7.6.11

Kalaulah Aku Emak Kau

Selepas mendapatkan nombor giliran, aku duduk, sambung baca semula buku yang dipinjamkan oleh seorang teman. Tak sabar nak gelak lagi.

Tapi belum pun habis aku baca perenggan kedua, ruang legar JPN tingkat 7 Maju Junction dihingarkan dengan suara tangisan seorang kanak-kanak perempuan. Berlari-lari anak mendapatkan bapanya yang duduk di depan aku.

Kemudian muncul perempuan lewat 30-an mendukung anaknya yang seorang bayi berumur dalam 5-6 bulan. Aku pasti, dia juga emak kepada kanak-kanak perempuan yang menangis tadi. Semakin rapat perempuan itu menghampiri budak perempuan itu, semakin rapat pula budak perempuan itu dengan bapanya. Menangis-nangis. Hiba bunyinya. Mengadu nasib.


"Dia ni main jaaalan je! Jenuh orang mencari. Entah kemana dia pergi!" jadi aku semacam boleh agak jalan ceritanya.

Kemudian di depan mata aku sendiri perempuan itu tadi mencubit-cubit betis budak perempuan itu. Tangisan semakin kuat. Semakin kuat menangis, semakin dia cubit. Bapanya tidak menghalang. Cuma mengusap-usap kepala anaknya.

Aku rasa terganggu. Naluri keibuan aku meruntun-runtut mahu menghalang perempuan itu dari terus mencubit-cubit anaknya. Depan orang ramai pulak tu. Depan aku pulak tu. Tersentuh tau.

Nasib baik, nombor giliran perempuan itu berbunyi. Dia pun berlalu.

Budak perempuan itu berhenti menangis dipujuk bapanya. Comel. Kesian.

Dia memanjat kerusi sebelah bapanya. Lalu menoleh kebelakang. Ke arah aku.

"Hai kakak..." dia panggil aku.

Aku senyum se-ibu yang boleh.

Tiba-tiba dia buat muka ala-ala bini Chucky, dan point middle finger dia kat aku. Siap berhayun-hayun tangan dan kepala dia. Sesekali dia jelirkan lidah. Dengan tangan, masih middle finger.

Berubah air muka aku.


"Kalau lah aku emak kau.." kata aku dalam hati.

Muka memang dah tak senyum lagi.

36 comments :

De' Nurul said...

kesian anak tu tak tau apa apa. salah didikan. takut nya nak ada anak sekarang ni :-|

Alin Hassan said...

eh kecik2 dah pandai buat middle finger? mana la dia blajar. kat nursery lah tu. T-T

kembatolo™ said...

pergh.. kemajuan ni. budak kecik dah reti middle finger. astaghfirullah al'azim..

saya afi said...

ya Allah. gila ganas budak tu. ish3

ini cik ita said...

errrkkk....tak tau nak kata apa..

Lady RaRa non-illuminati said...

awat aku tergelak?

first impression kita kat budak-budak sama dengan first impression kita kat orang tua juga..

haha! memula ingat suci, rupanya....

eLL said...

patutla mak dia selalu cubit-cubit

prima_chrome said...
This comment has been removed by the author.
prima_chrome said...

tatkala enigma membunuh stigma . Ya , dunia sudah semakin menggila .

akulafix said...

sila hantukkan kepala si bapa ke dinding dulu...

Ilhamny.com said...

kalau dibiarkan maybe boleh makin parah nanti rude dia...kesian anak tu..

//r said...

Salah didikan, kanak-kanak yang sekarang sudah sedia advance, bertambah advance. Kalau lah aku di tempat kau semalam Noe,....

adalizee said...

budak kecik ni mesti dah kebal dengan cubitan.noti ni.

HallyArn said...

haihh sebenarnya bukan senang nak mendidik anak di zaman skrg. banyak cabarannya. bukan sahaja cabaran pada anak2 tp cabaran pada kita sebagai ibu bapa...

ANIeM said...

Erkk.. banyak bermain emosi la bila baca entry u ni..

misha.w said...

sabo je lah aku..haihh

Dayu said...

aku tak salah kan bdk tu
dia tak tau apa, dia tak paham pun apa yang dia buat
dia tak tau, apa yang dia buat tu salah. dlm hal ni.. mmg mak ayah yang kena disalahkan
mesti dia dah biasa buat gitu
kenapa dibiarkan..
kenapa tak larang dn cara yg betul kan
cubit2 anak.. aku tak suka guna cara tu

mmg tak senang nak besarkan anak
aku sendiri risau
macam mana jadiknya anak aku nanti

insya allah..

kita belajar dari persekitaran

Fahreen_Fredo™ said...

hahahaha sabar jek laa

mule2 aku gelak pasal aku sure ko mesti balas gelak kat dia dan ingat dia budak baik kan? sekali tunjuk fuck. perghh.

kerangRebus said...

hah?huang haja nye die?perh bebudak skrg nih..klu cmni, ptut pon mak die cubit terussss je..huh *hangin 1 bdn

Ateeka Amer said...

curious sungguh aku nak tau muka bini Chucky tuh.

aku rasa mak dia patut lempang budak tuh.

eh tapi, aku tak suka guna kekerasan dalam mendidik anak.

arghh payahnya jadi ibu isk isk.

sharEna said...

dasatnya....T_T

bukan senang nk didik anak zmn skrg..haihh....

Lensa Perusak said...

apalah nasib kau mak.

Ora_Adzlin said...

fuhhh! gile ending. sah salah didikan..budak2 memamg senang ikut apa yg ada sekeliling dorang..

Ulam Kerdas said...

ciannyer bdk tu. mayb persekitaran die yg buat die jd gitu. sbb die sendiri xtau apa maksud middle finger tu. huhu

cik aletheea : said...

horrornye attitude budak-budak skrang ...

roeza said...

whooaaa kecik2 dah pandai bg middle finger kat org..isk iskk...kesian...

QuTaQ said...

hi noe.

situasi kalau-aku:

"ncik, anak ncik tunjuk jari tengah kat saya."

"biar dia la..nak tengok yang aku punya ke? haaaa!" jari tengah si bapak ditunjukkan. nak bukak seluar tak berani.

"lah..besar tu je ke?"

bukan untuk melucah. kalau aku kat tempat kau, kepala aku dah tentu panas berasap. tindakan kau diam adalah bagus.

Headmaster said...

kalau gua,gua tumbuk budak tu kasi pecah lapan belas. hantar dia ke jabatan kimia buat kajian.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Middle finger?

Choi!

Halle Calypso said...

ah. menjadi semakin takut utk ada anak.

marina anakcikbob said...

bapak.selalu diam.xsebelahkan sesiapa.

Ayyman Rahim said...

Kurang ajarnyaaa budak tu. Patut la dok kena cubit dengan makkk! -_-

Enchaoz said...

moral of the story, jangan cepat judge.. hoho

MK said...

erks... tak terkata.

KayNisa said...

dasat tu muka bini chucky.. bela anak memang mudah, nak didik tu yang payah :(

ederq said...

kesian. mintak jauhlah kat anak2 kita.