berdiri, depan orang orang dalam train yang sempit berhimpit. Satu, orang boleh muntah kena percikan air liur kau. Atau mulut berbau makanan yang tesekat di celah gigi semasa sarapan pagi tadi. Kalau kau memang talkative, bertahanlah. Kadang-kadang kawan kau tu pun tak ada mood nak dengar kau bebual.

29 comments :

mama maman said...

mmg siok je... weekkk... loya lak nak gambar kan air liur kat pakaian dan beg kita... hhhuuu...

♥naematulsaadahismail♥ said...

hahaha.. gelinya wehhhh.. adoi...

Cik Amoi. said...

hahahahahha omaigod geli lah! ^^

faz said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeee

..:: WiRdA ::.. said...

hahahahhahahahhhaa...

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

over okeh!!! hahahahaha. genius punye sound oh.

mendatak hijau said...

hujan yg turunnnnnn

b a m b a m ' s said...

hahahahah..baik punya tegur! menusuk ke sanibari terus!heheheh

Ilhamny.com said...

eeeeiiiiiiii...x lalu eden... lg satu dalam lif.. org lain tgh senyap sunyi, berhimpit2, tetiba jek de yg berdua ckp kuat2, siap terbahak2..pee daaaa

rhnnao tjgneo said...

Aku pun turut tersengih sengih.

nn said...

hahahah. nice! mesti terkejut semua orang dalam train

s.u.h.a said...

haha. tak ada sivik namanya ni.

Lady RaRa non-illuminati said...

kahkahkah! i like sebab dia cakap utagha!

utagha rocks (kecuali yusak! hahahahahahahahahahahhahaahhahahahahahahahahaha)

Vy Nin said...

Apa sembuk? BAHAHAHAHA :D

karenadia said...

hahaha.geli...
tp sy sgt stuju yg sometimes kita perlu diam.

thumbs up ...

Tina Johari said...

salute lah kat perempuan yg jerkah tu. nice words. padan muka pasangan tu!

Fina Fento said...

perempuan tu berani *tepuktepuktepuk

bact. said...

betol la
aku setuju
ada masa kena la hormat org lain sama
diam diri..

cik.nisa.khaidir said...

MEMANG X BOLEH BELAHHH~ ADEH LA GELI KOT! HUHUH. SENTAP HATI MAK NAK. PAGI2 NAK P KEJE DAH KENA PERCIKAN-PERCIKAN BACIN. erk!

.::nany dingding::. said...

haha. kelakar and geli..euwww :D

Terompah Merah said...

hahahaha...geli wei air luiq tesembuq klua...Silava!

isabelle said...

eee....
lps tu camna respon couple tu?

munster said...

so true!!rasa pelik kot kalau orang sekeliling diam, kita je yang bercakap. tak kena tempat.

miss kiah said...

hahah! sumpah xbleh tahannn!
pas tu, apa respond couple tu?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahahahaha.

Kena sound tepek baik punya ni.

XD

AziE said...

suker sangat dgn jawapan yang padat tu

roeza said...

setuju la!~

profwacko said...

aisehmen.. dah lama dah citer nie.
want to know the aftermath..

eLLa n aLia said...

haha, lawaklah.. how u know its ours?.. nice.. =)