21.6.11

Sejauh Mana 'Sedap Mata Memandang' Itu Menjadi Satu Kepentingan?

Aku nak kamu tahu bahawa aku menulis akan hal yang telah lama bermain di dalam benak aku. Melalui pengalaman semasa aku menjadi penentang; dan sekarang, aku menjadi pihak yang bersetuju. Tidak sama sekali minta kamu mengiyakan aku, apatah lagi untuk menyentuh sensetiviti mana-mana pihak.

Bismillah.

Rambut Encik Azmi sudah semakin sikit. Aku berani gerenti kalau dia tak ikut cadangan aku ke Yun Nam Hair Care, dalam masa 5 tahun dari sekarang, akan wujud sebuah lagi pulau kecil di Malaysia di atas kepala seorang manusia. Pun, dia masih tak kahwin lagi. Umur dan semakin banyak. Dulu, bila ditanya, dengan penuh yakin dia cakap;

"Aku nak yang cantik," yakin jawapan dia. Walau aku rasa muka dia tidak lah selayak mana.

Jadi aku sebagai watak perempuan tipikal yang mempunya fikiran yang skeptikal pun membalas;

"Cantik tak menjamin apa-apa wey...,"

Tapi dia tangkis balik;

"Ah aku dah jumpa perempuan muka buruk, perangai pun buruk. Baik lah aku cari yang lawa. Kalau perangai dia buruk pun, aku senang nak memaafkan,"

Lama jugak aku nak hadam penyataan Encik Azmi. Mungkin sebab aku skeptikal. Mungkin sebab aku rasa aku pun buruk untuk sesetengah mata yang memandang. Aku tak nampak lagi relevannya fakta Encik Azmi tu.

Tapi entah sejak bila (mungkin sekarang), setelah menimba beberapa pengalaman, aku mula yakin, betapa pentingnya untuk aku mendapat persetujuan dari mata dan hati aku terlebih dahulu dalam bab mencari teman hidup ni.

Aku taknak bincang tentang lelaki kacak/perempuan cantik yang berperangai buruk selepas beberapa tahun berkahwin akibat dari layanan buruk kamu sendiri. Itu dah masuk bab kritikal. Kita berbual peringkat jajan dulu. Pada tahap 'pencarian' dulu.


Aku rasa pentingnya kalau kita mencari pasangan yang sedap mata kita pandang. Dan ya, aku setuju cakap Encik Azmi; bila kau bersama dengan orang yang mata kau sedap nak pandang, kalau dia buat salah, bergaduh ke, kau senang nak sejuk balik dengan dia. Sebab, kata Encik Azmi lagi, apabila pasangan kau tu sedap dipandang mata, sekurang-kurangnya kau dah ada satu faktor penyejuk krisis untuk kau pegang.

Ya aku tahu kecantikan/kekacakkan itu subjektif sangat. Bila bercakap tentang pasangan hidup, kalau semua nak muka macam Sharnaaz Ahmad, habis, Osman Kering nak letak mana? Kita tak perlu nak dapatkan pengiktirafan dari semua orang tentang kecantikan/kekacakan pasangan kita. Cukup la mata sendiri sedap nak pandang. Sebab kita nak hidup dengan dia lama. Kan dari mata baru turun ke hati?

Tak kisah lah kalau kamu kata Agama mesti diutamakan dulu. Kan aku cakap ianya subjektif. Masing-masing ada selera sendiri; yang bujur, yang pipih, yang bulat, yang petak. Mungkin dengan taraf agama yang tinggi membuatkan wajah dia yang tak berapa kacak sangat bagi aku, tapi still sejuk mata nak pandang sebab dia senyum macam Imam Muda, atau senyum sampai nampak bayangan syurga, misalnya. Subjektif.

Aku pernah ketepikan soal selera, taste dan bergantung harap kepada layanan ala-ala lelaki idaman sahaja. Tapi apabila kenyataan "tiada manusia sempurna" di tokok tambah lagi dengan perangai dia yang tiba-tiba sangat tak sempurna tu, buat hati aku bertambah panas setiap kali tercetusnya krisis.  So memang tak boleh. Tak ada cooling factor. Time bergaduh kau bukan sahaja stress dengan topik pergaduhan. Tapi kau stress tengok muka dia yang sudahlah tak sedap mata kau pandang, memaki-maki kau pula.

Bila aku ceritakan hal ini dengan orang di sekeliling aku, mereka pun berpendapat macam aku yang dulu;

"Cantik ke kacak ke tak penting Noe..nanti kita tua..semua dah buruk..ASALKAN SEDAP MATA MEMANDANG JE.."

Ha..Nak jugak letak ASALKAN SEDAP MATA MEMANDANG kan?

Dan rata-rata orang yang in-denial tu, aku tengok, boleh tahan kacak/cantik jugak pasangan dia.



P/S: Mak aku dah tua tapi masih cantik wa talak tipu. Bila aku tanya apa petua. "Air wuduk" dijawabnya selamba. Ewah ewahhhh makkkk...

34 comments :

bact. said...

"Ah aku dah jumpa perempuan muka buruk, perangai pun buruk. Baik lah aku cari yang lawa. Kalau perangai dia buruk pun, aku senang nak memaafkan,"

celaka gila jawapan dia
hahahha

kembatolo™ said...

kalo bab wuduk jadi sedap mata memandang tu saya setuju kak. hehe

kueh bakar said...

bila dah bergaduh...

sejuk mata memandang pun tak sejuk lagi...cooling faktor letak di hati..bukan di mata...

yui92 said...

sedap mata memandang tu bergantung kpd penerimaan hati kita sbnarnya... cam masa kecik2 dulu pernah xpuas hati/gaduh dgn mak sampai marah2 benci2 apa semua..tapi sebab hati terima itulah mak, satu2nya, dunia dan akhirat... so everything akan jadi ok..bahkan semakin baik masa ke masa...


err nak minx kbnaran link entry laksa dan tudung..dah link pun sbnarnya..sori baru habaq =p

kid said...

bila belum kawen mmg cakap macam tu.tapi lepas kawen,lain pula jawabnya.
tak jadi faktor juga sedap mata memandang tu utk hilangkan krisis.

Lady RaRa said...

entah mengapa diperenggan2 tengah


aku terbayang yusak....dajei!

-hazen said...

biasalah

antara nafsu dan pegangan.

dua2 kena raikan.

walaupun kerap kali diajar agama lebih utama, yang sedapnya nafsu jugak kat dunia ni.

Lady RaRa said...

ok usai mendajeikan yusak meh nak bagi pendapat aku plak




kalau orang kata buruk, kita kata lawa, apadahal??? kita yang nak peluk dia malam-malam..

tapi

kalau dia memang dimata kita pun buruk, harus ada bantal lebih penutup mata sebelum 'tidoq'

kahkahkah!


sumpah aku rasa aaron aziz tak ensem! muka macam ketua pengawas giat sekolah aku dulu!

Ladynoe™ said...

kid.

Sebab tu aku highlight topik ni menjurus kepada awal-awal di peringkat pencarian pasangan. Cerita selepas kahwin tu, dah tahap kritikal. Once bila dah kawen, ada banyak benda lagi kau nak tengok selain dari 'sedap mata memandang'.

tapi awal-awal nak terpikat. nak memupuk sayang, kau mesti cari yang berkenan di hati. Tidak hentam keromo je. Lansung tak sedap mata pandang untuk kau, tapi kau bedal sahaja asalkan ada partner.

Aku ni orang yang berkahwin. Kalau aku gaduh, time gaduh memang benci. Tapi bila tengok suami aku tido malam-malam, hati aku jadi sejuk. Rasa sayang.

Itu aku lah. Kalau orang lain, aku tak pasti. Dulu aku pun deny benda ni. Sekarang dah faham sendiri.

Cik Kentang said...

Kau mengubah pandangan aku tentang "asal sedap mata memandang"..apa yang kau cakap tu ada benarnya..cantik itu subjektif!

Eve Hawa said...

betol noe. masa peringkat awal lagi kene carik yang cantik/hensem. kalau boleh jgn takat "sedap mata memandang" je. sekurang2 kalau ada boifren hensem akan membuatkan kita secara tak langsung jadi "konfiden" bila berdepan dgn orang ramai, esp depan kawan2. yang kedua, jgn nak selekeh2 sangat.

hanys said...

Betul gak ek. Dulu blhla ckp tkpe la tak lawa/ hensem asalkn hati baik. Skarang, dh la tak brapa nk sedap mata memandang, perangai pun tk best. Rasanya sedap mata mmandang based on diri memasing. :-)

thezulns said...

Air wuduk memang true story.

Suhaiza said...

saya rasa agama first lah kak...bila bergaduh...tak yah nak cari cooling factor dah...kalau partner dah terdidik dengan agama....hehe. Entahlah!

Mas said...

tapi antara yg kacak dan yg biasa2 tapi baik..aku rela pilih yg biasa2..
asal aku ckp biasa2..sbb aku pon nk yg 'sedap mata memandang'...hahahha..mejoriti mcm tu kot..xde la segan sgt nk bawa ke majlis..hahahaha..(notty statment)

mama maman said...

rasanya.. betul gak kot... biar sejuk mata memandang.. kalu tgh hot2 tuh takde la sakit mata sgt.. kalu sakit mata.. lagi la bertambah2 hotnye...

but sy typical cepat sejuk sendiri... hhhuuu... cepat kesian..

13 said...

Kalau cantik itu subjektif..nahh buat apa rungsing mengenai cantik? Kita semua amat matang untuk mengetahui perihal kecantikan yang sifatnya hanyalah sementara. Tuhan ciptakan manusia ada lebih ada kurangnya. Kalau kita faham jodoh itu dari Tuhan, maka tentu ada sebab mengapa kita dijodohkan dengan orang itu...

Seseorang itu dinikahi kerana 4 perkara: Harta, Keturunan, Paras Rupa & Agama. Carilah yang memiliki agama kerana dia akan tahu menjaga harta, keturunan dan paras rupa.

Maaf kalau tak selesa sentuh soal agama, tetapi hidup di dunia ini tak ada sezarah pon yang lari dari agama.

Ladynoe™ said...

13,

tu, dalam agama pun ada letak PARAS RUPA sebagai salah satu kriteria. Bukan nak cakap yang cantik dan kacak.

tapi, sekadar, Sejuk Mata Sendiri Memandang...

Ayuraza said...

aah kan..ader relevannyer cik azmi punya pendapat tu..huhu..tapi pompuan biasa nya akan takut dapat laki hensem..takut pulak dikebas orang...hehe..

tapi kalo lelaki tu meggatal lagi la takut..hehe

salam perkenalan...

Rezal Ishak said...

like :)

Beb said...

setuju

light saber said...

Brilliant..tapi bila horny aku pandang wife aku macam angelina jolie, bila tengah gaduh nampak macam makcik-makcik, bila tengah romantik macam puteri bidadari, bila tengah lapor, aku nampak dia macam top chef :)

sharizal said...

:) setuju sgt....
Aku penah jmpa perempuan cantik tp mulut haram jahat giler... nk pandang pun dah x sejuk.. mcm mana tu?? huhu

tak kesah la cantik atau hensem tp yg penting sejuk mata memandang..... hihihi

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ye, air wudu bukan sekadar menyejukkan hati, namun mata, dan lain2 anggota rasa juga:)

menilai seseorang subjektifnya dr rupa, sifat danm sikap serta ketahap tertiban!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tapi Zara nak cari sedap mata memandang pun tak dapat2 lagi kakak :')

Eve Hawa said...

yer mmg lah agama no.1 , tapi setakat mana dalam hidup kita, kita akan dapat yang beragama, smayang tak tinggai. Yang beragama ada 2, berkualiti dan tak yang berkualiti. dalam hidup kita, adakah kita menghabiskan sepanjang masa "fasa belum kawin" dengan memfilter jenis2 orang yang ada criteria beragama (berkualiti), paras rupa, harta, baik keturunan? Kalau dapat yang beragama, smayang tongang tunggik tapi cakap tak serupa bikin, jenis naik tangan selamber nak tampar2 pukul2 ni ape cerita? kalau kau dapat jenis beragama yang berkualiti, alhamdulillah lah.

rehaljingga said...

kadang2 penting gak element sedap mata memandang ni kalau nak cari teman.so, gudluck dan selamat maju jaya.

~silent reader

meenyusuf said...

aslm babe..kalau sebab faktor cantik atau kacak rupa boleh jadik penyejuk krisis rumahtangga..aku rasa takkanla Badrul muhayat,Erra fazira,Natasha Hudson tu penah bercerai kan...

Pada aku,cantik atau kacak macamana pon rupa orang tuh,kalau hati dah tak suka,dah benci,dia blah jugak.

Btw,my late husband tuh agak kacakla rupa dia jugak,tapi time aku marah,kadang aku pernah ter maki dia jugaklah...dulu-dulu kes..sekarang aku dah insaf:P

goblogbyfarah said...

fasha sandha, buruk macam mana pun perangai sebab muka lawa orang masih terima :)


bukan nak yang hensem gila, tapi kalau ada manisnya, bila marah sejuk sikit tgk muka dia.macam kau cakaplah, 'Sejuk Mata Sendiri Memandang' :D

sya_zazoo said...

bg saya, kalau perangai buruk sure la tak lawa.kalau tak lawa tapi perangai baik..terus jadi lawa...

fynn jamal said...

noe,

pernah tak perasan yang kdg2 manusia ni terpengaruh dengan definasi orang. maksudnya, selama ni, tak suka lelaki hitam. tapi makin hari bila ramai org cakap lelaki hitam itu nampak macho, org tukar persepsi.

mcm freckles la. mula2 kita tak suka. lama2, bila ramai org nampak cantik dgn freckles (mcm lindsay lohan), kita buat exception. mula2 kita jijik dgn bontot jlo, lama2 semua org nak gitu -kecuali kim k. sbb itu bot. bukan bontot.

my point is, pernah tgk nanny mcphee tak? mula2 nampak jijik. tp makin lama, jijik2 tu hilang. as she grows in us the aundience. kan?

mcm itu jugaklah (pada pendapat fynn) tanggapan kawan2 keliling kita ttg bopren/suami kita. sbb kita selalu puji/nampak pasangan kita tu kacak dan gagah bergaya, org sikit2 mcm dah tak nampak buruk mereka.

ok. tak nampak point lagi, kan? haha. haaaaa ini dia:

saya adalah antara yang selalu kena tuduh "eleh konon terima seadanya. cari suami yang hensem je".

cibet.
takkan nak kabo yg buruk kat orang?

*pause*

seryes menyimpang ni.
HAHAHAAHAHAH

Buaya-Merah said...

salam ziarah

jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

roeza said...

suke entry ini! sirius!~:)

beL cLoud9 said...

emmm sebenarnya nak cari yg sedap mata ORANG memandang ke sedap mata SENDIRI memandang?

rasa terok plak diri ini.huhuhu