30.6.11

Jodoh Dari Mana?

Berfikir.

Pernah tak kamu berjumpa dengan seorang manusia dan akhirnya bercinta dan berpegangan tangan, dan bercumbuan, dan berpelukan, dan bertiduran, dan bersetubuhan di luar pernikahan;

dan kemudian apabila berbicara sesama sendiri, apabila bermain SMS dari pagi, tengahari petang dan dinihari, terpacul ayat-ayat yang lebih kurang berbunyi;

"Allah temukan kita...bla bla bla..,"

"Tuhan jodohkan kita...bla bla bla.."

"I bersyukur akhirnya setelah penat I bersedih akhirnya Tuhan temukan kita.."

Pernah tak?

Betulkah wujud;

Jodoh dari Syaitan; Pasangan yang berkahwin setelah pernah berzina / membuat maksiat sesama pasangan tersebut.

Jodoh oleh Jin; Jodoh yang diperolehi dari amalan-amalan seperti penggunaan Minyak Dagu, Nasi kangkang dan sebagainya.

Jodoh oleh Allah; Jodoh yang berlandaskan suruhan dan amalan-amalan / garis panduan Islam.

Betul kah?

Hmm?


34 comments :

ayu said...
This comment has been removed by the author.
O'gosh said...

begitulah kalau terlalu jahil...

aTy _faRed~ said...

sekarang...manusia semakin jahil...sangat cetek ilmu agama dan akalnyer...[bersyukur dengan jodoh dari Allah]

Anoneemus™ said...

Actually semua jodoh pun dari Tuhan.

Dan,Ustaz Kazim cakap cara bertaubat dari berzina adalah bernikah. So kalau betul pun pernah berzina, tapi akhirnya nikah, lupakan kisah lama diorang.

What is the definition of 'jodoh' pun, anyway.

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

Ehm pernah dgr ttg 3 jenis jodoh itu.. Tp tak pasti ada hadis ke tak... Tp yg pasti kalo sah buat maksiat.. Paham2 je la.. Atau mgkn yg baik adalah utk yg baik.. Dan yg jahat utk yg jahat...

Ladynoe™ said...

Thanx neem.

laskar pelangi said...

menginginkan jodoh dari Allah:)

anna ladycherrie said...

yang baik itu dari Allah,yang buruk itu dari kita.

wallahualam

rasanya Allah Maha Pengampun.klu menganggap jodoh dan terbinanya masjid dr perkara yg sebegitu menakutkan,apa akan jadi agaknya.

Islam itu mudah

✿ n0ra ✿ said...

Kalau gituh dan dibandingkan dgn keadaan masyarakat sekarang, banyak yg lebih kepada yang first ajer.

hanys said...

Baguslah andai pad bbuat dosa sedar silap dn salah, lalu bnikah.. Yg teruknya, buat ngan irg len plak. Pas nikah btaubat dn jadikn pengajrn kisah lalu. Takde term jodoh dr setan or dr jin.. Semua dr allah.

Myra said...

Bukan setiap pertemuan itu dari Allah eh? Dia yang membenarkan the pertemuan to happen so its what you do with the pertemuan that matters most, yes?

Its quite unfair untuk blame makhluk lain when diri sendiri allowing the indecency.

Tapi of course tak salah (lebih digalakkan i think) mengharapkan/minta via doa yg baik-baik :)

cikmimmie said...

salah satu benda yang kita tidak boleh persoalkan di dunia adalah JODOH.. semoga kita menemui JODOH yang diredhai.. ;)

Ladynoe™ said...

Myra: thats why I nak tau. I dengar orang cakap tentang kategori Jodoh tu buat I confuse. Samada pertemuan itu seharusnya diaturkan tuhan. Cuma perlakuan kita itu yang MUNGKIN didorong oleh mahluk-mahluk lain.

not sure.

Adorabella said...

kalau jodoh tu jodoh syaitan, then diorang kahwin, will the marriage lasts? or IF the marriage lasts, tu pun kerja Allah jugak kan?

or even jodoh tu datang dari Allah, tapi perkahwinan tu berakhir dengan perceraian, then tu pun kehendak Allah jugakkan?

Eh siryes tak faham lah pasal jodoh ni.

Tyra Lullaby said...

Semoga Allah menerima taubat semua umatnya . Entri yang sangat menarik :)

Follow me back , new entri coming soon :)
http://duniasigadislullaby.blogspot.com/

Kucing Serius. said...

Jodoh tu kan 50-50. Separuh tu usaha dari kita,dan separuh lagi tu Allah dah tentukan. Takdir,is something yang datang dari diri kita jugak. Kita yang memilih jalan hidup kita macam mana. Allah memang dah letak cantik dah susunan hidup kita tu.

Tapi,kita boleh ubah takdir kita sendiri. Macam mana? DUIT. Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal. Bila kita rely on Allah,contoh bila kita doa macam macam kat Allah,cakap kita nak kahwin dengan sorang tu,Allah boleh je nak makbulkan ikut kehendak seseorang.

Kalau seseorang tu tak berdoa,tak rely on Allah,asyik ikut standard ego Manusia,memang Allah letak je lah takdir susunan hidup kita tu macam mana dia nak letak.

Ingat,Allah tak akan mengubah nasib seseorang tu unless kalau seseorang tu berusaha nak mengubah nasib dia. Tak kira nasib tu dari sudut apa pun. Kahwin,wang,bahagia,etc etc.

Konsep DUIT tadi tu boleh considered as cuba mengubah nasib jugak. Pi mai pi mai,it is a 50-50 situation between humans and Allah ;)


Faham tak faham tak faham tak? :D

Kucing Serius. said...

Kesilapan yang common zaman sekarang ni,semuanya seseorang tu letak bulat bulat kat Allah. Semua berserah habis. Contoh,doa je setiap masa,tapi tak nak usaha. Dorang tak nak muhasabah diri.

Bila benda tak best jadi pulak,semua nak salahkan Allah. Apa,ingat Allah kejam sangat?

Pasal tu lah 50-50. When it comes to a situation,everything is under our actions and His. Itu la function muhasabah diri. Ada half tu Allah dah tentukan,lagi half tu pulak,atas keputusan kita. Apa yang kita cakap,apa yang kita buat,etc etc. So bila sesuatu tu terjadi,kita fikir la balik,muhasabah diri,mana silap kita etc etc. Tengok la mana silap kita. Bila ada silap,dari situ lah nak guna function perkataan Maaf,dan Mohon Ampun.

Takdir yang Allah dah tentukan bulat bulat tu,is actually,macam,kematian,contoh la kan.

Mati kan boleh datang bila bila. Memang Allah dah tetapkan dateline bila seseorang tu akan mati. Tapi macam mana dia mati?

Contoh kalau dia mati tiba tiba masa tengah menguap,now that is 100% takdir.

Kalau dia mati pasal kita dah lepuk dia tiba tiba. Kita pulak yang interfere dengan urusan Allah nak menetapkan dia mati macam mana.

Faham tak faham tak faham tak?

When it comes to jodoh pulak,takdir cuma set kan date bila kita jumpa,bila berpisah. Macam mana kita set pertemuan dan perpisahan tu,semua atas kita.

Katakanlah kalau kita tak nak berpisah,kita mintak doa banyak banyak kat Allah nak extend lifetime dok dengan seseorang. Allah boleh je tolong hamba dia tukar balik setting takdir dorang tu. Mungkin awal awal dia letak hari Isnin berpisah. Kalau kita berdoa mintak extend,bila Allah makbulkan,Allah tukar balik letak hari lain,dan tukar balik cara perpisahan tu macam mana. Mungkin,tetiba setting awal perpisahan tu cara lain,mungkin after doa,Allah letak pulak Till Death Do They Apart.

Nampak tak? Faham tak macam mana?

Hitback kalau kurang faham lagi. InsyaAllah boleh clearkan mana yang kurang :D

Wallahualam.

anna ladycherrie said...
This comment has been removed by the author.
cik arija said...

kadang2 pening gak bla pikir pasal jodoh ni..

Lady RaRa said...

wah kucing serius...

gila serius! naik cuak aku baca..

pada aku jodoh, maut, rezeki aku dah tertulis di loh mahfuz

kalau aku memula jahat pastu aku taubat, itulah yang dah tertulis di loh mahfuz aku - budak raina ini pada usia 18 tahun jahat cam haram tapi bila dah 25 tahun dia bertukar jadi ibu yang superb -

so itulah takdir aku..

eh ni cerita bab jodoh kejadah aku duk cerita bab takdir tertulis ni??

aku rasa tu cuma definisi..tak kesah la jodoh tu dari mana, tapi bila dah jodoh maknanya dah tertulis di loh mahfuz yang nanti aku dapat laki aku sekarang..

eh awat macam sama point kat atas?

p/s : aku dah start mintak doa lepas sembahyang dari form four supaya dapat suami baik dan bertanggungjawab..

alhamdulillah, tak la superb tapi senang aku control! wakakakakakka~

mampos lepas ni komen aku kena bambu h0h0h0!

zaza said...

lady rara.

sememangnya dah tertulis takdir kita macam mana. tapi 'bagaimana' takdir itu ditulis kita memang tak tahu.

kerana itu perlunya usaha.

jangan lupa ayat al-quran;

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ; surah ar-ra'd : 11.


kita tak tahu macam mana Allah decide.

dengan mengatakan di bawah;

"kalau aku memula jahat pastu aku taubat, itulah yang dah tertulis di loh mahfuz aku - budak raina ini pada usia 18 tahun jahat cam haram tapi bila dah 25 tahun dia bertukar jadi ibu yang superb"

adakah bermakna sebab dah tertulis macam tu kita berusaha ke tak berusaha ke pun takpe, sebab dah tertulis. baca balik ayat ar-ra'd di atas.

dan memang juga kalau kita dah berusaha macam mana pun, kalau allah dah tentukan untuk kita tak dapat apa yang dikehendaki, memang kita tak akan dapat. ada juga ayat Quran yang menyatakan seperti itu.

kalau difahami, bila baca kedua-dua effect ayat quran tersebut, apa yang dimaksudkan adalah Usaha, doa, dan tawakkal (seperti yg kucing cakap di atas).

doa tanpa usaha sahaja tak guna. Allah suruh kita berusaha. kalau dah usaha, tawakkal kerana penentuan di tangan Allah, kerana Allah penentu takdir.

sebab sesungguhnya kita tak tahu 'mekanisme' takdir Allah.

kita tahu takdir sememangnya tertulis. tapi kita tak tahu bagaimana ia tertulis.

Kucing Serius. said...

"dan memang juga kalau kita dah berusaha macam mana pun, kalau allah dah tentukan untuk kita tak dapat apa yang dikehendaki, memang kita tak akan dapat. ada juga ayat Quran yang menyatakan seperti itu."

Agree. Dan kenapa Allah kadang kadang sengaja tak nak bagi apa yang kita mintak? Even kita dah mintak gila gila doa usaha segala apa semua tiap tiap hari?

Pasal ada lagi sesuatu yang tersirat di sebalik setiap kejadian,dan cuma Allah yang berkuasa,dan mengetahui apa yang tersirat tu.

Superb kan?

Kalau balik kat cik Zaza,mekanisme dia kalau kita tengok teliti,lebih kurang mcm tu jugak storyline dia,mcm sy cerita tdi.

Allah bagi peluang kita nak hidup,Allah setkan takdir,dah catat semua kat Loh Mahfuz,dan Allah handle everything yang akan terjadi atau tidak.

Sedangkan nasi dan lauk kat tangan ni boleh terjatuh balik kat pinggan kerana takdir dah set dah,5 minit kemudian baru rezeki dia sampai. Contoh la macam tu kan.

Tapi,apa yang tercatat tu Allah boleh ubah dengan kuasa Dia. Dia Maha Kuasa,Maha Mengetahui. Dia yang tadbir the whole universe. He can do anything He wants with his own. It is His universe that we are renting in right now.

What we can do is just continue with the DUIT without giving up. Doa Usaha Istiqamah Tawakal :D

Mantot said...

betul Noe..

3 jenis jodoh tu mmg ada tertulis dalam Islam.benda tu sebagai guideline utk kita tau cara mana yang paling baik utk cari jodoh yang Insya Allah baik dan kekal sampai KO.

Jodoh syaitan ni kahwin sebab nafsu.Jodoh jin ni kahwin sebab dipaksa tanpa kerelaan.Jodoh dari Tuhan ni sebab kahwin dengan niat asal perkahwinan...nak bina keluarga yang baik.

walaupun kita tau semua benda ni terjadi atas kuasa Tuhan tapi Tuhan letak kita atas dunia dan Dia biarkan kita buat apa kita suka dengan hidup kita...Dia bagi kita choice untuk pilih nak baik ke nak buruk.

Samala jugak dalam hal jodoh,Dia dah cerita hal jodoh ni guna 3 kategori ni...terpulanglah kepada masing2 nak pilih mana satu.Dia bagi pilihan....kita la yang kena pandai memilih.

Tuhan tetapkan jalan yang elok untuk kita sebab Allah maha baik hati.....kalau kita dapat pasangan yang buruk,mungkin ada faedah lain yang kita tak nampak.

Contohnya, kalau lepas kahwin tapi tiap2 kali mengandung,anak mesti gugur lepas 4 bulan...sedih memang sedih kalau dah beberapa kali jadi tapi look on the bright side,ada faedahnya.

Mungkin dia tak dapat anak kat dunia tapi arwah anak2 dia tu akan doakan mak bapak dia tiap2 hari sehinggalah hari akhir dunia.

Tuhan takkan bagi kau sesuatu musibah/tragedi tanpa apa2 imbuhan/kebaikan dekat kau.

Maha Baik Hati!

Myra said...

i dont know about teori2 jodoh dari pihak mana, all i know is Allah itu All-Powerful and dia Maha Esa.

Esa meaning takde yg seperti Dia. and All-Powerful meaning Dia yang Terpaling berkuasa in every way possible.

personally, i disregard jodoh origin types sebab if something happens it is because He wills it. end of story. Dia yang Terpaling ultimate berkuasa Decided itu jadi, jadilah ia. i think jenis2 jodoh ni is just kiasan as to categorisekan jenis2 pasangan but it doesnt do any good even if we knew what type sbb again, if He wills it, the worst couple in history can turnover a new leaf..and then what do we call them? so to me, apa jenis tak penting.

it is more to do with how you make of the choices you have.

Tetapi since the He has bestowed upon humans what is called free-will, this life is more of a test of what you will do with your life with what He has given to you.

maka apa yg saya faham ialah begini:

segalanya dah ada default setting (Dia je yg tahu). tapi with our free-will and our doa yg ikhlas, it is up to Him to alter it or not. this is why doa selalu refered as senjata.

We are also reminded that He is All-Powerful, at the same time He is the Most Merciful. everytime baca Bismillah: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

We are encouraged to hang on to that belief that He loves us and He knows what is best.

ini yg saya faham dari pembelajaran and bacaan saya :)

Myra said...

i suppose boleh je tambah utk kefahaman:

the concept of free-will is a concept of choice.

since kita bincang about jodoh, lets do a jodoh example.

lets say Cik X tgh cari jodoh untuk kawin, dia dah roughly tahu taste Mr Right dia camana and one day jumpa seorang candidate.

lepas pantau dan mendapat intel yg boleh dipercayai, dia masih tak sure Encik Y itu Mr Right ke tak. Kadang2 macam ok, kadang2 macam tak. Perasaan Encik Y tidak diketahui. Now keputusan di tangan Cik X, her choices include:

1) Terima bulat2, ok jah. If Dia dah temukan kita...it has to be a Sign, no? Susah nak cari yg at least ada criteria yg i nak!

2) Reject Encik Y. After all, if betul dia untukku..mesti ada a bigger sign and chemistry suma tu lebih semarak bukan?

3) Cari lebih banyak info dan gather lebih banyak intel and obssess about choosing (in short, takmo decide now)

4) Tanya yg Lebih Tahu ;) Doa kepada Dia, solat istikharah. Ternyata Yang Menciptakan aku lebih Tahu dari aku. Go and really ask for Guidance and then hope whatever you decide to do is the best way

ada option lain ke? lol

semua orang ada choice. the choice untuk bertanya kepada Dia juga is a choice He has given to all of us.

hopefully dapat clarify at least sedikit :)

Ladynoe™ said...

aku sayang korang semua. komen-komen semuanya berkualiti untuk dijadikan makanan rohani.

thanx guys/gals.

Myra said...

Might i add sebab ini agak penting, concept 'He doesn't answer my prayers' doesn't exist in Islam (ini personal interpretation saya semata)

sebab bila kita minta sesuatu, Allah answers tapi it may not be how we want it sebab He may answer in one of three ways:

1) yes - and straight away kita dapat
2) no - and gives us something better (time tu maybe rasa macam tak bagus pun)
3) not now - Dia simpan apa kita minta for our next Life

:)

so have faith in Him sebab "He is your opinion of Him" (Bukhari) which is essentially what the West hypes as The Law of Attraction :)

Legasi Piston Pecah said...

masih menanti jodoh dari ALLAH...

Ignorance is Blissful said...

Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktub lafaz akad nikah di rumah Allah?
Kembalilah kesana.. Carilah kekuatan itu semula..

Ashypink said...

Wah wah kalo ada button like nk like komen zaza myra n kuching serius! :) Anyway good topic noe..

harnidahussin said...

Lady Noe..
jodoh,ajal,rezeki kita semua dah tertulis siap...

cuma cara dan bagaimana saja tertakluk kepada akal fikiran kita..iman kita..kita yang tentukan kita nak ikut jalan yang mana...pilih yang mana...

manusia dijadikan adalah untuk di uji-Nya kerana di hujung nanti Dia akan anugerahkan Syurga bagi yang berjaya..dan balasan Neraka bagi yang terleka...


so far..tak pernah dengar different types of jodoh..sbb semua tu kan Allah dah tentukan..syaitan dan jin tiada kuasa untuk menentukan semua tu kerana nasib mereka pun ditentukan Allah juga..

mrs redzuan said...

erm, bukankah syaitan x suka manusia mendirikan rumahtangga...dlm kata lain mendirikan masjid, so ada ke jodh dari syaitan...kan? pernah terdengar atau terbaca dari mana dah lupa, tp lebih kurang bunyinya begini

pernikahan 1 ibadah, sebaik sahaja seorg anak adam sah diijabkabulkan, syaitan akan menangis krn sudah gagal untuk menggoda pasangan yg bercinta untuk melakukan maksiat.

wallahua'lam

Ica said...

salam.. you know what Noe.. bacer ni terus teringat arwah Abah ckp.. jodoh dan maut tu rahsia Allah..
nama pun rahsia kan.. so tade sape yang tahu... :)

My_Aqeelah said...

pada saya semuanya sudah tertulis dari azali. buruk atau baik datang dari Allah. memang kita boleh memilih, tapi bukankah segala pilihan dan keputusan itu datangnya dari Allah? Tawakal dan redha atas setiap yang berlaku. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.