12.6.11

Cerita Tak Senonoh Yang Wujud Hakikatnya

Makanan kegemaran aku ialah Laksa.

Tak kisah lah laksa utara, laksa pineng, laksa johor, laksa sarawak. Semua laksa aku suka. Purata seminggu aku makan laksa dalam seminggu ialah 2 kali. Dalam satu minggu, aku mesti cari laksa.

Hari itu aku makan laksa kedai Siti. Seperti kebiasaannya.

Entah apa silap ramuannya, selepas makan laksa, sistem kumbahan badan aku memberi reaksi yang luar biasa sampai aku terpaksa berulang alik ke tandas. Proses kumbahan bermula dari jam 2 petang sampai jam 4 petang. Ada lah dalam 4 kali ulang alik. Selepas jam 4 petang, semuanya jadi baik seperti sedia kala.

Aku meneruskan kerja seperti biasa dan pulang ke rumah pada jam 7.30 selepas Maghrib. Pun semuanya baik seperti biasa. Malangnya sesampai sahaja aku di tempat parkir apartment kediaman aku, perasaan "luar biasa" tadi datang semula. Kali ini lebih luar biasa, sebab tak ada early signal. Tahu tahu sahaja dah 'sampai di hujung tanduk'.

Aku bergegas mengunci kereta. Berlari ke lif. Tapi lif baru sahaja melepasi tingkat 2 dan 3 dan 4 dan 5 dan 6 dan 7 dan seterusnya. Mungkin pergi ke tingkat teratas, 23. Lif ada satu sahaja. Lembab. Macam karipap! Sedangkan 'si dia' sudah tidak tahan untuk melepas kan diri.

Aku nak tercirit. Alternatif lain ialah tangga. Aku daki dari G floor sampai tingkat 6. Mengah. Macam nak mati.

Sampai di depan pintu rumah, oleh kerana beg aku tak ada sistem penyimpanan yang teratur, jadi proses nak cari kunci rumah menjadi maha sulit. Kaki aku dah menggeletar. Peluh menitik nitik. Aku tak pernah se-gabra itu. Kalau ditakdirkan Johny Depp lalu pada saat itu pun aku tak peduli. Kalau Sharnaaz Ahmad mengorat aku di saat itu pun aku boleh sua dengan kaki.

Kunci berjaya ditemui. Pintu dibuka. Semasuk sahaja ke dalam rumah aku campak segala-gala. Tandas adalah misi utama.

Lega.

Kombinasi mengah dan cirit memang hebat. Aku rasa macam nak mati. Nafas tak cukup, tapi dalam masa yang sama 'ada sesuatu' minta dibebaskan. Macam nak lepas nyawa. Serius macam nak terbarai semua. Hilang cun dan ciri-ciri sofistikated aku.

Selepas peritiwa ala-ala nak tercabut nyawa tu, aku mula terfikir. Kalau itu lah aku boleh sama kan dengan 'proses cabut nyawa', macam mana lah perasaan, kalau proses cabut nyawa yang sebenarnya.

Gerun.
---------------------------

Aku insaf.

Esoknya, aku kentalkan diri, berlawan nafsu dengan syaitan, buat pertama kali dalam fasa hidup yang ini, aku sarungkan kerudung untuk menutup kepala dan rambut aku. Lengan yang panjang sebagai ganti kemeja-kemeja pendek yang biasa aku sarungkan ke pejabat selama ini.

Sebelum ni memang aku ada berkira-kira untuk bertudung. Adalah aku beli sehelai dua buat cuba cuba pakai kat rumah dulu. Tapi biasa la. Iman nipis sangat. Macam-macam alasan tak relevan aku lampiaskan. Macam makcik lah. Macam akak-akak la. Padahal aku tahu, di sisi Allah, tak ada istilah makcik-makcik atau akak-akak.

Kawan sepejabat mengucapkan tahniah. Ada yang bertanya, "kenapa tiba tiba ni?" 

Aku senyum ja.

Padahal dalam hati aku berbunyi "Dalam hidup ni, apa yang kita rancang, sebenarnya tak banyak yang menjadi sangat. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Mati pun sama."

Nak kata susah tu, tidaklah sangat. Tapi part nak berpakaian tu susah la sikit sebab kebanyakkan baju aku lengan pendek. Kalau ada lengan panjang pun semuanya leher labuh sebab dulu aku memang jenis suka berbaju leher sampai terdedah lengan dan bahu. Tapi aku gagahkan juga dengan long sleeve cardigan. Mana yang sesuai nak dipadan dengan cardigan tu aku sarungkan dulu. Jadi sekarang ni, memang aku dok ulang-ulang baju yang sama ja.

Okaylah. Untuk mengelakkan diri kedengaran sebagai Ustazah Pilihan, baik aku habiskan di sini sahaja. Doa kan aku, kuat.

 Aku letak gambar ni sebab  ini je yang nampak OK. Yang lain semua serabai cam suster ngesot

112 comments :

simanis said...

Tahniah! Terharu aku melihat gambar ni...

Kau semakin cantik!

Semoga rahmat Allah bersamamu...

Fazlinil Irma said...

tahniah, alhamdulillah. sy doakan moga awak terus kuat dan bertahan. :)

Cik Mun said...

Alhamdulillah kak. Moga dikuatkan iman dan semangat untuk ke jalan lebih baik. Amin.

sickchild said...

alhamdulillah :D

cik arija said...

alhamdulillah, tahniah..semoga awak kuat. inshaallah, allah akn membimbing org2 yang ingin berubah kearah kebaikan

marv@shick said...

alhamdullillah...semoga saya juga akan kental cam awak..(huhuhu..masih berkira yg sebenarnya tidak perlu dikira kerna wajib...huuhuuuu.)doakan saya juga!

Cik Ina Do do Cheng said...

Betul tu Noe selalunya apa yang kita impikan datang secara tak dirancang. Alhamdulillah ko dah sampai ke fasa tu.manis

KayNisa said...

TAHNIAH!!
niat yang baik akan dibantu DIA.. InsyaAllah.

Syd Charice said...

tahniah! makin cantik bila bertudung :)

Lady RaRa non-illuminati said...

ok esok aku makan laksa!

Ateeka Amer said...

Noe!

cantiknya! sungguh!

alhamdulillah.

Rupanya hidayah Tuhan tuh datang dalam macam2 cara ya?

semoga kamu diberkati Allah.

marina anakcikbob said...

cantik!.
tetapkan ati, cekalkan minda.

Nazim Nasri said...

i knew thissince u change ur avatar in twitter. i do love it :)

selamat berhijrah Sis.

basikal said...

tahniah noe

habsahharun said...

alhamdulillah.

semoga terus kuat :)

nn said...

cerita menarik di sebalik tindakan. cantik :)

Andrik McVean said...

banyak sangat makan laksa kut...sometimes kalau banyak sangat pun boleh sakit perut gak...:) btw i dah follow..hope u can follow me back yer..tq

miszcahye said...

Salam akak...

semoga kuat dan istiqamah...
bila kita pilih utk dekat
dgn Dia,
Dia xkan abaikan kita...
mesti Dia lorongkan jalan...
walau ada kesusahan,
tp kita x lg rasa alone...
selama ni kita yg asyik cipta jarak dgn Dia kan...
walhal Dia selalu ada...dekat...

Cik Amoi. said...

:)))))))))

akak, u are the prettiest! :)))

ell said...

alhamdulillah..tahniah...moga kita semua terus di bawah lembayung rahmatnya dan di beri petunjuk..amin..

Mantot said...

kagum..kagum.

cik aletheea : said...

aduh..manis + cantiknye...
sabrina comel ;p
~amin~

Cik Kentang said...

Alhamdulillah...orang yang dah cantik makin jadi cantik..

~aLiYa~ said...

alhamdulillah. semoga rahmat allah sentiasa bersama kak noe.

Mas said...

nak ucap tahniah jugak atas satu tekad dan semangat yg kental utk melangkah ke arah kebaikkan..

selama ni juz jadi pembaca jek..rini nk comment jugak2 sebb sgt suke..
tahniah lagi sekali..

semoga kekal sehingga akhirnya..

Jazica Albek said...

congrats kak noe. alhamdulillah masih sempat melakukan perubahan. kita baiki diri sikit2. saya doakan kak noe menjadi muslimah yg cantik luar dlm :)

thezulns said...

Saya lihat kamu bagai saya lihatkan gf saya skrg pada masa hadapan. And I'm happy.

Aliza Nor said...

cantik bertudung!

Nur Syazana said...

comel sgt :)

Suhaiza said...

Tahniah, semoga istiqamah :)

abdul azim b mohamad isa said...

Alhamdulillah kak.

thumbs up!!

shy to say.. "akak look just like hana tajima in malay version."

:')

waiting for your permission to share this entry..

mohd fauzan said...

way to go k.noe
n, lg cntik dgn hijab ni
auw2
slmt brubh n istiqamah
amin

nina lilians said...

im your silent reader (:
akak makin cantik dgn shawl tu. keep it up.

bareessence said...

Alhamdulillah..semoga noe sentiasa istiqamah. suke tgk noe dengan imej baru. cantik sangat.

May Allah bless!

LS said...

Semoga berkekalan Lady Noe!

Vektor kan gambar ni boleh?

Ladynoe™ said...

LS: haha dah siap, inform.

abdul azim : silakan.

Salhah Suhot said...

Alhamdulillah..awak nampak cantik sangat!

simple sue said...

salam..tak sangka..cerita ni boleh buat akak insaf..

alhamdulilah..

dan sy rase akak nampak muda lah bile berselendang. cantik.. :)

sha a.s said...

noe, tahniah...doakan i meyusul lepas ni ya.....aminnn

Suzila said...

Topic pertama ; okeeyyy sgt kelakar. Tahu bertapa azap menahan sesuatu yg boleh dijadikan bahan aib klu kite btol2 tak dapay sasar kn ditempat yg betul. huwahuwahuaw.

Topic kedua ; Cuma nk cakap... situasi semasa byk mengajar kita mmbuka mata dan peluang kpd diri sndiri.

Husna Hadzarami said...

Alhamdulillah.
Kau cantik :)

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

Alhamdulillah... mari kita sama2 berdoa agar kita dikuatkan iman ya..

i am so proud of you dear

cik rose said...

Noe, kau cantik! apetah lagi bila ank dara kau posing gitu. awww... sweet sgt dua2. tahniah!

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

Hikmah di sebalik cirit:)

rhnnao tjgneo said...

<3

Anak Tajul Molok said...

Allah, tahniah. :)

pakkordi said...

Bagus dik. Semoga ada istiqamah dalam usaha adik ni.

farid said...

saya silent reader all this while, tapi kali ni special.

saya mula bertudung pabila my girl, Iman, berumur 1 tahun, sekarang dia dah 13 tahun...

saya pakai tudung kerna Allah, bukan kerana suami (m now a single mother), atau alasan2/sebab2 lain.

semoga kita semua senantiasa dalam rahmatNya.

.

Fiq Vertigo said...

Tahniah sayang.

Dolce Purple said...

tahniah :) tak semua berani utk berubah begitu juga aku...

MaR said...

tahniah...
noe cantik sgt

Atiqah Ahmad said...

cantiknya kamu. :)

sharEna said...

Congrats!! =)

Sabrina nampak dah big girl sgt2..huhuh

Ms. EyDa said...

caaantik aaa kak noe :)

shukrin farahdiba @ ceklala said...

congrats noe!!hidup ni memang selalu kite tak dapat nak jangka :)

NUR AIN ZULAIKHA said...

TAHNIAH KAK!

SEYES SANGAT CANTIK & COMEL..
SANGAT MUDA NAMPAK NYA..

Teruskan dan semoga akak kuat..

Lagi skali..CANTIK NYA =))

misz beauty said...

congrats for u and me sis. semua jadi dengan tiba-tiba kan. ;-)

..:: WiRdA ::.. said...

nice! ;)

Ilhamny.com said...

tahniah noe..aku pun baru pakai sebulan yang lepas... berkira2 jugak nak pakai.. bertahun pikir dan stat kumpul tudung..pikir knp nak berkira ngan tuhan, tuhan x pernah berkira dengan aku... akhirnya aku pakai jugak..alhamdulillah utk diri sendri..

♥naematulsaadahismail♥ said...

noe.. aku pn penah rasa apa kau rasa.. cirit..haha..

alhamdulillah..semoga terus diberi hidayah oleh Allah utk kita semua.
yang tiba2 tu selalu jadi dulu dari apa yang kita rancang. Allah knows the best for us.
Alhamdulillah :)

Dayu said...

noe..
makin comel dan nampak tenang je
rasa aritu mcm nampak noe lintas jalan depan tu..
tp mcm tak yakin sebab pakai tudung
takut salah orang...

NaDya Shah said...

ko jauh lebih cantik bila bertudung NOE!!!

isabelle said...

kalo gini gayanye, xde la mcm makcik2/akak2...mmg lawa la tu

Siti Hajar Masri said...

tahniah akak..sy doakan akak kuat..;p

cik.nisa.khaidir said...

cantek. cun. anggun! muga amalan yang baik dapat diteruskan. sesungguhnya, setiap perbuatan dgn hati yang luhur inshaallah dapat keberkatan. kak jamblo! u look soooo chantek! sure husband jatuh cinta kali ke-2 dgn u.. heheh... ;p

hanys said...

Alhamdulillah. No domo yiputta~ kamu sgt csntik. Even korean pun ckp org pkai tudung cantik n good.

Jongos said...

Alhamdulilah.

Moga Allah memberi kamu kekuatan.

Kasmawati Jaafar said...

ya allah! cantiknya!! hikmah di sebalik laksa..

oni said...

manusia serius paling cantik jadi semakin cantik! serius!

syieda said...

alhamdulillah...melalui laksa kamoo mendpt hidayah ...

hudadida said...

cantik noe..mmg cantik..=]
lebih cantik dr free hair..
serius..^_^

roeza said...

Alhamdulillah n cantik!:)

akubukanpilihan said...

tahniah noe!

semoga kita sama2 kuat dan bertambah iman.

semoga kita terus kuat.

ok :)

~zuera~ said...

alhamdulillah...

Ashypink said...

alhamdulillah..aku tau kau kuat noe :)

FARAHNYEMAHMULYA said...

tak macam makcik pon.lawa meletop..alhamdulillah tahniah makcik noe cantik!!

De' Nurul said...

u look so sweet! semoga terus kuat.

Enchaoz said...

alhamdulilah kak noe!!!! (^_^)

meenyusuf said...

Congrats..awak betul noe..mati pon tiba-tiba,mcm arwah suami saya,pada umur 38..bangun pagi lepas mandi terus jatuh dan meninggal,no signs,no warning..thaniah atas penghijrahan..alhamdulillah

Mamok™ said...

Alhamdulillah..

Che Lin said...

insyaallah istiqamah :-) cantiknya macam model fesyen muslimah

lydzar said...

cantiknya bertudung :)

xeea said...

Manis!
Moga berkekalan, InsyaAllah.

MK said...

suke....tahniah!! nmpk lebih manis

Rai said...

cun sgt bila bertudung. tau tru ur twitter dulu sbnrnyerh.hehe nway alhadulillah. baju takper slow2 leh beli baru.

Dalila.Khalid said...

seriously u look gojezzz =)

TweetyPeak said...

alhamdulillah. cantik dan manis. Allah merahmati anda sekeluarga. amin..

i love laksa too! cerita yg menarik utk dikongsi.

mUnie UncLe hUsin said...

indah bukan ciptaan Tuhan..

;)

NURUL JAMIAN said...

tahniah

Lily Cartina said...

kak, mcmane yea kakak pakai tudung mcm tu? itu satu tudung or 2 tudung?
maaf soalan noob sikit.
saye suke sgt tgk orang pakai tudung mcm tu tapi tak reti.

CouLeur de Chiqu3 said...

comel je...tabahkan diri yer !

not irene said...

tahniah, syukur alhamdulillah.

semoga saya dan kamu dan muslimah yang lain memilih untuk menutupkan aurat yang wajib itu.

jas imran said...

kalau noe bukak tudung saya takkan baca blog noe dah.
sekuat itu doa saya utk awk. gud luck noe!

hayati said...

alhamdulillah, semakin cantik dengan bertudung. tahniah noe kerana berubah! :)

Myra said...

gorgeous :)

hats off to you :)

eida sazali said...

alhamdulillah,
baru je follow blog ni,
tapi dah terharu sangat!!! >.<

DRshairah said...

oh oh.. sebelum ni, saya silent reader. sekarang, tak lagi.. Tahniah!!! And kamu chantek sgt!! Alhamdulillah

Beb said...

tahniah noe

Nor Rimah said...

Alhamdulillah.. Subhanallah... cantik nor bertudung... moga ALLAH berikan semangat yg kuat utk nor

mukasurat17 said...

tahniah noe :)
semoga pertolongan Allah swt sentiasa bersamamu :)

yaya+frdz+auf said...

Tahniah. Alhamdullilah. :)

ikimishto said...
This comment has been removed by the author.
SumBody Me.. said...

Alhamdulillah..xkisah lah kn cmna skalipon datangnya hidayah ALLAH 2..rahmat tuhan. DIA yg mahamengetahui..semoga terus kuat menjadi muslimah sejati dr harikehari..amin. Sama2kita usahakan perubahankearah kebaikan.InsyaALLAH.

hana said...

tahniah...
cantik..
=D

Muhammad Warouq bin Qamar said...

1st time singgah blog ni. perubahan bertudung tu satu langkah yang mudah yg mungkin boleh membezakan antara nasib baik atau nasib buruk di hari kiamat kelak. nice move la!

LynN LoLa~~ said...

terbaik lah akak! tahniah :) moge rahmat Allah sentiase melindungi akak

btw, u look beautiful sangat with hijab. tanampak macam makcik2/kakak2 pon ;D

eazy n atief said...

U look great kak :)
alhamdulillah

azim~ said...

nice..

shazleeshahazeman said...

cite ni klaka!dan tahniah!

"Barangsiapa yang bersungguh di jalan Allah akan Allah hidayahkan jalanNya." (Q.S. al-ankabut : 69)

piece of mind said...

syukur, alhamdulillah....lama tak jenguk dan bila kembali dengan hidayah Allah...Maha Suci Allah...semoga sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah hinggat akhir hayat, insyaallah...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

dah baca entri psl 'cantik tp gemuk' tu dulu..tuan blog ni x nmpk gemuk pon???? cantik mmg betul..

deen said...

Tahniah semogga berkekalan