23.6.11

Gula Dalam Susu


image googled

Dalam nukilan aku yang sebelum ini tentang Semak Gula, mungkin, walaupun pembaca aku semuanya intelligent dan cerdik belaka, tapi siapa lah kita untuk lari dari kekeliruan tentang fakta yang di luar bidang kita.

Oleh itu melalui sedikit bahan yang aku baca tentang kandungan gula dalam susu fomula anak-anak kita, dapat lah aku terangkan di sini bahawa;

  1. Gula ialah tetap gula. Mereka hanya boleh berubah menjadi karipap dengan takdir Tuhan sahaja. Mengikut yang logik, gula tetap gula walau mereka disebutkan dengan pelbagai nama seperti gula asli, gula tambahan, sukrosa, corn syrup solids, natural plant sugar dan glukosa. Semuanya menjadi kalori yang berlebihan di dalam badan anak-anak kita jika di ambil secara yang berlebihan lah.
  2. Gula bukan lah terlalu buruk sangat. Seperti yang kita tahu, badan memerlukan sumber tenaga yang gula mampu hasilkan. Namun, apabila kandungan gula yang diambil adalah teralu tinggi, ianya boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Jadi, gula bukan isu. Isunya di sini ialah PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN.
  3. Karbohidrat di dalam susu formula hanya mengandungi gula. Kalau kamu baca label pada susu tepung anak anak kamu, kandungan ‘carbohydrae per serve’ diperbuat dari HANYA dua bahan iaitu;
  • Kandungan gula asli yang memang ada di dalam susu secara semula jadi.
  • Kandungan gula TAMBAHAN yang dimasukkan di dalam susu. Oleh itu mana-mana kandungan karbohirat yang melebihi 11g – 12g adalah merupakan kandungan gula yang berlebihan dan tidak disyorkan untuk anak-anak kita.

Aku ada jugalah ambil inisiatif sendiri untuk membuat kajian tentang kualiti susu yang aku suapkan ke mulut Sabrina sehari-hari. Selepas sahaja berhenti menyusukan badan, aku ada juga rujuk dengan gynae, susu formula apa yang elok dan sesuai pada kadar mampu aku.

Ada lah dalam dua tida nama susu dia sebut, tapi yang paling aku ingat sekali yang dia highlight ialah, “Make sure not too much added sugar”. Paling senang nak faham, kamu boleh baca sahaja website ini.

Ya aku memang concern dengan pengambilan gula anak aku. Aku sendiri memang tak gemar dengan segala benda yang manis. Jadi apa yang kamu boleh buat ialah, cuba rasa sendiri susu yang kamu bancuh untuk anak kamu. Adakah kemanisan susu mereka itu melampau, atau masih boleh diterima sebagai salah satu nutrisi keperluan mereka.

Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa yang cerdik pandai sekalian, buatlah pilihan yang bijak demi kesihatan anak-anak anda kelak. InsyaAllah.

7 comments :

Encik Marzuki said...

:)

oh nudra said...

ni pnting. nti buah pinggang bengkak mcm aku br nk menggelabah

faz said...

takyah minum gula terus,hehe

JIJI YU said...

aku minum soya je banyak

nick andika said...

noe.. ko bagi sabrina susu ape? and apa 3 susu yg gynae ko rekemen tuh? aku pon nk tahu jugak.

apis + toyol said...

maaf kalau komen aku membuatkan kau merasakan aku seperti bijak pandai.

1) - terpaksa. kena paksa - aku terpaksa bagi anak aku minum susu yang pada kau terlebih gula. anak aku terpaksa minum susu yang pada kau, terlebih gula. sebab - susu yang tak de gula lagi mahal. aku tak cukup duit nak beli.

2) anak aku tak serasi dengan susu yang tak de gula.

3) apa masalah kalau anak aku terlebih minum susu. si kakak, dah 5 tahun dengan susu yang terlebih gula. alhamdulillah, atas kuasa tuhan, gula yang tak boleh bertukar menjadi karipap itu tak mendatangkan masalah kepada anak aku.

soalan aku yang tak berapa bijak pandai ni,

1) macamana kau nak tentukan sukatan gula untuk anak kau? macamana kau nak tau berapa sudu gula yang sesuai untuk tumbesaran anak kau?

2) apa komplikasi yang berlaku kalau anak kau minum susu terlebih gula?

3) ada effect perkembangan otakkah pada anak kalau minum susu terlebih gula atau minum susu terkurang gula?

maaflah. aku hanya mampu lakukan yang termampu. selain susu, banyak lagi perbelanjaan untuk anak-anak aku yang penting yang aku kena utamakan jugak.

seminggu 2 kilo susu untuk anak lelaki aku. ye, seminggu. dan untuk budak umur 2 tahun yang minum seminggu 2 kilo susu, yang masih beratnya baru 9 kilo.. adakah kerana terlebih gula atau tak cukup gula?

jangan terlalu memilih. dan jangan terlalu cerewet.

sandarkan kepada tuhan. untuk segala usaha yang telah mampu kita lakukan. :)

Encik Psychopath said...

insyaallah.